Saturday 13 December 2008

Winter Graduation Day 2008

Alhamdulillah, hari Jumaat 12 Disember 2008 merupakan hari konvokesyen Ummi. Insyirah dan ayah turut hadir ke dalam dewan graduasi yang berlangsung di dewan utama, Sports Centre, University of Nottingham. Tepat jam 9.00 pg kami bergegas keluar dari rumah menuju ke dewan utama kerana Ummi perlu mendaftar sebelum 10.15 pg dan mengambil jubah. Kami juga dikehendaki masuk ke dewan sebelum 10.30 pg kerana majlis akan bermula pada jam 11.00 pg. Majlis berlangsung selama sejam dari 11 - 12 tgh hari (nasib baik Insyirah tak nangis dalam dewan :)...Setelah selesai, kami bergambar dengan rakan-rakan yang dah menunggu di luar dewan dan kemudian pergi ke jamuan yang disediakan oleh pihak Universiti di bangunan East Midlands Conference Centre. Selain jamuan, pelbagai cenderahati di jual untuk dijadikan kenangan. Ummi sempat membeli 3 keping gambar, dvd, frame & T-shirt yang ada tertera nama Ummi (banyak gak lah belanja hari tu, huhuhu). Apa pun, layan je lah beberapa keping gambar semasa hari konvokesyen Ummi. Tahniah Ummi!!!



Ummi di atas pentas utama bersalam dengan Pro-Vice-Chancellor
Ramai kawan-kawan Ummi yang turut hadir memeriahkan suasana. Antaranya Auntie Shahnaz, Auntie Wan, Auntie Azah, Auntie Shadia, Auntie Zaza dan Kakak Adeela. Terima kasih kepada semua yang sudi hadir ke konvo Ummi. Ummi sangat terharu di atas kehadiran semua.

Ummi bersama rakan-rakan yang turut hadir memeriahkan suasana

Akhir kata, terima kasih kepada semua yang terlibat dalam mendoakan kejayaan Ummi di sini. Untuk melihat gambar selebihnya, bolehlah melawat azihana.fotopages.com.


Wasalam




Wednesday 10 December 2008

Tag dari bakal pengantin baru :)

Baru baca blog Mizwar ni, bakal pengantin tak lama lagi, dan telah ditugaskan untuk menjawab tag dari dia, hehehe, orait Mad, no hal. Dikesempatan ini (hehehe, baru hantar report kat supervisor, so rasa lapang sikit ni), si Paklah Ajiz @ ayah Insyirah akan cuba menjawab semua soalan-soalan tag hang tu.

7 fakta tentang saya
i - beragama Islam, berbangsa Melayu, warganegara Malaysia
ii - berasal dari Kg Lahaq Kepaq :)
iii - anak kepada pasangan Saad & Zaleha
iv - suami kepada isteriKu
v - ayah kepada Insyirah
vi - masih berhutang dengan PTPTN lebih kurang Rm22000 (banyak ni,, dah letih membayar)
vii - sedang melanjutkan pengajian di perantauan, harapannya dapat belajar dengan baik dan berjaya menghabiskannya (kalau tak siap PhD ni, kalau ikut agreement, kena bayar balik.. huhuhu, jenuhlaa nak membayar hutang sampai ke tua.. Jadi, saya di sini berasa amat berbesar hati sekiranya anda turut mendoakan kesejahteraan dan kejayaan kami di sini:)

7 perkara menakutkan saya di dunia
i - terjumpa ulaq, hehehe, mesti surprise sikit bila jumpa ular sebab terbayang ular tu akan kejar kita (kena pengaruh cerita hindustan masa kecik2 laa ni) walaupun sebenarnya ular tu takkan kejar pun.. hahaha
ii - tengok kereta yang bawa laju-laju yang boleh membawa kepada kemalangan, kecutt perutt aku ni, sebab tu aku tak suka bawa laju-laju kot. Kat UK ni sempoi, kebanyakan pemandu memandu dengan penuh berhemah malah bertolak ansur.
iii - takut kena belasah atau kena ugut dengan gangster/penjahat etc :D .. maleh laa nak gaduh-gaduh ni, mudah-mudahan Allah jauhi perkara ni, tapi kalau kena berhadapan, "hamba akan redah juga, ajal maut di tangan tuhan"
iv - takut kalau terjatuh dari bangunan tinggi
v - takut/risau kalau kata-kata disalah fahami oleh orang lain
vii - takut kalau kantoi PhD ni,, minta-minta laa dijauhkan
vii - takut kalau mati sebelum sempat bertaubat, nauzubillah, Ya Allah ampunkanlah dosa hamba-hambaMu ni, sedarkanlah kami dari kelalaian

7 lagu buat masa skrg
i - twinkle twinkle little star....
ii - head and shoulder, knees and toes ....
iii - wheels on the bus, go round and round...
iv - if you happy and you know it.. clap your hand...
v - old McDonald had a farm....
vi - Balaamoryyy........
vii - A B C D E F . .. . .. . . Z
(semua lagu budak-budak saja sekarang yang dok dengar, lagu yang Insyirah dok dengar. lagu orang besar tak sempat nak layan. semenjak datang ke sini, tatau dah lagu terkini kat Malaysia, lagu omputeh ni lagilaa jarang dengar :D )

7 perkara selalu sebut
Perkara atau perkataan yang dimaksudkan soalan tag ni? Aku cuba fokus kat perkara yang selalu sebut laa noo
i - PhD, PhD, PhD .. yang ni antara perkara terpenting buat aku sekarang ni selain dari tanggungjawab kat allah dan keluarga
ii - Supervisor nak pindah ... perkara ni pun sering juga disebut dan difikir-fikirkan. Supervisor aku nak pindah ke Ireland, tempat asal dia. Tapi aku tak ikut sekali, supervisor lain jadi main supervisor plak
iii - Adik Insyirah... perkara ni juga selalu sebut sebab tak lama lagi Insyirah dah nak jadi kakak, InsyaAllah.. doakan semoga semuanya selamat :)
iv - Elaun bulanan nak naik.... hehehe, dengar dari member-member USM yang elaun kami, fellow-fellow USM, (antara elaun terendah sekarang ini berbanding tutor universiti lain) bakal naik tahun depan, Alhamdulillah
v - Selamat hari raya.... hehehe, raya kan sekarang ni, biasa lah kan
vi - Sejuk..... sekarang ni musim sejuk kat sini
vii - Chaboche...... hehehe, perkataan tu adalah nama seorang Perancis dan merupakan seorang "scholar" dalam bidang Mechanical Engineering ni khususnya dalam bahagian plasticity. Aku sedang guna model yang diberi nama Chaboche model.. jadi memamg selalu sebut nama dia ni di tempat kerja mahupun di rumah :D

7 perkara yang amat bernilai
i - Islam & Iman (hehehe.. ikut Mad ni)
ii - masa.... sebabnya, aku pasti semua orang pun tahu :)
iii - keluarga... biasalaa kan, jawapan standard
iv - Komputer kat universiti.... sebab semua data dan kerja yang aku buat ada kat situ
v - rakan-rakan... semoga ukhwah kita berkekalan. Kalau ada salah silap, maafkan daku k ;)
vi - ilmu... zaman sekarang ini (eh, sepanjang zaman kot rasanya) ilmu amat penting tak kiralah dalam apa jua pekerjaan sekalipun
vii - kesihatan... mudah-mudahan Allah berikan kesihatan kepada kita semua dan sembuhkan segala penyakit yang kita hadapi.. Amiiinnn

7 pertama kali dalam hidup saya
i - pertama kali tidur jauh dari rumah (di luar Lahaq Kepaq :D) ialah semasa menghadiri kursus kat sekolah Irshad, 3 hari 2 malam.. masa tu dok dorm Omar, kebetulan Amet pun duduk sekali dalam bilik tu, hehehe, lepas tu aku jumpa lagi dgn dia bila masuk form 1 kat Irshad dan duduk sebilik lagi sekali kat dorm Bakaq
ii - pertama kali ada kasut bola (boot) sendiri ialah semasa form 1, boot Lotto, abang aku yang hadiahkan
iii - pertama kali beli jersi sendiri ialah semasa form 3 kot, beli baju Arsenal kat Langkawi
iv - pertama kali dimasukkan wad (selain dari lahir di hospital) ialah semasa form 2 kot sebab sakit mata, kat Hospital Besar P. Pinang
v - pertama kali beli barang "berharga" dengan guna duit sendiri (30% duit family) ialah semasa beli moto kriss aku tu, PEN8109, tahun 2000.
vi - pertama kali masuk stadium Bandaraya (tengok team Penang main bola) ialah pada tahun 1999, tengok Penang vs N9
vii - pertama kali ada kereta sendiri (masih milik bank lagi) ialah pada tahun 2005

7 org bertuah menjawab tag ni
seperti biasa, aku tak tujukan kepada siapa2, tapi kalau anda berminat juga untuk buat silakanlah yaa :)

Yang ikhlas menjawab,
Ayah Insyirah yang baru hantar report kat supervisor

Monday 8 December 2008

Salam AidilAdha 1429H / 2008

Hari ini, 8 Disember 2008, merupakan AidilAdha yang kedua bagi Insyirah sekeluarga di perantauan. Kami juga sedang berada di musim sejuk di mana suhu di Nottingham sekarang ini kebiasaannya berada pada 1 hingga 5 darjah Celcius dan kadangkala di bawah tahap beku.. sejuk tu bagi kami.. huhuhuhu.. Ummi pun baru saja beransur pulih daripada batuk-batuk yang berlarutan semenjak 2 minggu yang lepas. Harapnya kesihatan kami sekeluarga beransur baik selepas ini.

Di kesempatan ini, sebagai manusia yang sering alpa dan terdedah dalam melakukan kesilapan, kami ingin mengambil kesempatan memohon kemaafan andainya ada salah silap dari segi tutur bahasa dan juga tindakan secara langsung ataupun tidak. Kami doakan sanak saudara dan rakan taulan semua bergembira di hari lebaran ini. Mungkin ada di kalangan kita yang bakal "menumbangkan" binatang ternakan sempena hari raya ini, semoga amal anda semua diberkati olehNYA dan tidak lupa, semoga kita semua dapat menghayati maksud di sebalik ibadah korban ini.

Pagi ini, Insyirah sekeluarga bersama-sama warga Nottingham Malaysian Community yang lain akan berkumpul di Noel Street Leisure Centre yang berdekatan rumah kami bermula dari jam 9.00 pagi untuk majlis rasmi sempena AidilAdha kali ini. Oklaa dulu yer, Insyirah beransur dulu untuk bersiap-siap ke majlis tersebut. Ok, jumpa lagi...

Salam AidilAdha buat anda semua, tanda anda sentiasa dalam ingatan kami sekeluarga :)

Tuesday 2 December 2008

Semoga Insyirah menjadi anak yang solehah

Hari ini 2 Disember 2008, Alhamdulillah Insyirah sudah berusia 17 bulan 5 hari.
Gambar ketika usia 17 bulan 1 hari
(diambil pada 28 November 2008, University of Nottingham)

Alhamdulillah, kini Insyirah sudah boleh berjalan sendiri dan bertutur beberapa perkataan. Banyak perkembangan Insyirah yang lepas-lepas yang tidak coretkan di sini, huhuhu. Sekarang ini...
  1. Insyirah sudah berani berjalan tanpa memegang apa-apa objek sejak berusia 15 bulan. Sudah pandai panjat tangga tapi tak pandai turun tangga lagi. Insyirah tak merangkak tapi mula berjalan dengan memegang sofa ketika berusia 11 bulan dan berjalan sambil memegang segala bentuk objek yang boleh dipegang seperti sofa, kerusi makan, dinding dll ketika berusia 12 -14 bulan.
  2. Gigi Insyirah sekarang sudah 16 batang (8 atas dan 8 bawah). Tak ingat bila gigi pertama Insyirah tumbuh, tapi yang pasti awal laa. Orang kata sebab tu yang lambat jalan sebab dapat gigi dulu..hehehee:D
  3. Antara perkataan yang boleh Insyirah sebut sekarang ialah "ayah", "tata" (bubye), "awwah abbar" (allahuakbar), "awwah" (Allah), "tacih" (terima kasih), "tatuh" (jatuh), "tol" (gol), "tu" (satu), "wa" (dua), "nak" (bila minta sesuatu) dan "tu" (sebut sambil tangan tunjuk ke arah sesuatu yang Insyirah nak). Perkataan "ayah" ialah perkataan yang pertama boleh disebut ketika berusia 11 bulan. Ummi sangat jeles ni. Sebutan "Ummi" hanya kedengaran sayup2 sahaja "mi, mi, mi" sejak 2, 3 minggu ni. Itu pun jika Insyirah dalam keadaan terdesak nak minum susu, huhuhu. Insyirah tak pasti kenapa begitu sukar untuk Insyirah menyebut perkataan "ummi". Mungkin sedikit masa lagi Insyirah berjaya menyebut perkataan "ummi" dengan jelas. Sabar ye ummi;)

Insyirah dan ummi di penghujung Autumn (dah masuk Winter dah pun:D)

Insyirah posing dengan ayah pula

Di bawah ini di"attachkan"video Insyirah yang baru belajar solat. Sejadah kecik tu memang orang lain tak boleh pakai dah, itu Insyirah punya ye. Apa pun, ayah dan ummi tak kisah. Semoga Insyirah menjadi anak yang solehah, penyejuk hati ayah & ummi.

Tidak lupa juga, pada 28 November yang lepas Ummi telah menerima berita dari Pn F*r*ah dari jabatan pendaftar bahawa permohonan cuti tanpa gaji Ummi telah diluluskan oleh Naib Canselor, Alhamdulillah. Pusat pengajian telah mengeluarkan emolumen yang ditandatangani oleh En. K*a*z* untuk memberhentikan pembayaran gaji bagi tempoh cuti tanpa gaji tersebut. Ini bermakna Ummi akan menjadi suri rumah dan menangguhkan hasrat untuk menyambung PhD bagi membolehkan ayah menghabiskan pengajian PhD nya terlebih dahulu disamping menjaga Insyirah sepenuh masa dan bakal adik Insyirah kelak, insyaAllah:) Semoga segala urusan dipermudahkan olehNya, Amiin.