Saturday 29 January 2011

Ahmad buat passport

2 tahun yang lepas, 26 Jun 2009 kami pergi ke High Commission of Malaysia, London untuk membuat passport Nuha dan mendaftar kelahirannya (http://azihana.blogspot.com/2009/06/nuha-buat-passport.html). Tahun ini, 28 Januari 2011, sekali lagi kami pergi ke High Commission of Malaysia bagi tujuan yang sama untuk membuat passport dan mendaftar kelahiran Ahmad Mujahid (Ahmad berusia 52 hari). Kali ini urusan berjalan lancar dan cepat siap berbanding Nuha dahulu, namun urusan mengambil passport yang dah siap masih sama iaitu hanya boleh diambil pada jam 3.00 - 4.00 petang. Pendaftaran dan penghantaran borang permohonan dari jam 9 - 12 tengah hari. Kami sampai di Malaysian High Commission London lebih kurang 10.30 pagi dan selesai dalam 11.30 pagi. Kami tunggu sehingga waktu zohor masuk dalam jam 12.20 tengah hari dan sembahyang di surau yang disediakan.

Bagi sesiapa yang ingin mendaftar kelahiran dan membuat passport anak di High Commision of Malaysia, di sini dikongsikan apa dokumen-dokumen yang perlu dibawa. Syarat-syarat untuk membuat passport dan mendaftar kelahiran anak masih sama seperti 2 tahun lepas, bezanya cuma kali ini mereka perlukan salinan visa ibu bapa sekali.





Untuk tujuan pendaftaran kelahiran anak (sila bawa original dan 2 salinan):
  • Passport dan visa ibu dan bapa
  • Kad pengenalan ibu dan bapa
  • Sijil Nikah
  • Sijil kelahiran ibu dan bapa
  • Sijil kelahiran anak
  • 2 gambar anak berukuran passport (latar belakang biru) :seperti biasa, gambar kami edit dan print sendiri sahaja. Kalau nak ambil dia High Commission London pun boleh, tapi bayarannya £5. Kalau buat sendiri jimat sikit, hanya perlu kos print di Asda 20 pence, nanti share next entry cara-caranya.
  • Bayaran £6
Maklumat lanjut sila layari link http://www.jimlondon.net/kon-birth.html
Untuk membuat passport pula, dokumen yang perlu dibawa sama seperti bagi tujuan pendaftaran kelahiran, yang berbeza hanya memerlukan 1 salinan sahaja dan bayaran yang dikenakan £25 . Maklumat lanjut sila layari http://www.jimlondon.net/ppt_apply.html



Sementara menanti untuk mengambil passport pada jam 3.00 petang, kami bergerak ke National History Museum dahulu membawa Atuk dan Nenek melihat pameran-pameran yang ada. Di muzium ini terdapat 3 bahagian, natural, sains dan arts. Terdapat pelbagai jenis dinasour, serangga, burung-burung dll. Muzium ini sangat besar dan menarik. Cuma tak larat nak jalan kesetiap pelusuk. Yang paling penting masuk percuma :) Kami berlegar-legar memerhati pameran di dalam muzium, Ayah patah balik ke Malaysian High Commission untuk mengambil passport yang dah siap. Kami hanya menanti di dalam muzium. Tak larat nak jalan di luar dengan cuaca yang agak sejuk. Alhamdulillah misi membuat passport Ahmad Mujahid selesai dengan jayanya. Selesai melawat muzium, kami pun pulang ke travelodge (hotel) berdekatan dengan Wembley Stadium (ala-ala Stadium Negara di Bukit Jalil la:)

Esoknya, selepas checked out hotel, kami singgah sebentar bergambar di hadapan Wembley stadium. Pak guard hanya berikan masa 10 minit untuk kami bergambar di hadapan stadium dan pergi ke kedai souvenir untuk mengelakkan daripada dikenakan cas parking sebanyak £18 per kereta (mahalnya!!). Kami tak pergi pun kedai souvenir tu sebab tak tahu di mana. Nanti tercari-cari mana letaknya kedai tu terlebih pula masa yang diberikan pak guard. Tak pasal-pasal kena bayar parking pula nanti. Dalam perjalanan balik ke Nottingham, kami singgah di Bicester village, tempat shopping barang-barang branded. Sajer cuci-cuci mata bawa Atuk Nenek ke tempat yang orang Malaysia suka datang shopping terutamanya masa boxing day.

Friday 21 January 2011

30 Januari 2013

Visa kami sekeluarga telah tamat tempohnya pada 30 Oktober 2010 dan kami telah menghantar dokumen ke Home Office untuk memperbaharui visa tersebut di penghujung Oktober tahun lepas. Biometric pula telah dilakukan di Derby pada 16 November 2010 bersamaan dengan 10 Zulhijjah, di hari raya haji. Makanya gambar kami anak beranak di visa semuanya berlatar belakangkan baju kurung dan baju melayu, hari raya lah katakan. Balik dari sembahyang raya, bergegas ke Derby :D 

Alhamdulillah, visa yang diperbaharui telah diterima 2 ke 3 minggu lepas ek (ingat-ingat lupa daa) dan tempoh perlanjutan visa yang diluluskan oleh Home Office sehingga 30 Januari 2013. Walaupun tempoh yang diberikan agak lama, namun kami sudah tidak sabar untuk kembali ke Malaysia :) Harap-harap dapatlah pulang ke Malaysia hujung tahun ni, insyaAllah.

Tuesday 18 January 2011

Contraception - Implanon

Di atas nasihat doktor selepas melahirkan Ahmad Mujahid yang menyarankan kami agar berfikir semasak-masaknya sebelum mengandung lagi, kami telah memutuskan untuk menggunakan implant sebagai kaedah perancangan keluarga kali ini. Sangat mudah urusan untuk memasang implant di UK. Tidak sampai sejam, semuanya selesai. Selepas membawa Ahmad Mujahid ke klinik bayi di Mary Potter, kami terus membuat temujanji untuk memasang implant dan kebetulan tidak ramai orang ketika itu, implant dapat dipasang terus di lengan Ummi. Yang paling penting ianya PERCUMA , alhamdulillah :) Implant ini berfungsi selama 3 tahun. Oleh itu, Umminya implant ini perlu dikeluarkan pada atau sebelum 18 Januari 2014.


Apa itu Implant?
Implant ialah rod fleksibel kecil sebesar 40mm panjang x 2mm lebar (macam klip rambut) yang dimasukkan ke dalam kulit di bawah lengan atas yang menghasilkan hormon progestogen (sama dengan hormon progestron yang dihasilkan oleh wanita di ovarinya). 

Apakah fungsi Implant?
Implant ini berfungsi untuk memberhentikan ovari daripada mengeluarkan telur pada setiap bulan (ovulation). Selain itu, ia juga menebalkan mucus cervix untuk menghalang sperma daripada bertemu telur jika dihasilkan ovari dan menipiskan dinding rahim bagi mengelakkannya menerima telur yang telah disenyawakan.

Ada banyak kaedah perancangan keluarga seperti IUD, kondom, pil dan lain-lain tetapi kami memilih Implant berdasarkan pengalaman rakan-rakan yang telah menggunakannya. Implant juga selamat digunakan bagi wanita yang menyusukan bayi sepenuhnya :) Harap-harap Implant ini efektiflah buat kami. Kami hanya merancang, tapi kami menerima segala ketentuanNya. Sebaik-baik perancang ialah Allah SWT.

Hmm, sebelum ni kami faham kalau menyusu bayi sepenuhnya dapat menjarakkan umur anak. Namun Ummi mengandungkan Nuha ketika menyusu Insyirah. Begitu juga ketika menyusu Nuha sepenuhnya, Ummi dianugerahkan Ahmad :) Lagi sebulan Nuha nak lahir, Insyirah terpaksa minum susu segar dalam botol ketika usianya setahun 10 bulan. Walaubagaimanapun Nuha terpaksa diberhentikan awal ketika usia kandungan baru mencecah 3 bulan lebih dan Nuha berusia setahun sebulan. Itu pun sebab Ummi tak larat nak menyusukan Nuha ketika mengandungkan Ahmad. Tapi bila Ahmad Mujahid lahir, Nuha minum susu Ummi  (EBM) balik dari botol sebab Ahmad Mujahid dah pandai breastfeed dan EBM yang dibekukan terlalu banyak :D

Rupa-rupanya kaedah penyusuan sepenuhnya ini hanya efektif dalam jangka masa 6 bulan pertama. InsyaAllah dalam jangka masa 6 bulan pertama, ibu-ibu tidak akan mengandung jika menyusu bayi sepenuhnya. Selepas itu, cara ini tidak begitu berkesan. (info dapat dari nurse yang pasangkan implant). Namun apa pun boleh terjadi dengan kehendak Allah SWT. Wallahualam.

Nota kaki: Nurse timbang berat badan sebab nak monitor ada pertambahan berat badan atau tidak kesan daripada memakai implant. Berat terkini 68kg. MasyaAllah beratnya!! Nak kena kurangkan 18kg untuk dapat balik berat asal, fuhhh byknya, huhuhuu.

Saturday 8 January 2011

Ahmad sebulan

Hari ini genaplah usia Ahmad Mujahid sebulan hidup di muka bumi Allah ini, dan dah 2 minggu keluar dari hospital. Oh ye, seminggu yang lepas pada 1 Januari 2011, kami mencukur botak rambut Ahmad, botak licin ye :D. Tapi sekarang kejap je rambutnya dah tumbuh balik. Waktu tidur Ahmad adalah di siang hari dan waktu malamnya berjaga. Kalau siang, memang lenalah dia tidur. Walaupun si kakak-kakaknya bising terjerit-jerit pun Ahmad masih boleh lena dibuai mimpi. Kadang sampai kena kejut nak bagi minum susu dan tukar lampin. Boleh pula dia lena tidur walau lampinnya kotor.
Ahmad lena tidur di siang hari berbanding malam. Bila malam Ummi pun terpaksa bersengkang mata melayan Ahmad yang berjaga. Kadang Ummi curi-curi juga tidur sekejap-sekejap :D Bila siangnya Ummi pula yang pening kepala sebab tak cukup tidur :D Tapi nasib baiklah Ahmad bukan jenis yang menangis sekuat hati di malam hari. Ahmad suka termenung dan merengek-rengek sikit-sikit. Kadang berapa kali Ummi salin lampin bila malam ingatkan Ahmad tak boleh tidur sebab nak kena tukar lampin. Menyusu pun sangat kerap di malam hari berbanding siang. Kalau siang, kadang Ahmad boleh tidur sampai 5 jam baru bangun nak susu.


Ahmad dibuaian. Buaian ini menjadi penyelamat Ummi tatkala Ahmad sukar nak tidur dan perlu didodoi :D Alhamdulillah, syukur atas nikmat Allah. Semoga Ahmad Mujahid sihat membesar dan menjadi anak yang soleh, penyejuk hati kami sekeluarga.