Thursday 13 December 2012

Mari kenali Lahar Kepar

Cerita tentang Lahar Kepar 
(Pemberita: Ayah Insyirah yang akan mengambil ujian Bahasa minggu hadapan)

Lahar Kepar ialah sebuah kampung yang terletak di kawasan Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Kampung ini merupakan tempat Ayah Insyirah membesar, mendapat pendidikan awal dan melihat dunia ini daripada kacamata anak kampung sebelum melangkah ke dunia yang lebih luas. Sawah padi mengelilingi kampung dan menjadi salah satu sumber pendapatan penduduk. Kampung ini terletak lebih kurang 5km (berdasarkan laluan biasa kenderaan) dari Plaza Tol Bertam. Sekiranya pengunjung berada sekitar negeri Kedah (selatan), kebiasaannya pengunjung akan melalui Jambatan Merdeka, yang terletak lebih kurang 6km ke utara Lahar Kepar. Manakala pengunjung dari Butterworth/Jeti Feri boleh datang ke Lahar Kepar melalui Pekan Penaga ataupun Permatang Sintok, yang jauhnya kurang daripada 5km dari Lahar Kepar. Kampung ini juga berjiran dengan Kampung Padang dan Permatang Kuang.

Kedudukan kampung Lahar Kepar (13200 Kepala Batas, Pulau Pinang) dan juga kawasan sekitar.

Terdapat beberapa kemudahan utama/asas yang menjadi mercu tanda kampung Lahar Kepar. Alhamdulillah, sebuah sekolah kebangsaan, dengan akronim SKLK, berada dalam kampung ini yang sekian lama menyediakan peluang pendidikan kepada anak kampung dan juga masyarakat sekitar. Tidak lupa juga, ia menjadi sekolah pertama Ayah Insyirah. Berdasarkan aplikasi Google Earth, SKLK berada pada koordinat 5.538197N, 100.417114E. Selain itu, terdapat juga sebuah masjid yang tidak jauh dari rumah TokWan Insyirah. Masjid ini dalam proses pembinaan semula dan dijangka siap pada awal tahun 2013. Dewan orang ramai dan padang permainan baru juga telahpun diperolehi oleh penduduk kampung semenjak beberapa tahun yang lepas. Dewan ini menjadi tumpuan penduduk bagi mengadakan majlis kenduri dan keramaian selain menjadi gelanggang badminton yang boleh ditempah oleh orang ramai. Kemudahan lain yang wujud di situ juga ialah klinik desa dan sekolah agama rakyat untuk kelas pengajian KAFA. Pelbagai kemudahan ini memberi manfaat dan nikmat hidup buat penduduk Lahar Kepar dan masyarakat sekeliling.

Antara kemudahan utama di kampung Lahar Kepar.







Penduduk luar turut mengenali Lahar Kepar melalui nama sebuah restoran iaitu Restoran Nasi Sila Lahar Kepar. Restoran ini menerima kunjungan pelanggan daripada pelbagai latarbelakang dan bangsa dari luar kampung. Ia menawarkan menu ala kampung dan beroperasi setiap hari kecuali Sabtu, daripada pukul 6 petang sehingga larut malam. Lokasinya juga mudah dikenalpasti, tidak jauh dari Sekolah Kebangsaan Lahar Kepar.

Pemilik Restoran Nasi Sila bergambar dengan ahli kumpulan Rabbani di restoran beliau. (sumber: nasisila.blogspot.com)

Tidak lupa juga, Lahar Kepar merupakan tempat asal pengasas Kelab Sukan Sinar Dimaja. Kelab kecil ini muncul sejak sekian lama, bermula dengan penubuhan pasukan bola sepak belia di kampung yang menyertai pertandingan di sekitar Pulau Pinang. Perkataan "Dimaja" merujuk kepada nama pengasas kelab iaitu En. Majaid. Kelab ini mula mendapat perhatian media massa setelah menyertai pertandingan bola sepak Piala FAM seterusnya layak ke Liga Perdana Malaysia, dengan modal sendiri sambil dibantu dengan kerjasama anggota TLDM di Lumut.

Pengasas Sinar Dimaja, En. Majaid, bersama rakan-rakan di Stadium Bandaraya Pulau Pinang semasa meraikan kejayaan menjuarai Liga Premier FAP pada tahun 2007.
Antara kejayaan yang pernah dicapai oleh pasukan bola sepak Kelab Sukan Sinar Dimaja

Akhir sekali, ramai anggota keluarga Insyirah disemadikan di perkarangan Masjid Lahar Kepar. Antaranya ialah Tok dan TokWan Insyirah yang telah kembali ke rahmatullah pada tahun 2004. Semoga mereka semua dirahmati Allah dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh di SANA. Amiin.
Gambar kenangan Allahyarham TokWan Insyirah di bendang.

Tuesday 4 December 2012

Ahmad & tabung

Setiap kali terjumpa duit syiling, Ahmad pasti akan mengutipnya dan memasukkan ke dalam iron ini.Selepas berjaya memasukkan ke dalam lubang yang berada di tengah-tengah iron tu, dengan gembiranya akan menepuk tangan sambil ber"yeay".

Memang bagus dah niat tu nak menabung, tapi janganlah iron Ummi yang jadi mangsa, huhuhu. Sudah beberapa kali buka skru iron untuk keluarkan duit syiling yang ada. Sekarang ini kami cuba memberinya tabung dan diletakkan sama aras dengan ketinggiannya. Setakat ini nampak memang dia masukkan syiling dalamtu, setelah diberitahu berkali-kali yang ini tabung Ahmad dan itu iron Ummi. Siap angguk-angguk paham. Bila tak jumpa syiling, siap minta "awet" (baca duit) sambil tadah tangan sebab nak masukkan dalam tabungnya.

Harap-harap lepasni Ahmad tak masukkan syiling dalam iron ummi lagi tau, huhuhu.



Tuesday 20 November 2012

G.E.M.U.K

Cukup setahun kami menjalani kehidupan di Malaysia, tanah air tercinta, a.k.a syurga makanan.

Asyik dengan nikmat makanan yang pelbagai jenis, akibatnya kami berdua membesar bagai johan, huhuhu.

Sangat seksa bila mana semua baju mengecil, jam tangan dan cincin yang sebelumnya longgar menjadi ketat. Ditambah pula dengan teguran rakan sekerja tentang penambahan berat yang sangat ketara. Ada yang menyangka diri ini sedang berbadan dua. Huh, ini sudah kritikal. Sesuatu perlu dilakukan bagi mendapatkan berat yang ideal. Untuk rekod, berat terkini sama dengan berat ketika sedang mengandung dulu.

Semoga Allah berikan kami kesihatan yang baik dan istiqamah dalam usaha penjagaan kesihatan.

Monday 5 November 2012

1st exam

Akhirnya terjawab segala persoalan yang bermain difikiran setelah Insyirah membawa pulang kertas peperiksaannya.

Insyirah: Ummi, ini kertas exam shirah.
Ummi: Oh, ye ke? Tu dia Ayah, ada 4 paper tu. Sains, maths, english & pendidikan islam.

Kami sebenarnya tidak tahu pun bilanya Insyirah exam sebab gurunya tiada memberitahu apa-apa. Cuma adalah suatu haritu ketika membelek facebook lihat banyak status ibu-ibu yang risaukan anak-anaknya hendak exam. Exam sekolah tadika :) Terus timbul tanda tanya sama ada tadika Insyirah ada exam atau tidak.

Ummi: Kakak ada periksa tak kat sekolah?.
Insyirah: Dah, minggu lepas.
Ummi: Oh ye ke?
Insyirah: Aah Ummi.
Ummi: Periksa tu apa kakak?
Insyirah: Periksa tu apa Ummi?
Ummi: Hahaha, camna ni kakak, kata minggu lepas periksa tapi tatau periksa tu apa.
Insyirah: Ooo, periksa tu yang tulis-tulis tu kan? Yang kena jawab soalan. Dahla, minggu lepas kakak dah periksa.

Saya tidak tahu bagaimana Insyirah menjawab soalan exam tersebut kerana Insyirah masih belum lancar membaca. Bila ditanya macam mana dia tahu arahan setiap soalan, dijawabnya Insyirah tahulah. Siap diterangkannya balik kepada Umminya, huhuhu. Bila ditanya sama ada cikgunya beritahu atau tidak setiap arahan soalan dan sama ada Insyirah bincang dengan rakan sekelas akan jawapan setiap soalan, dijawabnya masa exam mana boleh tanya kawan-kawan Ummi. Kena buat sendiri. Allah tak bagi tiru masa jawab soalan exam.






Saturday 13 October 2012

Garang

Dialog anak beranak ketika makan malam, lebih spesifik ketika ummi sedang menyuap Nuha.........
Insyirah: Nuha duduk elok-elok masa tengah makan
Ummi: Amboi garangnya kakak
Insyirah: Insyirah macam Ummilah
Ummi: erkkk, kenapa macam Ummi plak?
Insyirah: yelah, ummi kan garang.
Ummi: ya ka?
Insyirah: iyerlah, tapi masa kat nottingham tak. Masa kita kat nottingham, ummi tak garang
Ummi: ya ka kakak? Ermm... Masa kat nottingham kan ummi dok rumah ja, ummi tak pergi kerja. Sekarang kat malaysia, ummi kerja. Bila pergi kerja, ummi penat, bila balik rumah,insyirah, nuha, ahmad suka gaduh- gaduh,sepah- sepah barang.ummi asyik kena kemas barang mainan jer. Betul tak?
Insyirah: hehehe, tapi kat nottingham ummi tak marah sangat
Ummi: ok, selalu ummi marah sebab apa? Ummi bukan marah saja-saja kan?mesti bersebab?yelah dulu kat mottingham insyirah kecik lagi, insyirah tak nakal2. Sebabtu ummi tak marah. Sekarang insyirah dah besar, kadang insyirah tak dengar kata ummi. Tu sebab ummi marah.kalau insyirah selalu dengar kata ummi dan ayah, ummi tak marah-marahlah :) betul tak?

Ummi akan cuba perbaiki diri.Perlu banyak bersabar dan bijak menguruskan hal keluarga dan kerjaya. Jika tidak mampu, mungkin ummi perlu berhenti kerja kot, hehehe.

Tuesday 9 October 2012

Family Day @ Pantai Merdeka

29 - 30 September 2012 yang lalu, tempat kerja Ummi dan Ayah adakan Hari Keluarga di Pantai Merdeka. Kami seronok sangat sebab sudah lama tidak pergi bercuti ke mana-mana. Ummi dan Ayah asyik sibuk sahaja. Kadang-kadang malam pun kami terpaksa temankan Ummi di pejabatnya. Kami bertolak dari Nibong Tebal bersama keluarga Eisya (jiran) lebih kurang jam 11pagi dan tiba ke destinasi jam 12.30 tengah hari. Kami mengikut jalan Penaga manakala konvoi rakan sekerja lain dari PPKM mengikuti jalan Kepala Batas. Kami orang yang terawal sampai kerana rakan-rakan lain tersekat dalam jem di exit tol Kepala Batas. Kami menjamu selera dahulu sementara menanti rakan-rakan lain tiba. Makanan tengah hari telah sedia terhidang buat peserta Hari Keluarga PPKM, USM. Kami perhatikan banyak family day dari organisasi yang berlainan yang dibuat di tempat yang sama. Tak larat nak tulis banyak-banyak. Gambar menceritakan segalanya :)
Subhannallah, cantik juga tempat ini. 
Lepas makan tengah hari, ambil kunci bilik, solat zuhur. Kemudian keluar semula dan beli layang-layang yang  dijual di kedai berdekatan pantai. Main layang-layang dan playground hingga jam 3 petang. Gelap muka masing-masing berjemur di bawah terik matahari.
Balik bilik semula dan tukar baju, sedia untuk terjun ke dalam kolam  yang terletak dihadapan bilik. Kami tinggal di bilik 211 (Orchid room), harga RM150 semalam. Tapi kami bayar RM 80 sahaja. Pusat pengajian bayar RM 70. Mandi kolam dalam sejam kemudian masuk bilik semula. Mandi-mandi, tidur dan rehat-rehat sekejap. Lepas solat asar bersedia untuk aktiviti sukaneka pula. Insyirah dan Nuha ambil bahagian dalam acara sukaneka. Seronok sangat sebab kumpulan kami menang. Banyak hadiah kami dapat, 2 set pensel warna dari Stabilo (set besar dan kecil) dan buku lukisan angry bird. Kami terus duduk di tepi padang mewarna buku lukisan yang diberikan menggunakan pensel warna baru :) Sebelah malam pula ada aktiviti makan-makan, bbq, teka coklat dan cabutan bertuah. Ada udang, ikan, sosej, jagung, ayam dan macam-macam lagi. Yang paling best, kami dapat hadiah cabutan bertuah, canon printer (hadiah ke-4). Tak dapat hadiah utama, basikal.
Keesokan harinya aktiviti bebas. Selepas sarapan pagi (disediakan), kami menuju ke pantai. Rancangan awal hanya hendak mengambil gambar, tapi bila nampak air surut dan pasir di tepi pantai, kami mengajak Ummi dan Ayah turun ke tepi pantai. Seronok sangat sebab kami dapat buat istana pasir. Cantik tak istana pasir kami yang dihiasi kerang-kerang yang dikutip di tepi pantai. Ummi terpaksa balik hotel dulu sebab ada acara exchange hadiah (ummi dapat hadiah cerek elektrik) sementara kami main di tepi pantai. Balik hotel, sempat lagi mandi kolam sebelum bersiap-siap untuk checkout.
Sebelum balik, ada rakan sekerja yang bermurah hati hendak belanja kami semua lunch di Usop Mee Udang, Pulau Sayak. Lebih kurang 10 minit dari Pantai Merdeka. Sedap sangat makanannya tambahan lokasinya yang terletak di tepi pantai. Lepas makan, anak-anak turun ke tepi pantai main pasir lagi. Nasib tiada yang terjun ke dalam air :D

Secara keseluruhannya, kami sangat berpuashati dengan hari keluarga ini walaupun pada awalnya banyak komen negatif yang diterima tentang lokasi yang dipilih. Seronok bercuti beramai-ramai ditambah dengan aktiviti-aktiviti santai. Untuk rekod, seramai 32 keluarga turut serta yang terdiri daripada staf akademik, juruteknik dan pentadbiran. Semoga ukhuwah yang terjalin berkekalan. Semoga ada lagi aktiviti sebegini di masa hadapan.

Hari ini Ummi Insyirah seronok sebab dapat printer baru dan baru hantar permohonan geran penyelidikan (insentif je pun) yang sekian lama tertangguh. Insyirah doakan semoga permohonan Ummi itu berjaya, amin.

UmmiInsyirahRajinMenulisBlogSekarang :)

Monday 8 October 2012

Jatuh tersembam

Setelah berkali-kali mengingatkan Insyirah supaya jangan tarik Nuha sambil berlari, nanti jatuh. Namun ingatan tersebut tidak dihiraukannya. Mereka masih seronok berlari-lari, menyanyi sambil menarik tangan Nuha. Mungkin sudah keletihan, Nuha tidak dapat mengikut kelajuan larian Insyirah lalu jatuh tersembam ke atas lantai. Suasana gelak ketawa serta merta bertukar kepada senyap sunyi, hanya terdengar tangisan kuat Nuha menangis menahan kesakitan. Insyirah berdiri kaku melihat adiknya yang sudah tertiarap di atas lantai. Si Ahmad yang tak tahu apa-apa hanya diam memerhati. Darah berhamburan keluar dari mulut Nuha.

Ummi berlari dari dapur mendapatkan Nuha dan terus membawanya ke sinki untuk membasuh mulutnya yang berdarah. 2 batang gigi hadapan Nuha sumpik (patah sikit) akibat hentakan kuat ke atas lantai. Ummi memberikan Nuha ketulan ais bagi memberhentikan darah yang keluar. Rasa geram sebab sudah berkali-kali diingatkan jangan tarik Nuha sambil berlari. Insyirah minta maaf pada Nuha dan berjanji tak nak buat lagi. Harap-harap perkara yang terjadi menjadi iktibar buat mereka agar lebih mendengar kata Ummi dan Ayah.

Pagi ni bangun, bibir Nuha telah memuncung ke hadapan akibat bengkak kesan daripada jatuh tersembam malam tadi. Kasihan Nuha, tetapi seperti biasa Nuha tidak banyak meragam walaupun dalam keadaan sakit. Ngeri melihat gusi dan sebelah dalam bibirnya yang pecah yang telah bertukar menjadi darah beku. Pagi ini kami membawanya ke klinik takut-takut terkena jangkitan kepada mulutnya. Dr memberikan ubat sapu dan antibiotik untuk dihabiskan. Semoga Nuha cepat sembuh.

2 batang gigi (tengah) sumpik sikit dihujungnya. Alhamdulillah, patah sikit jer :)


Tu dia, bibir macam suntik botox, hehehe :)

Pesanan untuk anak-anak Ummi dan Ayah jika dapat membaca blog ini lagi di masa hadapan. Setiap teguran, bebelan, jeritan, cubitan, rotanan dari Ummi dan Ayah bukan bererti kami tidak menyayangi kalian. Kami amat menyayangi kalian dan semua yang dilakukan itu bertujuan untuk mendidik agar kalian menjadi anak soleh solehah penyejuk hati keluarga. Semoga Allah sentiasa merahmati dan melindungi anak-anak Ummi dan Ayah ini, amin. 





Saturday 6 October 2012

Lama menyepi kerana...

Sejak sebelum puasa lagi sibuk nak menyiapkan report untuk lembaga akreditasi kejuruteraan. Hari jumaat, 2 hari sebelum raya baru dapat hantar ke pejabat pengarah untuk semakan sebelum dihantar ke lembaga akreditasi.Persiapan raya memang tiada, cuma sempat belikan baju raya siap seisi keluarga. Kuih raya pun tiada. Saya tidak pernah rasa sesibuk ini sejak mula bekerja di U*M 2005 yang lalu. FB pun jarang-jarang dibuka, apatah lagi nak update blog di sini. Banyak cerita yang berlaku namun...selalunya en hubby yang tolong jadi reporter update cerita ceriti :)

Kami raya di penang kali ini, dan raya ke-3 baru bertolak balik ke johor.Selepas cuti raya masih sibuk dengan report tersebut, lagi-lagi setelah menerima komen dan cadangan dari pejabat pengarah.Rasa seksa jiwa raga menulis report ini disebabkan kekurangan info tentang hal ehwal pusat pengajian yang berlaku sejak dari beberapa tahun yang lalu. Maklumlah tak sampai setahun lagi mula bekerja di sini. Nasib baik ada bantuan dari beberapa pensyarah lain, juga sokongan padu suami. Ringan sikit beban.

Akhirnya, kami berjaya menyiapkannya dan menghantarnya pada Jumaat lalu,alhamdulillah.Lega sangat.Boleh tidur lena sikit.Harini cuti sebab nak uruskan hal-hal rumah yang terbengkalai akibat fokus diberikan untuk report.

Lepasni nak kumpulkan kesemua "evidences" semasa lawatan panel nanti. Mungkin awal tahun depan. Semoga segalanya berjalan lancar hendaknya. Yang rasa penat sangat ini sebab nak kena uruskan 3 program sekaligus, report pun macam itu uga, 3 report untuk kej mekanik, kej pembuatan & kej aeroangkasa. Ramai rakan-rakan sekerja yang nasihat untuk sambung PhD sahaja daripada buat kerja-kerja pentadbiran universiti itu. "Kalau kamu jadi lecturer, tentu dah banyak paper dah kamu tulis dengan gaya kamu buat kerja macam ini". Oh, tidak semudah itu Dr. Biarlah masa yang menentukan. Allah lebih mengetahui segalanya.

Rindu kehidupan di UK yang santai dan tenang sebagai surirumah.

p/s: rumah macam tongkang pecah, barang mainan anak-anak bertebaran di atas lantai, timbunan kain baju perlu dilipat sangat menyakitkan mata, huhuhu. Dok kemas-kemas baju terjumpa baju baby yang masih elok dan cantik. Sayang sangat. Haruskah disimpan untuk bakal anak yang tidak tentu ada atau tidak atau dijualkan sahaja?. Boleh belikan budak-budak ini baju baru lain. Sama juga dengan mainan, rasa macam nak let go sebahagiannya. Hmmm....

Friday 5 October 2012

Wednesday 19 September 2012

Main playdoh

Aktiviti terkini anak-anak yang suka main playdoh. Kadang-kadang main sama-sama dengan gembira dan kadang-kadang membawa gaduh sampai ketuk-ketuk kepala.

Monday 17 September 2012

Lama tak update

Kemaskini setelah agak lama menyepi.

Sekarang Ahmad dah semakin besar, jalan pun dah makin stabil, cuma dah malas nak turun tangga sendiri. Asyik suruh orang dukung bila nak turun naik tangga. Masa zaman merangkak dulu semuanya buat sendiri, kita yang risau sampai terpaksa pasang gate.

Ahmad pun suka melukis juga, cuma banyak menyepah dari lukis. Sekejap saja pensel warna berterbaran di atas lantai.

Harap-harap lepasni boleh rajin semula mengupdate blog ini :)

Friday 13 July 2012

Solat sunat Dhuha

Sebagai rujukan di masa hadapan --> Panduan Solat Sunat Dhuha

Semoga bermanfaat.


Sunday 22 April 2012

Photobook

Sebelum ini pernah cerita berkenaan photobook ini di entry yang lalu. Alhamdulillah, baru-baru ini tercapai hajat untuk buat photobook di Malaysia. Saya beli voucher photobook ini dari promosi MilkADeal sejak Disember yang lalu tetapi hanya berjaya menyiapkannya di hari terakhir (15 April 2012) sebelum voucher tersebut tamat tempohnya, huhuhu. Harga asal photobook ini lebih kurang RM208 untuk 40 muka surat dari phototalkz.com, tetapi saya beli ketika sale dengan harga RM52 sahaja. Selepas 5 hari order, photobooknya pun sampai dan bagi saya, kualiti kertas dan gambarnya sangat berkualiti.

Inilah photobook yang terkini (yang ke-5) tetapi yang pertama dari phototalkz. Kenangan jalan-jalan sepanjang di UK, mengikut tempat 1) Central england, 2) North of England, 3) South & East England, 4) West Engand 5) Wales 6) Scotland


Photobook pertama yang diorder dari photobox.co.uk. Yang ini free sahaja, hanya perlu bayar kos pos sahaja. Photobook ini koleksi gambar-gambar sepanjang berkelana ke eropah.

Photobook ke-2 dan ke-3 kami order dari snapfish masa promosi. Satu photobook hadiah untuk Atuk Nenek, koleksi sepanjang mereka berada di UK. Satu lagi photobook gambar anak-anak dari lahir hingga usia setahun.

Ini photobook yang ke-4 order dari photobox, kenangan di negeri 4 musim. Siap ada penerangan tentang 4 musim sebagai kenangan di kemudian hari, hehehe.

4 koleksi setakat ini. Satu lagi pada Atuk dan Nenek :)

Saya hanya buat photobook sekiranya ada promosi yang best-best. Kalau tiada promosi, macam mahal sahaja bagi saya. Tak sabar nak tunggu promosi lagi :)

Saturday 21 April 2012

Klana Resort Seremban


Hari Isnin dan Selasa 9-10 April 2012, Ummi dan Ayah dikehendaki menghadiri bengkel di AKEPT dan Klana Resort. Kami check-in di hotel Klana Resort, Seremban (hotel pertama sejak balik dari UK) pada hari Ahad. Kiranya wishlist Nuha tercapai secara tidak langsung, alhamdulillah. Kebetulan Atuk dan Nenek ada di Seremban dari hari Sabtu untuk menghantar saudara mara yang bakal berangkat ke Mekah untuk menunaikan umrah pada hari Isnin pagitu. Seawal jam 5 pagi lagi kami sudah bergerak ke KLIA dan Ayah Ummi meninggalkan kami kepada Atuk dan Nenek. Kemudian Ummi dan Ayah bergegas ke AKEPT. Kami bersama Atuk dan Nenek berehat seharian di rumah Kakak Auni dan Abang Hazim sementara menunggu Ummi dan Ayah habis bengkel di AKEPT. Terima kasih kepada Kakak Auni dan Abang Hazim sekeluarga. Oh ya, masa ini Ahmad sudah mula demam dan muntah, huhuhu.


Malam tu kami check-in kan bilik Atuk dan Nenek, bersebelahan dengan bilik kami di Klana Resort. Alhamdulillah kami mudah nak mengakses bilik atuk nenek dengan pintu tengah yang bersambung. Hari Selasa, kami hanya duduk di bilik hotel sahaja sambil menunggu Ummi dan Ayah habis bengkel di hotel itu juga. Petang itu cuaca cerah, kami pergi mandi kolam. Best sangat :)

Kami checkout hotel jam 10.30 pagi dan terus ke Kolej Tunku Kurshiah (sekolah lama Mak Ngah) 5 minit dari hotel, membawa Atuk dan Nenek mengimbas kenangan lalu :) Kemudian kami berpecah ke Utara dan Atuk dan Nenek ke Selatan. Kami singgah sebentar di Nilai 3 buat pertama kalinya :) Terima kasih kepada Ummi dan Ayah yang sudi membawa kami bersama dan terima kasih juga buat Atuk dan Nenek yang sudi menjaga kami sepanjang ketiadaan Ummi dan Ayah.

Nuha kata dia nak pergi hotel lagi dengan Atuk dan Nenek :)

Thursday 19 April 2012

Cinta Allah

Pernah dengar kata-kata ini?
Cinta kepada bunga, bunga akan layu,
Cinta kepada manusia, manusia akan mati,
Cinta kepada Allah, itulah yang kekal abadi.

Jom dengar kupasan ustaz Zahazan berkenaan 7 amalan yang boleh diamalkan bagi mendapat cinta Ilahi. Antara yang menarik diantaranya ialah dengan memperbanyakkan bacaan surah al ikhlas dan mengamalkan doa ini diwaktu pagi dan petang -  رضيت بالله رباً Ùˆ بالإسلام ديناً Ùˆ بمحمد صلى الله عليه وسلم نبيا ورسولاً
(Patutlah di tadika Insyirah, setiap pagi anak-anak kecil di situ membaca doa ini, rupa-rupanya ada hadith sahih berkenaan doa ini. MasyaAllah semoga Insyirah dan rakan-rakannya sentiasa dicintai Allah.)

Jom dengar!





Semoga bermanfaat.

Wednesday 18 April 2012

Demam

Dialog jam 2 pagi ketika semua sedang diulit mimpi :D

Ahmad: Uhuk, uhuk, uhuk, uhuk (Ahmad batuk)
Insyirah: Tepi Ayah, tepi (sambil mata pejam, tidur), Ahmad nak muntah (Insyirah ingin mengubah tempat tidur lebih jauh daripada Ahmad untuk mengelakkan dirinya terkena muntah)
Ayah: Hah!terkejut dengan jeritan Insyirah lantas terus bangun berdiri tepi katil. (Rasa pelik camna Insyirah tahu yang Ahmad nak muntah walaupun dirinya sedang tidur)
Ahmad: Uhuk,uhuk,uhuk (masih batuk sambil duduk, Ummi sudah standby kain depan Ahmad kalau-kalau dia muntah untuk elak daripada terkena cadar katil.

Kesimpulannya Ahmad muntah atau tidak??
Jawapannya: Ya tidak lama kemudian memang Ahmad muntah. Sejak ambil dari nursery petang kelmarin, cikgunya beritahu yang Ahmad demam. Ummi sudah bagi ubat demam lebih kurang jam 6.00pm. Jam 2 pagi badannya menjadi terlalu panas sehingga menyebabkannya muntah. Alhamdulillah, setelah diberikan ubat sekali lagi dan meletakkan cool fever dan breastfeeding, Ahmad kembali lena.

Ummi: Ayah terkejut ke macam mana Insyirah tahu Ahmad nak muntah walaupun Insyirah sedang tidur?
Ayah: Itulah, tiba-tiba jer suruh ketepi-ketepi kata Ahmad nak muntah.
Ummi: Ummi rasa Insyirah belajar dari pengalaman tu (sambil gelak-gelak gelihati), sebab masa Ahmad cirit birit dan muntah-muntah hari Khamis dan Jumaat lalu, berapa kali cadar, baju nak kena tukar sebab terkena muntah Ahmad. So, agaknya Insyirah sudah boleh mengagak yang adiknya Ahmad akan muntah lagi kali ini.

Sekarang ini, anak-anak sering demam terutamanya Nuha dan Ahmad mungkin disebabkan cuaca yang bertambah panas. Minggu lepas, kami berdua outstation dari Hari Sabtu hingga Rabu di Seremban kerana ada bengkel pada hari Isnin dan Selasa di AKEPT dan Kelana Resort, Seremban. Notis pemberitahuan sangat last minute iaitu pada jam 4 petang hari Jumaat meminta kami untuk ke bengkel tersebut. Dalam masa sejam, kalut nak settle LO, penginapan etc. Kebetulan Atuk Nenek mereka menghantar saudara mara ke KLIA pagi Isnin tu, so anak-anak minta tolong mereka jagakan sepanjang kami menghadiri bengkel.

Pulang dari bengkel pada hari Isnin, Neneknya memberitahu yang Ahmad demam. Beberapa kali juga Ahmad muntah kerana panas. Nak jadi cerita Ummi terlupa bawa ubat anak-anak. Kami hanya membasahkan badan Ahmad dan meletakkan cool fever dikepalanya. Alhamdulillah hari Rabu demamnya ok tanpa sebarang ubat. Kami tiba di Nibong Tebal jam 8 malam dan keesokannya kami perlu menghadiri bengkel lagi di USM kejuruteraan seharian. Alhamdulillah Ahmad sihat dan kami boleh menghantarnya ke nursery. Tapi petangnya ketika mengambilnya pulang, cikgunya beritahu yang Ahmad lembik tidak bermaya sebab demam. Dari jam 6pm- 8pm, 4 kali Ahmad muntah dan 2 kali cirit. Terus kami bawanya ke klinik panel dan sampai sahaja dikaunter pendaftaran, sekali lagi Ahmad muntah mencurah-curah. Habis tudung, baju Ummi dan baju Insyirah pun terkena sikit muntah Ahmad.

Hari Jumaat, Ummi terpaksa duduk di rumah menjaga Ahmad. Kira minggu lepas, seminggu kerja-kerja atas meja tidak bersentuh. Alhamdulillah Hari Ahad, Ahmad tidak lagi muntah. Selera makannya juga semakin pulih dan semakin ceria. Demamnya juga sudah pulih. Hari Isnin, Nuha dan Ahmad ke nursery seperti biasa. Isnin malam ketika hendak tidur, suhu badan Nuha pula tiba-tiba panas. Nuha pula demam. Takkan Ummi nak cuti lagi. Esoknya nekad bawa Nuha ke pejabat sekali sebab tak sampai hati nak letaknya dinursery ketika demam. Jam 2 petang bawa Nuha ke klinik dan selepas makan ubat paracetamol, multivitamin, tiba-tiba mukanya naik rashes lah pula, allergic. Haishh allergic apa pula ya? Nasib baik ada piriton, so lepas lebih kurang sejam makan piriton gatal-gatal dan merah-merah kembali normal.

Jam 5.30petang, ambil Ahmad di nursery. Tiba-tiba cikgunya kata, "Kak Ahmad demam." Haaa! demam lagi kaa?? Alahai sambil gelak-gelak dengan cikgunya, bersambung-sambung pula budak 2 orang ni, lepas sorang-sorang. So hari ini, Nuha dan Ahmad dua-dua tidak ke nursery sebab demam. Umminya pun sama tidak bekerja. Banyak dah rasa MC, EL Ummi sepanjang 6 bulan bekerja ni, hehehhe.

Coretan ini bukanlah sebagai keluhan atau rungutan. Tetapi sebagai kenangan buat anak-anak Ummi di masa hadapan. Kesihatan kalian lebih utama dari pekerjaan Ummi. Semoga kalian cepat sihat. Ummi doakan agar kalian menjadi anak soleh solehah penyejuk hati keluarga. Kami sayang kamu semua.

Wednesday 28 March 2012

Zoo Taiping

Hari Sabtu yang lalu, 24 Mac 2012, kami bawa anak-anak ke Zoo Taiping. Insyirah adalah orang yang paling seronok, berlari ke sana ke mari sambil meniru aksi-aksi binatang yang diperhatikannya. Sudah lama Insyirah mengajak kami membawanya ke Zoo Taiping kerana kawan-kawan baiknya semua sudah ke sana.

Perasaan Nuha dan Ahmad masih belum boleh digambarkan sepenuhnya namun kadangkala Nuha juga meniru bunyi-bunyi binatang yang diperhatikannya. Tetapi selebihnya hanya duduk memerhati dari atas stroller sahaja bersama Ahmad. Keinginan Insyirah sudah tercapai, selepas ini insyaAllah kami ingin tunaikan keinginan Nuha pula yang ingin menginap di hotel manakala Ahmad kami merancang ingin membawanya ke "water park" sebab sangat suka bermain air.

Di dalam zoo ini, para pelawat boleh menggunakan perkhidmatan keretapi secara percuma untuk melawat binatang-binatang atau pun hanya berjalan kaki sahaja. Kami memilih untuk berjalan kaki sendiri sambil menolak anak di dalam stroller kerana lebih bebas. Masa yang diambil untuk melihat kesemua binatang lebih kurang 2 jam lebih sahaja. Kalau naik keretapi 30 minit sudah boleh meliputi kesemua kawasan. Zoo Taiping ini dibuka dari jam 8.30 pagi hingga 6 petang dan pada waktu malam bagi Night Safari dibuka dari jam 8.00 malam hingga 11 malam.


Di dalam Zoo ini banyak beruk-beruk atau monyet liar yang berkeliaran di sekitarnya. Para ibubapa perlu berhati-hati kerana beruk @ monyet ini sesuka hati merampas botol minuman atau apa sahaja makanan. Malah botol susu anak pun ingin dirampasnya, huhuhu. Air kotak Insyirah juga nyaris-nyaris dirampas oleh sang beruk tersebut tetapi tidak sempat apabila si Ayah menghalau beruk tersebut.

Sepanjang di Zoo ini, paling seronok melihat keletah gajah. Ada gajah yang menari-nari, ada yang tengah mandi kemudian lepas mandi boleh bersolek bagai (sembur pasir ke keseluruhan badannya), hehehe comel sangat.


Friday 23 March 2012

Officially launced!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,

Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, saya rasmikan blog "kedai insyirah" ini. Hahaha syok sendiri, siap nak rasmi-rasmi pula, huhuhu.

Sudah lama blog kecil ini di buat namun masih belum diumumkan secara langsung sebab masih banyak item yang belum dikemaskinikan. Kini walaupun masih belum siap keseluruhannya, saya menjemput rakan-rakan semua mencuci mata di "Kedai Insyirah" secara online.Kebanyakan barang-barang yang dijual, dibeli ketika berada di UK dan dibawa pulang bersama haritu :) Walaupun masih belum diumumkan secara langsung, sudah terdapat ramai pembeli. Terima kasih kepada mereka yang sudi bertandang :)

Jom shopping ;)

Wasalam.

Tuesday 20 March 2012

KikiMouse?

Nuha: Ayah, Nuha nak tengok KikiMouse (baca= Mickey  Mouse).
Ayah: Nak tengok kat mana?
Nuha: Kat youtiuk (baca=youtube)

Hmm, budak-budak zaman sekarang.

Di rumah, masing-masing ada browser sendiri. Anak-anak guna browser "google chrome" manakala Ayah guna  "Mozilla Firefox" dan Ummi guna "apple safari".

Ada macam-macam bookmark pada browser mereka. Walaupun mereka masih belum pandai membaca, tetapi mereka boleh memilih link mana yang ingin dipilih tanpa mengganggu Ummi dan Ayahnya. Cuma kadang-kadang link yang tidak di bookmark, kami perlu menolong mereka. Salah satu link yang saya suka mereka explore ialah starfall.com di mana mereka boleh belajar phonic di situ. Suka sangat website tersebut. Anak-anak tidak jemu belajar melalui website tersebut.

Semoga bermanfaat kepada semua yang ingin memperkenalkan pelajaran kepada anak-anak melalui online. Namun mereka masih perlu dikawal agak tidak berlebihan.

Monday 19 March 2012

Melayu itu muslim??

Sehingga kini kami masih belum mempunyai tv di rumah sewa di Taman Ilmu :). Tv kami diletakkan di kampung kerana kebiasaannya di hujung minggu kami akan pulang ke kampung di Kepala Batas. Ummi suka menonton majalah 3 dan cerekarama pada Sabtu malam Ahad, hehehe :D

Suatu hari Ummi mengajak Insyirah menonton cerekarama bersama.
Ummi: Kakak, jom nengok cerita melayu.
Insyirah: haa cerita melayu? Insyirah nak nengok cerita muslim lah Ummi.
Ayah: Orang Melayu itu muslimlah kakak.
Insyirah: Haa nengok tu Ummi, dia tak pakai tudung. Dia tak muslim lah Ummi. (bila cerita baru sahaja bermula). Dia orang Cina ke Ummi?
Ummi: errr emm...(fikir bagaimana nak terangkan kepada budak berusia 4 tahun +). Orang perempuan muslim @ Islam memang kena pakai tudung kakak. Tapi ada juga yang tidak pakai tudung, jadi dia berdosa dengan Allah kerana tak pakai tudung. Kakak perlu berdoa supaya insyaallah suatu hari nanti dia jadi baik dan pakai tudung.
Ummi: Kakak tak pakai tudung pun bila keluar rumah.
Insyirah: Insyirah kecik lagi Ummi. Nanti Insyirah dah besar macam Ummi, Insyirah pakailah tudung.
Ummi: Budak kecik pun boleh pakai tudung. Insyirah cantik bila bertudung.

Semoga Insyirah membesar menjadi wanita muslimah yang solehah.

Sunday 18 March 2012

Kumpul duit nak balik Nottingham :)

Di penghujung Februari, Nuha sudah mula banyak cakap di taska Cinta Bistari. Sudah boleh gelak-gelak dan turut serta setiap aktiviti di taska. Sebelum ini hanya diam memerhati gelagat rakan-rakannya. Dua bulan pertama (yang betul-betul ke nursery tak sampai sebulan rasanya) menangis jika dihantar ke taska, masuk awal tahun baru, hilang sudah tangisnya namun masih diam memerhati rakan dan gurunya. Selepas 4 bulan di taska, akhirnya Nuha sudah boleh menyesuaikan diri di sana. Alhamdulillah. Sudah boleh membaca beberapa doa dan sudah pandai menyanyi pelbagai lagu kanak-kanak. Haritu nak tergelak tiba-tiba Nuha nyanyi lagu "bapaku pulang dari kota, bapaku belikan kereta, kereta kecil warna merah....ponponpon..." terus teringat zaman kami kecil-kecil, mengimbau kenangan silam, hahaha :D

Nuha seringkali menyebut nak balik rumah "red house" (dulu pintu rumah di Nottingham warna merah). Kadang-kadang Insyirah dan Nuha boleh berlakon tengah main snow di atas toto yang terbentang, hehehe. "Nuha, nak main snow tak", ajak Insyirah sambil baring terlentang di atas toto, jom buat snowman Nuha. Gelihati melihat keletah diorang berdua. Lagi-lagi bila mereka melihat kembali gambar-gambar sepanjang berada di UK, pasti mereka menyebut hendak pulang ke Nottingham. Kami kata boleh kalau nak balik ke Nottingham semula, Nuha dengan Insyirah kena simpan duit dan belajar pandai-pandai dulu. Tiket kapal terbang pun mahal. Oleh itu, setiap kali jumpa duit pasti dimasukkan ke dalam tabungnya dengan alasan nak balik red house. Nuha nak naik kapal terbang bila ditanya duit yang disimpan tu untuk apa, hehehe. Bila disuarakan lagi nak pulang ke Nottingham, kami bertanya ada duit atau tidak ni nak beli tiket kapal terbang. Jawapannya ada lalu diambil tabungnya yang tidak seberapa isinya, hehehe :D

Baru-baru ini buka kotak-kotak bajunya lalu terjumpa jaket Dora yang sering dipakai ketika di UK. Terus dipakainya semalaman. Kami yang rimas melihatnya. Apa ke hal panas-panas pakai jaket kan, hehehe. Sebelum tidur, Ummi memujuknya untuk buka jaket tersebut sebab takut kepanasan. Lainlah kalau ada aircond kan :D

Semoga Allah memudahkan urusan mereka dalam mencapai impiannya, amin:)

Saturday 17 March 2012

Hafalan solat Insyirah

Setelah lebih kurang 3 bulan bersekolah di Tadika Cinta Bistari, Insyirah sudah boleh solat lengkap dengan bacaannya sekali. Cuma bacaan tahiyyat dan doa iftitah masih belum lancar sepenuhnya. Bacaan ketika rukuk dan sujud juga kadang-kadang tertukar tukar bila masuk rakaat kedua solatnya.

Pertama kali Ummi mendengar bacaan solat Insyirah ketika kami berjamaah bersama. Insyirah solat dengan begitu yakin dan sangat kuat bacaan solatnya (susah nak khusyuk dibuatnya :D). MasyaAllah, hampir sempurna bacaan solatnya. Di lain waktu, kami berjamaah dengan Ayah dan ketika itu Insyirah belajar memperlahankan bacaan solatnya berbanding ketika solat bersama Ummi. Insyirah memberitahu Insyirah ikut Ummi baca perlahan-lahan, haa Insyirah dah tak baca kuat-kuat dah Ummi :D Alhamdulillah, Insyirah anak solehah.

Selain boleh membaca al-fatihah, surah nas, bacaan rukuk, sujud, iktidal, takbir, Insyirah juga sudah boleh baca doa selepas solat. Zikir dan selawat juga tidak lekang dari mulutnya sehinggakan di dalam bilik air pun dia menyanyi-nyanyi dengan bacaan zikir dan selawat yang dipelajari di sekolah. Bila ditegur agar tidak boleh membaca di dalam bilik air, soalan bertubi-tubi keluar dari mulut kecil itu :D Ummi juga banyak belajar dari Insyirah hadis dan kata-kata hikmat yang dipelajarinya di sekolah. Antara yang sering keluar dibibirnya ialah:
  1. Innamal a'malu bin niyat (setiap perbuatan dimulakan dengan niat).
  2. La taghdab walakal jannah (Jangan marah bagimu syurga, siap dengan gaya-gaya sekali membuatkan Ummi kadang-kadang tak jadi nak marah, hehehhe)
  3. Man la yarham, la yurham (Barangsiapa yang tidak menyayangi, dia tidak akan disayangi)
  4. Al jannah tahta akdamil ummahat (Syurga di bawah telapak kaki ibu)
Mohon betulkan jika apa yang ditulis di atas ini silap kerana ini yang keluar dari mulut kecil Insyirah. Umminya kurang arif tentang ini.

Sebagai galakan kepadanya untuk menghafal bacaan di dalam solat, Ummi berjanji akan membelikan apa sahaja yang diinginkan Insyirah di bawah kemampuan Ummi. Insyirah menginginkan "earing" seperti rakannya di sekolah. Hampir sebulan asyik disebutnya. Namun Ummi sentiasa mengingatkan yang Insyirah perlu membaca dengan lancar bacaan solat dan rajin solat terlebih dahulu. Bila tiba masa yang sesuai, insyaAllah Ummi akan menunaikan janji Ummi.

Teringat ketika Insyirah berusia 14 bulan sudah mula mengikut Ayahnya solat :) InsyaAllah bila berkesempatan nanti Ummi rakam cara Insyirah solat ketika usianya 56 bulan beserta bacaannya sekali untuk rujukan di masa hadapan.



diusia 4 tahun ++ baru mula belajar bacaan solat

Friday 16 March 2012

Hand, Food, Mouth Disease (HFMD)

Hari ini dan semalam, Ummi ambil cuti kecemasan untuk mengambil alih menjaga Ahmad dan Nuha yang dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut sejak Ahad yang lalu. Isnin hingga Rabu, mereka dijaga oleh ayahnya kerana Ummi sangat sibuk di tempat kerja berikutan dengan dokumen yang perlu dihantar segera dan menerima kunjungan pemeriksa luar pada hari Selasa dan Rabu. Tak menang tangan dibuatnya akibat daripada pemberian kerja disaat akhir.

Bermula dari Sabtu malam Ahad, Ahmad langsung tidak boleh menelan susu. Sepanjang malam menangis, mengamuk menahan kesakitan. Akhirnya Ummi memaksanya meminun susu menggunakan shringe. Alhamdulillah dalam jam 5 pagi, Ahmad boleh tidur. Kasihan dia kelaparan. Nak minum susu tapi mulut sakit. Pada siang hari kami membawanya ke poliklinik namun, Dr tidak memeriksanya dengan teliti dan antibiotik yang hendak diberikan kepada Ahmad pula habis. Dalam perjalanan pulang ke rumah, Nuha menunjukkan tangannya ada bintik-bintik, lalu Ummi terus menyuruhnya membuka mulut. Allahuakbar, penuh ulser di dalam mulut Nuha. Terus Ummi meminta Ayah ke hospital parit buntar bahagian kecemasan kerana dikhuatiri mereka dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut. Di nursery mereka memang ada kes yang serupa 2-3 minggu yang lepas.

Setelah 3 jam lebih menunggu giliran, akhirnya mereka dibawa berjumpa dengan doktor yang bertugas. Doktor mengesahkan kedua-duanya dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut. Mereka perlu melaporkan kepada Kementerian Kesihatan kerana penyakit ini di bawah kawalan. Mereka perlu dikuarantin di rumah dan tiada ubat yang spesifik untuk penyakit ini. Mereka hanya diberikan paracetamol dan ubat titik ke dalam mulut. Tidak perlu untuk makan antibiotik kerana penyakit ini disebabkan oleh virus.

Sekarang ini, keadaan Ahmad semakin ok, dah boleh minum susu. Keadaan Nuha sahaja yang masih belum pulih sepenuhnya dan kurang selera makan kerana mulutnya yang masih sakit. Hanya bergantung kepada susu sepenuhnya. Itu pun kadang merengek nangis sakit apabila ingin makan/minum. Asyik nak gosok gigi ingat giginya yang sakit :D

Semoga mereka kembali pulih sepenuhnya.

Terima kasih kepada Ayah mereka yang sangat memahami sanggup menjaga anak di rumah. Ini kali ke-2 Ayahnya terpaksa duduk rumah menjaga mereka, pertama semasa Ummi ada bengkel OBE di Hotel Equatorial pada 9 Feb yang lalu.

Untuk Insyirah, Nuha dan Ahmad, kami sayang kamu semua.

Wednesday 14 March 2012

Siapa kalah dia menang?

Macam mana tu Insyirah, Nuha. Siapa yang kalah, siapa yang menang. Selalu berlumba-lumba naik tangga dan sebut siapa kalah dia menang. Ummi dan ayah kerap betulkan ayat mereka, siapa sampai dulu dia yang menang. Bukan siapa kalah dia menang :D

Wednesday 22 February 2012

Marilah kita sama-sama membantu adik Faris

Membaca kisah adik Faris di FB dan di blog rakan-rakan, membawa diri ini melayan kenangan setahun yang lalu ketika melahirkan Ahmad Mujahid semasa menjaganya di NICU, QMC. Pasti kos perubatannya tidak sama jika ianya dijalankan di sini.

Kasihan Adik Faris. Beliau mengalami HLH @ barah darah dan badan kecil itu terpaksa menjalani beberapa sesi kimoterapi. Kami sekeluarga mendoakan agar Allah memberikan yang terbaik buat adik Faris. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui segalanya. Marilah sama-sama kita membantu keluarga adik Faris sama ada dari segi kewangan ataupun secebis doa untuk adik Faris ini.

Bacaan lanjut sila ke sini http://www.mazidulakmal.com/

Kisah kucing

Pagi semalam 21 Feb 2012,  semasa hendak keluar pergi kerja ternampak seekor kucing liar yang sangat lemah keadaannya. Kucing tersebut cuba untuk bangun tetapi tiada kudrat, lalu terbaring di atas lantai. Melihat keadaannya yang sangat dalam kesakitan (macam selesema sukar hendak bernafas), kami memutuskan untuk membawanya ke klinik haiwan di sebelah Parit Buntar Inn.

Setelah Doktor mengambil suhu badannya dan memeriksa keadaan badannya, doktor memutuskan untuk memasukkan air ke badannya untuk memberinya tenaga kerana kucing itu dijangka sudah tidak makan selama 3 hari. Kasihannya! Namun keadaannya masih lemah. Kami tidak boleh meninggalkan kucing itu di klinik tersebut kerana mereka tiada staf yang boleh menjaga selepas jam 5 petang. Kami perlu menghantar kucing tersebut ke Klinik besar di Ipoh jika mahu mendapatkan rawatan rapi. Jauh sangatlah pula, lalu kami mengambil keputusan membawanya pulang ke rumah. Doktor menyarankan supaya saya memberikannya minum air glukos untuk menambahkan tenaganya.

Sesampai sahaja di rumah, saya membancuh air glukos dan cuba memberikannya minum melalui picagari namun agak sukar kerana kucing itu sudah tidak berdaya membuka mulutnya. Melihat keadaannya yang agak busuk dan dikerumuni semut, kami memandikannya sebersih-bersihnya. Saya juga menumbukkan kunyit hidup dan melumurkan ke atas hidungnya dengan harapan masalah selsemanya selesai (bila anak selsema, calitkan kunyit hidup atas hidungnya). Selesai menguruskannya, kami membiarkannya berehat dan kami pergi bekerja semula dengan harapan dirinya beransur pulih.

Namun Allah lebih menyayanginya. Sesampai sahaja kami di rumah melihat dirinya sudah tidak bernyawa lagi. Nuha sibuk menyuruh kami membawa kucing tersebut ke hospital, namun setelah diterangkan bahawa kucing tersebut dah mati dan nanti Ayah akan tanam kucing itu. Tidak perlu membawanya ke hospital kerana Doktor pun tidak boleh buat apa-apa. Kasihan kucing itu, semasa hidupnya saya tidak sedar pun akan kehadirannya (suami pernahlah memberinya makan) tetapi bila dia jatuh sakit, barulah timbul perasaan simpati itu. Suami kata, itulah kita, kalau kucing comel kita suka melayan, tapi bila kucing comot, kita tidak pandang pun kepadanya. Patutnya yang comot itu kita ambillah dia dan bersihkan dirinya serta beri makan. Begitu juga kepada manusia, janganlah kita memandang rendah pada yang miskin dan daif itu, berilah sebanyak yang mungkin kepada mereka, bantulah mereka mengecap kebahagiaan hidup di dunia yang sementara ini.

Sunday 19 February 2012

Bila Ummi bekerja

Lama sudah blog ini tidak berupdate sejak bertukar status dari surirumah kepada suri yang berkerjaya:) Terus terang saya katakan yang saya kelam kabut menguruskan rumahtangga dengan 3 orang anak dan tugas baru saya di U*M. Saya letih bila diberikan kerja di saat akhir dan perlu disempurnakan dalam jangka masa pendek.

Kadang-kadang saya perlu datang kembali ke pejabat bersama suami dan anak-anak selepas waktu maghrib untuk menyiapkan kerja yang perlu dihantar segera. Sebelum ini, saya "stay back" terus sampai maghrib dan suami yang ambil anak-anak di nursery dan bawa datang ke pejabat. Tetapi setelah dibincangkan balik kaedah ini, saya perlu selesaikan hal anak-anak terlebih dahulu (bagi makan, mandi, solat etc.) dan kemudian datang kembali selepas maghrib bersama-sama suami dan anak-anak.

Insyirah sudah pandai komen melihat kesibukan Umminya. Pernah suatu hari Umminya mengambilnya dari Tadika, Insyirah bertanyakan "Ummi kerja dah habis? Kenapa Ummi balik awal harini? huhuhu. Ada suatu hari dia demam, dia kata "Insyirah demamni sebab Ummi busy. Semalam Ayah amik Insyirah, hujan, Ayah tak pakai payung macam Ummi. Haa kan insyirah dah demam ni" Macam-macam lagi komennya yang menghibakan hati Umminya. Kalau dia nengok balik gambar-gambar lama masa di UK, lagilah banyak komen keluar. "Insyirah suka Ummi duduk rumah, tak suka Ummi kerja. Ummi boleh masak macam-macam. Insyirah suka Ummi masak. Insyirah tak suka makan kat kedai".  Semakin besar Insyirah dan semakin pandai bercakap. Paling terkejut minggu lepas masa dia demam panas (kalau penat sangat siangnya mesti malam demam). Insyirah kalau demam panas, memang mulut bising merengek macam-macam i.e tangan sakit, kaki penat, tekak sakit, tak larat jalan dll. Pastu disuruhnya Umminya dukung sebab kaki tak larat jalan dari dapur ke bilik tidur di tingkat atas. Boleh keluar dari mulut mongel tu masa dukung "nanti kalau Insyirah mati, Ummi dah tak boleh dukung Insyirah" terkejut Umminya dengar dan terus bertanya kat mana dia belajar cakap macam tu. Insyirah jawab, "ya lah sama macam kita balik rumah nenek haritu. Ayah Atuk mati" huhuhu.

Alangkah indahnya jika Ummi boleh menjadi surirumah semula :)

Entry ini sudah lama ditulis tapi tak siap-siap untuk publish. Banyak lagi draft entry yang masih belum dipublish, hehehhe. Banyak benda nak dicoretkan namun masa berlalu terlalu pantas.

and my success (in my task) can only come from Allah

Wallpaper yang digunakan sejak kami berada di UK lagi. 

Sudah lama tidak kuendahkan paparan yang tertera di muka monitor setiap kali membukanya. Namun di pagi hening ini, mata terpaku pada ayat yang tertera dan dibaca berulang-ulang kali sehingga menitiskan air mata. Astaghfirullahalazim. Ampunkan hambaMu yang lalai ini ya Allah. 

Saturday 18 February 2012

Siapa kamu mahu memilih bentuk ujian yang datang?

Tiada siapa yang dapat menentukan ujian yang datang melainkan hanya Dia yang satu, Allah yang Maha Agung. Bila datangnya ujian dalam hidup, kita seringkali berasa kecewa, sedih dan putus asa. Namun sebenarnya Allah menurunkan ujian sesuai dengan kesanggupan hambaNya seperti firman Allah yang bermaksud "Allah tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya" (Al-Baqarah: 286). Kita juga perlu sedar bahawa ujian dalam kehidupan ini merupakan tarbiyah dari Allah. Setiap yang berlaku dalam kehidupan ini merupakan satu pelajaran yang tidak akan diperoleh dari mana-mana institusi pengajian. Ia akan menjadikan mereka yang jauh agar lebih mendekatiNya dan mereka yang lalai agar lebih mengingatiNya.  


Oleh itu sekiranya kita berhadapan dengan sebarang masalah, cubalah bawa bertenang, bersabar dan setkan dalam minda bahawa kita sedang diuji oleh Allah. Ingatlah, orang yang melepasi ujian itu adalah orang yang berjaya dan mendapat kedudukan yang mulia di sisi Allah. Namun, bukan mudah untuk mendidik diri agar bersabar contohnya apabila menerima tohmahan yang dilemparkan tidak berasas. Hati melonjak-lonjak ingin bersua muka dengan sipemberi tohmahan tersebut untuk meluahkan apa yang terbuku didada. Sungguh tidak disangka, keringat yang dikerah sehabis mungkin tidak ada nilai padanya. Rasa sedih, kecewa, marah meluap-luap didada. Namun dengarlah sabda Nabi S.A.W yang bermaksud "Bukanlah orang yang kuat itu orang yang menang bertumbuk, tetapi orang yang kuat ialah orang yang mampu mengawal diri daripada sifat marah" (HR Bukhari & Muslim). Kita kena benar-benar kuat untuk mengawal diri daripada berasa marah kepada sipemberi tohmahan tersebut. Kadangkala rasa sampai berdenyut-denyut kepala dan mengigil-gigil tangan dalam mengawal perasaan amarah tersebut sehingga memerlukan kita menelan panadol untuk menghilangkannya :D.  

Sebenarnya Allah menurunkan musibah dan Allah juga ada mengajarkan kita cara menghadapi musibah. Banyak hadis dan ayat quran yang membicarakan mengenai cara menghadapi musibah. Ada tiga peringkat mengenai sikap manusia ketika ditimpa sesuatu musibah seperti yang dinyatakan di bawah (http://www.ustazamin.com)


1. Pada permulaannya, berlaku penolakan. Di peringkat ini, manusia tidak menerima hakikat bahawa sesuatu telah hilang darinya, sesuatu telah tiada, sesuatu telah menimpa dan sebagainya. Dia akan cuba lari dari hakikat dan masalah. Jika dia cuba lari dari menerima hakikat, jiwanya akan semakin tertekan, hatinya semakin sempit dan fikirannya semakin keliru.


Di dalam Islam, kita perlu jujur menerima hakikat diri kita. Semakin berani kita untuk jujur menerima hakikat diri semakin tenang jiwa kita. Sebab itu di dalam Islam ada konsep muhasabah. Muhasabah bererti menerima kekurangan dan kelemahan yang ada pada diri. Jika kita tidak dapat menerima hakikat diri kita, maka kita tidak akan dapat membuat perubahan di dalam diri kita.


2. Peringkat kedua, manusia akan mengeluh, marah-marah, mendongkol, menyalahkan orang lain dan yang paling parah ialah apabila menyalahkan takdir. Di peringkat ini, mereka telah menerima hakikat bahawa mereka sedang melalui masa getir, tetapi mendongkol dengan keadaan diri.Sesungguhnya, mengeluh tidak merubah apa-apa. Sikap marah-marah juga tidak merubah apa-apa. Dia akan membuatkan kita semakin tertekan dan terhimpit. Sudahlah ditimpa musibah, hati pula hilang bahagia. 


Di dalam Islam, kita ada konsep muraqabah, iaitu rasa sentiasa diawasi oleh Allah. Hari ini jika kita senang, Allah mahu melihat apa yang kita lakukan begitu juga apabila kita susah. Allah akan melihat apa yang akan kita lakukan. Semua, susah dan senang ada nilaian pahala jika kita membuat sesuatu dengan betul. Jika kita rasa sentiasa diawasi Allah, kita akan selalu mencari keredhaannya. Waktu senang kita tidak lupa Allah, waktu susah kita bergantung penuh denganNya. Akhirnya, senang dan susah tetap tenang dan tetap bahagia.


3. Peringkat ketiga barulah biasanya manusia menerima segala apa ketentuan hidupnya. Barulah tidak marah-marah, tidak mengeluh dan sebagainya. Walaubagaimana pun, jika salah kefahamannya, manusia akan putus asa, hilang harapan, hilang semangat, hilang rasa untuk terus berusaha. Akhirnya, hidupnya semakin murung, semakin tidak ceria dan semakin kusut.


Di dalam Islam, apabila kita telah menerima kita di dalam keadaan susah, ada konsep tawakkal. Tawakkal ialah kita berusaha dan bakinya kita serahkan pada Allah untuk menyempurnakannya. Jika perniagaan kita gagal, kita usahakan terus, ubah sana dan sini, baki serah pada Allah. Jika rumah tangga kita gagal, kita usahakan untuk perbaiki, baki yang diluar kemampuan kita, kita serah pada Allah.Orang yang ada konsep muhasabah, muraqabah dan tawakkal akan sentiasa positif di dalam hidupnya. Dia akan sentiasa tenang walaupun musibah itu ibarat bukit yang menghempapnya. Sesungguhnya, semua manusia akan diuji dengan ujian, yang membezakan orang beriman atau tidak ialah di hujung ujian.Jika di hujung ujian dia tetap tidak putus asa, tetap berusaha, tetap tenang, tetap berjuang maka dia adalah pemenang di dalam ujian tersebut.

Ya Allah, tabahkanlah hatiku menghadapi segala ujianMu dan berikanlah yang terbaik buatku. Amin.


p/s: Coretan peringatan apabila berasa kecewa dan tidak bermotivasi selepas 3 bulan melaksanakan kerja yang diamanahkan.  


02.45 am

Friday 13 January 2012

TV a.k.a Televisyen :)

Setelah 2 bulan lebih pulang ke Malaysia, kami jarang-jarang sekali menonton TV disebabkan oleh masa yang sangat terhad. Tambahan pula tiada TV di rumah buat masa ini. Jika mahu menonton rancangan di TV, kami hanya menontonnya secara online di komputer. Alhamdulillah, kami tidak merasa kekurangan sesuatu walaupun ada yang mengatakan bahawa macam tidak kena jer tiada TV di rumah pada zaman yang serba canggih ini, hehehe :D

Anak-anak pun tidak kisah dengan ketiadaan TV di rumah walaupun semasa di UK mereka menonton TV sepanjang masa. Cuma tiba-tiba hari ini Insyirah menyuarakan hasratnya menyuruh Umminya membelikannya TV :)

Insyirah: Ummi, boleh Ummi bayar TV? (baca bayar=beli)
Ummi: Kenapa?
Insyirah: Rumah Hana ada TV (rumah kawan baiknya :)
Ummi: Insyirah nak tengok apa kat TV?
Insyirah: Insyirah nak tengok Mister Maker.
Ummi: Alaa kalau Mister Maker tu tengok kat komputer pun boleh.
Insyirah: Taknak. Insyirah taknak tekan-tekan, stop-stop. Insyirah nak duduk tengok ja. 
Ummi: Hahaha. Yelah kan, kalau di komputer bila tengok di youtube, bila habis kena tekan sendiri kalau nak tengok lagi. Kalau di TV senang jer, on sekali pastu boleh tengok cerita bersambung-sambung , tapi ada ke Mister Maker kat TV kakak? :D

Hmm, tataulah sama ada kami mahu membeli TV atau tidak kerana jika dilihat keadaan sekarang, bila masanya nak tengok TV pun tatau :D Tapi kesian pula pada anak-anak dan juga jika ada tetamu yang datang bertandang ke rumah kami. Mesti tak best sebab rumah kami tiada TV, hehehe. Buat masa ini kami rasa selesa dengan ketiadaan TV kerana rasa tidak terikat dengan sesuatu rancangan jika merancang hendak ke mana-mana. Kalau tak dulu tengah syok jalan-jalan kena balik rumah cepat sebab rancangan kegemaran dah nak mula, hehehe. Tambahan, takut anak-anak menonton TV secara berlebihan sebab nak kawal masa mereka  mengadap komputer sekarang ini pun agak mencabar. Inikan pula bila ditambah gadjet baru. Harus dengan Umminya sekali terjebak melepek depan TV 24 jam :D 

Apa pun TV ini PERLU atau tidak ya??