Sejak berada di UK ini, urusan pengambilan gambar sama ada gambar untuk permohonan visa ataupun passport, kami hanya lakukannya sendiri, ambil gambar sendiri, kemudian edit dan print di ASDA dengan kos sebanyak 25 pence (darab 5 = RM1.25), murah sangat kan! Setakat ini, alhamdulillah gambar yang diambil semuanya diterima pakai oleh Malaysian High Commission London dan juga Home Office UK.
Cara-cara untuk menyediakan gambar visa/passport untuk rujukan kami di masa hadapan atau rujukan rakan-rakan yang ingin menjimatkan kos untuk menghasilkan gambar VISA / PASSPORT mengikut sandard UKBA Home Office dan Malaysian High Commission London.
1. Ambil gambar seperti biasa. Pastikan badan tegak, kepala dan mata menghadap kamera.
2. Crop gambar yang diambil berdasarkan ukuran yang sesuai.1. Ambil gambar seperti biasa. Pastikan badan tegak, kepala dan mata menghadap kamera.
3. Edit latar belakang gambar dengan menggunakan mana-mana software. Latar belakang biru bagi gambar passport dan latar belakang putih bagi gambar visa. Kami menggunakan photoshop sofware untuk mengedit warna latar belakang gambar dengan cepat. Gunakan icon magic wand untuk memilih kawasan yang ingin diwarnakan dan kemudian pilih berus dan warna yang dikehendaki.
4. Bila dah siap, gunakan website http://www.photomat .eu/ dan ikut arahan yang ada, download gambar 3.5 x 4.5cm lapan keping. Sila semak gambar yang diedit agar menepati syarat-syarat untuk gambar visa/passport.
5. Simpan dalam USB drive gambar di atas dan bawa ke ASDA untuk diprint dengan kos hanya 25 pence sekeping (8 gambar). Sangat jimat ok!
Di bawah ini, antara gambar-gambar yang kami ambil dan edit sendiri bagi tujuan memperbaharui visa.
Di bawah ini, gambar passport anak-anak kami, Insyirah (ambil di kedai gambar Malaysia), Nuha (ambil gambar, edit dan print sendiri, itu yang gambar kurang memuaskan sebab print sendiri guna printer cikai jer:D), Ahmad (ambil gambar dan edit sendiri dan print di ASDA)
No comments:
Post a Comment