Friday, 26 November 2010

Selamat kembali

Alhamdulillah, hari ini Jumaat 26 November 2010, Abah dan Mak selamat sampai ke Lapangan terbang Senai, Johor lebih kurang jam 11 pagi tadi. Tadi sempat menelefon Abah dan Mak yang telah sampai ke rumah. Lega rasa mendengar suara mereka berdua dicorong telefon. Alhamdulillah, keduanya sihat, cuma batuk dan selsema sikit. Seronok mendengar cerita-cerita Mak dan Abah ketika menunaikan haji dan semoga ibadat hajinya diterima oleh Allah. Terima kasih juga di atas doa yang dipanjatkan ke atas kesejahteraan kami sekeluarga ketika di sana. Semoga Abah dan Mak cepat sihat daripada batuk-batuk dan selesema. InsyaAllah bolehlah kita berjumpa 2 minggu lagi. 
Rindu semua.

3 comments:

Bibi Intan Suraya said...

alhamdulillah syukur, mak abah kAna selamat pergi dan pulang. kAna dah nak balik Msia ka??

Nihlah Insyirah said...

tq bibi, kak ana tak balik malaysia..InsyaAllah Mak dan Abah datang lagi 2 minggu, itu pun kalau diorang berdua sihat laa..

bibi camna sekarang?hope bibi sekeluarga cepat dapat sesuaikan diri kat sini..pagi ni snow dah mula turun kat notts...

Zuliana said...

alhamdulillah pak ngah n mak ngah dah selamat sampai..kami x sempat nak g ziarah mrk..2 minggu lg bakal ke tmpt ana pulak..smg sgla urusan berjalan lancar..