Setakat umur 4 bulan ini pelbagai perkara yang dilalui oleh Ahmad Mujahid. Berat lagi mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Kasihan Ahmad asyik merengek-rengek kegatalan. Kalau tengah salin bajunya sempat lagi tangannya menggaru-garu kaki, muka dan dadanya sampai berdarah-darah. Padahal Ummi dah potong kukunya 2 kali seminggu. Oleh itu, setiap masa Ahmad perlu memakai sarung tangan;)
Alhamdulillah, Ahmad seorang anak yang kuat. Semoga Ahmad sentiasa sabar menghadapi segala dugaan dan membesar menjadi anak soleh (boleh hafaz al quran juga;)
Gambar Ahmad 4 bulan. Gaya ini habit Ahmad, yang sangat suka membelek-belek tangan kanannya. Oh, abaikan rambutnya yang semakin panjang itu ya;)
Alhamdulillah, Ahmad seorang anak yang kuat. Semoga Ahmad sentiasa sabar menghadapi segala dugaan dan membesar menjadi anak soleh (boleh hafaz al quran juga;)
Tarikh penting tentang Ahmad sepanjang 4 bulan (Ummi perlu ingat ini untuk info bila di tanya oleh doktor tentang rekod perubatan yang Ahmad telah laluinya) :
- Duduk di hospital QMC selama 2 minggu rentetan daripada pembedahan exomphalos selepas lahir - 08 Disember 2010 - 21 Disember 2010
- Di diagnos inguinal hernia pada 18 Januari 2011 dan dibedah pada 23 Februari 2011 di QMC. Masa ini kulit Ahmad sudah agak kering tapi tidaklah sampai Eczema
- Pada 1 Mac 2011 pergi baby clinic di Mary Potter untuk timbang dan mendapatkan nasihat untuk masalah kulitnya yang kering. Mereka berikan Dermol dan Hydromol cream. Mereka nasihatkan untuk pergi berjumpa GP untuk dapatkan antibiotik disebabkan infections pada pipinya (oozing)
- 2 Mac 2011 pergi jumpa GP dan diberikan antibiotik, malangnya Ahmad allergic dengan antibiotik tersebut.
- 3 Mac 2011 sekali lagi berjumpa GP, dan diberikan antibiotik lain dan hyrocortisone cream. Masa ini GP sahkan yang Ahmad mempunyai Atopic Eczema pula.
- 8 Mac 2011 berjumpa GP kembali sebab Ahmad batuk-batuk sampai tak boleh tidur lena melainkan Ummi tinggikan sedikit kepalanya. GP suruh berikan antibiotik kepada Ahmad. Sepatutnya Ahmad perlu dicucuk untuk 2nd imunisastion nya pada hari tu tapi terpaksa ditunda sebab Ahmad batuk
- 15 Mac 2011 berjumpa GP untuk periksa Ahmad sama ada boleh dicucuk atau tidak. Alhamdulillah keadaan Ahmad sihat untuk dicucuk.
- 29 Mac 2011 berjumpa GP kembali mengadu masalah kulit yang sama. GP masih berikan antibiotik yang sama dan hydrocortisone cream. Tiada perubahan.
- 4 April 2011, paedtrician nurse datang melawat Ahmad di rumah. Beliau menyarankan agar kurangkan kekerapan memandikan Ahmad kerana ia boleh mengeringkan kulitnya. Jika sebelum Ummi mandikan Ahmad 2 kali sehari, pagi petang ingatkan boleh membantu melembapkan kulitnya yang kering. Rupa-rupanya teori kami silap. Paedtrician tersebut suruh kami mandikan Ahmad 2 kali seminggu sahaja! Minggu depan, dia suruh kami ke klinik pada hari rabu berjumpa dengan health visitor yang berpengalaman tentang masalah eczema.
Terasa bagai dugaan yang diberikan tidak putus-putus, namun kami cuba berlapang dada menerima segalanya dengan tabah dan redha. Sesungguhnya dugaan/ujian yang diturunkan oleh Allah itu tersirat hikmah disebaliknya. Setiap bencana, penyakit, kesusahan/kerunsingan yang menimpa tubuh badan atau akal fikiran seseorang mukmin itu mungkin disebabkan perkara-perkara tersebut:
- Menjadi "Kaffarah" (penghapus) dosa orang yang ditimpa bencana itu.
- Sebagai balasan Allah atas kesalahan orang yang ditimpa bencana itu.
- Untuk menaikkan darjat orang yang ditimpa bencana itu.
- Sebagai ujian keimanan orang yang ditimpa bencana itu.
Ya Allah ampunilah segala dosa-dosa kami, sama ada kecil atau pun besar dan jadikanlah kami hamba yang patuh di atas segalah perintahMu dan masukkanlah kami ke dalam syurgaMu. Amin ya rabbal al-amin.
1 comment:
Ana...
Sabar ye.... betul cakap ana... dugaan yang Allah bg tu.. ada hikmahnya... menjadikan kita hamba yang kuat semangat... tak putus asa dan sentiasa bersyukur....
Post a Comment