Wednesday 23 January 2008

Hari pertama Insyirah ke sekolah:)

Hari ini, pagi-pagi lagi Ummi dah kejut untuk pergi ke Universiti. Semester baru "Spring semester" dah bermula pada 21 Jan 2008. Ummi habis "exam" pada 19 Jan 2008, sian Ummi cuti sehari jer sebelum mula semester baru. Hari ini, 22 Jan 2008 pagi-pagi dah kena mandi dan ikut Ummi dengan ayah. Kali ini kami tak naik bas 190 lagi, tapi kami naik kereta;)

Hari ini Ummi ada 3 kelas, dari 10 pagi sampai 6 malam. Ayah tak dapat nak jaga Insyirah hari ini sebab ayah sibuk untuk menyiapkan tugasannya sebelum perjumpaannya dengan "supervisor" pada hari esok. Insyirah terpaksa ikut Ummi masuk ke kelas. Insyirah seronok sangat hari ini sebab Insyirah jumpa ramai orang dalam kelas Ummi. Pensyarah Ummi pun tak kisah Ummi bawa masuk Insyirah sekali.

Tapi Ummi marah Insyirah sebab Insyirah buat bising dalam kelas:( Mungkin sebab Insyirah "excited" jumpa ramai orang dalam kelas tu, semua orang dia nak tegur, nak main. Asyik gelak-gelak, tegur-tegur orang dan main-main dengan kawan-kawan Ummi. 15 minit pertama, okla sikit duduk diam perhati pensyarah Ummi dan keadaan sekeliling dan kadang-kadang baca buku "My first counting book". Hmm...sekejap jer boleh bertahan, lepas tu Insyirah mula buat perangai. Insyirah tak nangis, tapi Insyirah buat bising dengan main-main dengan kawan-kawan Ummi. Kadang-kadang Insyirah panggil pensyarah Ummi "hai, hai"...hehhehe...Ummi pening kepala:D

Akhirnya Ummi mengambil keputusan untuk keluar dari kelas untuk tidak mengganggu pelajar-pelajar lain hilang tumpuan kepada pensyarah. Sian kat Ummi. Dekat jam 7 malam baru sampai rumah. Insyirah tidur awal kali ini, mungkin keletihan setelah seharian di Universiti:)

Sunday 13 January 2008

Sepupu Insyirah:)

Alhamdulillah, pada tahun 2007 atuk & nenek (sebelah Ummi) dikurniakan 3 orang cucu, anak Mak Ngah Ani yang diberi nama Muhammad NurFarihin Nazmi bin Mahadir (dilahirkan pada 1 Disember 2007), anak Mak Long Idah yang diberi nama Nur Iffah Auni binti Jamal Abdul Nasir (dilahirkan pada 11 November 2007) dan saya anak Ummi:D, Nihlah Insyirah binti Abdullah Aziz pula dilahirkan pada 27 Jun 2007). Tidak lupa juga Pak Jang Hanef (sebelah ayah) dikurniakan cahayamata perempuan yang diberi nama Nurhamidah binti Hanef pada 16 Disember 2007 yang lepas. Tahniah diucapkan kepada Mak Long, Mak Ngah dan Pak Jang sekeluarga di atas kelahiran cahayamata masing-masing. Insyirah tak sabar nak jumpa sepupu-sepupu Insyirah ni. Seronoknya ramai kawan-kawan. Semoga Allah mempertemukan kita semua suatu hari nanti.

Muhammad Nurfarihin Nazmi bin Mahadir