Wednesday 24 March 2010

Komen?

Dah banyak kali terima komen tak boleh nak komen dalam entry. Dah cuba godeh-godeh blog ni,tapi tatau nak wat camna dah. Ada apa-apa cadangan? Jika ada, boleh tinggalkan komen di shoutbox di sebelah.

Lagi 2 hari nak jalan, berkelana di bumi Eropah, tapi hari ni Nuha demam pula, huhuhu. Doakan semuanya berjalan lancar ye. Terima kasih.

Tuesday 23 March 2010

Nuha 10 bulan

Nuha bersama basikal pink yan dibeli di carboot dengan harga £5 :)


Nuha sudah mula merangkak dan berdiri:)

Happy birthday Mak Ngah & Acu :)

Selamat Hari Lahir buat Mak Ngah & Acu pada 21 & 22 Mac 2010. Semoga berbahagia dunia akhirat dan dipermudahkan segala urusan. Semoga Mak Ngah dipermudahkan melahirkan anaknya bulan depan, sama buat Mak Long juga. InsyaAllah bulan depan Atuk & Nenek dapat dua orang cucu lagi ;)
Lama tak update perkembangan Nuha & Insyirah. Nuha sekarang dah 10 bulan dan Insyirah dah 2 tahun 8 bulan. Cepat jer masa berlalu kan. Nuha dah boleh berjalan sambil tolak walker dan pegang segala barang, dinding kerusi dll. Dah mula berani berdiri lepas tangan (jika diluar sedar, hahaha). Semalam, dah pandai panjat kerusi Insyirah dan berdiri atas tu, huhuhu nasib baik tak jatuh. Turun katil / sofa pun dah boleh. Tapi masalahnya sekarang, sebatang gigi pun belum ada lagi ni, nak buat camna ni?? huhuhu.
Insyirah pula dah semakin petah berkata-kata. Setiap hari ada jer perkataan baru dia sama ada melayu atau english. Dah boleh jadi teman sembang Ummi dan pandai respon pada keadaan :) Contohnya, kalau Umminya senyap termenung tu, Insyirah akan tanya, "Nape Ummi? Ummi cedih (sedih)?, Ummi penat?"...hahaha lawak kadang tu bila dia tanya camtu. Kalau mainan dia rosak pun dia buat muka sedih dan cakap, !"Syiyah cedih, toys ni tosak (rosak)". Kadang ada hari-hari yang moodnya tak berapa nak elok asyik nak gaduh dengan Nuha. Bila 2 3 kali Ummi tegur tapi tak nak dengar, jawabnya kena duduk luarlah (luar bilik jer bukan luar rumah) 2-3 minit (naughty spot). Macam dalam video ni, akibat dari dia dudukkan Nuha dan tak dengar teguran Ummi, makanya kena denda duduk di "Naughty spot" 2-3 minit. Yang si Nuha tu pula ada hati nak pujuk sikakak :)
Ni pula video Nuha gembira duduk dalam basikalnya :)
Sampai bertemu dilain masa InsyaAllah. Tuan rumah akan bercuti 2 minggu. Tak sempat nak menziarah blog lain.
Wasalam

Wednesday 10 March 2010

Semoga berbahagia di sana

Innalillahiwainnailaihirojiun. Sesungguhnya mati itu pasti bagi setiap yang hidup. Kepada Allah jua kita kembali. Semoga arwah Ambok (atuk sebelah Ummi), Hj Ismail bin Hj Makkah ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh. Arwah kembali kepadaNya pada jam 2 pagi Selasa, 9 Mac 2010 (waktu Malaysia). Agak ralat kerana tak dapat nak ziarah, hanya doa yang mampu kami titipkan buatnya.

Kali terakhir kami berjumpa sebelum kami datang ke UK pada September 2007. Masa tu lupa nak bergambar. Gambar kenangan ini diambil semasa Aidiladha 2006 untuk tatapan kami sekeluarga dan cucu-cucunya yang tak sempat bersua muka di masa hadapan. Semoga Allah memberkati hidup Ambok dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Kenangan bersama Arwah Ambok di pagi raya. Semoga Allah tabahkan hati Makwe (nenek Ummi) menghadapi hari-hari yang mendatang.

Semoga Mak dan Abah sabar dengan ujian yang menimpa.
4 generasi, 1st: Arwah Ambok & Makwe, 2nd: Mak & Abah, 3rd: Kami adik beradik, 4th: Cucu-cucu (anak-anak kak long). Masa ni Insyirah masih berada dalam perut Ummi 4 bulan
Semoga kematian ini menjadi iktibar kepada kita yang masih hidup agar lebih menghargai nikmat Allah yang diberikan.Semoga kita sentiasa mempersiapkan diri menghadapi mati yang kita tidak ketahui bila masanya. Tidak kira tua atau muda, yang pasti bila-bila masa sahaja kita boleh dipanggil olehNya. Semoga kita semua mati dalam keadaan beriman, amin.