Syukur kehadrat Ilahi, akhirnya Ahmad Mujahid selamat dilahirkan pada 08 Disember 2010, Rabu jam 01:25 pagi bersamaan dengan 02 Muharam 1432H ketika kandungan Ummi berusia 37 minggu. EDD sepatutnya 26 Disember 2010 :) Kelahiran kali ini melalui pembedahan kerana air ketuban Ummi dah mula keluar dari pagi Selasa tetapi masih tiada rasa sakit. Ummi ditahan di wad QMC hospital pada 7 Disember 2010, 11 pagi menunggu saat untuk bersalin. Jika masih tiada rasa sakit, Ummi perlu dibedah pada keesokan paginya. Namun, lebih kurang jam 10 malam suhu badan Ummi naik tiba-tiba (37.9 darjah celcius) dan tekanan darah juga naik. Ummi ditolak terus masuk ke bilik bersalin lebih kurang jam 11 malam dan Midwife memeriksa denyutan jantung bayi dalam kandungan. Denyutan jantung bayi sedikit rendah dan kurang pergerakan. Doktor memutuskan perlu dibedah segera untuk menyelamatkan bayi kerana ditakuti terkena jangkitan. Lebih kurang jam 1 pagi, Ummi ditolak ke bilik pembedahan dan tepat jam 1.25 pagi, lahirlah Ahmad Mujahid bin Abdullah Aziz seberat 2.44kg.
Birth Announcements by WiddlyTinks.com
AHMAD MUJAHID
Ahmad : Yang terpuji, sempena nama nabi Muhammad SAW, moga anakanda kami mengikut contoh sunnah baginda dalam kehidupan mendatang.
Mujahid : Pejuang/orang yang berusaha bersungguh-sungguh, mudah-mudahan nama ini menjadikan "Ahmad" orang yang kuat dalam kehidupan... Amiinn
Semoga Ahmad Mujahid menjadi anak yang soleh, sihat cergas seperti kanak-kanak lain dan menjadi seorang yang "imamun lil muttaqin", insyaAllah.
Mujahid : Pejuang/orang yang berusaha bersungguh-sungguh, mudah-mudahan nama ini menjadikan "Ahmad" orang yang kuat dalam kehidupan... Amiinn
Semoga Ahmad Mujahid menjadi anak yang soleh, sihat cergas seperti kanak-kanak lain dan menjadi seorang yang "imamun lil muttaqin", insyaAllah.
2 comments:
Ana... tahniah... hope everything is fine for both baby and mama.... actually dah lama aku jd silent reader blog ko... keep in touch...
thanks dilot:) Ya Allah lamanya tak dengar khabar berita ko...lenkali tinggal ler jejak ko kat sini, hehehe...bleh ler aku buat kunjungan balas..anyway seronok sgt jumpa ko kat sini..stay keep in touch k;)
Post a Comment