Tuesday, 27 May 2008

Kisah di Bank Holiday

26 Mei 2008, Isnin - Cuti kedua bank holiday di bulan Mei ini jatuh pada ketika umur Insyirah dah hampir 11 bulan. Ketika ini juga, Ummi Insyirah masih lagi bertarung untuk menghabiskan peperiksaan semester kedua untuk pengajian MSc ummi, 5 subjek telah selesai dihadapi dalam 2 minggu awal peperiksaan dan kini hanya menunggu subjek terakhir untuk dihadapi pada hari Khamis nanti, 29/5/2008.

Seperti biasa, bila adanya cuti umum di UK ni, pelajar-pelajar postgraduate NMC dan keluarga masing-masing akan mengambil kesempatan untuk bercuti, ada yang pergi theme park, cuti-cuti sekitar UK dan ada yang ber babeque beramai-ramai. Bagi Insyirah, belum tiba masanya lagi untuk pergi jalan-jalan disebabkan ada urusan lain yang lebih utama pada masa ini :) (tunggu ummi habis exam dulu.. baru boleh jalan-jalan nanti). Kami sekeluarga hanya menghabiskan masa di rumah bersama-sama, seronok sangat bila bersama Ummi dan Ayah kat rumah, inilah masanya Insyirah nak tarik perhatian lebih dari Ummi dan Ayah setelah sepanjang hari-hari bekerja berada di "sekolah" Insyirah.

Ketika usia 11 bulan ini, Insyirah baru pandai sebut perkataan AYAH... :D (Ummi jeles ni kat Ayah).. tapi bukannya panggil Ayah saja dengan perkataan tu, rasanya semua orang yang Insyirah nampak, Insyirah sebut AYAH :D salah bahasa ni nampaknya. Tak mengapa, nanti Insyirah perbaiki lagi bahasa Insyirah ni.

Selain itu, ada tragedi yang dahsyat juga berlaku pada usia 11 bulan ini.........

Jenggg jenggg jengggggg...

hehehe, Insyirah dan Ummi main "papan lungsur" kat rumah pada pagi Ahad, 25/5/2008. Sebenarnya Ummi dan Insyirah jatuh tangga pada hari tersebut. Keadaan berlaku begitu pantas, Insyirah cuma dapat bayangkan Insyirah dah pun berada di tingkat bawah bila turun tangga tu. Sepantas kilat turun,, dan bunyinya pun sangat menarik... MACAM BUNYI NANGKA JATUH daaaa.

Lokasi kejadian berdasarkan pandangan dari atas ke tingkat bawah

Alhamdulillah, Ummi pegang Insyirah dengan erat, jadi tiada kecederaan yang teruk pada diri Insyirah, cumanya Insyirah tergigit lidah sikit dan akibatkan lidah Insyirah berdarah. Mulanya, Ummi agak gelabah dengan keadaaan mulut Insyirah yang dipenuhi darah. Terus Ummi ajak Ayah ke klinik. Kami bergerak ke pusat kesihatan Mary Potter tapi tutup pula (hari ahad kan), kemudian Ayah putuskan balik rumah dulu. Bila sampai rumah, Ummi masih tak sedap hati lagi kerana melihat tangan kanan Insyirah tidak boleh bergerak seperti biasa dan kemudian kami semua terus ke Hospital QMC untuk periksa keadaan Insyirah. Setelah melalui pemeriksaan awal dari Doktor perubatan dan menjalani pemeriksaan x-ray, Dr cakap tiada kecederaan yang perlu dibimbangkan. Kami dibenarkan pulang dan membuat temujanji susulan pada hari Rabu. Tetapi Dr berpesan sekiranya Ummi dan Ayah dapati keadaan Insyirah teruk kembali, boleh terus datang ke Hospital untuk pemeriksaan semula.

Setelah pulang ke rumah dan berehat seketika, Ummi baru perasan yang tangan kanan Insyirah tak boleh bergerak dengan selesa. Ketika di hospital, kami ingatkan tangan kanan ni akan kembali normal selepas 2 atau 3 jam, tapi setelah tunggu sampai malam, tangan kanan Insyirah masih tidak boleh bergerak seperti sediakala. Tambahan pula ketika waktu tidur di mana Insyirah suka bergolek-golek, tapi disebabkan tangan yang sakit ni, Insyirah rasa tak selesa dan merengek-rengek sahaja semalaman.

Pada keesokannya, Isnin pagi, kami sekeluarga terus ke QMC sekali lagi untuk pemeriksaan lanjut. Ummi menceritakan keadaan yang berlaku pada tangan kanan Insyirah. Sekali lagi Dr terus meneliti laporan x-ray yang dijalankan sebelum ini. Dr tersebut merasakan MUNGKIN ada sedikit keretakan pada tangan kanan Insyirah berdasarkan gambar x-ray terbabit. Beliau telah mengambil keputusan untuk memakaikan anduh pada tangan Insyirah supaya dapat mengurangkan pergerakan tangan kanan Insyirah, selain memberi ubat tahan sakit untuk mengurangkan sengal kesakitan di tangan kanan.

Kami sekali lagi diminta untuk membuat temujanji dengan Dr pada hari Rabu, tetapi kali ini dengan Dr pakar tulang yang boleh mengesahkan keadaan ini. Untuk pendekkan cerita, "Dr tulang" telah sahkan yang tiada keretakan pada tangan kanan Insyirah, mungkin tangan Insyirah sengal-sengal disebabkan hentakan pada anak tangga. Beliau juga menyatakan yang Insyirah boleh menanggalkan balutan anduh di tangan Insyirah ini pada hari Jumaat ini.


Begitulah alkisahnya, cerita di Bank Holiday kali ini. Alhamdulillah, semuanya sihat sejahtera kembali :)

Saturday, 17 May 2008

Hiburan Minggu Ini.. Jom Layan!!!


Sob sob sob. . .
Insyirah baru habis tonton cerekarama bertajuk "Demi Masa" di Youtube. Bagus juga cerita ni, dan boleh juga dikatakan drama ni taklaa stereotype sangat macam drama-drama anak yang selalu lupakan ibu bapanya. Ummi pun layan juga walaupun esok (Sabtu ada exam). Cerita buatkan kami sedar dan insaf. Mudah-mudahan banyak lagi drama-drama Melayu yang bagus yang boleh bawa perubahan baik kepada kita semua.

Watak Mak Yam lakonan Sheila Rusly :)

Kepada sesiapa yang tak tengok lagi drama ni atau nak tengok satu round lagi, boleh tengok di sini (DEMI MASA) ... apa lagi... LAYANNNN!!!

Monday, 12 May 2008

Salam sayang buat bonda tercinta.. SELAMAT HARI IBU


Ibuuu.. ibuuu.. engkaulah ratu hatikuu....

11 Mei 2008 merupakan tarikh sambutan hari Ibu di Malaysia. Sebenarnya, Insyirah pun tak pasti bila sebetulnya tarikh sambutan hari ibu, tetapi setelah menyemak-nyemak info di wikipedia, rupanya tarikh sambutan hari ibu adalah berbeza-beza mengikut negara masing-masing. Di Malaysia, ianya disambut pada Ahad kedua pada bula Mei iaitu pada 11 Mei bagi tahun 2008 ni, manakala sambutan di UK telah berlangsung pada 2 Mac 2008 yang lalu.

Di sini Insyirah mengambil kesempatan untuk mengucapkan salam sayang buat Ummi tercinta, semoga Allah sentiasa merahmati Ummi atas susah payah melahirkan dan membesarkan Insyirah, serta semoga berjaya dalam peperiksaan semester kedua nanti. Tidak lupa juga buat Nenek Bechik di kampung dan juga semua ibu-ibu yang sentiasa menyayangi kami semua.

Di kesempatan ini juga, Insyirah ingin mendoakan kesejahteraan Tok Leha yang telah kembali ke rahmatullah pada 12 Mei 2004 iaitu 4 tahun yang lepas. Walaupun kita tak sempat bersua di alam dunia ini, mudah-mudahan kita dipertemukan di SANA nanti. Semoga Allah menempatkan Tok Leha di kalangan orang-orang yang solehah dan dikurniakan balasan syurga di SANA.. amiinnn.

Friday, 2 May 2008

Ayuh Bangsaku !

Renungan Hari Jumaat :)

Dah lama juga tercari-cari bacaan sajak Tun Mahathir "Perjuangan Belum Selesai" yang LIVE ni. Sebelum ni cuma tengok video nyanyian Nora saja, tapi kali ni baru terjumpa video sebenar bacaan saja terbabit. Ianya bukan bertujuan politik, tetapi mari kita renungkan "bait-bait" sajak yang dilafazkan ini untuk kebaikan dan pembakar semangat kita untuk berjaya.


(boleh tengok video di sini , tak pandai nak masukkan dalam blog ni)

p/s: setiap insan pasti melakukan kesilapan, tetapi perkara yang baik yang dilakukan mestilah kita jadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. Semoga kita terus mara meneruskan perjuangan ini, untuk memartabatkan agama, bangsa dan negara. Semoga harapan kita untuk cemerlang dan terbilang tercapai jua dengan usaha yang berterusan. "Biarkan bertatih, asalkan langkah itu yakin dan cermat bagi memastikan negara merdeka dan bangsa terbilang". Teruskan perjuangan, HARAPAN baru untuk Malaysia terletak di bahu kita semua.

Sunday, 2 March 2008

Rombongan Insyirah ke Cadbury World, Birmingham

Alkisah, Uncle Cahaya bertanya kepada Ayah pada hari Khamis lalu "Ajiz, ko nak join kami ke Cadbury World tak?". Ayah bertanya semula "Pergi berapa hari? Pergi mana lagi nanti? Kereta kami tak ok lagi laa, still ada problem air radiator yang asyik kurang saja". Uncle Cahaya menjawab "Kita pergi Cadbury World, Wing Yip.. ala kedai Cina terbesar kat Europe dan balik singgah Nando's". Ayah terfikir sendirian "Nak pi Nando's.. waa bagus ni, kami dah lama mengidam nak makan Nando's kat Leicester". Ayah tanya Ummi dan Ummi terus respon kata "OK-OK.. jom-jom" (walaupun plan asal nak buat assignment Sabtu ni, tapi tak mengapa, tugasan ada masa seminggu lagi untuk disiapkan.. hehehe.

Begitulah ceritanya kami turut menyertai rombongan Kak Cahaya and the gang ke Cadbury World yang terletak di Birmingham, UK pada hari Sabtu, 1 Mac 2008. Para peserta terdiri dari keluarga-keluarga Auntie Cahaya (leader), Auntie Mai (yang dah nak balik Malaysia hari ini), Auntie Ija, Auntie Shaz, Auntie Izan (tak pergi Cadbury World, join acara seterusnya) dan kami sekeluarga. Rombongan bertolak dari rumah leader lebih kurang pukul 9.45 pagi dan sampai di Cadbury World lebih kurang pukul 11.15 pagi.

(bersambung....)