Jumaat 9.30 pagi, 3 Disember 2010, suhu mencecah sampai -7 darjah celcius di Nottingham. Di bawah takat beku ni, sangat sejuk! Tadi Ayah pergi hantar Insyirah ke sekolah sebab dah 2 hari tak pergi sekolah akibat dari snow yang lebat dan Insyirah kurang sihat. Lupa pula nak cek online sama ada sekolah buka atau tutup. Sampai-sampai di sekolah, senyap sunyi jer sekolah dan ada orang jaga depan pintu pagar menyatakan sekolah tutup hari ni. Hehehe. Patah balik rumah semula, nasib baik sekolah dekat jer :D. Kemudian Ayah bersiap-siap nak pergi Universiti pula. Tunggu-tunggu bas, takde pun bas lalu seperti kebiasaannya. Akhirnya Ayah ambil kunci kereta, pergi naik kereta jer :)
Musim sejuk kali ini, snow turun agak awal di Nottingham bermula dari pagi Sabtu, 27 Nov 2010 yang lepas. Bangun-bangun pagi nengok kat luar rumah dah dipenuhi salji tapi tak berapa tebal. Insyirah seronok sangat dan nak keluar main snow di subuh hari. Ummi malas nak keluar. Ayah bawa Nuha dan Insyirah ke luar rumah ambil gambar sementara Ummi duduk dalam rumah jer :D
Insyirah dan Nuha bersama Ayah (photographer) di luar rumah, 7 pagi :D
Insyirah masih tak puas bermain snow di luar, diajaknya Ayah lagi. Kali ini (lebih kurang 8 pagi) hanya Insyirah dan Ayah jer berposing kat luar rumah (Ayah siap bawa tripod tu:D), hehehe. Nuha dan Ummi duduk dalam rumah jer :D
29 dan 30 Nov 2010, Insyirah ke sekolah seperti biasa. Selalu Ayah yang hantar, tapi 30 Nov tu hari Selasa seperti kebiasaan Ayah ada temujanji dengan supervisor setiap 10pg. Maka Ummi terpaksa hantar Insyirah ke sekolah pagi tu sebab Insyirah berkeras nak ke sekolah juga (suka lah tu sebab snow tengah turun lebat). Keesokannya bila Ayah nak hantar ke sekolah, Insyirah taknak pergi pula sebab memang masa tu dia tak berapa sihat pun. Tapi Ummi tahu, dia nak tuntut janji dengan Ayah dia lah tu nak bawa dia gi main snow. Kalau Ayah takde nak jer pergi sekolah sebab tahu Umminya memang malas nak melayan, hehehe:D
Ni masa nak keluar rumah amik Insyirah balik sekolah. Snow turun dengan lebatnya.
01 Disember 2010, Rabu, Insyirah tak pergi sekolah dan kebetulan Uncle Lee mesej ajak gi Wollaton Park main snow. Masa tu Ummi tengah goreng karipap sardin. Terus siap-siapkan bekal dengan air panas nak gi main snow, hehehe. Insyirah mula-mula seronok sangat tapi bila sampai Wollaton Park jer, dia menangis kesejukan. Terpaksa balik rumah semula tambah ketebalan baju dan tukar kasut yang lebih sesuai. Sanggup tu patah balik rumah semula, hehehe. Yelah kan dah alang-alang Ayah dah tak pergi Universiti haritu sebab petang tu Ummi ada temujanji dengan Midwife. Alhamdulillah, lepas patah balik semula tu, Insyirah seronok sangat main snow.
Ni bergambar sesampai di Wollaton Park. Insyirah menangis-nangis pula minta didukung sebab tak tahan kesejukan. Sebelum tu, dia yang seronok nak gi main snow. Nuha rileks jer atas stroller tu. Lepas ni kitorang balik rumah semula tambah ketebalan baju :D
Gambar ni selepas di tambah ketebalan baju dan tukar kasut, baru lah seronok tak kira si Insyirah. Masa ni Nuha sedang tidur lena dalam stroller.
Insyirah seronok sangat berbanding mula-mula sampai tadi. Nuha pula tengah tidur lena dalam stroller :)
Nuha selepas bangun dari tidur :D
Bukan setakat Insyirah jer yang seronok main, Umminya pun sama, huhuhu. Ummi Insyirah bermain sledge ketika kandungan berusia 36 minggu. Permainan ini sangat tidak digalakkan untuk ibu-ibu yang tengah mengandung yer. Tapi memandangkan ini musim sejuk terakhir kami di sini (insyaAllah)...redah jerlaa :D
Alhamdulillah, Allah bagi nikmat sekali lagi merasai salji di bumi Nottingham ini. Bukannya senang nak turun salji di tempat kami ini walaupun suhu sejuk bukan main. Alang-alang dah sejuk tu kan, baik turun salji sekali. Apa pun segalanya atas kehendak Allah. Seronok bila salji turun tapi bila berterusan naik risau dibuatnya sebab sistem pengangkutan terjejas, sekolah terpaksa ditutup, keadaan jalan licin dll. Harap-harap janganlah lapangan terbang ditutup minggu depan sebab Mak dan Abah nak sampai minggu depan. Semoga Allah permudahkan perjalanan mereka ke UK minggu depan.
Dan kami juga berharap agar musim sejuk ini yang terakhir bagi kami di UK. Doakan kami agar dapat menamatkan perjuangan kami di sini dengan jayanya dan kembali ke tanah air tercinta. Daripada bertiga (Insyirah baru berusia 3 bulan ketika itu) masa mula-mula sampai di sini, September 2007 dan kini bakal berlima insyaAllah. Terasa pantasnya masa berlalu. Sudah tiba masanya untuk kami pulang berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara:) Semoga Allah permudahkan urusan kami di sini.
1 comment:
wow..seronoknya men salji..huhu
Post a Comment