Friday 29 February 2008

Entry di hari ganjil :) 29 February 2008

Salam semua..

Entry special utk kenangan 4 tahun sekali :D




(..akan dikemaskini kemudian)

Monday 25 February 2008

Notts, 24 Februari 2008 - Sukan Musim Sejuk 2008

Nottingham, United Kingdom, 24 Februari 2008 - Nottingham Malaysian Community (NMC) sekali lagi mengadakan aktiviti buat semua warga pelajar sarjana dari Malaysia di mana kali ni sukan rakyat telah dijadikan aktivitinya yang dikenali sebagai Sukan Musim Sejuk 2008. Ini merupakan penganjuran SMS kali kedua yang dilaksanakan oleh pihak NMC.

Insyirah sekeluarga turut sama menyertai SMS 2008 ini dengan menyertai pasukan Iswara untuk bertanding dengan pasukan lain seperti Perdana, Satria, Wira dan Waja. Sebenarnya kumpulan kami ni ialah gabungan antara pasukan Iswara dan Persona. Gabungan ini berlaku disebabkan banyak ahli Persona yang tidak dapat melibatkan diri pada SMS ini disebabkan masalah tertentu. CEO kumpulan Insyirah ialah Dr Basri yang akan pulang ke Malaysia Selasa ini (dia balik sorang dulu untuk lapor diri di UUM, kemudian datang semula ke Notts nanti untuk membawa keluarganya pulang bersama).

Sebelum SMS berlangsung, setiap ahli kumpulan telah diagihkan tugas masing-masing untuk memasak beberapa juadah untuk dikongsi bersama nanti. Ummi ditugaskan untuk memasak ayam masak merah dan nasi putih :), hehehe, pertama kali masak ayam merah sendirian, jadi terpaksalaa merujuk kitab-kitabnya di alam maya :D.

Pada hari Kejohanan (cewahh) berlangsung, kumpulan Iswara mengenakan pakaian serba hitam. Ummi telah mengambil bahagian dalam acara pancing botol dan badminton (masukkan bulu tangkis dalam kotak), manakala Ayah turut menyertai acara lari bawa bola ping pong, jalan 3 karpet (tiada bata jadi guna karpet saja laa) dan lari 3 kaki. Persaingan merebut johan keseluruhan berlangsung sengit sehingga pusingan terakhir di mana Iswara (walaupun CC enjin kecil saja) memberi cabaran hebat kepada kumpulan lain terutamanya kumpulan Perdana (CC enjin besar dari Iswara ni). Walaubagaimanapun, kumpulan Iswara hanya berjaya menjadi naib johan keseluruhan kali ini (Johan - kumpulan Perdana, tapi beza markah 8 saja kot)

Akhir kata, majlis ini berjaya mengeratkan hubungan sesama ahli NMC walaupun ianya sekadar permainan rakyat. "Yang penting kita semua ENJOYYYY!!! "

(gambar Insyirah di SMS 2008 akan menyusul kemudian, GOOD NIGHT! )

Malaysia, 24 Februari 2008 - Penamaan Calon PRU ke-12

Malaysia, 24 Februari 2008 - Cuti hujung minggu di Malaysia telah dijadikan sebagai hari penamaan calon bagi Pilihanraya Umum (PRU) ke-12 yang bakal berlangsung pada 8 Mac 2008. Sekarang ini, umur Insyirah baru nak masuk 8 bulan, tak layak dan tak boleh pun nak mengundi lagi :D. Kami sekeluarga yang berada di Nottingham turut terasa bahang PRU ke-12 dan boleh dikatakan setiap hari kami mengikuti perkembangan terkini pilihanraya samada berkenaan parti kerajaan sekarang mahupun parti pihak pembangkang.

Di UK ni, kami tak mengundi kot rasanya sebab tak tahu prosedur dan ada yang cakap perlu ke London untuk mengundi, hehehe, tak sempat la ke London semata-mata nak mengundi (tak patriotik pula tulis macam ni :D, tapi rasanya MUNGKIN semua warga Malaysia di Notts ni tak keluar mengundi kot, hehehe).

Kat sini, Insyirah nak masukkan calon-calon yang bakal bertanding di kawasan Ayah dan Ummi berdasarkan pencalonan yang dijalankan pagi tadi di Malaysia.

---------------------------------------
Kawasan mengundi Ayah:

P41 KEPALA BATAS
Jumlah Pengundi: 43,018
Peratusan Kaum: M:74.65% C: 20.52% I: 4.62 % B/Sab: % B/Swk: % L: 0.21%
1. Subri Mohd. Arshad (Pas)
2. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (BN)

N1 PENAGA
Jumlah Pengundi: 14,268
Peratusan Kaum: M:89.45% C: 9.92 % I:0.48% B/Sab: % B/Swk: % L:0.15%
1. Tapiudin hamzah (Pas)
2. Datuk Azhar Ibrahim (BN)

-----------------------------------------

Kawasan mengundi Ummi (Ummi tak daftar lagi, ni ikut kawasan mengundi Atuk)


P155 TENGGARA
Jumlah Pengundi: 32,297
Peratusan Kaum: M: 74.59%C: 18.11%I: 6.73%
1. Datuk Halimah Mohamed Sadique (BN)
2. Salleh Farmin (Pas)

N34 PANTI
Jumlah Pengundi: 14,448
Peratusan Kaum: M: 87.33%C: 8.44%I: 4.21%
1. Datuk Baderi Dasuki (BN)
2. Abdul Rashid Abdu Bakar (Pas)

-----------------------------------------------
Sekian, untuk makluman dan ingatan Insyirah di masa akan datang nanti :)

Saturday 23 February 2008

Sekilas.. PRU ke-12 2008

Parlimen dibubarkan pada 13 Februari 2008. (Sehari sebelumnya semasa satu sidang media, PM menafikan bahawa tarikh pembubaran parlimen adalah pada hari tersebut).

FAKTA PILIHAN RAYA KE-12 (sumber: utusan.com.my)

Hari mengundi : 8 Mac (Sabtu)
Penamaan calon : 24 Februari (Ahad)
Tempoh berkempen : 13 hari

Pemilih awam : 10,701,054
Pemilih pos : 221,085
Jumlah parti politik berdaftar : 30
Jumlah kerusi Parlimen : 222
Jumlah kerusi DUN : 505



4 bulan sudah berlalu, kini .....

Assalamualaikum semua, apa khabar? Lama juga Insyirah tak mencoretkan cerita kami sekeluarga di sini. Alhamdulillah, secara umumnya kami sekeluarga sihat selalu.


4 bulan sudah berlalu...

Sekarang ni kami sudah di suku kedua berada di Nottingham, iaitu lebih kurang 4 bulan kami melalui suka duka kehidupan Insyirah sekeluarga dan juga pembelajaran Ummi dan Ayah di Nottingham. Keputusan peperiksaan Ummi untuk semester pertama pun telah diperolehi, Alhamdulillah, cukup-cukup saja untuk lepas :D (tetapi boleh dikira OK juga laa jika diambil kira keadaan Ummi sekarang yang agak luar biasa berbanding semasa belajar di USM dulu). Ayah pula dah semakin sibuk dengan tugasan mingguan yang perlu disiapkan, dan rasanya selepas ini mungkin akan turut melakukan ujikaji untuk pengajian PhD nya.


Kini ...

Kini, Ummi dan Ayah merancang untuk menghantar Insyirah ke nursery dan nama Insyirah telah pun didaftarkan di "University of Nottingham Day Nursery" dan dijangka untuk memulakan "persekolahan" Insyirah ini pada 31 Mac 2008. Bila bercakap berkenaan nursery di UK ni, masalah utama bagi pelajar seperti Ummi dan Ayah ialah berkenaan yuran nursery yang terlalu mahal. Ummi dan Ayah perlu membayar lebih kurang £400 sebulan untuk menghantar Insyirah selama 4 hari seminggu ke Day Nursery UoN (kalau hantar ke private nursery yg lain, yuran mungkin mencecah sekitar £600). Ada juga sebahagian pelajar Malaysia, yang kedua-duanya belajar, menghantar anak mereka kepada warga Malaysia yang lain untuk dijaga. Bagi kes Insyirah, Ummi ambil keputusan untuk hantar Insyirah ke Nursery sebab Insyirah suka sangat menangis dan masih taknak menyusu dengan botol, takut akan membebankan rakan Malaysia sekiranya menghantar Insyirah kepada mereka.

Jadi, terpaksalaa ayah bekerja "part-time" untuk menampung sebahagian besar kos nursery Insyirah ni. Ayah dah mula bekerja dengan syarikat Ideal Cleaning Services Ltd yang menjalankan "health-care services" di Queens Medical Centre, Nottingham bermula sejak 30 Januari 2008 yang lalu, setiap Isnin hingga Jumaat dari 6.30pm hingga 9.00pm. Alhamdulillah, tempat kerja ayah ni pun dekat dengan University of Nottingham dan terdapat 5 lagi rakan Malaysia yang turut bekerja disitu (sebenarnya ada 6 orang, tapi sorang tu dia tak "join" dengan Malaysian yang lain buat masa ni). Ayah cakap dia ditugaskan untuk membersih bahagian B-floor, iaitu kawasan bilik-bilik doktor mata. Buat masa sekarang ini, kerja ayah berjalan lancar dan harap-harap ayah dapat terus diberikan kesihatan yang baik untuk belajar dan buat kerja part-time ni.

Hujung minggu ini, sekali lagi "Nottingham Malaysian Community" akan menganjurkan SUKAN MUSIM SEJUK 2008 (tahun ke-2 penganjuran) di mana masyarakat Malaysia di Notts ni, khususnya pelajar-pelajar dan kaum keluarga pelajar Sarjana, akan bersukan (sukan rakyat) di samping beramah mesra sesama mereka. Insyirah dan keluarga akan menyertai pasukan Iswara yang diketuai oleh Dr Basri (dah nak balik Malaysia tak lama lagi untuk kembali berkhidmat di UUM, Dr Basri juga merupakan anak jati Kepala Batas, satu kawasan dengan Ayah, P041 Kepala Batas). InsyaAllah, kalau berkelapangan, Insyirah akan melaporkan aktiviti kami pada hari tersebut.

Uikss, panjang pula coretan Insyirah buat kali ini. Mungkin sebab dah lama tak menukilkan perkembangan terkini "kisah Insyirah" di alam maya ini. Semoga apa yang dicoretkan ini dapat menjadi ingatan buat diri Insyirah dan keluarga di masa hadapan, dan juga dapat memberikan perkhabaran kami sekeluarga di Notts buat kaum keluarga dan rakan taulan di Malaysia.

SALAM PILIHANRAYA KE-12, 2008.