Wednesday, 10 November 2010

Ultrasound sessi ke 6

Pemeriksaan ultrasound seterusnya diteruskan hari ini, 10 November 2010 selepas ditunda dari tarikh yang dijanjikan sebelum (5 Novemeber 2010). Alhamdulillah perkembangan bayi baik setakat usia 33 minggu + 3 hari ini. Hasil pemeriksaan sama seperti sebelum di mana tiada sebarang masalah yang timbul selain exomphalos. Anggaran saiz exomphalos sebesar 4 cm dan hanya mengandungi sebahagian kecil hati. Jantung bayi pun dalam keadaan baik setakat ini. Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah swt yang Maha Pengasih lagi Penyayang. Sesungguhnya segala ketentuan Allah itu adalah yang terbaik buat kami sekeluarga. Semoga ujian kecil ini dapat memperbaiki diri kami sekeluarga agar lebih  menjadi muslim yang sentiasa bersyukur di atas segala nikmat yang diberi.  Tak lupa juga, mohon sanak saudara dan kawan-kawan (sekiranya terbaca mesej ini) turut mendoakan kesejahteraan bayi dalam kandungan Ummi dan juga kita semua.  Mudah-mudahan doa kita semua diterima, terutamanya pada hari wukuf Arafah nanti.

Oh ya, selepas habis pemeriksaan ultrasound tadi, kami di bawa melawat ke "Neonatal Intensive Care Unit" tempat di mana bayi kami akan diletakkan sejurus selepas lahir nanti. Ianya bertujuan memberikan gambaran apa yang akan berlaku selepas kelahiran dan mengurangkan kejutan kepada kedua ibubapa. Semasa bayi berada dalam inkubator, bayi hanya memakai "nappy" sahaja. Midwife memberitahu yang kami perlu sediakan "nappies" bayi kerana stok yang mereka ada tidak mencukupi. Namun segala peralatan bayi yang lain seperti baju dll sudah tersedia rapi di situ. Malah pam susu, botol dan peti sejuk juga disediakan. Jika ada rezeki, kami akan diberikan pam susu percuma sekiranya stok ada.

Di hadapan Neonatal Intensive Care Unit, Queens Medical Centre

Pemeriksaan ultrasound seterusnya lagi 2 minggu, pada 24 November 2010. Kali ini doktor akan bagi tahu bagaimana cara kelahiran bayi. Kalau ikutkan "consultant/doktor pakar", dia lebih selesa secara normal kerana saiz exomphalos agak kecil dan agak risau jika secara pembedahan kerana Ummi dah ada luka pembedahan masa lahirkan Insyirah dulu. Namun pakar bedah kanak-kanak lebih selesa jika bayi dilahirkan secara pembedahan bagi mengelakkan sebarang komplikasi terhadap hati bayi. Apa pun mereka berdua akan berbincang bagaimana cara  kelahiran yang terbaik bagi kedua-dua pihak, ibu dan bayi, jeng..jeng..jeng....tunggu keputusan lagi 2 minggu insyaAllah:)

6 comments:

Nurul said...

congrats ana n paklah..sory br tahu bout ths pregnancy..tahniah ..n take care..

nurul

zafwah said...

akak sll doakan yg terbaik tuk ana n baby..inysaallah sumenyer akan slmt nnt..mudah2an doa mak abah ana di tanah suci juga dimakbulkan Allah..

Nihlah Insyirah said...

terima kasih kak nurul, lama tak dengar khabar?akak sekeluarga sihat?

kak farah: terima kasih banyak kak, aah semoga ibadat haji diorang diterima Allah dan dimakbulkan segala doa

kak cahaya said...

akak sentiasa doakan kesudahan yang terbaik..moga ana , bb dan sekeluarga sihat walafiat dan dipermudahkan..aminn

Nihlah Insyirah said...

amin, thanks kak cahaya.rindu akak sekeluarga.harap semuanya sihat walafiat:)

Nurul said...

kami seme sihat...take cre k...