Masih segar dalam ingatan ketika mendaftarkan Abah dan Mak ke tabung haji beberapa tahun yang lepas. Ketika itu terasa lamanya lagi giliran Abah dan Mak untuk boleh menunaikan haji ke Mekah. Ku hitung-hitung usia mereka setelah pakcik di kaunter itu memberikan anggaran tahun mereka boleh menunaikan haji. Usia mereka hampir mencecah 70 tahun ketika giliran mereka tiba. Oh, masih laratkah mereka untuk melaksanakan ibadah rukun islam yang ke-5 ini diusia itu. Sesungguhnya kita hanya merancang, tetapi Allah itu Maha Mengetahui segalanya.
Alhamdulillah, hari ini masanya telah tiba untuk mereka. Akhirnya mereka dipanggil untuk menunaikan haji ke Mekah pada tahun 2010 ini. Agak cepat berbanding jangkaan tahun yang diberikan ketika mendaftar dahulu. Hari ini, Rabu 13 Oktober 2010 bersamaan dengan 5 Zulkaedah 1431H merupakan tarikh penerbangan mereka ke tanah suci Mekah. Adik beradik, saudara mara serta jiran tetangga menghantar mereka ke Lapangan terbang Senai.
Kami doakan agar Abah dan Mak dikurniakan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan agar dapat melaksanakan ibadah haji dengan sempurna serta selamat pergi dan balik. Begitu juga dengan rakan-rakan lain yang akan menunaikan haji ke Mekah pada tahun ini, semoga semuanya memperoleh haji yang mabrur insyaAllah.
Salam sayang dari kami di perantauan buat Abah dan Mak. Semoga memperoleh haji yang mabrur dan sentiasa di dalam rahmat Allah, insyaAllah. Walaupun jauh dimata namun sentiasa dekat dihati. Gambar ini diambil semasa Mak tengah bercakap denganku melalui telefon, lebih kurang jam 7 pagi waktu Malaysia = 12tgh malam waktu UK sebelum mereka masuk ke balai berlepas pada jam 7.30 pagi. Terima kasih banyak kepada abang iparku yang sepantas kilat mengupload gambar ni di facebook :)
p/s: Kepada adik lelaki ku juga, semoga isterinya selamat melahirkan cahaya matanya yang ke-2. Tengah sibuk-sibuk di lapangan terbang Senai, tiba-tiba isterinya berasa sakit nak bersalin dan terus ke hospital dengan segera. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan, amin.
p/s: Kepada adik lelaki ku juga, semoga isterinya selamat melahirkan cahaya matanya yang ke-2. Tengah sibuk-sibuk di lapangan terbang Senai, tiba-tiba isterinya berasa sakit nak bersalin dan terus ke hospital dengan segera. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan, amin.
Wasalam.
2 comments:
bestnyer mak n ayah ana dpt gi haji tahun ni..mak tok tak de rezeki nk gi tahun ni..arab tukar polisi tahun ni..tak ramai yg leh gi..klu ikut tahun2 lepas nama yg waiting list dpt gi..tahun ni da tak leh..sian kt mak..sume da buat..tabung haji siap da carikan 3org wat group sbb mak tok tak de waris yg ikut..nmpk gaya mmg gi tahun dpn gak le..ikut giliran mmg thn dpn pun..ape pun kite redho kn..Allah yg atur sume ni..akak pun doakan mak n ayah ana slmt pegi n blik n dpt tunaikan haji dgn khusyuk..
tq kak. insyaAllah ada rezeki maktok tahun depan. kem salam maktok kak...
Post a Comment