Saturday 13 December 2008

Winter Graduation Day 2008

Alhamdulillah, hari Jumaat 12 Disember 2008 merupakan hari konvokesyen Ummi. Insyirah dan ayah turut hadir ke dalam dewan graduasi yang berlangsung di dewan utama, Sports Centre, University of Nottingham. Tepat jam 9.00 pg kami bergegas keluar dari rumah menuju ke dewan utama kerana Ummi perlu mendaftar sebelum 10.15 pg dan mengambil jubah. Kami juga dikehendaki masuk ke dewan sebelum 10.30 pg kerana majlis akan bermula pada jam 11.00 pg. Majlis berlangsung selama sejam dari 11 - 12 tgh hari (nasib baik Insyirah tak nangis dalam dewan :)...Setelah selesai, kami bergambar dengan rakan-rakan yang dah menunggu di luar dewan dan kemudian pergi ke jamuan yang disediakan oleh pihak Universiti di bangunan East Midlands Conference Centre. Selain jamuan, pelbagai cenderahati di jual untuk dijadikan kenangan. Ummi sempat membeli 3 keping gambar, dvd, frame & T-shirt yang ada tertera nama Ummi (banyak gak lah belanja hari tu, huhuhu). Apa pun, layan je lah beberapa keping gambar semasa hari konvokesyen Ummi. Tahniah Ummi!!!



Ummi di atas pentas utama bersalam dengan Pro-Vice-Chancellor
Ramai kawan-kawan Ummi yang turut hadir memeriahkan suasana. Antaranya Auntie Shahnaz, Auntie Wan, Auntie Azah, Auntie Shadia, Auntie Zaza dan Kakak Adeela. Terima kasih kepada semua yang sudi hadir ke konvo Ummi. Ummi sangat terharu di atas kehadiran semua.

Ummi bersama rakan-rakan yang turut hadir memeriahkan suasana

Akhir kata, terima kasih kepada semua yang terlibat dalam mendoakan kejayaan Ummi di sini. Untuk melihat gambar selebihnya, bolehlah melawat azihana.fotopages.com.


Wasalam




Wednesday 10 December 2008

Tag dari bakal pengantin baru :)

Baru baca blog Mizwar ni, bakal pengantin tak lama lagi, dan telah ditugaskan untuk menjawab tag dari dia, hehehe, orait Mad, no hal. Dikesempatan ini (hehehe, baru hantar report kat supervisor, so rasa lapang sikit ni), si Paklah Ajiz @ ayah Insyirah akan cuba menjawab semua soalan-soalan tag hang tu.

7 fakta tentang saya
i - beragama Islam, berbangsa Melayu, warganegara Malaysia
ii - berasal dari Kg Lahaq Kepaq :)
iii - anak kepada pasangan Saad & Zaleha
iv - suami kepada isteriKu
v - ayah kepada Insyirah
vi - masih berhutang dengan PTPTN lebih kurang Rm22000 (banyak ni,, dah letih membayar)
vii - sedang melanjutkan pengajian di perantauan, harapannya dapat belajar dengan baik dan berjaya menghabiskannya (kalau tak siap PhD ni, kalau ikut agreement, kena bayar balik.. huhuhu, jenuhlaa nak membayar hutang sampai ke tua.. Jadi, saya di sini berasa amat berbesar hati sekiranya anda turut mendoakan kesejahteraan dan kejayaan kami di sini:)

7 perkara menakutkan saya di dunia
i - terjumpa ulaq, hehehe, mesti surprise sikit bila jumpa ular sebab terbayang ular tu akan kejar kita (kena pengaruh cerita hindustan masa kecik2 laa ni) walaupun sebenarnya ular tu takkan kejar pun.. hahaha
ii - tengok kereta yang bawa laju-laju yang boleh membawa kepada kemalangan, kecutt perutt aku ni, sebab tu aku tak suka bawa laju-laju kot. Kat UK ni sempoi, kebanyakan pemandu memandu dengan penuh berhemah malah bertolak ansur.
iii - takut kena belasah atau kena ugut dengan gangster/penjahat etc :D .. maleh laa nak gaduh-gaduh ni, mudah-mudahan Allah jauhi perkara ni, tapi kalau kena berhadapan, "hamba akan redah juga, ajal maut di tangan tuhan"
iv - takut kalau terjatuh dari bangunan tinggi
v - takut/risau kalau kata-kata disalah fahami oleh orang lain
vii - takut kalau kantoi PhD ni,, minta-minta laa dijauhkan
vii - takut kalau mati sebelum sempat bertaubat, nauzubillah, Ya Allah ampunkanlah dosa hamba-hambaMu ni, sedarkanlah kami dari kelalaian

7 lagu buat masa skrg
i - twinkle twinkle little star....
ii - head and shoulder, knees and toes ....
iii - wheels on the bus, go round and round...
iv - if you happy and you know it.. clap your hand...
v - old McDonald had a farm....
vi - Balaamoryyy........
vii - A B C D E F . .. . .. . . Z
(semua lagu budak-budak saja sekarang yang dok dengar, lagu yang Insyirah dok dengar. lagu orang besar tak sempat nak layan. semenjak datang ke sini, tatau dah lagu terkini kat Malaysia, lagu omputeh ni lagilaa jarang dengar :D )

7 perkara selalu sebut
Perkara atau perkataan yang dimaksudkan soalan tag ni? Aku cuba fokus kat perkara yang selalu sebut laa noo
i - PhD, PhD, PhD .. yang ni antara perkara terpenting buat aku sekarang ni selain dari tanggungjawab kat allah dan keluarga
ii - Supervisor nak pindah ... perkara ni pun sering juga disebut dan difikir-fikirkan. Supervisor aku nak pindah ke Ireland, tempat asal dia. Tapi aku tak ikut sekali, supervisor lain jadi main supervisor plak
iii - Adik Insyirah... perkara ni juga selalu sebut sebab tak lama lagi Insyirah dah nak jadi kakak, InsyaAllah.. doakan semoga semuanya selamat :)
iv - Elaun bulanan nak naik.... hehehe, dengar dari member-member USM yang elaun kami, fellow-fellow USM, (antara elaun terendah sekarang ini berbanding tutor universiti lain) bakal naik tahun depan, Alhamdulillah
v - Selamat hari raya.... hehehe, raya kan sekarang ni, biasa lah kan
vi - Sejuk..... sekarang ni musim sejuk kat sini
vii - Chaboche...... hehehe, perkataan tu adalah nama seorang Perancis dan merupakan seorang "scholar" dalam bidang Mechanical Engineering ni khususnya dalam bahagian plasticity. Aku sedang guna model yang diberi nama Chaboche model.. jadi memamg selalu sebut nama dia ni di tempat kerja mahupun di rumah :D

7 perkara yang amat bernilai
i - Islam & Iman (hehehe.. ikut Mad ni)
ii - masa.... sebabnya, aku pasti semua orang pun tahu :)
iii - keluarga... biasalaa kan, jawapan standard
iv - Komputer kat universiti.... sebab semua data dan kerja yang aku buat ada kat situ
v - rakan-rakan... semoga ukhwah kita berkekalan. Kalau ada salah silap, maafkan daku k ;)
vi - ilmu... zaman sekarang ini (eh, sepanjang zaman kot rasanya) ilmu amat penting tak kiralah dalam apa jua pekerjaan sekalipun
vii - kesihatan... mudah-mudahan Allah berikan kesihatan kepada kita semua dan sembuhkan segala penyakit yang kita hadapi.. Amiiinnn

7 pertama kali dalam hidup saya
i - pertama kali tidur jauh dari rumah (di luar Lahaq Kepaq :D) ialah semasa menghadiri kursus kat sekolah Irshad, 3 hari 2 malam.. masa tu dok dorm Omar, kebetulan Amet pun duduk sekali dalam bilik tu, hehehe, lepas tu aku jumpa lagi dgn dia bila masuk form 1 kat Irshad dan duduk sebilik lagi sekali kat dorm Bakaq
ii - pertama kali ada kasut bola (boot) sendiri ialah semasa form 1, boot Lotto, abang aku yang hadiahkan
iii - pertama kali beli jersi sendiri ialah semasa form 3 kot, beli baju Arsenal kat Langkawi
iv - pertama kali dimasukkan wad (selain dari lahir di hospital) ialah semasa form 2 kot sebab sakit mata, kat Hospital Besar P. Pinang
v - pertama kali beli barang "berharga" dengan guna duit sendiri (30% duit family) ialah semasa beli moto kriss aku tu, PEN8109, tahun 2000.
vi - pertama kali masuk stadium Bandaraya (tengok team Penang main bola) ialah pada tahun 1999, tengok Penang vs N9
vii - pertama kali ada kereta sendiri (masih milik bank lagi) ialah pada tahun 2005

7 org bertuah menjawab tag ni
seperti biasa, aku tak tujukan kepada siapa2, tapi kalau anda berminat juga untuk buat silakanlah yaa :)

Yang ikhlas menjawab,
Ayah Insyirah yang baru hantar report kat supervisor

Monday 8 December 2008

Salam AidilAdha 1429H / 2008

Hari ini, 8 Disember 2008, merupakan AidilAdha yang kedua bagi Insyirah sekeluarga di perantauan. Kami juga sedang berada di musim sejuk di mana suhu di Nottingham sekarang ini kebiasaannya berada pada 1 hingga 5 darjah Celcius dan kadangkala di bawah tahap beku.. sejuk tu bagi kami.. huhuhuhu.. Ummi pun baru saja beransur pulih daripada batuk-batuk yang berlarutan semenjak 2 minggu yang lepas. Harapnya kesihatan kami sekeluarga beransur baik selepas ini.

Di kesempatan ini, sebagai manusia yang sering alpa dan terdedah dalam melakukan kesilapan, kami ingin mengambil kesempatan memohon kemaafan andainya ada salah silap dari segi tutur bahasa dan juga tindakan secara langsung ataupun tidak. Kami doakan sanak saudara dan rakan taulan semua bergembira di hari lebaran ini. Mungkin ada di kalangan kita yang bakal "menumbangkan" binatang ternakan sempena hari raya ini, semoga amal anda semua diberkati olehNYA dan tidak lupa, semoga kita semua dapat menghayati maksud di sebalik ibadah korban ini.

Pagi ini, Insyirah sekeluarga bersama-sama warga Nottingham Malaysian Community yang lain akan berkumpul di Noel Street Leisure Centre yang berdekatan rumah kami bermula dari jam 9.00 pagi untuk majlis rasmi sempena AidilAdha kali ini. Oklaa dulu yer, Insyirah beransur dulu untuk bersiap-siap ke majlis tersebut. Ok, jumpa lagi...

Salam AidilAdha buat anda semua, tanda anda sentiasa dalam ingatan kami sekeluarga :)

Tuesday 2 December 2008

Semoga Insyirah menjadi anak yang solehah

Hari ini 2 Disember 2008, Alhamdulillah Insyirah sudah berusia 17 bulan 5 hari.
Gambar ketika usia 17 bulan 1 hari
(diambil pada 28 November 2008, University of Nottingham)

Alhamdulillah, kini Insyirah sudah boleh berjalan sendiri dan bertutur beberapa perkataan. Banyak perkembangan Insyirah yang lepas-lepas yang tidak coretkan di sini, huhuhu. Sekarang ini...
  1. Insyirah sudah berani berjalan tanpa memegang apa-apa objek sejak berusia 15 bulan. Sudah pandai panjat tangga tapi tak pandai turun tangga lagi. Insyirah tak merangkak tapi mula berjalan dengan memegang sofa ketika berusia 11 bulan dan berjalan sambil memegang segala bentuk objek yang boleh dipegang seperti sofa, kerusi makan, dinding dll ketika berusia 12 -14 bulan.
  2. Gigi Insyirah sekarang sudah 16 batang (8 atas dan 8 bawah). Tak ingat bila gigi pertama Insyirah tumbuh, tapi yang pasti awal laa. Orang kata sebab tu yang lambat jalan sebab dapat gigi dulu..hehehee:D
  3. Antara perkataan yang boleh Insyirah sebut sekarang ialah "ayah", "tata" (bubye), "awwah abbar" (allahuakbar), "awwah" (Allah), "tacih" (terima kasih), "tatuh" (jatuh), "tol" (gol), "tu" (satu), "wa" (dua), "nak" (bila minta sesuatu) dan "tu" (sebut sambil tangan tunjuk ke arah sesuatu yang Insyirah nak). Perkataan "ayah" ialah perkataan yang pertama boleh disebut ketika berusia 11 bulan. Ummi sangat jeles ni. Sebutan "Ummi" hanya kedengaran sayup2 sahaja "mi, mi, mi" sejak 2, 3 minggu ni. Itu pun jika Insyirah dalam keadaan terdesak nak minum susu, huhuhu. Insyirah tak pasti kenapa begitu sukar untuk Insyirah menyebut perkataan "ummi". Mungkin sedikit masa lagi Insyirah berjaya menyebut perkataan "ummi" dengan jelas. Sabar ye ummi;)

Insyirah dan ummi di penghujung Autumn (dah masuk Winter dah pun:D)

Insyirah posing dengan ayah pula

Di bawah ini di"attachkan"video Insyirah yang baru belajar solat. Sejadah kecik tu memang orang lain tak boleh pakai dah, itu Insyirah punya ye. Apa pun, ayah dan ummi tak kisah. Semoga Insyirah menjadi anak yang solehah, penyejuk hati ayah & ummi.

Tidak lupa juga, pada 28 November yang lepas Ummi telah menerima berita dari Pn F*r*ah dari jabatan pendaftar bahawa permohonan cuti tanpa gaji Ummi telah diluluskan oleh Naib Canselor, Alhamdulillah. Pusat pengajian telah mengeluarkan emolumen yang ditandatangani oleh En. K*a*z* untuk memberhentikan pembayaran gaji bagi tempoh cuti tanpa gaji tersebut. Ini bermakna Ummi akan menjadi suri rumah dan menangguhkan hasrat untuk menyambung PhD bagi membolehkan ayah menghabiskan pengajian PhD nya terlebih dahulu disamping menjaga Insyirah sepenuh masa dan bakal adik Insyirah kelak, insyaAllah:) Semoga segala urusan dipermudahkan olehNya, Amiin.

Thursday 20 November 2008

Misi selesai!!!

Alhamdulillah, setelah bertungkus-lumus selama setahun, mengharungi segala cabaran (seperti yang dicoretkan dalam "entry" yang lepas-lepas), akhirnya Ummi berjaya menamatkan pengajian MSc nya dan layak untuk menghadiri konvokesyen pada 12 Disember 2008 ini. Pada 17 November 2008 yang lepas, keputusan penuh MSc Ummi diumumkan di portal Universiti. Walaupun keputusan yang diperolehi hanyalah "MSc Pass with MERIT", kami berasa sangat gembira dengan keputusan yang diperolehi (Alhamdulillah, Ummi tidak perlu mengulangi mana-mana subjek).

Di Universiti of Nottingham ini, keputusan dikategorikan kepada 3 peringkat:
  1. MSc pass with Distinction - dianugerahkan kepada pelajar yang memperolehi markah keseluruhan 70% ke atas
  2. MSc pass with Merit - dianugerahkan kepada pelajar yang memperolehi markah keseluruhan 60% -69%
  3. MSc pass - dianugerahkan kepada pelajar yang memperolehi markah keseluruhan 50% - 59%

Markah 50% dan ke bawah dikategorikan sebagai gagal dan tidak layak untuk menerima ijazah. Pelajar hendaklah mengulangi mana-mana subjek bagi membaiki markah keseluruhan mereka untuk berijazah.
Keputusan MSc Ummi diabadikan dalam blog ini untuk kenangan di masa hadapan dan tatapan keluarga di Malaysia:) Terima kasih di atas doa kalian semua. Semoga ilmu yang diperolehi sepanjang pengajian Ummi di sini diberkati olehNya dan dapat disebarkan kepada pelajar-pelajar Ummi kelak, insyaAllah.
Majlis konvokesyen di sini berlangsung selama 3 hari bermula dari 10-12 Disember 2008 dan mempunyai 6 sessi (pagi dan petang). Berbeza dengan majlis konvokesyen di Malaysia, di sini Ummi perlu menguruskan sendiri urusan persiapan untuk majlis tersebut (Winter Graduation Ceremony) di mana Ummi perlu membeli tiket untuk tetamu yang bakal hadir dan menyewa jubah (gown) daripada agensi yang telah ditetapkan oleh Universiti.
Agensi Ed* and Rav*nscroft(* = huruf e) telah dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan urusan sewaan/jualbeli jubah dan Ummi telah membuat tempahan melalui online dengan memberikan saiz kepala, dada dan tinggi. Kos keseluruhan yang dikenakan berjumlah £42 (tidak termasuk tambahan waktu sewaan). Jubah, mortarboard boleh diambil pada pagi sebelum majlis bermula (9-10.30 pagi), agak berbeza dengan di Malaysia di mana ianya boleh diambil beberapa hari awal sebelum majlis berlangsung. Ummi juga telah membeli tiket untuk ayah sebanyak £20 (setiap tetamu). Insyirah pun ada "complimentary ticket" juga (duduk atas riba ayah), tapi Ayah dan Ummi tak pasti lagi nak bawa Insyirah masuk atau nak hantar Insyirah ke Nursery (bergantung kepada kekosongan Nursery). Ayah dan Ummi takut Insyirah menangis dalam dewan ketika majlis berlangsung walaupun majlis rasmi hanya sejam.


Kos sewa jubah :)

Ini pula gambar kenangan bersama rakan sekelas Ummi beserta pensyarah dan rakan-rakan dari kursus lain di bawah Fakulti kejuruteraan (Ummi duduk nombor 3 dari kiri)

Wasalam.

Sunday 2 November 2008

Gambar Aidilfitri 2008

Di atas permintaan Acu, akhirnya Ummi letakkan beberapa keping gambar Insyirah dan keluarga sekitar hari raya yang lepas. Usia Insyirah ketika itu lebih kurang 15 bulan. Baju raya kami sekeluarga dihadiahkan oleh nenek dan sampai ke tangan kami dipertengahan ramadhan, setelah dua bulan setengah belayar di atas kapal:) Terima kasih nenek!


Ini pula geng Insyirah di Nottingham, di hari raya pertama 2008. Dulu masa mula-mula sampai (setahun yang lalu :-D ), dua-dua kecil lagi. Jarak umur sebenarnya beza sebulan jer, Insyirah (15 bulan) dan Eriem (16 bulan). Memang sedar Insyirah ni saiz "S" jer. Tapi tak perasan pula Insyirah ni sekecil ni (paras telinga Eriem jer, isk isk) hehehehe
Ini juga gambar Insyirah pada hari raya pertama dan juga hari terakhir Insyirah di Nursery setelah 6 bulan ber"sekolah" di sini. Terasa berat hati nak meninggalkan kawan-kawan dan cikgu-cikgu yang baik hati. Terima kasih cikgu!
Ini pula gambar Insyirah pada hari raya ke-4 ketika sambutan hari raya aidilfitri oleh semua warga Malaysia di Nottingham. Inilah baju yang nenek jahitkan untuk Insyirah, pandai nenek agak saiz Insyirah ye (memang nenek "expert" pun bab-bab menjahit ni).

Saturday 1 November 2008

Tag lagi

Tag lagi... bagus juga kena tag ni.. disamping jawab soalan tag, bolehlah dijadikan sebagai kandungan untuk meng"update" blog yang jarang di update ni..

Kali ini, ayah Insyirah @ Paklah Ajis akan cuba untuk menjawab soalan yang diberi oleh Pn Riena @ Biskutmeri itu :D.. ni soalan-soalan dan jawapannya (jawab dalam bahasa melayu :D )

Name: Abd*ll*h Az*z
Sisters: 2
Brothers: 3
Shoe size: 6.5 @ 7
Height: 165cm

Have you ever....
been on a plane:
pernah
Swam in the ocean:
Tak pernah.. sebab tak pandai berenang.. lagipun soalan tu tanya berenang di "ocean" bukannya "sea" kan
Fallen asleep at school:
Sudah tentu.. terutamanya masa form 1 and form 2.. masa tu kawan-kawan asrama aku banyak yang suka tido.. budak-budak yang berulang (tak dok asrama @ outsiders) kurang pula kena sindrom ni.. nak kata tidur kurang.. budak outsider tu lagilaa tidur kurang sebab kena datang sekolah awal dan sampai rumah lambat.. mungkin kami kekurangan makanan berzat kot masa tu :D

Ever had…
Chicken pox:
Pernah. Masa form 5. Jangkit dari sapa pun tatau.. 2 minggu juga kot tak pi sekolah.. bila pi sekolah pun ada virus lagi kot sebab lepas tu Mad Brahim & mat Yatim plak yang kena.. sori laaa nooo...
Stitches:
Pernah.. masa berkhatan dan masa darjah 6.. kena "pagar zink" kat bendang.. sampai laa ni ada bekas lagi

If you’re having a bad day, who are you most likely to go to:
Tak pasti. Lebih suka bersendirian dulu kalau ada masalah.

5 things I was doing 10 years ago:
10 tahun lepas, maknanya tahun 1998.. masa tu aku form 5 kat Irshad.. sama juga macam si Riena, Mizwar, Maei etc.. Antara perkara yang pernah dilakukan pada masa tu:
1 - Ambil SPM kat SMKA Al-Irshad
2 - Jadi AJK asrama.. penolong Biro "tutttt".. terasa tekanan juga sebab terima secara terpaksa (walaupun cuba nak ikhlaskan diri.. tapi ntahlaaa).. mungkin masa tu emosi dan fikiran belum cukup matang lagi kot (skrg pun ada yang tak matang lagi otak ni.. hehehe).. tapi sekarang terasa bersalah sangat pada warga asrama sebab tak jalankan tugas tu dengan baik.. huhuhu.. ampun-ampunn
3 - dok kalut ambil tau pasai kes anwar Ibrahim kena pecat dari UMNO... havoc betui masa ni.. tahun reformasi ni.. tapi aku bukanlah aktif berpolitik ni.. cuma suka ambil tau :D
4 -Masa form 5 juga ayah Mizwar telah kembali ke rahmatullah.. aku pun turut sama pi rumah Mizwar dgn Azwan dan Ustaz.
5 - Tengok bola world cup 98 (tgk TV saja).. World Cup kat France masa tu.. aku suka tengok Brazil main tapi Brazil kalah masa final dengan France.. 3-0 plak tu.. huhuhu

5 things I would do if I were a billionaire:-
Sekiranya aku kaya, selain menderma, sedekah, tolong orang miskin, aku juga berhasrat untuk buat beberapa perkara ni:
1 - Aku nak buat satu dewan/kompleks sukan kat kampung aku.. macam dewan futsal tu.. hehehhe.. (ni salah satu benda yang aku selalu terfikir kalau jadi kaya)... Dalam dewan tu ada 5 atau 6 gelangganng Futsal.. mungkin 2 padang rumput tiruan (tetap) dan 4 gelanggang biasa yang boleh ditukar-tukar permukaannya.. boleh main badminton juga kalau nak :D. Dewan tu boleh disewakan untuk dapat income sikit atau buka gelanggang silat kaa waktu malam buat latih budak-budak kampung.. daripada depa dok lepak malam-malam tu, lebih baik laa hangpa pi belajaq silat,, lagi baguih.. sihat badan.. disiplin sikit nanti... (hehehehe.. berangannn!!!)
2 - Bangunkan sumber ekonomi berasaskan pertanian. maklumlah asal-usul orang bertani, kenalah bangunkan ekonomi keluarga dan orang kampung kita kalau kita ni berduit.. insyaAllah
3 - Beli helikopter sendiri (billionaire.. sekadar helikopter tu tak heran laa nak membeli.. heheheh).. senang nak lawat business aku dan senang sikit anak isteri nak ziarah family dan rakan-rakan di Malaysia :D
4 - Tentulah aku nak buat sekolah untuk didik anak bangsa aku. Cuba buat sekolah yang mampu membangunkan kebolehan diri anak bangsa aku yang agak tercicir dari arus perdana persekolahan. Mudah-mudahan depa semua boleh survive dan maju atas kekuatan yang ada pada mereka.
5 - Nak selalu ziarah Mekkah & Madinah. Ziarah sambil belajar agama.


5 places I’ve lived/living:-
1 - Kampung Lahar Kepar (1981 - .... )
2 - Asrama SMKA Al-Irshad (Dec 1993 - Nov 1998)
3 - Universiti Sains Malaysia
a- Desasiwa Gemilang, USM Minden (Jul 1999 - Mac 2000)
b- Desasiswa Jaya, KCP, Tronoh (Jul 2000 - Apr 2001)
c- Desasiswa Jaya, USM.eng, Nibong Tebal (Jul 2001 - Mac 2004)
4 - Lorong 6, Taman Bukit Panchor, Nibong Tebal (Jul 2004 - Sept 2007)
5 - NG7 6HJ, Nottingham (Sept 2007 - sekarang)

Ok.. rasa-rasa tu saja jawapan buat tag kali ni :) ... Wassalam
(ada soalan yang tak dijawab sebab panjang sgt tag kali ni, so aku jawab soalan yang penting dan ada sikit memori buat diri aku)
ikhlas dari.. Ayah Insyirah, 2008

Saturday 18 October 2008

Tagged raya

Dah lama tak update blog ni.. ni tuan rumah datang nak bersihkkan sawang dan sapu-sapu sampah sikit :D maklumlah, musim raya ni, asyik dok makan saja, mana sempat nak "happdett" blog ni. Walaupun di perantauan, Raya kat UK ni, especially Notts, tetap meriah sambutannya dengan cara tersendiri.

Kat sini, tuan punya bersama blog ni @ Paklah @ Aziz @ Lah Ziz nak jawab laa tag dari sahabatnyaa yang dirinduii itu (hehehhe). Walaupun si Mizwar mengatakan yang sahabat dia dah semakin renggang @ jauh di mata atau apa-apa lagi yang sewaktu dengannya, tetapi sebenarnya kami di sini sentiasa mengingati rakan-rakan semua. Jauh di mata, dekat di hati. Kalau tak percaya cuba tengok kat blog hangpa semua (cth blog Mizwar, Riena, Maei dll), mesti hangpa boleh nampak pelawat dari Nottingham kan ;)

Sebenarnya dah lama tauu yg kena tagged, tp tak sempat nak tulis disebabkan ada keja yang nak disiapkan utk meeting mingguan. Ingtkan lepas meeting nak buat, tapi banyak pula masalah yang muncul lepas meeting tu. Ni aku cuba jawab sebaik mungkin (macam nak jawab exam laa plak:D )

Berapa pasang baju raya anda taun ni dan kaler apekah?
Walaupun berjauhan diperantauan, kami tetap dapat baju raya, istimewa dari Nenek Insyirah di Johor. Warna baju lebih kurang coklat laa warnanya. Insyirah sepasang, Umminya 3 pasang dan Ayahnya pula sepasang.

Apakah makanan raya tradisional kegemaran anda?
Bagi aku (Paklah Aziz), sebenarnya, tadaklaa sangat sesuatu hidangan yang betul-betul jadi kegemaran. Cumanya, masa raya khasnya di utara tanah air, masa ni laa dapat merasa ketupat palas dan berbagai jenis rendang. Selain itu, teringat pula lemang yang dijual di tepi jalan dan dodol yang hitam pekat tu... sedap sedappp.. heheh.. yang tu susah laa nak dapat kat Nottingham ni masa raya.
Bagi Ummi Insyirah, (aku rasa jer ni) mesti dia teringat masakan mak nya di kampung. Selalunya orang Bugis bila raya, akan ada hidangan khas raya iaitu burasak, pakloh, lepat dan lain-lain. Nama pun dah special, mungkin hangpa semua tak pernah rasa kot makanan tu. In short, burasak & pakloh tu ala-ala ketupat juga laa versi orang Bugis.

Apakah biskut raya kegemaran anda?
Bab-bab biskut atau roti ni aku belasah sajaa apa yang sedappp.. sonangg citoo.. :D
Semenjak dari kecik lagi, makanan aku sekeluarga banyak tertumpu kat nasi. Maklumllah keluarga petanii.. Bangun pagi makan nasi, tengah hari makan nasi, malam pun makan nasi. Kadang-kadang saja makan mi, bihun, kuih, roti, biskut etc. Masa raya pun adalaa buat biskut raya sikit-sikit, tapi tak banyak.
Tapi secara ringkas, aku lebih suka biskut moden sebab lebih sedap dan bermacam rasa adaa.

Bape banyak duit raya anda dapat & spend untuk bagi kat bebudak?
Mestilah jawapannya tak dapat duit raya sekupang pun,, dah besaqqqq. Bagi kat budak pun tadak, sebab kat UK ni kebiasaanya budak-budak tak dapat duit raya. So aku pun tak bagi.. hehehehe.

Apakah aktiviti malam raya korang?
Di Nottingham ni, kaum lelaki akan ber"takbir raya" berkumpulan dari rumah ke rumah. Kali ni dah dua kali aku beraya puasa kat Nottingham tapi kedua-duanya aku tak join program takbir raya ni. Niat di hati nak pergi, tapi aku kena jaga anak aku kat rumah sebab isteri nak memasak. Maklumlah terkejut dapat tauu yang esoknya dah raya.. tak expect langsung nak raya pada siangnya. Jadi, takbir di rumah pun boleh juga :) yang penting banyakkan takbir sahaja.

Who to tag?
Rasa-rasa tadak orang kot yang nak di tag (sama macam Rina juga, kalau sesapa yg ada tag lagi boleh laa tag aku, InsyaAllah akan dijawab dihujung minggu;) ). Tapi kalau sesiapa yang terbaca ni dan sudi nak buat "tag" ni silakanlah.. At least kawan-kawan lain boleh tahuu aktiviti kita semua pada hari raya yang lepas :)

Salam 18 Syawal 1429H

Tuesday 30 September 2008

Esok hari raya.. esok hari raya :D

Alamakkk.. esok (Selasa, 29 September 2008).. sekarang pukul 8.00 pm kat UK ni, hari Isnin.

Apa-apa pun...

SELAMAT HARI RAYA.. MAAF ZAHIR BATIN buat semua sanak saudara dan sahabat handai yang mengenali kami sekeluarga :)

Thursday 25 September 2008

Setahun berlalu . . .

Detik 5.30 am (lebih kurang kot :D), 25 September 2007, Insyirah telah selamat tiba bersama Ummi dan Ayah di Heathrow Airport dengan selamat. Perjalanan yang mengambil masa kira-kira 13 jam dari KLIA diisi dengan tidur nyenyak sepanjang perjalanan di dalam basin khas untuk Insyirah, hanya sekali sekala terbangun untuk mengisi perut yang kelaparan. Sesudah melepasi pemeriksaan imigresen, kami sekeluarga bergegas mencari bas untuk ke Nottingham. Menjelang Maghrib barulah kami sekeluarga tiba di stesen bas Broadmash sambil dijemput oleh "host" kami untuk ke destinasi terakhir pada hari tersebut di Caulton Street. Begitulah serba sedikit detik kehidupan Insyirah sekeluarga setahun yang lalu.

Sabar menunggu bas di sini dari 7am hingga ke 3pm.

Setahun berlalu pergi, kami sekeluarga masih di sini mengejar matlamat yang dicitakan serta harapan pihak penaja untuk melihat hasilnya suatu hari nanti. Perjalanan masih jauh dan pastinya akan ada lorong-lorong berliku yang perlu dihadapi. Doakan kami berjaya, semoga hasilnya nanti berbuah ranum dan dinikmati bersama.

Salam 25 Ramadhan.

Saturday 20 September 2008

Suami & Isteri: Belajar sepenuh masa

Hari ini dah tiba hari ke-20 umat Islam berpuasa di bumi British. Alhamdulillah, Ummi dan Ayah setakat ini telah pun berpuasa sepenuhnya walaupun dari segi ibadat yang lain masih agak kurang baik "performace" nya :).

Setelah selesai menghantar disertasi projek MSc pada hari ISnin yang lepas (lambat setengah jam, kena potong markah sikit, huhuhu), InsyaAllah selepas ini Ummi akan lebih berikan perhatian kepada Insyirah disebabkan buat masa ini,Ummi akan bercuti sambil menemani Ayah untuk menyiapkan PhD nya yang masih terkontang-kanting tu. Harap-harap Ayah janganlah malas bekerja nanti yaa, kerja rajin-rajin , InsyaAllah nanti boleh habis ikut tempohnya dan pulang ke tanahair yang dicintai :)

Beberapa hari lagi juga, akan genaplah tempoh setahun kami meninggalkan kampung halaman untuk bermukim seketika di bumi Nottingham ini. Sepanjang tempoh setahun ini, bermacam perkara juga yang kami tempuhi di Nottingham ini. Teringat pula kisah ketika mula-mula di"soal siasat" oleh majikan Ummi semasa temuduga ASHES, antara soalan yang ditanya ialah "bagaimana kamu nak uruskan anak nanti sebab kedua-duanya (suami dan isteri) belajar pada masa yang sama. Yuran nursery mahal di UK". Ummi jawablah "Saya dah survey2, kebiasaannya rakan-rakan di UK akan bergilir untuk menjaga anak mereka ataupun menghantar anak mereka kepada rakan Malaysia yang lain untuk dijaga". pada masa tersebut, Insyirah masih dalam perut Ummi lagi.

Di sini, Insyirah rasa bagus juga kalau dikongsikan berberapa cara yang kebiasaannya diambil oleh pasangan yang senasib dengan kami, untuk menguruskan hal penjagaan anak-anak yang masih kecil khususnya anak-anak di bawah umur 2 tahun.

1. Menjaga anak secara bergilir-gilir
Kaedah ini merupakan kaedah pertama yang diambil oleh kami sekeluarga di sini. Pelan asalnya, bila Ummi ada kelas, Ayah akan jaga Insyirah kat rumah sambil baca apa yang patut (tapi tak baca sangat pun, hehehe). ayah akan pergi ke universiti bila ada ruang kosong pada jadual ummi. Nasib baiklaa supervisor ayah ini boleh faham keadaan kami sekeluarga. Kaedah ini memerlukan disiplin waktu yang ketat dan amatlah tidak sesuai untuk pelajar PhD yang perlu menjalankan eksperimen di makmal. Ia juga adalah kaedah yang kurang sesuai (tidak sesuai kot) buat pasangan yang kedua-duanya mengambil MSc (taught course) disebabkan kekangan jadual waktu dan juga bebanan tugasan yang akan diterima, ditambah lagi tekanan di minggu peperiksaan.

2. Hantar anak ke nursery
Di Malaysia, menghantar anak ke nursery merupakan perkara lumrah bagi pasangan yang kedua-duanya bekerja. Di UK, kos penjagaan anak amat tinggi, kebiasaannya £600 - £700 (sekitar RM4000) di Nottingham, jika diambil kira dengan jumlah elaun bulanan yang diterima. Alhamdulillah, Ummi berjaya untuk menempatkan Insyirah di nursery universiti dan mendapat harga pelajar iaitu sekitar £410 sebulan, disokong pula dengan bantuan "student services" di universiti kami iaitu sebanyak £100 sebulan, jadi dapatlah kami tampung kos nursery Insyirah dengan kerja part-time ayah (pendapatan lebih kurang £280 sebulan masa tu).

3. Minta bantuan rakan-rakan Malaysia untuk menjaga anak
Kaedah ini bergantung kepada kawasan belajar pasangan tersebut. Syukur di Nottingham ini, ada yang sudi untuk menjaga anak-anak pasangan yang kedua-duanya belajar (mungkin dalam kejayaan kita nanti, tercatat jasa rakan-rakan yang sedia membantu walaupun bayarannya rendah berbanding bayaran "menonyoh lantai" untuk sejam).

4. Bawa pembantu (maid) tetap dari Malaysia
Kaedah ini memerlukan modal awal yang agak besar iaitu dengan menyediakan wang simpanan yang agak besar dalam akaun peribadi (mungkin boleh buat pinjaman dahulu) untuk membolehkan visa pembantu (biasanya pembantu Indonesia) diluluskan. Proses permohonan agak ketat dan rasanya sekarang ni lagilah ketat kot.

5. Bawa keluarga atau pembantu dari Malaysia untuk tempoh 6 bulan
Rasanya ini merupakan cara yang paling praktikal dan juga "jimat kos". Cumanya ianya memerlukan ahli keluarga atau sesiapa yang sudi untuk membantu menjaga anak-anak dengan menggunakan visa pelawat (6 bulan). Terdengar juga cerita di luar Nottingham di mana ahli keluarga/pembantu tinggal lebih dari 6 bulan :D

Buat masa sekarang, ini sahaja yang Insyirah tahu berkenaan hal penjagaan anak-anak bagi pasangan yang kedua-duanya belajar. Semoga entry kali ini bermanfaat untuk pasangan suami isteri yang bercadang untuk menyambung pelajaran khususnya di UK.

Salam 10 Malam Terakhir Ramadhan

Tuesday 16 September 2008

MERDEKA... MERDEKA... MERDEKA !!!

Insyirah baru sampai rumah.. sekarang baru pukul 18:06 kat UK.. (15 September 2008.. kat Malaysia dah 16 September 2008.. apa khabar negaraku sekarang agaknya yaa di ambang tarikh yg diheboh-hebohkan sejak kebelakangan ini)... Ummi dah hantar dissertation project MSc, so skrg Ummi dah boleh tumpukan perhatian kat Insyirah.. yeyyyy...

(bersambung kemudian :) ...... )

Monday 1 September 2008

Salam Ramadhan 1429H, 2008

Selamat datang Ramadhan, Alhamdulillah kita bertemu lagi buat sekian kalinya. Mudah-mudahan Ramadhan ini akan menjadi lebih meriah dengan ibadah dan pembaikan kualiti diri. Semoga kami lebih berTAQWA kepadaMu Ya Allah.

Tuesday 26 August 2008

Sekitar usia 13 bulan

31 Ogos 2008, genaplah 5 bulan Insyirah berada di University Day Nursery, University of Nottingham, UK. Pada mulanya agak sukar untuk Insyirah membiasakan diri tinggal di Nursery sepanjang Ummi dan Ayah belajar. Setiap hari bila Ummi nak tinggal Insyirah di Nursery pastinya Insyirah akan menangis, begitu juga ketika Ummi sampai untuk mengambil Insyirah balik. Tapi nangis bila nampak Ummi jer, bila tak nampak Ummi, Insyirah ok jer tak nangis. Sajer jer tu protes sket:) Bermula minggu lepas, tiada lagi air mata yang keluar bila Ummi nak tinggal Insyirah di Nursery. Malah Insyirah seronok nak tinggal, tak sabar-sabar nak main dengan kawan-kawan.

Aktiviti Insyirah di Nursery dan hasil lukisannya:)

Pada kebiasaannya Ummi dan Ayah hantar Insyirah dari 8.30 pg hingga 5.30 ptg. Tapi kadang-kadang hantar lambat sikit dan ambil awal. Bergantung kepada tahap kesibukan Ummi dan Ayah. Bermacam-macam aktiviti Insyirah di Nursery sama ada "indoor" atau pun "outdoor". Yang pastinya sekarang Insyirah sangat suka melukis, pantang dapat pen dan kertas. Nengoklah aksi Insyirah di bawah ni:)
Insyirah gembira melukis (lukisan abstrak gitu, hehehe)

Minggu ni best sebab Insyirah cuti 4 hari, dari Sabtu sampai Selasa. Sebabnya Isnin, 25 Ogos "bank holiday" dan 26 Ogos pula pihak nursery ada "In house training" di Nursery. Duduk rumah dengan Ummi dan Ayah memang best. Layanlah video Insyirah yang sangat gembira bermain dengan Ummi dan Ayah di rumah (baru belajar upload video ni, hehehe).

Friday 8 August 2008

080808

Hari ini tarikh yg agak sempoi utk diingati. Mesti ramai yang ingin melangsungkan perkahwinan pada hari ni, pastu kalau nak bagi dahsyatt lagi, letak pula hantaran RM8888.88.. huishh.. terasa pening pula dengan no. 8 ni.. selamaitt

Thursday 31 July 2008

Monday 28 July 2008

Camping Oxford

18 Julai hingga 20 Julai 2008 yang lepas, insyirah berkhemah sekali lagi. Kali ini bertempat di Hardwick park, Oxford.

Wednesday 25 June 2008

Camping Warwick

Pada 20 hingga 22 Jun 2008 yang lalu, Insyirah sekeluarga buat pertama kalinya menyertai acara berkhemah anjuran CahayaHidup.plc.uk :D. Tapak perkhemahan kali ini ialah Dodwell Park, Evesham Road, Stradford-upon-Avon, CV37 9SR, Warwick.
Banyak juga cubaan-cubaan bagi kami sekeluarga sebelum bertolak ke khemah ini. Mulanya rasa macam taknak join disebabkan kesihatan yang agak kritikal pada sebelah paginya, tetapi disebabkan semua barang-barang telah sedia dibeli dan dibungkus, kami mengambil keputusan untuk join juga setelah keadaan Ummi beransur pulih. Nak dijadikan cerita juga, sebelum bertolak, salah satu heater di rumah kami telah terjatuh dari dindingnya. Aduhai, malangnya rasa hari ni, huhuhuuhu.

Perjalanan group khemah kali ini bermula pada sebelah petang Jumaat setelah proses mengangkat barang-barang Uncle Junaidi/Auntie Nasibah/Muadz ke dalam kontena pada sebelah paginya. Insyirah sekeluarga bergerak agak lewat bersama-sama dengan Uncle Lee pada jam sekitar 5.15 pm. Kami tiba di tapak khemah lebih kurang jam 6.40 pm.


(bersambung..)

Rehat-rehat summer 1

15 Jun 2008 - Pada hari ini, Ahad, Insyirah dan keluarga mengambil kesempatan hujung minggu untuk sama-sama "join" BBQ yang diketuai "auntie Tim". Ini umpama acara jalan-jalan sambil rehat yang pertama bagi kami sekeluarga selepas Ummi selesai pengajian MSc semester ke-2. Acara BBQ ini bertempat di "Mundy Play Centre" berdekatan dengan University of Derby.

Sehari sebelumnya, ummi telah berkunjung ke rumah auntie Syahnaz utk sama-sama bergotong royong (sambil belajar juga) untuk sediakan bahan-bahan mentah utk BBQ nanti. Insyirah tinggal kat rumah dengan ayah saja.

Mengikut perancangan awal, kami semua sepakat untuk berkumpul di carboot Derby tapi Insyirah sekeluarga terus ke Mundy Play centrer disebabkan kami terlewat bangun. SO, tak pergi carboot lagi minggu ni.
Insyirah dan kawan-kawan

Ramai juga yang turut serta pada BBQ ni, antaranya:
1 - Auntie Tim/Uncle Zainal sekeluarga
2 - Auntie Fida/Uncle Muzammil sekeluarga
3 - Auntie Syahnaz sekeluarga
4 - Auntie Zarina/Uncle Zamri sekeluarga
5 - Auntie Dalina/Uncle Midon
6 - Auntie Wan/Uncle Zul sekeluarga
7 - Auntie Hunny/Uncle John sekeluarga
8 - Ustaz Din sekeluarga

Kami semua lepak di situ sambil BBQ, makan-makan, main-main & gosip-gosip hingga hampir pukul 5.30 pm. Kemudian, berangkat pulang ke rumah. Tidurrr..zzzzzzzzzzz

Monday 16 June 2008

Keputusan Exam Semester ke-2

Jumaat, 13 Jun 2008, Ummi Insyirah telah pun mendapatkan keputusan peperiksaan semester ke-2 dari penasihat akademik Ummi iaitu Dr Dragos. Alhamdulillah, keputusan peperiksaan kali ini agak baik bagi Ummi Insyirah di mana terdapat peningkatan pada markah pemeriksaan Ummi.

(... bersambung)

Berakhirnya tugas sebagai "pembantu Doktor Mata"

Jumaat 2 minggu yang lepas, 6 Jun 2008, merupakan hari terakhir Ayah Insyirah bekerja sebagai "floor engineer" @ "Hygiene Consultant" atau lebih specific dan official lagi.. "Domestic Cleaner" :D di Eyes, Ears, Nose and Throat (EENT) klinik kat Queens Medical Centre, Nottingham. Ini disebabkan arahan dari penyelia projek PhD ayah yang mahukan ayah lebih fokus kepada kerja-kerja akademik yang bakal bertambah tidak lama lagi.

Sepanjang bekerja di bawah syarikat Ideal Cleaning Services ini, banyak pengalaman yang diperolehi, baik dari segi pengalaman bekerja part-time semasa belajar (sebelum ni tak pernah kerja part-time masa belajar) mahupun pengalaman bekerja bersama orang-orang kat UK ini. Kerja ini jugalah yang membantu kami sekeluarga untuk membiayai yuran nursery Insyirah.

Sekadar untuk kenangan Insyirah, di sini Insyirah coretkan serba sedikit mengenai kerja part-time ayah tu :). Nama supervisor = Sandra dan manager = Laura.

Rutin kerja harian setiap Isnin hingga Jumaat, bermula 6.30 pm hingga 9.00 pm.
6.20 - Sampai bilik kerja. Tukar baju kerja, ambil kunci dan tandatangan kehadiran.
6.30 - Ambil troli kerja dan turun ke B Floor, tempat ayah ditugaskan berkhidmat
6.35 - Sampai di store kerja. Isikan sabun pencuci ke dalam baldi-baldi yang ditetapkan (merah untuk tandas, biru untuk tempat umum). ambil alatan lain untuk bertugas :D mop, high duster, static duster, vacuum cleaner.
6.45 - Tugas mencuci bilik Doktor bermula, banyak juga requirement yang ditetapkan sebab bilik Doktor kena bersih sikit, bak kata supervisor ayah "untuk elakkan jangkitan kuman". Kiranya kerja ni sedikit sebanyak macam jadi pembantu Doktor juga laa kan, sebab tolong bersihkan bilik Doktor-doktor ni.
8.45 - selalunya dah selesai membersih bilik-bilik yang ditetapkan pada masa ni. kemudian terus ke stor pekerja untuk bersihkan baldi-baldi.
8.50 - Pergi buang sampah kat C Floor.
8.55 - naik ke E Floor (tempat simpan barang-barang ayah) dan salin pakaian
9.00 - tandatangan dan balikkkkk :)

Sekali baca, kerja ni nampak macam senang saja, tetapi bukan semudah yang disangkakan. Kadang-kadang teruk juga kena bertugas sebab bilik agak kotor sebab ramai pesakit pada hari tertentu, kadang-kadang kena "sound" dengan supervisor (tapi jarang berlaku ni) dan kadang-kadang terasa letih juga sebab seharian bekerja. Kalau nak compare dengan cara Makcik Cleaner kat PPK Mekanik USM bekerja, rasanya diorang sangat santai semasa bekerja. Walaupun rasa mcm teruk dan letih, tetapi kena bersyukur juga sebab
jika nak dibandingkan dengan Mat-mat Indon atau Bangla yang bekerja kat Malaysia tu, rasanya tak mampu nak lawan kot :D .

Ayah selalu balik rumah dengan tumpang kereta kawan-kawan Malaysia yang lain, kebiasaannya dengan tumpang kereta Uncle Fendi.

Begitulah serba sedikit kisahnya menjadi cleaner/tukang cuci di EENT, QMC, Nottingham.

Saturday 31 May 2008

HABISSSSSSS . . . !!!

Peperiksaan terakhir Ummi pada semester kedua ini ialah bagi subjek "modelling and simulation" yang telah dilaksanakan dengan sebaik mungkin pada hari Khamis, 29 Mei 2008 di bilik C13, Coates building bermula pada jam 4.30 pm selama 2 jam. Hari ini Insyirah dah pergi semula ke nursery walaupun tangan kanan masih dengan anduh. Mulanya pihak nursery tak mahu menerima Insyirah hari ini, tetapi setelah dijelaskan oleh Ummi, pengurus nursery tu benarkan Ummi tinggalkan Insyirah di nursery.


Sekitar jam 4.30 pm, Ayah telah datang untuk ambil Insyirah macam selalu. Ayah bawa Insyirah lepak-lepak dalam kereta. Kemudiannya kami naik ke pejabat Ayah sekejap untuk mengambil beg Ayah. Ketika jam sudah hampir pukul 6, Ayah dan Insyirah bergerak ke bilik C13 yang rupanya bersebelahan dengan bilik Uncle Rosli. Alhamdullilah, sekita 6.35pm, Ummi telah selesai exam dan Insyirah sambut Ummi dengan gummmbira.. yeyyyy.. Ummi dah habis exam :) .

Seronoknya rasa bila dah habis exam ni, masih terasa lagi saat ketibaan kami sekeluarga di bumi UK ini dengan bermacam cerita suka duka.

Dalam kes pengajian Ummi ini....

MASIH SEGAR dalam ingatan bila Ummi dah terpaksa menghadiri kelas pertamanya pada hari Khamis setelah kami baru sahaja sampai pada petang Selasa sebelumnya (sampai di Nottingham ketika waktu berbuka puasa). Plan awalnya, Insyirah ingin ditinggalkan bersama Ayah ketika Ummi menghadiri kelas, tetapi lain pula jadinya bila Insyirah tak mahu minum susu dari botol.

MASIH SEGAR dalam ingatan bila Ummi terpaksa menghantar assignment group pertamanya walaupun tak sampai sebulan berada di Nottingham. Ketika itu, Insyirah sekeluarga baru sahaja memasuki rumah sewa kami sekarang ini, internet pun tiada lagi di rumah kami. Terpaksa berkunjung ke cyber cafe berdekatan rumah untuk mencari maklumat. Pada waktu tersebut juga, Ramadhan di penghujung fasa yang sepatutnya kita fokuskan pada perbanyakkan amal ibadah (khusus), tetapi keadaan tidak mengizinkan untuk melakukannya.

MASIH SEGAR dalam ingatan juga bila rakan sekumpulan Ummi seperti memandang sinis kerja yang dilakukan Ummi (mungkin dia tak berniat, tapi itulah yang Ummi rasai), walaupun kerja yang dilakukan dia taklah bagus sangat, tetapi BAGAIKAN LEBIH SUDU DARI KUAHNYA.

MASIH SEGAR dalam ingatan lawatan-lawatan Ummi ke industri pada semester pertama iaitu kilang Rolls-Rocye di Derby, Boots di Beeston dan akhir sekali JCB di Rochester. Kesemua lawatan turut ditemani Insyirah dan Ayah sambil menunggu di luar kilang :)

MASIH SEGAR dalam ingatan budi baik rakan-rakan sekumpulan Ummi yang baik hati dan juga pensyarah-pensyarah yang turut memahami keadaan diri Ummi. Semuanya amat membantu Ummi melalui semua subjek yang diambil.


Seperti ungkapan Tun Det yang terkenal "PERJUANGAN KITA BELUM SELESAI"... hanya yang cekal dan tabah yang dapat membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. Ummi rasa diri Ummi tidaklah secekal mana pun, masih banyak kisah-kisah yang lebih perit dan sukar Insyirah pernah dengar antaranya...

1.Kisah Mrs D yang kehilangan suami disebabkan kanser. Auntie D ni seorang pelajar PhD dan mempunyai beberapa orang anak.
2.Kisah satu pasangan x-NMC yang telah kembali berkhidmat di Malaysia di mana kedua-duanya dulu adalah pelajar PhD di UK ni. Di samping komitmen belajar, tanggungjawab terhadap anak-anak juga agak mencabar dengan 5 orang anak lelaki dan dikisahkan terpaksa membawa anak yang kecil ke dalam ofis sambil membuat kerja.
3.lain-lain kisah sahabat kita di seluruh tempat dengan cabaran kesihatan ahli keluarga masing-masing terutamanya bila kesihatan anak-anak yang disayangi terganggu.

Selain itu juga, kami sekeluarga bukanlah dari golongan genius ataupun gifted, cumanya insan biasa yang mengambil peluang yang ada ini untuk kebaikan diri dan masyarakat. Teringat ungkapan dari ustaz selebriti ini di saifulislam.com:

"Biar salah tidak mengapa. Asalkan sudi dibetulkan, dan belajar dari kesalahan itu.
Biar terbukti bodoh, lalu kemudiannya belajar menjadi pandai. Itu lebih baik dari selesa hidup dalam kebodohan yang disembunyikan!"


AYUH.......
teruskan langkah, usaha kita tidak akan HABIS di sini sahaja.

Tuesday 27 May 2008

Kisah di Bank Holiday

26 Mei 2008, Isnin - Cuti kedua bank holiday di bulan Mei ini jatuh pada ketika umur Insyirah dah hampir 11 bulan. Ketika ini juga, Ummi Insyirah masih lagi bertarung untuk menghabiskan peperiksaan semester kedua untuk pengajian MSc ummi, 5 subjek telah selesai dihadapi dalam 2 minggu awal peperiksaan dan kini hanya menunggu subjek terakhir untuk dihadapi pada hari Khamis nanti, 29/5/2008.

Seperti biasa, bila adanya cuti umum di UK ni, pelajar-pelajar postgraduate NMC dan keluarga masing-masing akan mengambil kesempatan untuk bercuti, ada yang pergi theme park, cuti-cuti sekitar UK dan ada yang ber babeque beramai-ramai. Bagi Insyirah, belum tiba masanya lagi untuk pergi jalan-jalan disebabkan ada urusan lain yang lebih utama pada masa ini :) (tunggu ummi habis exam dulu.. baru boleh jalan-jalan nanti). Kami sekeluarga hanya menghabiskan masa di rumah bersama-sama, seronok sangat bila bersama Ummi dan Ayah kat rumah, inilah masanya Insyirah nak tarik perhatian lebih dari Ummi dan Ayah setelah sepanjang hari-hari bekerja berada di "sekolah" Insyirah.

Ketika usia 11 bulan ini, Insyirah baru pandai sebut perkataan AYAH... :D (Ummi jeles ni kat Ayah).. tapi bukannya panggil Ayah saja dengan perkataan tu, rasanya semua orang yang Insyirah nampak, Insyirah sebut AYAH :D salah bahasa ni nampaknya. Tak mengapa, nanti Insyirah perbaiki lagi bahasa Insyirah ni.

Selain itu, ada tragedi yang dahsyat juga berlaku pada usia 11 bulan ini.........

Jenggg jenggg jengggggg...

hehehe, Insyirah dan Ummi main "papan lungsur" kat rumah pada pagi Ahad, 25/5/2008. Sebenarnya Ummi dan Insyirah jatuh tangga pada hari tersebut. Keadaan berlaku begitu pantas, Insyirah cuma dapat bayangkan Insyirah dah pun berada di tingkat bawah bila turun tangga tu. Sepantas kilat turun,, dan bunyinya pun sangat menarik... MACAM BUNYI NANGKA JATUH daaaa.

Lokasi kejadian berdasarkan pandangan dari atas ke tingkat bawah

Alhamdulillah, Ummi pegang Insyirah dengan erat, jadi tiada kecederaan yang teruk pada diri Insyirah, cumanya Insyirah tergigit lidah sikit dan akibatkan lidah Insyirah berdarah. Mulanya, Ummi agak gelabah dengan keadaaan mulut Insyirah yang dipenuhi darah. Terus Ummi ajak Ayah ke klinik. Kami bergerak ke pusat kesihatan Mary Potter tapi tutup pula (hari ahad kan), kemudian Ayah putuskan balik rumah dulu. Bila sampai rumah, Ummi masih tak sedap hati lagi kerana melihat tangan kanan Insyirah tidak boleh bergerak seperti biasa dan kemudian kami semua terus ke Hospital QMC untuk periksa keadaan Insyirah. Setelah melalui pemeriksaan awal dari Doktor perubatan dan menjalani pemeriksaan x-ray, Dr cakap tiada kecederaan yang perlu dibimbangkan. Kami dibenarkan pulang dan membuat temujanji susulan pada hari Rabu. Tetapi Dr berpesan sekiranya Ummi dan Ayah dapati keadaan Insyirah teruk kembali, boleh terus datang ke Hospital untuk pemeriksaan semula.

Setelah pulang ke rumah dan berehat seketika, Ummi baru perasan yang tangan kanan Insyirah tak boleh bergerak dengan selesa. Ketika di hospital, kami ingatkan tangan kanan ni akan kembali normal selepas 2 atau 3 jam, tapi setelah tunggu sampai malam, tangan kanan Insyirah masih tidak boleh bergerak seperti sediakala. Tambahan pula ketika waktu tidur di mana Insyirah suka bergolek-golek, tapi disebabkan tangan yang sakit ni, Insyirah rasa tak selesa dan merengek-rengek sahaja semalaman.

Pada keesokannya, Isnin pagi, kami sekeluarga terus ke QMC sekali lagi untuk pemeriksaan lanjut. Ummi menceritakan keadaan yang berlaku pada tangan kanan Insyirah. Sekali lagi Dr terus meneliti laporan x-ray yang dijalankan sebelum ini. Dr tersebut merasakan MUNGKIN ada sedikit keretakan pada tangan kanan Insyirah berdasarkan gambar x-ray terbabit. Beliau telah mengambil keputusan untuk memakaikan anduh pada tangan Insyirah supaya dapat mengurangkan pergerakan tangan kanan Insyirah, selain memberi ubat tahan sakit untuk mengurangkan sengal kesakitan di tangan kanan.

Kami sekali lagi diminta untuk membuat temujanji dengan Dr pada hari Rabu, tetapi kali ini dengan Dr pakar tulang yang boleh mengesahkan keadaan ini. Untuk pendekkan cerita, "Dr tulang" telah sahkan yang tiada keretakan pada tangan kanan Insyirah, mungkin tangan Insyirah sengal-sengal disebabkan hentakan pada anak tangga. Beliau juga menyatakan yang Insyirah boleh menanggalkan balutan anduh di tangan Insyirah ini pada hari Jumaat ini.


Begitulah alkisahnya, cerita di Bank Holiday kali ini. Alhamdulillah, semuanya sihat sejahtera kembali :)

Saturday 17 May 2008

Hiburan Minggu Ini.. Jom Layan!!!


Sob sob sob. . .
Insyirah baru habis tonton cerekarama bertajuk "Demi Masa" di Youtube. Bagus juga cerita ni, dan boleh juga dikatakan drama ni taklaa stereotype sangat macam drama-drama anak yang selalu lupakan ibu bapanya. Ummi pun layan juga walaupun esok (Sabtu ada exam). Cerita buatkan kami sedar dan insaf. Mudah-mudahan banyak lagi drama-drama Melayu yang bagus yang boleh bawa perubahan baik kepada kita semua.

Watak Mak Yam lakonan Sheila Rusly :)

Kepada sesiapa yang tak tengok lagi drama ni atau nak tengok satu round lagi, boleh tengok di sini (DEMI MASA) ... apa lagi... LAYANNNN!!!

Monday 12 May 2008

Salam sayang buat bonda tercinta.. SELAMAT HARI IBU


Ibuuu.. ibuuu.. engkaulah ratu hatikuu....

11 Mei 2008 merupakan tarikh sambutan hari Ibu di Malaysia. Sebenarnya, Insyirah pun tak pasti bila sebetulnya tarikh sambutan hari ibu, tetapi setelah menyemak-nyemak info di wikipedia, rupanya tarikh sambutan hari ibu adalah berbeza-beza mengikut negara masing-masing. Di Malaysia, ianya disambut pada Ahad kedua pada bula Mei iaitu pada 11 Mei bagi tahun 2008 ni, manakala sambutan di UK telah berlangsung pada 2 Mac 2008 yang lalu.

Di sini Insyirah mengambil kesempatan untuk mengucapkan salam sayang buat Ummi tercinta, semoga Allah sentiasa merahmati Ummi atas susah payah melahirkan dan membesarkan Insyirah, serta semoga berjaya dalam peperiksaan semester kedua nanti. Tidak lupa juga buat Nenek Bechik di kampung dan juga semua ibu-ibu yang sentiasa menyayangi kami semua.

Di kesempatan ini juga, Insyirah ingin mendoakan kesejahteraan Tok Leha yang telah kembali ke rahmatullah pada 12 Mei 2004 iaitu 4 tahun yang lepas. Walaupun kita tak sempat bersua di alam dunia ini, mudah-mudahan kita dipertemukan di SANA nanti. Semoga Allah menempatkan Tok Leha di kalangan orang-orang yang solehah dan dikurniakan balasan syurga di SANA.. amiinnn.

Friday 2 May 2008

Ayuh Bangsaku !

Renungan Hari Jumaat :)

Dah lama juga tercari-cari bacaan sajak Tun Mahathir "Perjuangan Belum Selesai" yang LIVE ni. Sebelum ni cuma tengok video nyanyian Nora saja, tapi kali ni baru terjumpa video sebenar bacaan saja terbabit. Ianya bukan bertujuan politik, tetapi mari kita renungkan "bait-bait" sajak yang dilafazkan ini untuk kebaikan dan pembakar semangat kita untuk berjaya.


(boleh tengok video di sini , tak pandai nak masukkan dalam blog ni)

p/s: setiap insan pasti melakukan kesilapan, tetapi perkara yang baik yang dilakukan mestilah kita jadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. Semoga kita terus mara meneruskan perjuangan ini, untuk memartabatkan agama, bangsa dan negara. Semoga harapan kita untuk cemerlang dan terbilang tercapai jua dengan usaha yang berterusan. "Biarkan bertatih, asalkan langkah itu yakin dan cermat bagi memastikan negara merdeka dan bangsa terbilang". Teruskan perjuangan, HARAPAN baru untuk Malaysia terletak di bahu kita semua.

Sunday 2 March 2008

Rombongan Insyirah ke Cadbury World, Birmingham

Alkisah, Uncle Cahaya bertanya kepada Ayah pada hari Khamis lalu "Ajiz, ko nak join kami ke Cadbury World tak?". Ayah bertanya semula "Pergi berapa hari? Pergi mana lagi nanti? Kereta kami tak ok lagi laa, still ada problem air radiator yang asyik kurang saja". Uncle Cahaya menjawab "Kita pergi Cadbury World, Wing Yip.. ala kedai Cina terbesar kat Europe dan balik singgah Nando's". Ayah terfikir sendirian "Nak pi Nando's.. waa bagus ni, kami dah lama mengidam nak makan Nando's kat Leicester". Ayah tanya Ummi dan Ummi terus respon kata "OK-OK.. jom-jom" (walaupun plan asal nak buat assignment Sabtu ni, tapi tak mengapa, tugasan ada masa seminggu lagi untuk disiapkan.. hehehe.

Begitulah ceritanya kami turut menyertai rombongan Kak Cahaya and the gang ke Cadbury World yang terletak di Birmingham, UK pada hari Sabtu, 1 Mac 2008. Para peserta terdiri dari keluarga-keluarga Auntie Cahaya (leader), Auntie Mai (yang dah nak balik Malaysia hari ini), Auntie Ija, Auntie Shaz, Auntie Izan (tak pergi Cadbury World, join acara seterusnya) dan kami sekeluarga. Rombongan bertolak dari rumah leader lebih kurang pukul 9.45 pagi dan sampai di Cadbury World lebih kurang pukul 11.15 pagi.

(bersambung....)

Friday 29 February 2008

Entry di hari ganjil :) 29 February 2008

Salam semua..

Entry special utk kenangan 4 tahun sekali :D




(..akan dikemaskini kemudian)

Monday 25 February 2008

Notts, 24 Februari 2008 - Sukan Musim Sejuk 2008

Nottingham, United Kingdom, 24 Februari 2008 - Nottingham Malaysian Community (NMC) sekali lagi mengadakan aktiviti buat semua warga pelajar sarjana dari Malaysia di mana kali ni sukan rakyat telah dijadikan aktivitinya yang dikenali sebagai Sukan Musim Sejuk 2008. Ini merupakan penganjuran SMS kali kedua yang dilaksanakan oleh pihak NMC.

Insyirah sekeluarga turut sama menyertai SMS 2008 ini dengan menyertai pasukan Iswara untuk bertanding dengan pasukan lain seperti Perdana, Satria, Wira dan Waja. Sebenarnya kumpulan kami ni ialah gabungan antara pasukan Iswara dan Persona. Gabungan ini berlaku disebabkan banyak ahli Persona yang tidak dapat melibatkan diri pada SMS ini disebabkan masalah tertentu. CEO kumpulan Insyirah ialah Dr Basri yang akan pulang ke Malaysia Selasa ini (dia balik sorang dulu untuk lapor diri di UUM, kemudian datang semula ke Notts nanti untuk membawa keluarganya pulang bersama).

Sebelum SMS berlangsung, setiap ahli kumpulan telah diagihkan tugas masing-masing untuk memasak beberapa juadah untuk dikongsi bersama nanti. Ummi ditugaskan untuk memasak ayam masak merah dan nasi putih :), hehehe, pertama kali masak ayam merah sendirian, jadi terpaksalaa merujuk kitab-kitabnya di alam maya :D.

Pada hari Kejohanan (cewahh) berlangsung, kumpulan Iswara mengenakan pakaian serba hitam. Ummi telah mengambil bahagian dalam acara pancing botol dan badminton (masukkan bulu tangkis dalam kotak), manakala Ayah turut menyertai acara lari bawa bola ping pong, jalan 3 karpet (tiada bata jadi guna karpet saja laa) dan lari 3 kaki. Persaingan merebut johan keseluruhan berlangsung sengit sehingga pusingan terakhir di mana Iswara (walaupun CC enjin kecil saja) memberi cabaran hebat kepada kumpulan lain terutamanya kumpulan Perdana (CC enjin besar dari Iswara ni). Walaubagaimanapun, kumpulan Iswara hanya berjaya menjadi naib johan keseluruhan kali ini (Johan - kumpulan Perdana, tapi beza markah 8 saja kot)

Akhir kata, majlis ini berjaya mengeratkan hubungan sesama ahli NMC walaupun ianya sekadar permainan rakyat. "Yang penting kita semua ENJOYYYY!!! "

(gambar Insyirah di SMS 2008 akan menyusul kemudian, GOOD NIGHT! )

Malaysia, 24 Februari 2008 - Penamaan Calon PRU ke-12

Malaysia, 24 Februari 2008 - Cuti hujung minggu di Malaysia telah dijadikan sebagai hari penamaan calon bagi Pilihanraya Umum (PRU) ke-12 yang bakal berlangsung pada 8 Mac 2008. Sekarang ini, umur Insyirah baru nak masuk 8 bulan, tak layak dan tak boleh pun nak mengundi lagi :D. Kami sekeluarga yang berada di Nottingham turut terasa bahang PRU ke-12 dan boleh dikatakan setiap hari kami mengikuti perkembangan terkini pilihanraya samada berkenaan parti kerajaan sekarang mahupun parti pihak pembangkang.

Di UK ni, kami tak mengundi kot rasanya sebab tak tahu prosedur dan ada yang cakap perlu ke London untuk mengundi, hehehe, tak sempat la ke London semata-mata nak mengundi (tak patriotik pula tulis macam ni :D, tapi rasanya MUNGKIN semua warga Malaysia di Notts ni tak keluar mengundi kot, hehehe).

Kat sini, Insyirah nak masukkan calon-calon yang bakal bertanding di kawasan Ayah dan Ummi berdasarkan pencalonan yang dijalankan pagi tadi di Malaysia.

---------------------------------------
Kawasan mengundi Ayah:

P41 KEPALA BATAS
Jumlah Pengundi: 43,018
Peratusan Kaum: M:74.65% C: 20.52% I: 4.62 % B/Sab: % B/Swk: % L: 0.21%
1. Subri Mohd. Arshad (Pas)
2. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (BN)

N1 PENAGA
Jumlah Pengundi: 14,268
Peratusan Kaum: M:89.45% C: 9.92 % I:0.48% B/Sab: % B/Swk: % L:0.15%
1. Tapiudin hamzah (Pas)
2. Datuk Azhar Ibrahim (BN)

-----------------------------------------

Kawasan mengundi Ummi (Ummi tak daftar lagi, ni ikut kawasan mengundi Atuk)


P155 TENGGARA
Jumlah Pengundi: 32,297
Peratusan Kaum: M: 74.59%C: 18.11%I: 6.73%
1. Datuk Halimah Mohamed Sadique (BN)
2. Salleh Farmin (Pas)

N34 PANTI
Jumlah Pengundi: 14,448
Peratusan Kaum: M: 87.33%C: 8.44%I: 4.21%
1. Datuk Baderi Dasuki (BN)
2. Abdul Rashid Abdu Bakar (Pas)

-----------------------------------------------
Sekian, untuk makluman dan ingatan Insyirah di masa akan datang nanti :)

Saturday 23 February 2008

Sekilas.. PRU ke-12 2008

Parlimen dibubarkan pada 13 Februari 2008. (Sehari sebelumnya semasa satu sidang media, PM menafikan bahawa tarikh pembubaran parlimen adalah pada hari tersebut).

FAKTA PILIHAN RAYA KE-12 (sumber: utusan.com.my)

Hari mengundi : 8 Mac (Sabtu)
Penamaan calon : 24 Februari (Ahad)
Tempoh berkempen : 13 hari

Pemilih awam : 10,701,054
Pemilih pos : 221,085
Jumlah parti politik berdaftar : 30
Jumlah kerusi Parlimen : 222
Jumlah kerusi DUN : 505



4 bulan sudah berlalu, kini .....

Assalamualaikum semua, apa khabar? Lama juga Insyirah tak mencoretkan cerita kami sekeluarga di sini. Alhamdulillah, secara umumnya kami sekeluarga sihat selalu.


4 bulan sudah berlalu...

Sekarang ni kami sudah di suku kedua berada di Nottingham, iaitu lebih kurang 4 bulan kami melalui suka duka kehidupan Insyirah sekeluarga dan juga pembelajaran Ummi dan Ayah di Nottingham. Keputusan peperiksaan Ummi untuk semester pertama pun telah diperolehi, Alhamdulillah, cukup-cukup saja untuk lepas :D (tetapi boleh dikira OK juga laa jika diambil kira keadaan Ummi sekarang yang agak luar biasa berbanding semasa belajar di USM dulu). Ayah pula dah semakin sibuk dengan tugasan mingguan yang perlu disiapkan, dan rasanya selepas ini mungkin akan turut melakukan ujikaji untuk pengajian PhD nya.


Kini ...

Kini, Ummi dan Ayah merancang untuk menghantar Insyirah ke nursery dan nama Insyirah telah pun didaftarkan di "University of Nottingham Day Nursery" dan dijangka untuk memulakan "persekolahan" Insyirah ini pada 31 Mac 2008. Bila bercakap berkenaan nursery di UK ni, masalah utama bagi pelajar seperti Ummi dan Ayah ialah berkenaan yuran nursery yang terlalu mahal. Ummi dan Ayah perlu membayar lebih kurang £400 sebulan untuk menghantar Insyirah selama 4 hari seminggu ke Day Nursery UoN (kalau hantar ke private nursery yg lain, yuran mungkin mencecah sekitar £600). Ada juga sebahagian pelajar Malaysia, yang kedua-duanya belajar, menghantar anak mereka kepada warga Malaysia yang lain untuk dijaga. Bagi kes Insyirah, Ummi ambil keputusan untuk hantar Insyirah ke Nursery sebab Insyirah suka sangat menangis dan masih taknak menyusu dengan botol, takut akan membebankan rakan Malaysia sekiranya menghantar Insyirah kepada mereka.

Jadi, terpaksalaa ayah bekerja "part-time" untuk menampung sebahagian besar kos nursery Insyirah ni. Ayah dah mula bekerja dengan syarikat Ideal Cleaning Services Ltd yang menjalankan "health-care services" di Queens Medical Centre, Nottingham bermula sejak 30 Januari 2008 yang lalu, setiap Isnin hingga Jumaat dari 6.30pm hingga 9.00pm. Alhamdulillah, tempat kerja ayah ni pun dekat dengan University of Nottingham dan terdapat 5 lagi rakan Malaysia yang turut bekerja disitu (sebenarnya ada 6 orang, tapi sorang tu dia tak "join" dengan Malaysian yang lain buat masa ni). Ayah cakap dia ditugaskan untuk membersih bahagian B-floor, iaitu kawasan bilik-bilik doktor mata. Buat masa sekarang ini, kerja ayah berjalan lancar dan harap-harap ayah dapat terus diberikan kesihatan yang baik untuk belajar dan buat kerja part-time ni.

Hujung minggu ini, sekali lagi "Nottingham Malaysian Community" akan menganjurkan SUKAN MUSIM SEJUK 2008 (tahun ke-2 penganjuran) di mana masyarakat Malaysia di Notts ni, khususnya pelajar-pelajar dan kaum keluarga pelajar Sarjana, akan bersukan (sukan rakyat) di samping beramah mesra sesama mereka. Insyirah dan keluarga akan menyertai pasukan Iswara yang diketuai oleh Dr Basri (dah nak balik Malaysia tak lama lagi untuk kembali berkhidmat di UUM, Dr Basri juga merupakan anak jati Kepala Batas, satu kawasan dengan Ayah, P041 Kepala Batas). InsyaAllah, kalau berkelapangan, Insyirah akan melaporkan aktiviti kami pada hari tersebut.

Uikss, panjang pula coretan Insyirah buat kali ini. Mungkin sebab dah lama tak menukilkan perkembangan terkini "kisah Insyirah" di alam maya ini. Semoga apa yang dicoretkan ini dapat menjadi ingatan buat diri Insyirah dan keluarga di masa hadapan, dan juga dapat memberikan perkhabaran kami sekeluarga di Notts buat kaum keluarga dan rakan taulan di Malaysia.

SALAM PILIHANRAYA KE-12, 2008.

Wednesday 23 January 2008

Hari pertama Insyirah ke sekolah:)

Hari ini, pagi-pagi lagi Ummi dah kejut untuk pergi ke Universiti. Semester baru "Spring semester" dah bermula pada 21 Jan 2008. Ummi habis "exam" pada 19 Jan 2008, sian Ummi cuti sehari jer sebelum mula semester baru. Hari ini, 22 Jan 2008 pagi-pagi dah kena mandi dan ikut Ummi dengan ayah. Kali ini kami tak naik bas 190 lagi, tapi kami naik kereta;)

Hari ini Ummi ada 3 kelas, dari 10 pagi sampai 6 malam. Ayah tak dapat nak jaga Insyirah hari ini sebab ayah sibuk untuk menyiapkan tugasannya sebelum perjumpaannya dengan "supervisor" pada hari esok. Insyirah terpaksa ikut Ummi masuk ke kelas. Insyirah seronok sangat hari ini sebab Insyirah jumpa ramai orang dalam kelas Ummi. Pensyarah Ummi pun tak kisah Ummi bawa masuk Insyirah sekali.

Tapi Ummi marah Insyirah sebab Insyirah buat bising dalam kelas:( Mungkin sebab Insyirah "excited" jumpa ramai orang dalam kelas tu, semua orang dia nak tegur, nak main. Asyik gelak-gelak, tegur-tegur orang dan main-main dengan kawan-kawan Ummi. 15 minit pertama, okla sikit duduk diam perhati pensyarah Ummi dan keadaan sekeliling dan kadang-kadang baca buku "My first counting book". Hmm...sekejap jer boleh bertahan, lepas tu Insyirah mula buat perangai. Insyirah tak nangis, tapi Insyirah buat bising dengan main-main dengan kawan-kawan Ummi. Kadang-kadang Insyirah panggil pensyarah Ummi "hai, hai"...hehhehe...Ummi pening kepala:D

Akhirnya Ummi mengambil keputusan untuk keluar dari kelas untuk tidak mengganggu pelajar-pelajar lain hilang tumpuan kepada pensyarah. Sian kat Ummi. Dekat jam 7 malam baru sampai rumah. Insyirah tidur awal kali ini, mungkin keletihan setelah seharian di Universiti:)

Sunday 13 January 2008

Sepupu Insyirah:)

Alhamdulillah, pada tahun 2007 atuk & nenek (sebelah Ummi) dikurniakan 3 orang cucu, anak Mak Ngah Ani yang diberi nama Muhammad NurFarihin Nazmi bin Mahadir (dilahirkan pada 1 Disember 2007), anak Mak Long Idah yang diberi nama Nur Iffah Auni binti Jamal Abdul Nasir (dilahirkan pada 11 November 2007) dan saya anak Ummi:D, Nihlah Insyirah binti Abdullah Aziz pula dilahirkan pada 27 Jun 2007). Tidak lupa juga Pak Jang Hanef (sebelah ayah) dikurniakan cahayamata perempuan yang diberi nama Nurhamidah binti Hanef pada 16 Disember 2007 yang lepas. Tahniah diucapkan kepada Mak Long, Mak Ngah dan Pak Jang sekeluarga di atas kelahiran cahayamata masing-masing. Insyirah tak sabar nak jumpa sepupu-sepupu Insyirah ni. Seronoknya ramai kawan-kawan. Semoga Allah mempertemukan kita semua suatu hari nanti.

Muhammad Nurfarihin Nazmi bin Mahadir