Friday 30 April 2010

5 tahun berlalu

Pejam celik, pejam celik genap sudah 5 tahun usia perkahwinan kami. Betapa pantas masa berlalu. Alhamdulillah, syukur di atas nikmat kehidupan ini. Semoga Allah mengeratkan lagi hati kami berdua dalam melayari bahtera rumahtangga ini dan berjaya mendidik anak-anak yang dikasihi agar menjadi insan yang mulia dan berbakti untuk agama. Semoga kami sentiasa sabar dengan karenah masing-masing dan saling sayang menyayangi hingga ke syurga :)


5 tahun dahulu...Aku terima nikahnya, (dup dap dup dap:D)

Oh, ye dinner malam tadi tersangatlah bestnya, ala-ala macam makan kat Teluk Tempoyak pula, tapi version P*kis*an, hehehe :D Hadiah? Untuk Ummi dah beli siap-siap masa jalan kat Swiss aritu dan Ayah punya beli dari PC World, Notts saja, hehehe :D Alhamdulillah, mudah-mudahan Allah terus merahmati dan mengurniakan kami sekeluarga dengan insan-insan yang soleh dan solehah. Tak lupa juga, semoga pengajian ayah dipermudahkan dan diberikan ilmu yang bermanfaat, insyaAllah :)

Nota: Banyak lagi entry yang tertangguh, terutamanya jalan-jalan eropah dan spring 2010. Ntah bila lah ada kerajinan nak update sebab malas nak edit gambar, huhuh.

Ok, kena stop dulu ni sebab nak packing barang dan baju, nak gi camping petang ni sampai Isnin.

Tuesday 13 April 2010

Nuha tumbuh gigi & panjat tangga

Masa berkelana ke bumi Eropah baru-baru ni, Nuha asyik meragam jer. Rupa-rupanya masa tu dia nak tumbuh gigi. 3 batang sekaligus, 2 bawah dan 1 atas, sabar jelah. Bila balik-balik rumah pula dah asyik nak berdiri dan panjat tangga. 3 hari lepas, 10 April 2010 buat pertama kalinya Nuha panjat tangga sendiri sampai ke tingkat atas (lebih kurang 13 anak tangga). Berderau je darah takut tergolek ke bawah, huhuhu. Selalunya panjat 1 anak tangga jer. Tapi sekarang dah berjaya naik tangga sendiri ke tingkat atas (Kejar Insyirah lah tu). Sekarang ni pantang leka sikit, sekejap je dah panjat separuh tangga. Kalau tiba-tiba hilang dari pandangan, jawabnya mesti tengah panjat tangga. Cepat-cepatlah pergi tangkap. Nampaknya nak kena pasang gate ni. Nuha sekarang ni pun dah pandai berebut dengan Insyirah. Tak habis-habis berebut mouse komputer, huhuhu.
Gigi Nuha comel (gambar masa camping di Peak District) :)

Sudah pandai naik tangga :) 

Umur Nuha sekarang hampir 11 bulan dan Insyirah 2 tahun 10 bulan.

Itineri Kembara Eropah 2010

Alhamdulillah, akhirnya perjalanan kami selama 13 hari (26 Mac 2010 - 7 April 2010), meredah 5 buah negara, Paris->Switzerland->Luxembourg->Brussel->Amsterdam (sejauh 2546 miles) berakhir dengan selamatnya. Perancangan asal 6 buah negara termasuk Stuttgart, Germany, namun disebabkan kekangan masa dan tenaga, terpaksa dibatalkan. Kami 3 buah keluarga (2 kenderaan, seven dan nine seaters) bertolak dari Nottingham jam 6.30 petang, 26 Mac ke Dover untuk menaiki feri jam 11.55 malam. Destinasi pertama Paris (La Defense, Arc de Triomphe, The Lourve, Eiffel Tower & Disneyland) selama 3 hari. Diikuti dengan perjalanan ke Lauterbrunnen, Switzerland, kami sempat singgah sebentar di Geneva melawat tempat-tempat menarik seperti United Nation (PBB), Jet d'Eau (air pancut tertinggi di dunia), Flower Clock dan Olympic Museum.

Kami menginap 3 malam di Horner Hotel, Lauterbrunnen Switzerland. Hari kedua di Lauterbrunnen, kami menawan Top of Europe. Namun kami tak naik sampai atas sekali (Jungfraujoch), hanya takat Kleine Schedegg sahaja untuk bermain ski sepuas-puasnya. Keesokannya kami bertolak ke Eistein Haus di Bern dan seterusnya ke Zurich, Switzerland (Landesmuseum (Swiss National Museum), Haupbahnhof (largest railway station), Bahnoftrasse shopping street & Zurich Lake.

Keesokannya kami bersiar-siar di pekan Interlaken berdekatan dengan Lauterbrunnen sebelum bergerak ke destinasi seterusnya Adolphe Bridge, Luxembourg. Bermalam semalam di Luxembourg sebelum bertolak ke Brussel (Mini Europe, Atomium, Grand Palace, Mannenken Pis dan sekitar bandar Brussel cari Belgium Waffle :). Bermalam semalam di Brussel sebelum bergerak ke destinasi terakhir di Holland (sehari di bandar Amsterdam (Ajax Stadium, Dam Square, Newmarkt & Red Light District), sehari di Keukenhof dan Afsluitdijk (sea level) & sebelum bertolak balik ke Calais singgah di Cheese & Clog, Fishing village Volendam dan Kinderdijk).
Update seterusnya akan menyusul beserta gambar-gambar.