Friday 13 May 2016

Belajar menanam orkid

Semasa pulang ke kampung di Johor semasa cuti raya cina yang lepas, tejatuh hati dengan pokok-pokok orkid emak yang banyak di halaman rumah :) Tambahan pula jiran dan mak memberitahu ada jenis-jenis orkid yang mudah dijaga. Yelah, saya memang tidak pandai bab-bab bercucuk tanamni. Mak dan Abah bersungguh membekalkan tanah, dawai, kayu dan sabut untuk tanaman orkid, hehehe. Orkid pun dah beli dengan mak ditempat kebiasaan mak membeli orkid-orkidnya, setiap petang di pasar rabu :) Hari Sabtu, pulang ke Penang dengan penuh barang dibonet kereta (gigih betul!).

Esoknya Ahad, saya pun mulakan projek menanam pokok orkid ini. Perlu cabut terlebih dahulu pokok yang sedia ada untuk memberi ruang pada orkid-orkid ini :)

Pokok bunga yang perlu dicabut terlebih dahulu. Tak tahu pokok apa. Sangat senang hidup dan sentiasa perlu ditrim.

Close-up bunganya. Bunganya cantik tetapi hanya kembang pada waktu 10 pagi hingga3 petang sahaja. Bunga ini juga mengundang serangga dan lebah datang dekat kepadanya dan agak membahayakan keselamatan anak-anak yang sedang bermain. Itu salah satu faktor kenapa pokok ini digantikan dengan orkid, huhuhu.

Dua batang kayu dan dawai dipasangkan untuk menempatkan orkid-orkid. Di rumah mak, setiap satu orkid ada satu pancang kayu. Tapi saya buat macam ini sahaja mengikut cadangan si penjual orkid. Lebih mudah :)

Orkid yang telah siap ditanam. Tengah-tengah kosong sebab tak cukup orkidnya. Dicelah-celah orkid tu saya tanam ulam raja. Mak Abah juga berikan benih ulam raja dan cili padi :)

Pemandangan di belah kiri

Pemandangan di belah kanan

3 orkid di atas ni saya beli di pesta orkid, tambahan pada ruang yang kosong di tengah-tengah (bersungguh betul!).

Keseluruhan orkid yang ada. Abaikan senget benget orkid tu, hehehehe.

Selepas beberapa minggu kembang berbunga, bunga-bunga orkid ini akhirnya berguguran ke tanah jua :) Yang paling cepat luruh bunga yang warna merah. Alhamdulillah baru-baru ini kuntuman orkid bunga warna merah itu juga telah berbunga kembali. Sangat seronok melihat kuntumannya keluar. Mengharapkan yang lain juga memunculkan kembali kuntuman-kuntuman bunga masing-masing memberi sinar dalam kehidupan, cewaaahhh :D.
Bunga baru keluar pada 11 Mei 2016 :) Ulam raja yang baru ditrim memberi ruang pada orkid :D

Pokok ulam raja saya juga telah sangat rimbun sehingga menenggelamkan orkid-orkid. Untuk makan ulam, sekarang hanya petik dilaman sahaja, macam kat rumah mak abah, seronok sangat :). Oh ya, nak kongsi yang mana ulam raja ni selain sedap dicicah sambal belacan, sedap juga dimakan dengan spagethi ya. Taburkan sahaja ulam raja ke atas spagethi yang telah siap dimasak, dan makan, yummy!. Idea ini diambil dari rakan suami yang kongsikan menu di restoran akar lima, Kulim yang menggunakan ulam raja dalam menu-menunya. Kami tidak berkesempatan lagi ke restoran tersebut. Tu yang cuba di rumah :)

Jika ada penanam orkid tegar membaca entry ini, bolehlah memberikan cadangan kepada saya budak yang baru belajar nak menanam orkid ini. Apa pantang larang menanam orkid dan apa nama orkid ini, hehehe. Saya tak tahu pun apa nama jenis-jenis orkid ini :D Baru-baru ini cuba tanam petunia, seminggu ja hayatnya bersama saya kerana terlebih air. Selepas kematian petunia tu, baru saya tahu yang pokok itu tidak memerlukan air yang banyak, (ini siram sebanyak-banyak air sebab musim panas katanya, kesian pokok kering nanti, rupanya....air lebih pun tak boleh) hehehe.


Petunia purple dan merah sempat seminggu sahaja bersama saya, huhuhu 

Tuesday 3 May 2016

Mari tempah photobook :)

Sesiapa berminat untuk abadikan gambar-gambar mereka yang sangat banyak ke dalam photobook, boleh klik banner di bawah. Harga berpatutan dari pixajoy :)