Friday 13 May 2016

Belajar menanam orkid

Semasa pulang ke kampung di Johor semasa cuti raya cina yang lepas, tejatuh hati dengan pokok-pokok orkid emak yang banyak di halaman rumah :) Tambahan pula jiran dan mak memberitahu ada jenis-jenis orkid yang mudah dijaga. Yelah, saya memang tidak pandai bab-bab bercucuk tanamni. Mak dan Abah bersungguh membekalkan tanah, dawai, kayu dan sabut untuk tanaman orkid, hehehe. Orkid pun dah beli dengan mak ditempat kebiasaan mak membeli orkid-orkidnya, setiap petang di pasar rabu :) Hari Sabtu, pulang ke Penang dengan penuh barang dibonet kereta (gigih betul!).

Esoknya Ahad, saya pun mulakan projek menanam pokok orkid ini. Perlu cabut terlebih dahulu pokok yang sedia ada untuk memberi ruang pada orkid-orkid ini :)

Pokok bunga yang perlu dicabut terlebih dahulu. Tak tahu pokok apa. Sangat senang hidup dan sentiasa perlu ditrim.

Close-up bunganya. Bunganya cantik tetapi hanya kembang pada waktu 10 pagi hingga3 petang sahaja. Bunga ini juga mengundang serangga dan lebah datang dekat kepadanya dan agak membahayakan keselamatan anak-anak yang sedang bermain. Itu salah satu faktor kenapa pokok ini digantikan dengan orkid, huhuhu.

Dua batang kayu dan dawai dipasangkan untuk menempatkan orkid-orkid. Di rumah mak, setiap satu orkid ada satu pancang kayu. Tapi saya buat macam ini sahaja mengikut cadangan si penjual orkid. Lebih mudah :)

Orkid yang telah siap ditanam. Tengah-tengah kosong sebab tak cukup orkidnya. Dicelah-celah orkid tu saya tanam ulam raja. Mak Abah juga berikan benih ulam raja dan cili padi :)

Pemandangan di belah kiri

Pemandangan di belah kanan

3 orkid di atas ni saya beli di pesta orkid, tambahan pada ruang yang kosong di tengah-tengah (bersungguh betul!).

Keseluruhan orkid yang ada. Abaikan senget benget orkid tu, hehehehe.

Selepas beberapa minggu kembang berbunga, bunga-bunga orkid ini akhirnya berguguran ke tanah jua :) Yang paling cepat luruh bunga yang warna merah. Alhamdulillah baru-baru ini kuntuman orkid bunga warna merah itu juga telah berbunga kembali. Sangat seronok melihat kuntumannya keluar. Mengharapkan yang lain juga memunculkan kembali kuntuman-kuntuman bunga masing-masing memberi sinar dalam kehidupan, cewaaahhh :D.
Bunga baru keluar pada 11 Mei 2016 :) Ulam raja yang baru ditrim memberi ruang pada orkid :D

Pokok ulam raja saya juga telah sangat rimbun sehingga menenggelamkan orkid-orkid. Untuk makan ulam, sekarang hanya petik dilaman sahaja, macam kat rumah mak abah, seronok sangat :). Oh ya, nak kongsi yang mana ulam raja ni selain sedap dicicah sambal belacan, sedap juga dimakan dengan spagethi ya. Taburkan sahaja ulam raja ke atas spagethi yang telah siap dimasak, dan makan, yummy!. Idea ini diambil dari rakan suami yang kongsikan menu di restoran akar lima, Kulim yang menggunakan ulam raja dalam menu-menunya. Kami tidak berkesempatan lagi ke restoran tersebut. Tu yang cuba di rumah :)

Jika ada penanam orkid tegar membaca entry ini, bolehlah memberikan cadangan kepada saya budak yang baru belajar nak menanam orkid ini. Apa pantang larang menanam orkid dan apa nama orkid ini, hehehe. Saya tak tahu pun apa nama jenis-jenis orkid ini :D Baru-baru ini cuba tanam petunia, seminggu ja hayatnya bersama saya kerana terlebih air. Selepas kematian petunia tu, baru saya tahu yang pokok itu tidak memerlukan air yang banyak, (ini siram sebanyak-banyak air sebab musim panas katanya, kesian pokok kering nanti, rupanya....air lebih pun tak boleh) hehehe.


Petunia purple dan merah sempat seminggu sahaja bersama saya, huhuhu 

Tuesday 3 May 2016

Mari tempah photobook :)

Sesiapa berminat untuk abadikan gambar-gambar mereka yang sangat banyak ke dalam photobook, boleh klik banner di bawah. Harga berpatutan dari pixajoy :)
 

Thursday 10 March 2016

Merentas desa

Setiap tahun, SKSI anjurkan larian merentas desa untuk setiap pelajar. Kali ini Insyirah masih memegang rekod johan kategori perempuan untuk darjah 3 dan Nuha mendapat tempat ke-6 untuk kategori darjah 1. Untuk rekod persendirian, Insyirah mendapat tempat ke -8 ketika darjah 1 dan johan semasa darjah 2.

Sunday 21 February 2016

Permata yang ke-4

- lahir pada 28 Januari 2015, 8.37pg dengan berat 2.95kg, panjang 48cm, ukur lilit kepala 33cm secara pembedahan di Hospital Seberang Jaya, Butterworth, Pulau Pinang. Memang dah tempah tarikh siap-siap pada usia kandungan 38 minggu atas sebab rekod bersalin Ummi yang lepas, 1: tumpah darah (pph) sebanyak 2.5 liter masa lahirkan Ahmad 2: sudah 2 kali melahirkan secara pembedahan, so yang seterusnya memang wajib melalui pembedahan. Alhamdulillah hanya 700ml darah sahaja yang hilang kali ini, terima kasih kepada para doktor dan jururawat yang membantu semasa proses kelahiran anak kali ini :)
Selepas lahir, lapar sangat, mulut dok mencari apa sahaja yang boleh dihisap :D

- nangis tidak berhenti kerana lapar sangat selepas keluar dari rahim Ummi sehingga memaksa jururawat meletakkannya di atas dada Ummi walaupun proses pembedahan belum selesai. Duduk diam atas Ummi sebab sibuk menghisap/menyonyot dagu Ummi. Tapi bila jururawat ambil dukung semula, siren pun mula balik :D

- malam pertama melihat dunia, asyik menangis dengan kuat (macam kena pukul/cubit-cubit sahaja gayanya) sehingga jururawat terpaksa mendukungnya tengah malam sambil buat kerja. Jururawat bagi "award no. 2" padanya sebab sangat kuat menangis. No.1 bayi lain yang pegang, hehehe. Masa ni menangis kelaparan sebab susu Ummi baru mula nak keluar, tak banyak sangat lagi. Masuk malam kedua, senyap sunyi, tidur lena sebab kekenyangan. Alhamdulillah susu mula melimpah ruah :)

- hari ke-3, 30 Jan 2015 selepas solat Jumaat boleh balik rumah, tapi setiap pagi perlu ke klinik untuk cek jaundis. Bacaan jaundis turun naik sehingga prolonged jaundis (selepas hari 14) tetapi masih bertahan tidak perlu masuk wad. Akhirnya jaundisnya berkurangan pada hari ke-18 dengan bacaan 5.3 jika tidak silap. Alhamdulillah.


kakak-kakak dan abang sangat gembira menyambut adik di rumah :)

Hai, saya baru sampai di rumah - hari ke-3 :)

- hari ke-7, Ummi dan Ayah mencukur rambut Nashwa sehingga botak, dan nama Nashwa Sofiyya juga diberikan secara rasmi :) Nashwa = pewangi/haruman, Sofiyya = ketenangan. Semoga Nashwa Sofiyya sentiasa mewangikan lagi menenangkan kehidupan kami sekeluarga. Seringkali nama anak-anak diberikan mengikut tema keadaan yang berlaku sekitar mereka dilahirkan. Kali ini tema masuk ke rumah baru, alhamdulillah :) 



- Umur 3 bulan, mula hantar Nashwa kepada pengasuh seminggu lebih awal sebelum masuk kerja semula. Alhamdulillah ada pengasuh yang sudi menjaga Nashwa. Pada mulanya agak susah hendak minum susu dari botol. Macam-macam botol yang telah dicuba i.e Avent, Tommee Tippee etc tapi tidak semudah yang disangka. Akhirnya pengasuh mencadangkan botol pigeon dan alhamdulillah, Nashwa sukakanya. Kami juga mula pindah ke rumah baru, namun rumah sewa masih belum dikosongkan sepenuhnya. Kami pindah sikit-sikit barang memandangkan jarak rumah sewa dengan rumah yang kami beli tidak jauh kedudukannya :)

- dihujung 3 bulan nak masuk 4 bulan, Nashwa mula meniarap. Masuk 4 bulan, Nashwa dah boleh duduk dalam bumbo chair dia dah.


- pada umur 4.5 bulan, Nashwa dijangkiti 'chicken pox". Pada 15 June 2015,  ambil dari rumah pengasuh dah mula nampak biji di belakang kepala Nashwa. Lebih kurang 2 minggu juga untuk Nashwa baik sepenuhnya. (chicken pox ini bermula dari abang Ahmad yang dapat dari tadika. Lepas seminggu lebih hampir pulih, sambung dengan kakak Nuha pula yang dijangkiti dan selepas seminggu lebih sambung pada Nashwa pula. Lepas 2 minggu sambung pada kakak Insyirah pula, demam chicken pox berjamaah depa ni :D Alhamdulillah, Nashwa tidak demam dan banyak meragam semasa terkena chicken pox. 


- selepas baik dari chicken pox, pada umur 5 bulan, sudah pandai meniarap dan berguling-guling.




















- pada umur 6 bulan, Nashwa masih menyusu badan sepenuhnya. Ummi baru nak perkenalkan "solid food" selain EBM. Makanan pertama yang disediakan oleh Ummi ialah bubur yang dikisar. Kemudian puree lobak merah.

- pada umur 6.5 bulan, majlis akikah Nashwa diadakan pada 16 Ogos 2015 (1 Zulkaedah 1436 H) sekaligus dengan majlis kesyukuran (masuk rumah baru, ummi naik pangkat, ayah disahkan jawatan dll). Masa ni juga, mula tumbuh gigi bawah 2 batang (belah kanan dulu kemudian selepas seminggu keluar pula belah kiri). Alamak gambar sekitar majlis mana?
- pada umur 7 bulan dah mula belajar angkat punggung nak merangkak, tapi hanya gerak-gerak kedepan kebelakang secara statik :) Pada umur 7.5 bulan, merangkak dengan jayanya dan pada masa yang sama mula belajar duduk tanpa sokongan (walau kadang selepas seminit tumbang). Nashwa juga mula belajar nak berdiri sambil memaut pada badan kita. Haishhh semua nak buat sekaligus :D

-  pada umur 8 bulan, sudah boleh berdiri dan berjalan sambil memegang sofa dan almari, juga dah pandai cangkung :). Masa ni EBM kehabisan stok, Ummi mula menambah susu formula kepada diet Nashwa selain dari EBM yang ada. Nashwa juga telah bersunat di Klinik Jammy pada hari Sabtu, 10 Okt 2015. 




baru balik dari rumah pengasuh. penat dah main, nak mandi, susu dan tidur, mengantuk dah :)

- lagi beberapa hari nak masuk 9 bulan (24 Okt 2015), dah boleh panjat satu anak tangga dan keesokkannya 25 Okt, dah boleh naik 2 anak tangga. Anak tangga gelongsor pun dah cuba naik satu anak tangga kemudian tergelincir licin sebab pakai baju tido tutup kaki semua :) Gigi belah atas kanan pun sudah mula tumbuh pada minggu akhir 8 bulan. Sekarang dah ada 3 batang gigi :) Nashwa juga sudah mula berdiri sediri tanpa pegang apa-apa dan bertahan selama 3 saat :)


- kiri kanan gigi belah atas telah cuba untuk memunculkan dirinya juga pada usia genap 9 bulan. Sudah mula pandai berdiri tanpa memegang apa-apa :) pantang tengok ayah atau ummi bersiap nak keluar rumah, dan dan menangis minta dukung takut kena tinggal, hehehe. Kalau ambil dari rumah pengasuh dan sampai rumah jer, bila nak masuk pintu Nashwa jerit menangis taknak masuk dalam rumah dulu, nak jalan-jalan kat laman, dok atas buai dulu :) 

- Waktu usia 9 bulan++ waktu yang agak mencabar bagi Ummi dan Ayah. Nashwa dah mula buat ragam takut dengan orang. Nashwa sudah pandai pilih orang yang dia nak dan taknak. Masa bawa gi hotel masuk dalam lift mesti menangis ketakutan bila lift dipenuhi oleh orang yang Nashwa tak kenal. Pagi-pagi ke rumah pengasuh pun mesti nangis dulu takmo tinggal kat rumah pengasuh. Nasib baik sekejap jer nangis sebab pengasuh pandai pujuk, huhuhu...asyik nak berkepit dengan Ummi dan Ayah sahaja sekarang ni untuk rasa lebih selamat. Harap ragam Nashwa ni tak lama lah hendaknya. Nashwa semakin bijak pandai sekarang, itulah sebab banyak ragamnya :D

- 28 November 2015 ini, Nashwa genap 10 bulan. Masa 10 bulan, gigi 6 batang, 4 atas dan 2 gigi bawah. Boleh berdiri sendiri tanpa memegang apa-apa dengan yakin dan kadang tu siap tepuk-tepuk tangan sebab seronok sangat :) Pada 10 bulan 3 minggu, sudah berani menapak 1-3 langkah dan jatuh. Bersungguh-sungguh berlatih berdiri sampai berpeluh-peluh. Oh ya, masa 10 bulan ni juga, Nashwa berjaya naik tangga sehingga tingkat atas dengan jayanya. Alkisah masa ni Ummi sedang menjemur kain di luar rumah dan meminta kakak-kakak dan abang tolong tengok Nashwa tetapi masing-masing leka menonton tv sehingga tidak sedar Nashwa panjat tangga seorang diri. Syukur tidak terjadi kemalangan, huhuhu. Kakak sedar Nashwa sudah berada di atas bermain seorang diri selepas mendengar bunyi bising di tingkat atas. Nashwa seronok main seorang diri di atas. 

- 28 Disember 2015 ini, Nashwa genap 11 bulan dan Ummi pula genap 34 tahun:) Hari ini juga hari orientasi masuk Tahun 1 untuk kakak Nuha. Nashwa timbang berat masa 11 bulan, baru 8.1kg. Pada 29 Disember 2015, pengasuh minta izin untuk bawa Nashwa berjalan ziarah keluarga ke Bukit Merah. Oleh kerana seringkali kami tidak benarkan Nashwa mengikut serta di bawa berjalan kerana keadaan Nashwa yang agak lasak dan takut dengan orang, pada kali ini kami izinkan kerana mereka bersungguh-sungguh nak bawa Nashwa. Rupanya siap mandi kolam lagi dan taknak keluar dan tiba di rumah hampir jam 9 malam :) Nashwa seronok sangat sampai nak ikut pengasuh pulang ke rumah :)


- 11 Januari 2015, Nashwa semakin yakin mengorak langkah ke hadapan :) Sudah berjaya berjalan sendiri tanpa memegang apa-apa sejauh 3-5 kaki. Yeay! alhamdulillah. 12 Januari 2015, pengasuh beritahu seharian dok prektis berjalan sahaja :D Masa Ummi ambil dari pengasuh, mereka tengah tunggu di luar rumah, dan Nashwa berjalan 4 langkah ke Ummi dan peluk Ummi. Nashwa sangat seronok dan Ummi pun turut sama seronok hehehe:)  Oh ya, 2 batang gigi bawah juga mula memunculkan diri menjadikan jumlah giginya 8 batang (4 atas dan 4 bawah) :)
 
Nashwa setahun 

- 28 Januari 2015 ini, alhamdulillah genaplah setahun Nashwa menjadi pewangi dan penyeri yang menenangkan dalam kehidupan kami sekeluarga. Harini pergi klinik kesihatan, ada temujanji. Nashwa kena cucuk setahun harini, tetapi ditunda ke Khamis minggu hadapan sebab Nashwa baru baik demam :) Nashwa sudah pandai memegang apa-apa penutup untuk dimasukkan ke dalam tempatnya. Contoh seperti dalam video penutup penyangkut lunch box, penutup botol mineral, botol air dll... lama juga dia prektis tangan dia untuk memegang dengan betul penutup (bahagian rata penutup menyentuh tapak tangan). Kebiasaannya sewaktu Ummi tengah masak di dapur, Nashwa leka main dengan penutup-penutup ni :) Beberapa perkataan yang berjaya disebut semestinya "Ayah" dulu :) perkataan lain seperti "nakkkkk", "Awwah" (Allah terutama bila dia terjatuhkan sesuatu). Di usia setahun juga sudah boleh berjalan dengan yakin.

- Pada 20 Februari 2016 (setahun 3 minggu), Nashwa sudah pandai turun tangga sendiri. Alkisah Ummi keluar untuk sidai baju dan tinggalkan Nashwa bersama abang dan kakak-kakak di bilik mereka. Mereka sedang asyik bermain sampai tidak sedar Nashwa keluar bilik dan turun tangga. Sedar-sedar Nashwa dah nak sampai anak tangga bawah sekali dah, huhuhu. Mujur Allah jaga Nashwa dari sebarang perkara yang tidak diingini. Alhamdulillah. Sekarang, Nashwa lebih gemar berjalan berbanding dari merangkak. Turun naik katil pun dah pandai buat sendiri.

***coretan dalam ni telah ditulis mengikut perkembangan Nashwa setiap bulan tetapi di simpan dalam "draft", dah setahun lebih baru nak "publish" :)

Sunday 31 January 2016

Nuha darjah 1

28 Disember 2015 merupakan Hari Orientasi murid darjah 1 Sekolah Kebangsaan Saujana Indah (SKSI). Sesi Orientasi hari ini lebih kurang masa Insyirah dahulu pada tahun 2013, ada taklimat untuk ibu bapa, bayar yuran dan beli buku. Bezanya kali ini tiada sesi cucuk imunisasi untuk murid darjah 1 dan belum boleh mengambil buku teks lagi kerana stok buku teks tidak mencukupi kerana murid agak ramai pada sesi 2016 nanti. Untuk sesi kali ini juga, murid darjah 1 perlu menduduki ujian saringan untuk menentukan kedudukan kelas. Ada 4 kelas kesemuanya; Brilliant, Excellent, Intelligent dan Dilligent.

Pada mulanya Nuha dimasukkan ke kelas 1 Intelligent untuk menduduki ujian saringan tersebut. Setelah memperoleh keputusan ujian, hari pertama persekolahan pada 4 Januari 2016 yang lepas, murid darjah 1 perlu masuk ke kelas berdasarkan prestasi keputusan masing-masing. Nuha ditempatkan di kelas 1 Brilliant (Nuha beritahu masa ambil Nuha dari sekolah pada hari pertama yang Allah dengar doa Nuha Ummi. Nuha doa pada Allah bagi Nuha masuk kelas 1 Brilliant malam tadi, masa sebelum Nuha tidur). Kami memberitahu tak kisah kelas mana pun Nuha ditempatkan, yang pasti teruskan berusaha dan jangan mudah putus asa.

 Hari Orientasi 28 Disember 2015 - 8 pagi :)



 Hari Orientasi 28 Disember 2015 - nama murid dibacakan mengikut kelas, kemudian Nuha dan rakan-rakan mengikuti guru kelas menuju ke kelas 1 Intelligent
Nuha di kelas 1 Intelligent, bersedia untuk menjawab ujian saringan (kesian, hari pertama sekolah dah kena uji, huhuhu)

Selesai Orientasi, di tempat menunggu ibu bapa ambil setelah selesai sesi persekolahan. Nuha bagi tahu yang soalan ujian matematik senang sangat. Tapi yang bahasa melayu Nuha tak tahu nak eja perkataan "Nyanyi", Nuha tak boleh nak fikir dah, jadi Nuha tak jawab soalan tu tadi :)


Ini gambar pada hari pertama persekolahan sesi 2016 (4 Januari 2016) Nuha duduk di belakang sekali - 1 Brilliant


Meja, kerusi dan murid-murid kecil-kecil semua :D

Waktu rehat hari pertama, Ummi datang ke sekolah untuk lihat keadaan Nuha, Alhamdulillah Nuha seronok. Asyik bercerita apa yang dilakukan di sekolah sampai tak sempat nak habiskan makanan :D Nuha kata cikgu cakap "kita belajar sambil bermain 3 minggu pertama ni, bestla ada aktiviti setiap hari".

Selepas habis rehat, murid darjah 1 perlu berkumpul di dewan ini beratur mengikut kelas sebelum masuk ke kelas masing-masing

Beratur mengikut kelas. Mereka perlu berkumpul di sini dahulu kerana ada murid yang masih tersilap masuk ke kelas lain :) 

Selama 3 minggu, sesi penyesuaian murid-murid baru di sekolah. Cikgu membawa mereka melawat sekeliling sekolah termasuk ke perpustakaan dll. Waktu ini jadual rasmi pun masih belum diterima. Buku teks diterima pada minggu kedua persekolahan dan jadual waktu diterima pada akhir minggu ke-3 jika tidak silap. 

Hari kedua Nuha tragis sikit, balik sekolah dia menangis keletihan. Dia kata sangat penat asyik perlu mewarna sahaja. Banyak sangat kertas yang perlu diwarna. Bila ditanya berapa banyak kertas yang cikgu beri, jawabnya setiap cikgu bagi satu kertas. Cikgu kata 3 minggu ni belajar sambil bermain, tapi takde aktiviti pun hari ini. Kena warna sahaja. Kami memberitahu warna setakat yang Nuha larat jelah dan Nuha kata tak boleh. Cikgu suruh habiskan juga warna, penat sangat dah tangan Nuha ni, hehehe. Insyirah bagi tahu dekat bilik air pun nampak Nuha meleleh air mata sebab terlalu penat. (Nuha ni memang ingat apa yang dijanjikan padanya, sebab sebelumni cikgu yang beritahu akan belajar sambil bermain, ada aktiviti dll) Jika bagi dia cikgu tidak kotakan janji, memang dia akan sedih. Kami pujuk yang mewarna tu pun salah satu aktiviti yang meneyronokkan juga. (tapi mungkin bagi budak-budak sekarang aktiviti mewarna tu agak memboringkan, sebab mereka dah terlalu banyak mewarna semasa di tadika). Esoknya bila cikgu bawa ke padang (perlu pakai pakaian sukan), lompat-lompat, lari-lari....balik sekolah sangat ceria. Masa ambil dari sekolah sibuk bercerita hari ini Nuha ada aktiviti, cikgu bawa pergi padang, seronok sangat..... alahaiiii....yang pasti bagi Nuha aktiviti selain mewarna sangat menyeronokkan bagi dia :D

Hari ketiga dan seterusnya tidak lagi menangis, alhamdulillah. KAFA (sesi petang) juga bermula pada hari Rabu di pusat islam USM = hari ketiga di SKSI (sesi pagi).