Friday, 27 February 2009

Sepupu Insyirah

Alhamdulillah, tanggal 26 Februari 2009 Insyirah dapat kawan baru, Nur Izan Natrah Mohd Zuraimi seberat 3.4 kg. Tahniah kami ucapkan buat Atam (adik Ummi) & Mak Tam. Semoga dengan kehadiran puteri sulung ini menambahkan lagi seri rumahtangga yang dibina.

Nur Izan Natrah Mohd Zuraimi

"copy" dari blog Acu :)

Friday, 13 February 2009

Sekitar usia setahun 7 bulan

Dah lama rasanya kami tak "update" perkembangan Insyirah di sini. Insyirah sekarang dah berumur setahun 7 bulan. Dah besar dah Insyirah dan sekarang semakin bijak dan lasak (walaupun saiz badan kecil sahaja). Ada jer karenahnya yang mencuit hati dan kadang-kadang menggeramkan hati :). Sekarang ni semakin senang berkomunikasi dengannya walaupun kadang-kadang perkataan yang digunakan tidak betul (tapi masih boleh difahami dari tingkah lakunya).
  • Berat terkini hanya 8.6 kg dan tinggi 73.5 cm (comel jer kan).
  • Minum: susu lembu /air jus /air masak dalam cawan atau "beaker". Insyirah dah tak minum susu formula dan susu Ummi. Memandangkan Insyirah dah faham apa maksud "habis", maka dengan rela hati (ke terpaksa, huhuhu) Insyirah memberhentikan dirinya dari meminum susu Ummi bila Ummi memberitahunya susu Ummi dah "habis". Lebih kurang 2 minggu jugalah Insyirah langsung tak minum susu Ummi (dengan alasan susu dah "habis "), hehehe. Tapi baru-baru ni bila mana Insyirah kurang sihat (selsema dan batuk-batuk), asyik merengek terutamanya bila nak tidur dan kami pula tak tahu nak pujuk camna lagi, akhirnya Ummi terpaksa juga memberikan susu kepada Insyirah.
  • Makanan kegemaran: segala yang berasaskan mee, tak kisahlah mee goreng, mee rebus, mihun goreng, spagethi, pasta etc. janji mee:) Kadang-kadang bila bangun pagi jer terus cakap "Emmi (Ummi) nak mee", "Emmi papa (lapar), nak mama/mamam (makan)", kadang tu terus jer meluru ke dapur tunjuk tempat nasi/dapur gas, hehehe. Suka makan nasi dengan kicap. Nak suap lauk-pauk kena sembunyikan bawah nasi. Sangat suka makan buah-buahan.
  • Tak boleh tidur kalau perutnya lapar. Mesti dok gaduh minta mama (makan) / air.
  • Sebelum makan dan tidur dah pandai baca doa. Tapi setakat pandai tadah tangan dan sebut meen (ameen) jer lah. Doanya kami yang kena bacakan :). Kadang bila dah duduk depan makanan dia yang tadah tangan dulu mengingatkan kami supaya membaca doa, hehehe.
  • Dah pandai panjat dan turun tangga.
  • Dah pandai pakai kasut sendiri (kadang-kadang terbalik), itu pun bergantung pada jenis kasut, hehehe.
  • Sangat suka bila dibawa berjalan (bersiar-siar).
  • Gigi dah 16 batang.
  • Hobi: menconteng tak kira atas kertas ke meja ke mousepad etc. Suka main masak-masak dan baby doll.
  • Wajib tidur di waktu siang (selalunya 1-3 jam). Kalau tak tidur langsung siangnya, malam akan merengek, menangis bila nak tidur sebab dah penat main seharian.
  • Perkataan yang boleh disebut semakin bertambah dari sehari ke sehari. Antaranya: "kakak", "nenik" (nenek), "atuk", "kit" (sakit), "jom", "hello" kadang telefon pun dipanggilnya "hello", "mile" (smile/kamera), "ba" (bola), "catik" (cantik), "duk" (duduk), "baby", "baba" (babai), "tata", "nak", "mama" (makan), "papa" (lapar), "air", "jatuh", "na" sambil geleng kepala (tak nak), "kaki", "juk" sambil peluk badan (sejuk), "duk" (duduk), "nose" (hidung), "eyes" (mata), "ka" (buka, kadang nak suruh pasang pun Insyirah sebut "ka" gak, hehehe. Suka sebut "no,no,no" kalau dia taknak buat sesuatu, itu dok ajuk ummi lah tu bila larang dia buat sesuatu, isk isk isk. Insyirah ni belajar bahasa rojak nampaknya, huhuhu.
  • Sangat takut bila jumpa dengan orang yang tak dikenali atau jarang jumpa. Asyik nak berkepit jer lah jawabnya. Kalau nak main pun mesti nak kami ada disebelahnya. Isk takut bebeno.
Ok, jumpa lagi...daaaa :)

Tuesday, 10 February 2009

Insyirah berjumpa Doktor gigi

Hari Isnin 9 feb 2009, Insyirah dan Ummi ada temujanji dengan Doktor gigi pada jam 10.40 pagi di "Se*en Dental". Setelah menunggu hampir sejam setengah, akhirnya tepat jam 12.05 tengahari giliran kami pun tiba. Doktor periksa gigi Ummi terlebih dahulu dan setelah selesai giliran Insyirah pula diperiksa. Insyirah takut dan menangis ketika doktor memeriksa giginya. Doktor menyapu sejenis ubat (lupa namanya) pada 2 batang gigi hadapan Insyirah kerana giginya mula menunjukkan tanda-tanda "cavity". Doktor menasihatkan Ummi agar tidak menggunakan ubat gigi "milk" untuk Insyirah kerana kandungan floridanya yang sedikit (hanya 500ppm). Cam tahu-tahu jer doktor ni yang Ummi guna ubat gigi "milk" tu untuk Insyirah :). Doktor menasihatkan agar gunakan ubat gigi orang dewasa untuk memberus gigi Insyirah kerana giginya yang dah 16 batang tu memerlukan sekurang-kurangnya 1000 -1500 ppm florida. Satu lagi, doktor suruh Insyirah minum air masak selepas minum susu terutamanya pada waktu malam.

Insyirah perlu berjumpa dengan doktor gigi lagi selepas 6 bulan dan temujanji telah diset pada hari Isnin, 24 Ogos 2009 jam 9.30 pagi. Kedua-dua pemeriksaan gigi Insyirah dan ummi tidak perlu dibayar kerana Insyirah masih dibawah umur dan ummi pula sedang mengandung. Periksa dan cuci gigi selalu pun takpe sebab tak perlu bayar, hehehhe:)


Monday, 2 February 2009

Heavy Snowfall

Semenjak seminggu yang lalu, berita di UK menggambarkan yang cuaca di minggu ini bakal sejuk dan merupakan yang tersejuk sejak 13 tahun yang lepas.
Mulanya, salji dijangka turun dengan lebat pada hari Ahad, 1/2/2009. Ada dikalangan warga Malaysia Notts yang berkunjung ke tempat tertentu bersama keluarga dengan harapan salji turun lebat di sana. Insyirah sekeluarga pun mulanya ingin turut serta tetapi keletihan berjalan sehari sebelumnya menghalang niat kami untuk turut serta bersama rakan-rakan yang lain. Pada sebelah petang di hari tersebut, Insyirah hanya menghabiskan masa di kedai "Moth*rcare" bersama ummi dan ayah. Salji pun dah mula turun sedikit demi sedikit. Bila kami balik ke rumah, banyak kereta telah disaluti dengan salji nipis.
Salji terus menghujani Nottingham sehinggalah malam. Bila kami keluar rumah... "waaa" (macam selalu Insyirah sebut).. jalan depan rumah dah memutih... hehehe.. pertama kali kami rasa macam ni kat Nottingham. Selalunya "ciputt" saja salji yang turun dan sekejap sahaja terus cair.
Pada hari Isnin sesudah solat subuh, keadaan sekitar rumah semakin memutih dan salji juga terus turun perlahan-lahan. Ummi dan Ayah ambil kesempatan untuk bergambar sekeping dua sebelum Insyirah bangun tidur (takut-takut salji cair di siang hari macam kebiasaan).
Sangkaan kami meleset, rupanya salji terus turun dengan lebat pada siangnya. Pada masa ini, Ayah berada di Universiti. Hanya Insyirah dan Ummi yang bersuka ria di belakang rumah. Insyirah dapat juga merasa baju yang dah lama dibeli di e-B*y.
Pada sebelah petangnya, kami turut serta dengan keluarga Auntie Cahaya bermain salji di Wollaton Park. Di sini Insyirah kongsikan sedikit gambar kami buat tatapan keluarga dan rakan-rakan di Malaysia. Suatu hari nanti, Insyirah nak main hujan pula kat Malaysia :)

Selepas ayah balik dari Universiti, kami sekeluarga pergi ke Wollaton park.

video
Insyirah pelik lantai belakang rumah semuanya warna putih. Insyirah tak nak pijak lantai tu, takut jatuhh...:)