Sunday 7 January 2018

Kek Cawan Saya

Cuti hujung minggu ini, Insyirah berjaya siapkan peta alir berkaitan cara membuat cupcake atau kek cawan. Tugasan ini untuk subjek BM. Alhamdulillah, berbaloi juga untuk disimpan hasil kerjanya di sini.

Sunday 24 September 2017

Hari Ini Dalam Sejarah: Hijrah Merubah Kehidupan

10 tahun pantas berlalu... 
~ 24 September 2007 (12 Ramadhan 1428H)
~ 24 September 2017 (3 Muharram 1439H)




10 tahun lalu kami memulakan perjalanan dari sebuah kampung Lahar Kepar menuju ke kotaraya London. Asalnya, perancangan pengajian PhD di pekan kecil Loughborough tetapi mengubah halatuju ke Nottingham, sebuah bandar yang terkenal dengan kisah Robin Hood suatu ketika dahulu. Meninggalkan kampung halaman dan tanah air ketika pertengahan Ramadhan memang amat terasa kesayuan buat kami sekeluarga yang kali pertama ke negara orang. Sebelum itu, perjalanan paling jauh kami hanyalah berulang-alik Nibong Tebal ke Felda Pengeli Timur di Johor.



Sepasang suami dan isteri yang akan menyambung pengajian PhD dan MSc masing-masing serentak dengan seorang anak kecil berusia 3 bulan. Ketika itu, sukar dibayang bagaimana mahu merancang aktiviti harian. Melalui maklumat di Fotopages yang terkenal dalam kalangan pelajar Malaysia di perantauan ketika itu, serba sedikit membantu perancangaan kehidupan awal di sana. Facebook masih belum terkenal ketika itu buat warga Malaysia.

Mula mengenali warga Malaysia di sana melalui Nottingham Malaysian Community. Meminjam tenancy agreement En. Izzi untuk permohonan visa sebelum ke sana. Tahun 2007 merekodkan kedatangan pelajar baru yang ramai di Nottingham. Kami bertamu di rumah abg Azmil & Kak Shahnaz selama 2 minggu sebelum berpindah ke rumah "ALI" di 106 BradgateRoad.

Alhamdulillah, berjumpa dengan supervisor pengajian yang memahami dan komited dalam kerjanya iaitu Dr S.B. Leen. Kebetulan, seorang pelajar dari Malaysia juga baru berdaftar pengajian PhD nya dengan supervisor yang sama iaitu En. L, pelajar antarabangsa terbaik di University of Nottingham, dalam pengajian ijazah sarjana muda.

Semuanya ini hanya tinggal kenangan; cuma sekadar coretan buat ingatan diri ini. HIJRAH itu banyak meningkatkan diri ini untuk berubah kepada tahap yang lebih baik. Pastinya banyak lagi hijrah-hijrah kebaikan yang diperlukan diri ini sebelum BERHIJRAH KE ALAM SANA. Semoga BEKAL-BEKAL yang kita sediakan sebelum dan sepanjang perjalanan ini akan bermanfaat di penghujung destinasi.

Wednesday 6 September 2017

Lirik Nasyid Jom Solat (Versi Aisyah)

Ahmad asyik sungguh menyanyi lagu jom solat ini malam tadi dari youtube. Ummi memberitahu bukan sekadar nyanyi sahaja, mohon fahamkan sekali liriknya ya Ahmad😃... Ahmad tersipu-sipu malu sambil menggeselkan kepalanya dilengan Ummi 🙏 Barangkali lirik lagu tersebut terkesan pada dirinya. Pagi ini seawal 5.30pg Ahmad bangun, mandi, pakai baju sekolah dan solat tanpa banyak ragam. Semoga istiqamah hendaknya, Amin.

****************************************************************************************************************
Lalalalla... Aku solat
5 waktu sehari, semalam
Subuh, zohor dan asar, maghrib juga isya'

Satu, dua, tiga mari solat
Kalau kau tak nak diazab di akhirat
Kita solat
Allah sayang sangat
Kitakan selamat

Kawan
Solat berjemaah 27 darjat
Jangan kau tak buat, kita wajib solat
Jangan seronok sangat
Kiamat pon dah dekat
Kau belum terlambat

Kawan
Ayah ajak solat, kau kata kau penat
Ibu suruh solat, kau kata dah buat
Allah Maha Melihat
Malaikat mencatat
Kau kan kena sebat

Allah
Aku janji aku takkan tinggal solat
Aku janji ibu ayah aku hormat
Aku kesal sangat
Apa ku dah buat
Ku ingin bertaubat

Allah
Aku tak nak dosa, aku nak pahala
Ku tak nak neraka, aku ingin syurga
Ku harap bahagia
Ku ingin  gembiran
Aku cuma hambaaaaa

Ya Allahu Ya Rahman Ya Rahim......
****************************************************************************************************************

Wednesday 23 August 2017

Baju Jalur Gemilang

Dialog anak kecil bersama ibunya pada hari Isnin.

Anak: Ummi pandai tak jahit baju?
Ummi: Jahit jelujur boleh la. Kenapa?
Anak: Cikgu suruh pakai baju patriotik hari Rabu ini.
Ummi: ooo
Anak: Nenek pandai jahit kan? Boleh tak ummi belikan tiket kapal terbang untuk nenek.. nanti nenek boleh jahitkan baju Jalur Gemilang.
Ummi: (ishh.. bukannya murah nak beli tiket ni.. anak2 sayang)

Dengan sedikit kepakaran yang ada, si ibu mengusahakan juga permintaan si anak.


Friday 13 May 2016

Belajar menanam orkid

Semasa pulang ke kampung di Johor semasa cuti raya cina yang lepas, tejatuh hati dengan pokok-pokok orkid emak yang banyak di halaman rumah :) Tambahan pula jiran dan mak memberitahu ada jenis-jenis orkid yang mudah dijaga. Yelah, saya memang tidak pandai bab-bab bercucuk tanamni. Mak dan Abah bersungguh membekalkan tanah, dawai, kayu dan sabut untuk tanaman orkid, hehehe. Orkid pun dah beli dengan mak ditempat kebiasaan mak membeli orkid-orkidnya, setiap petang di pasar rabu :) Hari Sabtu, pulang ke Penang dengan penuh barang dibonet kereta (gigih betul!).

Esoknya Ahad, saya pun mulakan projek menanam pokok orkid ini. Perlu cabut terlebih dahulu pokok yang sedia ada untuk memberi ruang pada orkid-orkid ini :)

Pokok bunga yang perlu dicabut terlebih dahulu. Tak tahu pokok apa. Sangat senang hidup dan sentiasa perlu ditrim.

Close-up bunganya. Bunganya cantik tetapi hanya kembang pada waktu 10 pagi hingga3 petang sahaja. Bunga ini juga mengundang serangga dan lebah datang dekat kepadanya dan agak membahayakan keselamatan anak-anak yang sedang bermain. Itu salah satu faktor kenapa pokok ini digantikan dengan orkid, huhuhu.

Dua batang kayu dan dawai dipasangkan untuk menempatkan orkid-orkid. Di rumah mak, setiap satu orkid ada satu pancang kayu. Tapi saya buat macam ini sahaja mengikut cadangan si penjual orkid. Lebih mudah :)

Orkid yang telah siap ditanam. Tengah-tengah kosong sebab tak cukup orkidnya. Dicelah-celah orkid tu saya tanam ulam raja. Mak Abah juga berikan benih ulam raja dan cili padi :)

Pemandangan di belah kiri

Pemandangan di belah kanan

3 orkid di atas ni saya beli di pesta orkid, tambahan pada ruang yang kosong di tengah-tengah (bersungguh betul!).

Keseluruhan orkid yang ada. Abaikan senget benget orkid tu, hehehehe.

Selepas beberapa minggu kembang berbunga, bunga-bunga orkid ini akhirnya berguguran ke tanah jua :) Yang paling cepat luruh bunga yang warna merah. Alhamdulillah baru-baru ini kuntuman orkid bunga warna merah itu juga telah berbunga kembali. Sangat seronok melihat kuntumannya keluar. Mengharapkan yang lain juga memunculkan kembali kuntuman-kuntuman bunga masing-masing memberi sinar dalam kehidupan, cewaaahhh :D.
Bunga baru keluar pada 11 Mei 2016 :) Ulam raja yang baru ditrim memberi ruang pada orkid :D

Pokok ulam raja saya juga telah sangat rimbun sehingga menenggelamkan orkid-orkid. Untuk makan ulam, sekarang hanya petik dilaman sahaja, macam kat rumah mak abah, seronok sangat :). Oh ya, nak kongsi yang mana ulam raja ni selain sedap dicicah sambal belacan, sedap juga dimakan dengan spagethi ya. Taburkan sahaja ulam raja ke atas spagethi yang telah siap dimasak, dan makan, yummy!. Idea ini diambil dari rakan suami yang kongsikan menu di restoran akar lima, Kulim yang menggunakan ulam raja dalam menu-menunya. Kami tidak berkesempatan lagi ke restoran tersebut. Tu yang cuba di rumah :)

Jika ada penanam orkid tegar membaca entry ini, bolehlah memberikan cadangan kepada saya budak yang baru belajar nak menanam orkid ini. Apa pantang larang menanam orkid dan apa nama orkid ini, hehehe. Saya tak tahu pun apa nama jenis-jenis orkid ini :D Baru-baru ini cuba tanam petunia, seminggu ja hayatnya bersama saya kerana terlebih air. Selepas kematian petunia tu, baru saya tahu yang pokok itu tidak memerlukan air yang banyak, (ini siram sebanyak-banyak air sebab musim panas katanya, kesian pokok kering nanti, rupanya....air lebih pun tak boleh) hehehe.


Petunia purple dan merah sempat seminggu sahaja bersama saya, huhuhu