Tuesday 28 October 2014

Peperiksaan akhir Darjah 1 SKSI, 28 - 31 Oktober 2014

Semoga Insyirah dan rakan-rakan dipermudahkan dalam menjawab soalan peperiksaan akhir tahun ini. Jadual peperiksaan seperti berikut:

28 Oktober 2014 (Selasa): 8-9 pagi: Bahasa Arab dan 10-11.10 pagi: Bahasa Melayu (Penulisan)
29 Oktober 2014 (Rabu): 8-9 pagi: Bahasa Inggeris dan 10-11.10 pagi: Pendidikan Islam
30 Oktober 2014 (Khamis): 8-9 pagi: Matematik dan 10-11.10 pagi: Sains
31 Oktober 2014 (Jumaat): 8-9 pagi: Bahasa Melayu (Pemahaman) dan 10.15-11.15 pagi: PSV (lukisan)

Bahasa Arab dan Bahasa Melayu (Pemahaman) ditukar disaat akhir. Jadual asal yang diberikan Bahasa Melayu (Pemahaman) pada hari Isnin.

Hanya sebagai rujukan di masa hadapan :)

Photobook lagi :)


Hari ini beli 2 Cool image wrap hardcover 11" x 8", 52 mukasurat dengan harga RM121. Kebetulan ada promosi beli 1 harga RM68 (harga asal RM136) dan yang kedua dengan nilai RM53. Boleh jimat 61%!

Terima kasih kepada Insyirah yang mengingatkan bahawa dia masih tiada photobook spesifik untuk beliau seperti yang lain. Ummi minta maaf kerana terlepas pandang akan hal ini. Memandangkan tarikh tamat tempoh voucher ini pada tahun hadapan (21 April 2015), harapannya sempatlah Ummi nak buat semasa cuti panjang nanti insyaAllah :)

Notakaki: Perlu tulis dalam ini sebab takut terlupa akan pembelian ini. Nanti tangguh-tangguh sehingga hampir dengan tarikh tamat tempoh baru nak kalut :D

Wednesday 19 February 2014

Insyirah darjah satu


31 Disember 2013, Insyirah mendaftarkan diri di Sekolah Kebangsaan Saujana Indah dan mengikuti Hari Orientasi murid tahun 1. Selesai pendaftaran dan ucapan dari Guru Besar, Ayah pergi mengambil pinjaman buku teks (18 buah kesemuanya, buku teks & buku latihan). Ummi pula membeli buku tulis dan lencana sekolah di koperasi sekolah. Aktiviti akhir orientasi ialah membawa Insyirah untuk mendapatkan suntikan imunisasi (booster) yang dijadualkan khas untuk murid baru tahun 1 di sekolah. Insyirah nangis beria taknak dicucuk :(

Hari pertama Insyirah berpakaian seragam sekolah

di hadapan sekolah
  
Hari pertama, murid-murid ditempatkan di dalam kelas secara rawak, 1 Brilliant, 1 Excellent, 1 Intelligence dan 1 Diligent dan Insyirah ditempatkan di 1 Excellent pada mulanya. Insyirah agak sedih kerana rakan-rakannya semasa di tadika cinta bestari, kebanyakkannya di 1 Brilliant. Kemudian murid-murid dikelaskan kembali berdasarkan pencapaian peperiksaan yang dijalankan pada minggu pertama dan Insyirah ditukarkan ke kelas Brilliant bersama rakan-rakan tadikanya. Kami memberitahunya, tidak kisah berada di kelas mana-mana pun, yang penting kakak perlu berkawan dengan semua orang dan saling tolong menolong. Kakak kena rajin belajar dan tolong rakan-rakan lain kalau diperlukan. Semua orang akan mula dengan tidak tahu, tetapi jika rajin usaha dan prektis berulang kali, insyaAllah akan berjaya. Insyirah gembira dapat ajar rakan-rakannya lukis gambar rama-rama di sekolah :)
  
Hari pertama (orientasi) di dalam kelas 1 Excellent

Waktu persekolahan dari jam 7.45 pagi hingga 1.05 petang. Namun Guru Besar meminta semua ibubapa menghantar anak ke sekolah sebelum 7.30 pagi kerana setiap hari mereka perlu berhimpun dahulu di ruang perhimpunan. Pengajaran dimulakan pada jam 7.45 pagi setiap hari kecuali pada hari Isnin agak lewat kerana ada perhimpunan besar. Waktu rehat pula dari jam 9.45 pagi hingga 10.05 pagi. Setiap hari, Ayah memberikan RM2 untuk belanja Insyirah di sekolah. Namun kebiasaannya duit itu disimpan kerana Insyirah membawa bekal setiap hari ke sekolah. Duit pertama yang dibelanjakannya ialah sebanyak 20 sen dengan membeli buku nota kecil dan kali kedua membeli buku nota "bear" berharga RM1.50 di koperasi sekolah. Sepanjang hampir 2 bulan bersekolah, pernah dua kali Insyirah membeli laksa berharga RM1 di kantin sekolah. Walaupun bawa bekal, tetap beli laksa sebab itu memang makanan kegemarannya. Air pula, setiap hari Insyirah bawa air masak sebotol ke sekolah  :)

tunggu giliran dicucuk 

Waktu rehat di kantin sekolah


Coretan kenangan bersekolah di darjah 1 SKSI untuk tatapan Insyirah di masa hadapan. Insyirah sangat teruja dan seronok ke sekolah. Setiap pesanan guru akan diingatinya dan akan menyampaikannya kepada kami di rumah berulang-ulang kali sehinggalah kami menyelesaikannya :) Sekejap sahaja rasanya Insyirah dah nak masuk 7 tahun. Bermulalah fasa kedua kehidupan Insyirah, 7 tahun berikutnya. Semoga berjaya di dunia dan di akhirat.