Thursday 20 November 2008

Misi selesai!!!

Alhamdulillah, setelah bertungkus-lumus selama setahun, mengharungi segala cabaran (seperti yang dicoretkan dalam "entry" yang lepas-lepas), akhirnya Ummi berjaya menamatkan pengajian MSc nya dan layak untuk menghadiri konvokesyen pada 12 Disember 2008 ini. Pada 17 November 2008 yang lepas, keputusan penuh MSc Ummi diumumkan di portal Universiti. Walaupun keputusan yang diperolehi hanyalah "MSc Pass with MERIT", kami berasa sangat gembira dengan keputusan yang diperolehi (Alhamdulillah, Ummi tidak perlu mengulangi mana-mana subjek).

Di Universiti of Nottingham ini, keputusan dikategorikan kepada 3 peringkat:
  1. MSc pass with Distinction - dianugerahkan kepada pelajar yang memperolehi markah keseluruhan 70% ke atas
  2. MSc pass with Merit - dianugerahkan kepada pelajar yang memperolehi markah keseluruhan 60% -69%
  3. MSc pass - dianugerahkan kepada pelajar yang memperolehi markah keseluruhan 50% - 59%

Markah 50% dan ke bawah dikategorikan sebagai gagal dan tidak layak untuk menerima ijazah. Pelajar hendaklah mengulangi mana-mana subjek bagi membaiki markah keseluruhan mereka untuk berijazah.
Keputusan MSc Ummi diabadikan dalam blog ini untuk kenangan di masa hadapan dan tatapan keluarga di Malaysia:) Terima kasih di atas doa kalian semua. Semoga ilmu yang diperolehi sepanjang pengajian Ummi di sini diberkati olehNya dan dapat disebarkan kepada pelajar-pelajar Ummi kelak, insyaAllah.
Majlis konvokesyen di sini berlangsung selama 3 hari bermula dari 10-12 Disember 2008 dan mempunyai 6 sessi (pagi dan petang). Berbeza dengan majlis konvokesyen di Malaysia, di sini Ummi perlu menguruskan sendiri urusan persiapan untuk majlis tersebut (Winter Graduation Ceremony) di mana Ummi perlu membeli tiket untuk tetamu yang bakal hadir dan menyewa jubah (gown) daripada agensi yang telah ditetapkan oleh Universiti.
Agensi Ed* and Rav*nscroft(* = huruf e) telah dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan urusan sewaan/jualbeli jubah dan Ummi telah membuat tempahan melalui online dengan memberikan saiz kepala, dada dan tinggi. Kos keseluruhan yang dikenakan berjumlah £42 (tidak termasuk tambahan waktu sewaan). Jubah, mortarboard boleh diambil pada pagi sebelum majlis bermula (9-10.30 pagi), agak berbeza dengan di Malaysia di mana ianya boleh diambil beberapa hari awal sebelum majlis berlangsung. Ummi juga telah membeli tiket untuk ayah sebanyak £20 (setiap tetamu). Insyirah pun ada "complimentary ticket" juga (duduk atas riba ayah), tapi Ayah dan Ummi tak pasti lagi nak bawa Insyirah masuk atau nak hantar Insyirah ke Nursery (bergantung kepada kekosongan Nursery). Ayah dan Ummi takut Insyirah menangis dalam dewan ketika majlis berlangsung walaupun majlis rasmi hanya sejam.


Kos sewa jubah :)

Ini pula gambar kenangan bersama rakan sekelas Ummi beserta pensyarah dan rakan-rakan dari kursus lain di bawah Fakulti kejuruteraan (Ummi duduk nombor 3 dari kiri)

Wasalam.

Sunday 2 November 2008

Gambar Aidilfitri 2008

Di atas permintaan Acu, akhirnya Ummi letakkan beberapa keping gambar Insyirah dan keluarga sekitar hari raya yang lepas. Usia Insyirah ketika itu lebih kurang 15 bulan. Baju raya kami sekeluarga dihadiahkan oleh nenek dan sampai ke tangan kami dipertengahan ramadhan, setelah dua bulan setengah belayar di atas kapal:) Terima kasih nenek!


Ini pula geng Insyirah di Nottingham, di hari raya pertama 2008. Dulu masa mula-mula sampai (setahun yang lalu :-D ), dua-dua kecil lagi. Jarak umur sebenarnya beza sebulan jer, Insyirah (15 bulan) dan Eriem (16 bulan). Memang sedar Insyirah ni saiz "S" jer. Tapi tak perasan pula Insyirah ni sekecil ni (paras telinga Eriem jer, isk isk) hehehehe
Ini juga gambar Insyirah pada hari raya pertama dan juga hari terakhir Insyirah di Nursery setelah 6 bulan ber"sekolah" di sini. Terasa berat hati nak meninggalkan kawan-kawan dan cikgu-cikgu yang baik hati. Terima kasih cikgu!
Ini pula gambar Insyirah pada hari raya ke-4 ketika sambutan hari raya aidilfitri oleh semua warga Malaysia di Nottingham. Inilah baju yang nenek jahitkan untuk Insyirah, pandai nenek agak saiz Insyirah ye (memang nenek "expert" pun bab-bab menjahit ni).

Saturday 1 November 2008

Tag lagi

Tag lagi... bagus juga kena tag ni.. disamping jawab soalan tag, bolehlah dijadikan sebagai kandungan untuk meng"update" blog yang jarang di update ni..

Kali ini, ayah Insyirah @ Paklah Ajis akan cuba untuk menjawab soalan yang diberi oleh Pn Riena @ Biskutmeri itu :D.. ni soalan-soalan dan jawapannya (jawab dalam bahasa melayu :D )

Name: Abd*ll*h Az*z
Sisters: 2
Brothers: 3
Shoe size: 6.5 @ 7
Height: 165cm

Have you ever....
been on a plane:
pernah
Swam in the ocean:
Tak pernah.. sebab tak pandai berenang.. lagipun soalan tu tanya berenang di "ocean" bukannya "sea" kan
Fallen asleep at school:
Sudah tentu.. terutamanya masa form 1 and form 2.. masa tu kawan-kawan asrama aku banyak yang suka tido.. budak-budak yang berulang (tak dok asrama @ outsiders) kurang pula kena sindrom ni.. nak kata tidur kurang.. budak outsider tu lagilaa tidur kurang sebab kena datang sekolah awal dan sampai rumah lambat.. mungkin kami kekurangan makanan berzat kot masa tu :D

Ever had…
Chicken pox:
Pernah. Masa form 5. Jangkit dari sapa pun tatau.. 2 minggu juga kot tak pi sekolah.. bila pi sekolah pun ada virus lagi kot sebab lepas tu Mad Brahim & mat Yatim plak yang kena.. sori laaa nooo...
Stitches:
Pernah.. masa berkhatan dan masa darjah 6.. kena "pagar zink" kat bendang.. sampai laa ni ada bekas lagi

If you’re having a bad day, who are you most likely to go to:
Tak pasti. Lebih suka bersendirian dulu kalau ada masalah.

5 things I was doing 10 years ago:
10 tahun lepas, maknanya tahun 1998.. masa tu aku form 5 kat Irshad.. sama juga macam si Riena, Mizwar, Maei etc.. Antara perkara yang pernah dilakukan pada masa tu:
1 - Ambil SPM kat SMKA Al-Irshad
2 - Jadi AJK asrama.. penolong Biro "tutttt".. terasa tekanan juga sebab terima secara terpaksa (walaupun cuba nak ikhlaskan diri.. tapi ntahlaaa).. mungkin masa tu emosi dan fikiran belum cukup matang lagi kot (skrg pun ada yang tak matang lagi otak ni.. hehehe).. tapi sekarang terasa bersalah sangat pada warga asrama sebab tak jalankan tugas tu dengan baik.. huhuhu.. ampun-ampunn
3 - dok kalut ambil tau pasai kes anwar Ibrahim kena pecat dari UMNO... havoc betui masa ni.. tahun reformasi ni.. tapi aku bukanlah aktif berpolitik ni.. cuma suka ambil tau :D
4 -Masa form 5 juga ayah Mizwar telah kembali ke rahmatullah.. aku pun turut sama pi rumah Mizwar dgn Azwan dan Ustaz.
5 - Tengok bola world cup 98 (tgk TV saja).. World Cup kat France masa tu.. aku suka tengok Brazil main tapi Brazil kalah masa final dengan France.. 3-0 plak tu.. huhuhu

5 things I would do if I were a billionaire:-
Sekiranya aku kaya, selain menderma, sedekah, tolong orang miskin, aku juga berhasrat untuk buat beberapa perkara ni:
1 - Aku nak buat satu dewan/kompleks sukan kat kampung aku.. macam dewan futsal tu.. hehehhe.. (ni salah satu benda yang aku selalu terfikir kalau jadi kaya)... Dalam dewan tu ada 5 atau 6 gelangganng Futsal.. mungkin 2 padang rumput tiruan (tetap) dan 4 gelanggang biasa yang boleh ditukar-tukar permukaannya.. boleh main badminton juga kalau nak :D. Dewan tu boleh disewakan untuk dapat income sikit atau buka gelanggang silat kaa waktu malam buat latih budak-budak kampung.. daripada depa dok lepak malam-malam tu, lebih baik laa hangpa pi belajaq silat,, lagi baguih.. sihat badan.. disiplin sikit nanti... (hehehehe.. berangannn!!!)
2 - Bangunkan sumber ekonomi berasaskan pertanian. maklumlah asal-usul orang bertani, kenalah bangunkan ekonomi keluarga dan orang kampung kita kalau kita ni berduit.. insyaAllah
3 - Beli helikopter sendiri (billionaire.. sekadar helikopter tu tak heran laa nak membeli.. heheheh).. senang nak lawat business aku dan senang sikit anak isteri nak ziarah family dan rakan-rakan di Malaysia :D
4 - Tentulah aku nak buat sekolah untuk didik anak bangsa aku. Cuba buat sekolah yang mampu membangunkan kebolehan diri anak bangsa aku yang agak tercicir dari arus perdana persekolahan. Mudah-mudahan depa semua boleh survive dan maju atas kekuatan yang ada pada mereka.
5 - Nak selalu ziarah Mekkah & Madinah. Ziarah sambil belajar agama.


5 places I’ve lived/living:-
1 - Kampung Lahar Kepar (1981 - .... )
2 - Asrama SMKA Al-Irshad (Dec 1993 - Nov 1998)
3 - Universiti Sains Malaysia
a- Desasiwa Gemilang, USM Minden (Jul 1999 - Mac 2000)
b- Desasiswa Jaya, KCP, Tronoh (Jul 2000 - Apr 2001)
c- Desasiswa Jaya, USM.eng, Nibong Tebal (Jul 2001 - Mac 2004)
4 - Lorong 6, Taman Bukit Panchor, Nibong Tebal (Jul 2004 - Sept 2007)
5 - NG7 6HJ, Nottingham (Sept 2007 - sekarang)

Ok.. rasa-rasa tu saja jawapan buat tag kali ni :) ... Wassalam
(ada soalan yang tak dijawab sebab panjang sgt tag kali ni, so aku jawab soalan yang penting dan ada sikit memori buat diri aku)
ikhlas dari.. Ayah Insyirah, 2008