Showing posts with label Kenangan. Show all posts
Showing posts with label Kenangan. Show all posts

Sunday, 24 September 2017

Hari Ini Dalam Sejarah: Hijrah Merubah Kehidupan

10 tahun pantas berlalu... 
~ 24 September 2007 (12 Ramadhan 1428H)
~ 24 September 2017 (3 Muharram 1439H)




10 tahun lalu kami memulakan perjalanan dari sebuah kampung Lahar Kepar menuju ke kotaraya London. Asalnya, perancangan pengajian PhD di pekan kecil Loughborough tetapi mengubah halatuju ke Nottingham, sebuah bandar yang terkenal dengan kisah Robin Hood suatu ketika dahulu. Meninggalkan kampung halaman dan tanah air ketika pertengahan Ramadhan memang amat terasa kesayuan buat kami sekeluarga yang kali pertama ke negara orang. Sebelum itu, perjalanan paling jauh kami hanyalah berulang-alik Nibong Tebal ke Felda Pengeli Timur di Johor.



Sepasang suami dan isteri yang akan menyambung pengajian PhD dan MSc masing-masing serentak dengan seorang anak kecil berusia 3 bulan. Ketika itu, sukar dibayang bagaimana mahu merancang aktiviti harian. Melalui maklumat di Fotopages yang terkenal dalam kalangan pelajar Malaysia di perantauan ketika itu, serba sedikit membantu perancangaan kehidupan awal di sana. Facebook masih belum terkenal ketika itu buat warga Malaysia.

Mula mengenali warga Malaysia di sana melalui Nottingham Malaysian Community. Meminjam tenancy agreement En. Izzi untuk permohonan visa sebelum ke sana. Tahun 2007 merekodkan kedatangan pelajar baru yang ramai di Nottingham. Kami bertamu di rumah abg Azmil & Kak Shahnaz selama 2 minggu sebelum berpindah ke rumah "ALI" di 106 BradgateRoad.

Alhamdulillah, berjumpa dengan supervisor pengajian yang memahami dan komited dalam kerjanya iaitu Dr S.B. Leen. Kebetulan, seorang pelajar dari Malaysia juga baru berdaftar pengajian PhD nya dengan supervisor yang sama iaitu En. L, pelajar antarabangsa terbaik di University of Nottingham, dalam pengajian ijazah sarjana muda.

Semuanya ini hanya tinggal kenangan; cuma sekadar coretan buat ingatan diri ini. HIJRAH itu banyak meningkatkan diri ini untuk berubah kepada tahap yang lebih baik. Pastinya banyak lagi hijrah-hijrah kebaikan yang diperlukan diri ini sebelum BERHIJRAH KE ALAM SANA. Semoga BEKAL-BEKAL yang kita sediakan sebelum dan sepanjang perjalanan ini akan bermanfaat di penghujung destinasi.

Wednesday, 22 February 2012

Kisah kucing

Pagi semalam 21 Feb 2012,  semasa hendak keluar pergi kerja ternampak seekor kucing liar yang sangat lemah keadaannya. Kucing tersebut cuba untuk bangun tetapi tiada kudrat, lalu terbaring di atas lantai. Melihat keadaannya yang sangat dalam kesakitan (macam selesema sukar hendak bernafas), kami memutuskan untuk membawanya ke klinik haiwan di sebelah Parit Buntar Inn.

Setelah Doktor mengambil suhu badannya dan memeriksa keadaan badannya, doktor memutuskan untuk memasukkan air ke badannya untuk memberinya tenaga kerana kucing itu dijangka sudah tidak makan selama 3 hari. Kasihannya! Namun keadaannya masih lemah. Kami tidak boleh meninggalkan kucing itu di klinik tersebut kerana mereka tiada staf yang boleh menjaga selepas jam 5 petang. Kami perlu menghantar kucing tersebut ke Klinik besar di Ipoh jika mahu mendapatkan rawatan rapi. Jauh sangatlah pula, lalu kami mengambil keputusan membawanya pulang ke rumah. Doktor menyarankan supaya saya memberikannya minum air glukos untuk menambahkan tenaganya.

Sesampai sahaja di rumah, saya membancuh air glukos dan cuba memberikannya minum melalui picagari namun agak sukar kerana kucing itu sudah tidak berdaya membuka mulutnya. Melihat keadaannya yang agak busuk dan dikerumuni semut, kami memandikannya sebersih-bersihnya. Saya juga menumbukkan kunyit hidup dan melumurkan ke atas hidungnya dengan harapan masalah selsemanya selesai (bila anak selsema, calitkan kunyit hidup atas hidungnya). Selesai menguruskannya, kami membiarkannya berehat dan kami pergi bekerja semula dengan harapan dirinya beransur pulih.

Namun Allah lebih menyayanginya. Sesampai sahaja kami di rumah melihat dirinya sudah tidak bernyawa lagi. Nuha sibuk menyuruh kami membawa kucing tersebut ke hospital, namun setelah diterangkan bahawa kucing tersebut dah mati dan nanti Ayah akan tanam kucing itu. Tidak perlu membawanya ke hospital kerana Doktor pun tidak boleh buat apa-apa. Kasihan kucing itu, semasa hidupnya saya tidak sedar pun akan kehadirannya (suami pernahlah memberinya makan) tetapi bila dia jatuh sakit, barulah timbul perasaan simpati itu. Suami kata, itulah kita, kalau kucing comel kita suka melayan, tapi bila kucing comot, kita tidak pandang pun kepadanya. Patutnya yang comot itu kita ambillah dia dan bersihkan dirinya serta beri makan. Begitu juga kepada manusia, janganlah kita memandang rendah pada yang miskin dan daif itu, berilah sebanyak yang mungkin kepada mereka, bantulah mereka mengecap kebahagiaan hidup di dunia yang sementara ini.

Friday, 23 December 2011

Alhamdulillah, selesai sudah

Tahniah buat suami tercinta yang telah selamat menjalani vivanya hari ini, 23 Dec 2011. Viva yang bermula jam 9.30 pagi (5.30 petang waktu Malaysia) dan berakhir jam 11.45 pagi (7.45 petang waktu Malaysia). Alhamdulillah, Allah maha Mendengar doa hambaNya. Juga bersyukur kerana Allah memberi kesempatan buatnya untuk bersolat Jumaat di Masjid Portland di Universiti yang menjadi kegemarannya sepanjang hidup kami di bumi Robin Hood. 

Ummi menerima panggilan pada jam 8 malam (waktu Malaysia) ketika sedang membaca Al-Quran tetapi terputus kerana line yang kurang memuaskan. Hati mula berdebar-debar menanti panggilannya. Akhirnya, menerima panggilan kembali pada jam 8.10 malam dan mendengar perkhabaran gembira dari suami tercinta. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah :) Lega kami kerana bebas daripada hutang dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Namun perlu diingatkan agar kejayaan ini dapat dimanfaatkan bersama untuk orang ramai. "Erti hidup pada memberi" seperti tagline saifulislam.com. Berilah sebanyak mungkin kepada mereka yang memerlukan.

Tahniah Ayah! Semoga kejayaan ini mendekatkan lagi diri kita kepadaNya. Jam 2 petang ini, pemeriksa akan memberitahu pembetulan yang perlu dibuat. Semoga tidak banyak yang perlu diperbetulkan. Apa pun alhamdulillah, Allah memudahkan urusan vivanya. Semoga Allah memudahkan urusannya seterusnya sehingga selesai dan pulang ke Malaysia dengan selamat.

Thursday, 15 December 2011

Kembali membawa kereta

Setelah beberapa tahun bercuti daripada kerja, selama itulah juga saya bercuti daripada membawa kereta. Lesen yang telah dibarukan juga hilang entah ke mana. Yang tinggal hanyalah lesen asal yang sekali dengan gambar tu. Pagi tadi pertama kali memegang stereng kereta kembali kerana minggu hadapan suami telah tiada untuk tempoh masa lebih kurang 2 minggu.  Hendak taknak perlu belajar membawa kereta sendiri dan menguruskan anak-anak sendirian. Semoga Allah memudahkan setiap urusan dan memberi kejayaan buat suami tercinta.

Tuesday, 13 December 2011

Kontena

Alhamdulillah kontena selamat tiba di perkarangan rumah kami di Taman Ilmu, Nibong tebal pada 7 Disember 2011 (Rabu), jam 11.30 pagi. Kontena telah tiba di pelabuhan Pulau Pinang sejak hari Sabtu (3 Disember 2011)  lagi pada jam 7.30 malam dan ditarik ke bahagian pemeriksaan pada hari Isnin petang. Jadual pemeriksaan bersama kastam (joint inspection) pada awalnya pada jam 10.30 pagi Selasa, tetapi telah ditunda ke jam 2.30 petang kerana pegawai kastam yang bertugas pada waktu pagi tu agak terperinci orangnya (selalu periksa 100% barang berdasarkan pengalaman ejen yang menguruskan kontena kami). Kami hanya menerima cadangan ejen yang berpengalaman yang ingin menundanya ke petang hari. Alhamdulillah pemeriksaan berjalan lancar dan tiada sebarang masalah. Pegawai kastam hanya bertanyakan sama ada kami membawa balik "souvenir" dalam kontena ini atau tidak.


Kontena dibenarkan berada di pelabuhan selama 5 hari sahaja untuk mengelakkan sebarang bayaran dikenakan. Kami mengambil keputusan untuk menarik kontena tersebut ke rumah kami pada hari yang ke-5 bersamaan dengan 11 Muharram / 7 Disember kerana ingin mengambil peluang berpuasa sunat pada hari 9 dan 10 Muharram.


Alhamdulillah setelah 2 jam (11.30 pagi - 1.30 petang), proses mengangkat barang keluar dari kontena selesai. Terima kasih kepada mereka yang sudi menghulurkan bantuan bersama-sama mengangkat barang-barang tersebut. Proses mengangkat barang keluar dari kontena lebih cepat berbanding menyusunnya ke dalam kontena walaupun dengan bilangan tenaga kerja yang kecil. Ini kerana ruang rumah yang lebih luas berbanding ruang di dalam kontena yang memerlukan penyusunan yang teliti bagi mempastikan semua barang muat untuk dibawa pulang. Ummi sempat menyediakan sarapan pagi dan makan tengah hari untuk mereka yang membantu mengangkat barang-barang tersebut. Menu yang dimasak hanyalah kuey teow kerang (sarapan pagi) dan nasi ayam (tengahari).


Secara keseluruhan, kami berpuas hati dengan perkhidmatan Arcadia Freight Services Ltd (di UK) dan juga ejen yang dicadangkannya di Malaysia, Bumizara Sdn Bhd. Bumizara sentiasa memberitahu berita terkini berkenaan jangkaan waktu ketibaan kontena kami di pelabuhan Penang. Pada asalnya jangkaan tiba antara 6 - 10 Disember 2011. Kemudian ditukar kepada 6 - 13 Disember 2011 (lagi lewat). Berita terkini, kontena kami tiba di pelabuhan di pelabuhan pada hari Sabtu 3 Disember 2011 (lebih awal dari jangkaan :)

Tuesday, 25 October 2011

Selesai sudah

22 Oktober 2011, Sabtu, selamat sudah barang-barang kami masuk ke dalam kontena, bersedia untuk belayar pulang ke Malaysia :D Kontena tiba di rumah kami jam 8.30 pagi, awal setengah jam dari waktu yang dijanjikan (9 pagi) dan pintu kontena parking betul-betul di hadapan 142 Berridge Road. NG7 6HT, memudahkan proses pemunggahan.
Proses pemunggahan barang masuk ke dalam kontena bermula jam 9.30 pagi setelah sahabat-sahabat yang hadir selesai menjamah sarapan pagi yang disediakan. Menu sarapan pagi; roti canai, mee goreng, bihun goreng dan popia goreng beserta teh susu. Alhamdulillah, proses pemunggahan selesai tepat pada masanya pada jam 12 tengah hari. Kemudian, sahabat-sahabat dijamu dengan makan tengah hari seadanya. Menu makan tengah hari pula berupa nasi minyak, ayam masak merah, dalca, acar timun nenas, papadom dan air bandung. Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang menghulurkan bantuan, sudi berganding bahu membantu memuatkankan barang masuk ke dalam kontena, juga kepada kaum ibu yang sudi membantu menyediakan juadah sarapan pagi dan makan tengah hari.
Bergambar bersama rakan-rakan yang hadir setelah selesai dan lori kontena bersedia untuk bergerak ke pelabuhan. (Ada 3-4 orang yang telah pulang sehingga tidak sempat makan kerana masing-masing ada hal) 

Walaupun kesihatan anak-anak kurang baik sejak sebulan lalu sedikit sebanyak mengganggu proses pembungkusan barang, namun akhirnya segalanya berjaya di siapkan di saat-saat akhir sebelum kontena di kunci. Di kala diri sibuk mengemas dan membungkus barang-barang di saat-saat akhir, di ketika itu jugalah gigi Ahmad baru hendak tumbuh sehingga beliau demam panas. Insyirah dan Nuha juga silih berganti demam beserta batuk dan selsema akibat daripada perubahan cuaca dari musim panas ke musim luruh yang semakin sejuk. Terasa agak payah dan seakan tidak berdaya melaluinya, namun sesungguhnya Allah lebih mengetahui kemampuan seseorang itu. Alhamdulillah, kami dikurniakan sahabat-sahabat yang baik yang banyak membantu kami sebelum, semasa dan selepas proses pemunggahan berlangsung. Semoga Allah membalas budi baik rakan-rakan dan memudahkan segala urusan, juga beroleh kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Begitulah nikmat ukhuwah diperantauan yang sangat manis untuk dikenang. Walaupun ahli keluarga dan sanak saudara jauh di Malaysia, kita masih ada rakan-rakan seperjuangan yang boleh diharapkan untuk memberi pertolongan. Selainnya kepada Allah sahajalah kita berserah dan berdoa agar segalanya dipermudahkan.

Alhamdulillah, Allah memudahkan urusan. Walaupun cuaca agak sejuk tetapi alhamdulillah Allah memberikan sinar matahari tanpa hujan. Pintu kontena juga berjaya di parking betul-betul di hadapan pintu rumah seperti yang diharapkan. Yang paling tidak disangka-sangka, Ahmad tidak meragam walaupun beliau tidak menyusu sejak bangun daripada tidur seakan-akan faham Umminya sibuk ketika itu. Apabila Ahmad bangun daripada tidur, Ummi terus cuci mukanya dan memberikannya pisang di dalam "feeder" nya. Ahmad sarapan pagi sendirian. Kemudian bila rakan Ummi sampai, Ummi meminta pertolongan untuk beliau memegang Ahmad dan Ahmad tidur dipangkuaannya, kemudian diletakkan Ahmad di atas sofa. Alhamdulillah Ahmad tidur sangat lama sehinggalah orang nak mengangkat sofa tersebut. Keadaan yang jarang-jarang berlaku kerana selalunya bila Ahmad tidur sendirian pastinya tidak sampai sejam pun, melainkan ada Ummi disisinya ;)

Sekarang ini tengah menghitung hari untuk pulang ke Malaysia. Tiket belum dapat lagi dari USM kerana Ayah perlu menghantar thesisnya terlebih dahulu baru mereka boleh tempah tiket untuk kami. Kedua-dua supervisor Ayah telah bersetuju untuk membenarkan Ayah menghantar thesisnya. InsyaAllah mungkin esok atau lusa boleh diprint dan dihantar ke Universiti. Semoga segalanya dipermudahkan, amin.

Saturday, 8 October 2011

Steve Jobs in memory (1955-2011)

Dialog suami isteri di pagi hari 6 October 2011 :)
Suami : Steve Jobs meninggal. 
Isteri : Siapa Steve Jobs? (huhuhu)
Suami : Founder Apple.
Isteri : Oh tak tahu pun.

Seperti biasa si isteri melayari internet menggunakan sama ada Apple Safari browser atau windows explorer browser. Bila si isteri menekan Apple Safari Browser terus terpampang gambar ini.

Ayat pertama keluar dari mulut si isteri, oh ini ke Steve Jobs? Tiba-tiba si isteri terasa nak tahu lebih lanjut siapa Steve Jobs ini dan bagaimana beliau boleh menjadi CEO syarikat Apple dan Pixar Animation. Sebelum ini tidak pernah hendak ambil tahu pun. Si isteri menjumpai link youtube berkenaan ucapan Steve Jobs di Stanford University pada tahun 2005. Berkali-kali si isteri mendengar ucapannya ini dan ayat yang keluar dari mulut si isteri, alangkah bagusnya jika Steve Jobs ini seorang muslim. Dalam ucapannya ini mengandungi 3 kisah yang berlaku dalam kehidupannya: 1) Connecting the dots, 2) Love and loss, 3) Death




Dalam cerita pertama menceritakan kisah hidupnya sejak dalam kandungan, kemudian berhenti sekolah dan ambil kelas calighraphy. Beliau tidak pernah graduate dari mana-mana Universiti. "You can't connect the dots looking forward, you can only connect them looking backwards".


Dalam cerita kedua mengisahkan suka duka dalam kerjaya beliau, dipecat dari syarikat sendiri (Apple), kemudian buka syarikat baru Next dan Pixar dan kemudian masuk balik dalam Apple bila Apple beli Next. "Sometimes life's gonna hit you with the head with a brick, don't lose faith. The only way to do a great work is to love  what you do. If you haven't found it yet, KEEP LOOKING. DON'T SETTLE".


Cerita ketiganya mengisahkan tentang kematian. Beliau pernah disahkan menghidap kanser pankreas dan doktor memberitahu hanya boleh hidup 3-6 bulan sahaja. Tetapi setelah dibuat biopsy, sel kanser yang diambil dari pankreas beliau menunjukkan yang kansernya boleh disembuhkan melalui pembedahan. "Don't be trapped by dogma which is living with the results of other people's thinking. Don't let the noise of others' opinion drown out your own inner voice. And most important, have the courage to follow your heart and intuition. They somehow already know what you truly want to become. Everything else is secondary. 


“Tetapi kematian adalah satu destinasi yang kita semua terpaksa tujui. Tidak ada orang yang akan terlepas daripada kematian. Dan itulah hakikatnya kerana kematian adalah ciptaan yang terbaik di dalam kehidupan. Ia adalah agen perubahan dalam kehidupan. Ia menghapuskan yang lama bagi membuka laluan kepada yang baru" - Steve Jobs -


Ajal maut, jodoh pertemuan semuanya telah ditentukan oleh Allah SWT, tidak awal atau lewat walau sesaat. Sehebat mana pun seseorang itu, bila tiba masanya akan pergi jua. Sesungguhnya Allahlah yang Maha Berkuasa atas setiap sesuatu. 


"Carilah duniamu (bekerjalah kamu) seolah-olah engkau akan hidup selama-lamanya dan carilah akhiratmu (beramallah kamu) seolah-olah engkau akan mati esok hari" 
(Hadis Riwayat Ibnu Asahin)


"Orang yang paling cerdik adalah orang yang sentiasa mengingati mati"
(Riwayat Ibnu Majah)


Akhirnya, si isteri tersebut mula mengenali Steve Jobs sedikit dihari kematiannya. Kata si suami, banyak ucapannya di youtubes dan selalunya kalau beliau beri ucapan pasti beliau akan memberikan outline ucapannya terlebih dahulu. 

Tuesday, 27 September 2011

Kids Learning Laptop

Semasa membelek gambar-gambar lama dalam pc komputer, terlihat video Insyirah sedang bermain dengan laptop princessnya. Antara laptop yang mereka ada, Ummi paling suka dengan laptop ini sebab yang ini lebih interactive dan keadaannya yang masih cantik. Tambahan pula dengan harganya yang murah, sebab itu Umminya sangat suka, hehehe. Nuha pun suka laptop ini. Mereka banyak belajar semasa bermain dengannya. Kalau Nuha yang main dengan laptop ini, bila cinderella menyoalnya pasti dia akan menjawab balik. Contohnya bila cinderella sebut, "shall we play games?", mesti dia jawab "yes" :D 


Kebanyakan mainan anak-anak kami perolehi daripada carboot sale yang mana keadaannya masih dalam keadaan baik dan harga yang sangat berpatutan. Sesekali ada juga beli yang baru jika terdapat sale :). Jika membeli di carboot sale, kebiasaannya ianya bergantung kepada nasib dan perlu datang awal kerana barang yang masih elok dengan harga yang murah selalunya cepat habis. Kalau datang lewat ke carboot, kebiasaannya harga untuk barang-barang yang elok keadaannya agak mahal, namun ianya bergantung kepada rezeki masing-masing. Jika membeli barang di carboot perlu bijak memilih dan berhati-hati kerana ada barang yang sudah tidak berfungsi tetapi masih dijual, huhuhu. Tetapi ada juga barang yang masih belum dipakai dan masih baru dijual di situ. Pernah juga mendapat baju anak-anak yang masih baru dan masih bertag dengan harga yang sangat murah, semurah 20 pence = RM 1:) Buku-buku juga sangat murah. Pastinya kami akan merindui kenangan bercarboot apabila sudah pulang ke Malaysia nanti :)

Monday, 26 September 2011

4 tahun sudah

Semalam, genap 4 tahun kami berada di bumi permaisuri ini. Masih segar dalam ingatan detik-detik ketibaan kami di Heathrow London pada jam 5.30 pagi, 25 September 2007 yang lalu. Pelbagai suka duka yang dilalui ditempuhi bersama sehingga saat ini. Perjalanan hidup di bumi Nottingham ini bakal sampai dipenghujungnya tidak lama lagi insyaAllah. Kini kami sedang sibuk mempersiapkan diri untuk pulang ke tanah air tercinta. Semoga Allah memudahkan segala urusan kami di sini dan selamat pulang ke Malaysia. Sesungguhnya Allahlah sebaik-baik perancang dan Maha Mengetahui segalanya.

Alangkah baiknya jika kita sentiasa mempersiapkan diri sebaik-baiknya untuk kehidupan di SANA yang kekal abadi.

Tuesday, 13 September 2011

5 kali Aidilfitri bersama anak-anak

Tadi baru saja menyiapkan photobook. Sambil-sambil itu, terlihat gambar-gambar semasa sambutan Aidilfitri yang lepas. Sudah 5 kali kami beraya Aidilfitri sebagai ibu dan ayah dan kelima-limanya disambut di bumi Nottingham ini.

Sebagai rekod, kami telah menyambut 1 Syawal di Nottingham, UK  pada tarikh berikut:
  1. 1428H - 12 Oktober 2007
  2. 1429H - 29 September 2008
  3. 1430H - 20 September 2009
  4. 1431H - 10 September 2010
  5. 1432H - 30 Ogos 2011

Setelah lebih kurang 17 hari berada di bumi Nottingham dan juga ketika itu usia Insyirah baru 3 bulan setengah, kami telah menyambut Aidilfitri pertama di Nottingham pada hari Jumaat. Pertama kali beraya di perantauan dalam keadaan serba kekurangan dan masih dalam proses penyesuaian diri dengan pengajian, cuaca dan masyarakat sekeliling. Juga tidak dapat dilupakan, kami sekeluarga tertidur di pagi raya sehingga terlepas solat sunat Aidilfitri. Pada hari yang sama, Ayah Insyirah bersolat Jumaat di Masjid Karimia yang mana jemaahnya (majoritinya warga British berketurunan Pakistan) masih lagi berpuasa dan akan menyambut Syawal pada esok hari. Warga Malaysia di Nottingham beraya berdasarkan tarikh yang diumum oleh London Central Mosque. Majlis rasmi Aidilfitri warga Malaysian Nottingham Community telah dianjurkan pada hari raya kedua di Noel Street Leisure Centre.

Ketika Aidilfitri yang kedua bagi kami sekeluarga di Nottingham, kami diserikan dengan berita kehadiran cahaya mata kedua. Juga kali kedua beraya Aidilfitri di 106 Bradgate Road, NG7 6HJ, Nottingham. Ummi baru sahaja menyelesaikan pengajian MSc nya dengan menghantar dissertation pada 15 September 2008. Ummi juga telah memohon untuk bercuti tanpa gaji dan menangguhkan dulu hasratnya untuk menyambung pengajian PhD. Kami sekeluarga juga berpeluang menjadi host kepada warga baru Nottingham ketika itu. Aunty Ecah, guest kami, yang jadi jurugambar bagi gambar kami sekeluarga di bawah.


Aidilfitri ketiga kami diserikan dengan kehadiran Nuha yang ketika itu baru berusia 4 bulan. Raya warga Malaysia di Nottingham dimeriahkan dengan pelbagai rumah terbuka yang dianjurkan pada setiap minggu sepanjang Syawal. Setiap kawasan tempat tinggal warga Malaysia di Nottingham telah berpakat bersama-sama untuk menganjurkan majlis rumah terbuka masing-masing. Kami warga Forest Field turut menganjurkan majlis "dewan" terbuka Aidilfitri pada 3 Oktober 2009.


Aidilfitri keempat kami diserikan dengan 2 anak dara kami yang semakin membesar dan boleh bermain antara dua beradik ini. Ketika itu, Ummi Insyirah juga sedang mengandung sekitar 6 bulan. Walaupun bayi dalam kandungan disahkan menghadapi masalah exomphalos, tetapi kami bersyukur dan gembira kerana kami bakal diserikan dengan kehadiran hero pertama buat kami sekeluarga.

Pada tahun ini, kami telah menyambut Aidilfitri yang kelima di Nottingham pada 30 Ogos 2011 setelah berpuasa selama 29 hari. InsyaAllah, Aidilfitri kali ini merupakan yang terakhir buat kami sekeluarga sebelum berangkat pulang ke Malaysia untuk memulakan fasa hidup yang baru. Alhamdulillah, putera sulung kami, Ahmad Mujahid, juga semakin membesar dengan sihat dan ceria.

Sepanjang beraya di perantauan ini, kami rasa bersyukur dengan kehadiran rakan-rakan terutamanya warga Malaysia di Nottingham yang memeriahkan suasana hari raya kami di sini dengan hubungan yang rapat dan juga pelbagai sajian tradisi Malaysia. Semoga hubungan ini berterusan sepanjang hayat dan beroleh manfaat di akhirat. Tidak lupa juga, ucapan terima kasih buat sanak saudara dan sahabat handai di Malaysia yang  mengutus bungkusan kuih raya dan juga baju raya untuk kami sekeluarga :)

Monday, 16 May 2011

Restoran Kurdistan di Nottingham!

Sebelum ini, jika nak makan di kedai sekeliling Nottingham ini, selalunya akan ke kedai Pakistan sahaja seperti Ahmed, Desi Express, Khyber pass dll. Kali ini di atas promosi rakan, kami cuba ke restoran Kurdistan pula sempena dengan hari lahir Nuha yang ke-2 tahun :). Balik dari hospital QMC, terus kami singgah di restoran ini.
Di hadapan Restoran Kurdistan

Kami di dalam kedai bersama birthday girl yang happy ;)

Oleh kerana ini pertama kali kami menjejakkan kaki di restoran ini kami tidak tahu bagaimana dan banyak mana menu yang diberikan. Bila tiba menu yang diorder, terkejut kami dengan kuantitinya yang agak banyak. Kalau kongsi-kongsi pun boleh :) Rasanya pun sedap (bagi kamilah). Lain sikit dari cara masakan Pakistan. Selain menu yang diorder ini, roti nan, sayur-sayur dan air teh diberi secara percuma. Kalau tahu roti nan diberi percuma (2 keping), kami tidak perlu memesan makanan untuk Nuha dan Insyirah kerana diorang makan roti nan jer hari tu. Nasi goreng keema itu terpaksa dibungkus bawa balik :) Selamat Ummi tak payah masak haritu, hehehe. Alhamdulillah.
Menu yang diorder: (1) Kuzi+nasi+sos tepsi untuk Ayah (2) Lamb stew+nasi+sos okra untuk Ummi dan (3) Nasi goreng Keema untuk Nuha dan Insyirah

Kami cuba merasa manisan orang Kurdistan pula, Barklava. Macam makan puff manis. Rasanya boleh tahanlah, tapi kalau manis-manis buah lagi ok kot :)
Ini sos tepsi yang diberikan bersama nasi. Macam sambal terung tapi tak pedas, sedap!. Kami suka yang ini berbanding sos Okra.
Ini sos okra (bendi) yang diberikan bersama nasi juga. Rasanya masam-masam.
2 keping roti nan yang diberikan percuma.
Menu sampingan (sayur-sayur) yang juga diberikan percuma.

Bila kami bangun nak bayar dan balik, beria tuan punya kedai ini suruh kami tunggu sebab dia nak bagi teh, hehehe. Kami pun layankan jerlaa.
Teh yang sangat pekat dan kelat. Tapi oklah sebab percuma :)

Secara keseluruhan, restoran ini kira oklah, harganya berpatutan, layanan mesra dan rasa makanannya pun sedap. Boleh dijadikan pilihan jika nak makan-makan diluar, tukar selera sekali sekala. Nuha dan Insyirah siap dapat lolipop percuma lagi:) Rakan kami pesan jangan order menu yang bakar-bakar kerana kurang sedap. Dan ada lagi rakan cakap yang menu "Mandi rice" adalah kegemarannya. Lain kali mungkin boleh cuba yang itu pula;)

P/s: Sajer jer ni berkongsi moga memberi manfaat pada orang lain. Tiada kepentingan peribadi ye, hehehe:)

Friday, 29 April 2011

Royal Wedding

Hari ini merupakan hari cuti di UK disebabkan majlis perkahwinan Putera William dan Kate di Wesminster Abbey, London. Tadi pagi sebelum ke rumah kawan yang ingin pulang ke Malaysia, sempatlah kami menonton majlis perkahwinan yang berlangsung. 

Untuk Putera William dan Kate, semoga berbahagia dan juga dikurniakan hidayah daripadaNYA, untuk bahagia yang kekal abadi, amiin.

Untuk Kak Ros, semoga perjalanan ke Malaysia dipermudahkan dan semoga persahabatan yang terbina terus terjalin, InsyaAllah.

Wednesday, 6 April 2011

Panas!!!


Hahaha tajuk macam ada isu panas je ek, takde apa pun...nak cerita pasal cuaca panas jer. Dah lama tak rasa panas camni, best sangat-sangat, alhamdulillah:) Cuaca hari ini...panas sehingga 20 darjah celcius (takdelah panas mana pun :D). Matahari terik tapi suhu nyaman-nyaman gitu. Ampai baju penuh sepenuh-penuhnya. Pagi-pagi dah jemur baju sampai penuh ampai walaupun pagi tadi macam mendung jer, sebab forecast pagi sunny interval. Pukul 10 pagi forecast kata sunny, tu yang jemur baju tu. Sebelum ni, 2 3 hari asyik hujan jer. Penat jemur, alih-alih kena hujan sebab tak perasan hujan:D. Tengah hari angkat baju mana yang kering dan jemur lagi baju sampai penuh ampaian. Masa jemur baju tengah hari tadi, budak berdua Nuha dan Insyirah pun ikut sekali. Sibuklah diorang dok kutip itu ini, bunga, daun dan macam-macam yang menarik perhatian diorang. Bila Ummi tegur, "baik-baik kakak ada pokok duri tajam, nanti kena tangan, sakit!" Insyirah jawab, "I want make decorations Ummi". Masing-masing kocek baju penuh dengan daun-daun dan bunga-bunga. Naik-naik rumah jer, habis diorang lambakkan atas lantai semua hasil kutipan diorang, huhuhu. Kakak, lepas kakak siapkan decoration kakak, tolong kemas balik ok semua daun-daun ni! Insyirah minta kertas dan gam. Selepas dapat persetujuan untuk mengemas balik, Ummi pun bagilah sorang sehelai kertas dan gam kena kongsi sebab Ummi jumpa satu jer gam :D Insyirah dok lekat-lekatkan benda yang dikutip tu atas kertas sambil cakap "look Ummi, I make decorations". Bila Ummi tanya si Nuha pula dia buat apa, Nuha kata "akan"(baca:makan) sambil buat gaya nak makan apa yang dia buat tu. Hehehe geli hati Ummi nengok si Nuha ni, makan jer dalam fikiran dia. Kalau si kakak lekat-lekat atas kertas, Nuha takyah lekat-lekatkan, Nuha lambakkan jer atas kertas tu, pastu dia lipat-lipatnya kertas tu macam "wrap" (sejenis makanan). Kira daun-daun tu inti dan kertas tu kulitnya. Ala macam chicken wrap/kebab tu. Tapi yang Nuha punya ni kira kebab sayurlah, hehehe. Nanti Ummi upload gambar hasil seni diorang ni buat kenangan di masa hadapan. 

Hmm..tetiba tekak terasa nak minum cendollah plak, nak gi buat satlaa sementara diorang ni tengah tidur:)

Friday, 1 April 2011

Tiket percuma Alton Towers :)

Alhamdulillah, pagi ini terima surat yang dinanti-nantikan. Bila nengok sampul surat jer, mulut tersenyum lebar bila nampak tulisan atas sampul surat tu. Yelah kan, macam kenal jer tulisan atas sampul surat tu sebab tu tulisan En Aziz:) Dah hampir 3 minggu kami tunggu surat ni, akhirnya dapat juga, alhamdulillah!
Apa isi dalam sampul surat ni? Hehehe...Jeng..jeng...jeng
Inilah isi sampul surat tu, 2 tiket percuma masuk ke Alton Towers Theme Park pada 5 Julai 2011. 

Kalau tak habis naik ride di Alton Towers tu dalam masa sehari, esoknya boleh naik lagi. Cuma kena bayar £5. Nengoklah camna nanti, kalau Insyirah dan Nuha (ke Ummi dan Ayahnya,hehehe) macam enjoy dan tak puas main, bolehlah fikirkan untuk pergi keesokan harinya pula:) Jarak Theme park ini dengan rumah kami sejam lebih jer kalau tak silap, taklah jauh sangat.

Macam mana kami dapat tiket percuma ini? Hehehe, inilah pertama kali dapat tiket percuma sepanjang duduk UK ini. Seronok tak ingat, yelah kan benda percuma, boleh jimat £79, siapa yang taknak kan?. Sebenarnya ramai jer kawan-kawan lain yang dapat tiket percuma ni, kami jer yang excited terlebih sebab pertama kali kan;) Yelah baru nak tahu cara ni bila dah hujung-hujung nak balik Malaysia dah. Alhamdulillah ada juga rezeki. Rupa-rupanya suratkhabar banyak buat iklan nak menang macam-macam tiket percuma nak masuk theme park, duduk hotel dll. Caranya hanya dengan perlu membeli surat khabar setiap hari dan kumpul kupon/token dalam surat khabar tersebut. Bila token yang diperlukan dah cukup, bolehlah isikan borang yang disediakan dan hantarkan ke alamat yang dikehendaki beserta dengan sampul surat kosong alamat sendiri beserta 1st class setem. 

Kami beli surat khabar "The Sun" ini hari-hari masa nak kumpul token nak dapatkan 2 tiket percuma ke Alton Tower:) Nampak tak iklan sebelah kiri surat khabar tu, "2 FREE TICKETS, WORTH £79". Harga suratkhabar ini 30pence jer. Kami perlu kumpul 9 token dari 14 token. Bila dah cukup 9 token yang diperlukan, lengkapkan borang dalam surat khabar dan hantar. 

Pada mulanya, kami tak terfikir pun nak pergi ke theme parks macam Alton Towers, Legoland dan macam-macam lagi di UK ini sebab anak-anak masih kecil dan mesti banyak ride yang tak boleh naik. So, macam rugi jer kalau pergi tapi tak boleh nak naik semua kan. Tapi yang ini bila ada orang nak bagi tiket percuma, apa lagi kan..pergi je laaa...walaupun tiket yang dia bagi tu hari Selasa, Selasa pun selasa lah kan. Janji PERCUMA :D Kami cuma teringin nak bawa Insyirah dan Nuha pergi ke Gullivers Park sebab kat situ ada Dora & Diego, tapi itu pun tak pasti lagi, sebab taknak jadi macam kat Disneyland Paris tahun lepas. Insyirah takut dengan karektor-karektor kartun yang besar-besar tu, huhuhu.

Kepada yang baru tiba di UK ini, rajin-rajinlah beli surat khabar dan boleh dapatkan banyak tiket-tiket percuma ataupun penginapan hotel yang murah-murah. Kira boleh jimat kos perbelanjaan percutian, dah alang-alang duduk sini, bolehlah pergi jalan-jalan sekali :)

Insyirah & Nuha

Sekarang ini Insyirah dah 3 tahun 9 bulan dan Nuha pula 1 tahun 10 bulan. Macam-macam perangai budak berdua ni. Kalau masing-masing mood tengah elok, seronok jer nengok diorang berdua main. Kalau dengar dialog diorang berdua ni, kadang tak tahan nak gelak dibuatnya.
_____________________________________________________________

Dialog pagi tadi selepas Insyirah bangun dari tidur. Masa ni Ummi tengah menyusu Ahmad dan Nuha sedang tidur sebelah Ummi.

Insyirah: Wake up Nuha, wake up, wake up  sambil menggoncang badan si Nuha. Kakak nak gi sekolah ni.
Ummi: Biarlah Nuha tidur kakak, Nuha bukan nak gi sekolah.
Insyirah: Wake up Nuha, wake up. Nuha nak ikut kakak pergi sekolah tak?
Nuha: haaa..Nuha pun terpisat-pisat bangun dari tidur dia.
Insyirah: Yeay, kakak nak baring sebelah Ummi :) Cepat-cepat jer Insyirah baring sebelah Ummi dia selepas Nuha bangun dari tidur.

Cett...sabo jer lah Ummi. Kejut Nuha beria, rupa-rupanya hanya nak suruh Nuha bangun dan nak ambil tempat Nuha baring.
______________________________________________________________

Ni dialog bila Insyirah balik sekolah tadi.

Insyirah: Assalamualaikum Ummi.
Ummi: Waalaikumussalam.
Insyirah: I got something for you Ummi;) I made card for you.
Ummi: Mana, wahh cantiknya :) (Ada gambar bunga dan dalam tu tulis I love you" :)
Insyirah: Happy birthday Ummi.
Ummi: Eh, bila plak birthday Ummi ni. Hari ini bukan birthday Ummi lah kakak. (Rasanya dia nak cakap Happy Mother's day kot sebab hari Ahad ni Hari Ibu di UK ni, hahahha..apa-apa je lah kakak).
Insyirah: Ummi, I'm hide your card under the pillow. (Rasa-rasanya ni cikgu dia lah ajar, konon-konon nak buat surprise kat mak nya letaklah bawah bantal tempat tidur mak dia, hehehe)
Ummi: Ok, kakak buat sendiri ke kad tu?
Insyirah: Yeah. I did it all by myself :)
Ini lah rupa bentuk kad yang Insyirah buat untuk Umminya:) Oh ye, jangan tertipu ye, Insyirah tak pandai baca lagi, lagi lah nak tulis perkataan I love you tu. Sebenarnya Insyirah sambungkan titik-titik yang cikgu dia buat. Sekarang ni dah banyak juga nombor dan huruf yang Insyirah boleh tulis. Tapi kalau tulis nama tu susah beno nak suruh tulis cantik-cantik sebelah menyebelah. Satgi N kat sini, I nun jauh di sana, H lagi lah jauh..dan L & A & H...Sabo jerlaa.

_____________________________________________________________

Dialog biasa Insyirah dan Nuha bila bergaduh:)

Insyirah: I don't want friend with Nuha anymore. I'm not friend you.
Nuha: I friend kakak more (baca: I don't want friend kakak anymore) sambil mulut muncung dan paling kepala. Kononnya marah sungguhlah dengan si kakak, hahaha. Kalau marah dengan Ummi pun si Nuha cakap, "Ha friend Ummi more" (baca: Nuha don't want friend Ummi anymore).

Nuha sekarang memang sangat suka meniru setiap aksi atau percakapan si kakak.
_____________________________________________________________

Dialog biasa selepas makan:)

Insyirah: I'm full, alhamdulillah. Ummi, look at me!, look at me!...I'm bigger now. I'm taller and taller:)
Ummi: Ok kakak makan banyak-banyak lagi, nanti kakak lagi besar.
Nuha: Full, full. (tiru si kakak). Ummi, look!..Ha big (baca: Nuha big).
Ummi: Ok, Nuha pun dah besar. Nuha dah tak boleh asyik nangis jer tau. Kalau dah kenyang, Nuha kena cakap apa? Alhamdulillah.
Nuha: lillah (baca: alhamdulillah)

Alhamdulillah, budak berdua ni sekarang semakin berselera makan. Kadang ambil Insyirah kat sekolah, soalan pertama, Ummi masak apa hari ini? hehehe... sekarang ni Nuha dah mula berhenti botol sebabnya haritu puting botol dia dah koyak. Baru jer 3, 4 hari yang lepas. Nuha minum dari sippy cup jer. Tapi Nuha dah taknak susu formula. Dia minum fresh milk je sekarang. Tadi nak buatkan susu formula dia taknak. Tak tahulah sampai bila. Nak cuba bagi lagi susu formula.

Sunday, 27 March 2011

Summer time

Hari ini tibalah masa untuk menukar waktu jam di UK. Memang setiap kali hari Ahad, minggu terakhir di bulan MAC, jam perlu diTAMBAH sejam. Jika sehari sebelumnya jam 8 pagi, hari ini dah jadi jam 9 pagi. Beza waktu dengan Malaysia juga telah berkurang kepada 7 jam. Jika di UK jam 1 petang, di Malaysia sudah jam 8 malam:)

Teringat peristiwa yang berlaku tahun lepas (28 Mac 2010) di Disneyland Paris. Kami dah ambil "fast pass" untuk naik ride yang ala-ala roller coaster tu. Konon-konon ni ride yang terakhirlah untuk hari pertama, sebagai penutup. Tiket kami kalau tak silap jam 9.10 malam dan bila tiba masa nak naik ride tu, dah tutup dah. Masa tu semua orang kecewa dan pelik apsal diorang bagi kita tiket 9.10 malam tapi diorang dah tutup. Hampeh jer rasa. Macam-macam spekulasi yang kami buat, mungkin disebabkan hujan kot diorang terpaksa tutup ride tersebut sebab merbahaya. Tapi memang hujan pun dari siang tadi, hmmmm. Bila pandang sekeliling nengok kebanyakan ride dah tutup. Sepatutnya haritu Disneyland Park tutup jam 10 malam. Tiba-tiba ada seorang rakan kami yang bertanyakan hari ini hari apa? Barulah terperasan yang sebenarnya kami yang tersilap jam.Waktu sebenarnya ketika itu dah jam 10.10 malam. Cehh, memang patutlah semua ride dah tutup. Sepatutnya kami perlu menambah 1jam tetapi semua orang terlupa berkenaan dengan summer time ni.
Kenangan di Disneyland Park, Paris

Pada pagi tu dihotel, Ayah perasan dah akan pertambahan waktu sejam ni di Iphone nya tetapi ingatkan sebab kami masuk kawasan France, Iphone nya dapat kesan dan secara automatik menambah sendiri waktu jam di Iphone nya. Bila fikir-fikir balik, tak logik lah pula kan Iphone nya secanggih tu, siap boleh kesan lokasi pemiliknya secara automatik, hahaha. Beza waktu UK dengan France sejam. Kalau UK jam 1 petang, France dah jam 2 petang :) Sebenarnya Iphone Ayah tu bukam tambah sejam sebab masuk kawasan France, tapi sebab summer time dia automatik tambah. Apa daaa...

Alhamdulillah, musim sejuk dah berakhir. Sekarang nak masuk musim bunga, kemudian musim panas. Best-best. Tapi nanti bermula dari Ahad, minggu terakhir di bulan OKTOBER, waktu jam di UK perlu diTOLAK sejam pula yang membuatkan beza waktu dengan Malaysia menjadi 8 jam. Begitulah putaran waktu jam di UK ini :)

Friday, 18 March 2011

Insyirah & Red Nose Day

Sudah 3 tahun lebih tinggal di UK ni, tapi baru tahu kewujudan "Red Nose Day" ni :D Itu pun dapat tahu daripada pihak nursery Insyirah yang memberikan surat kepada ibu bapa yang menyatakan bahawa Red Nose Day pada hari Jumaat, 18 Mac 2011. Apa lah agaknya "Hari Hidung Merah" ni ek? Ummi pun google lah. Rupa-rupanya Hari Hidung Merah ni direka untuk mengutip derma untuk rakyat UK dan Afrika yang memerlukan dengan cara membuat sesuatu yang kelakar. Katanya, "Do something funny for money". Pihak sekolah ada menjual "hidung badut" bagi tujuan kutipan derma. Ada 3 jenis hidung badut dan Ayah Insyirah pilih yang jenis ni. Harganya £1 sebiji untuk setiap murid.
Hidung badut untuk "Hari Hidung Merah". 
Ummi: Kenapa Ayah pilih yang "pirate" ni.? Tak sesuailah dengan Insyirah.
Ayah: Lorr, mana nak tahu. Ayah ingatkan itu coklat. Siap tanya kat cikgu Insyirah lagi. "Is it suitable for vegetarian?"  hahaha. Ummi rasa macam nak gelak guling-guling je. Mesti ckigu tu pun confuse agaknya. Yelah sekali imbas nengok hidung ni memang macam coklat bila dipandang dari jauh, lagi-lagi siap berbungkus elok dengan plastik. Memang macam coklat rupanya:D
Insyirah in red for Red Nose Day

Ummi fikir nak pakaikan apalah agaknya Insyirah nanti bagi kelihatan kelakar. Tapi Insyirah taknak. Dia taknak pakai yang kelakar. Dia nak pakai ala-ala "princess" juga.  Kiranya pakai baju yang mana ada je lah. Kebetulan semuanya merah. Tambah dengan hidung badut tu, nampak kelakarlah juga. Tapi Insyirah simpan dalam poket coat dia jer, tak pakai pun kat hidung dia. Cuma kat nursery, cikgu dia warnakan semua hidung murid dia warna merah, hehehe. Apa-apa je lah kan:)

Kami terfikir, orang putih ni ada-ada je idea dia untuk menjana ekonomi diorang. Yelah, walaupun hari hidung merah ini tujuannya untuk kebajikan, tak boleh ke kutip derma semata-mata? Tak payahlah nak jual apa-apa untuk kutip derma. Tak tahulah berapa daripada £1 tu yang didermakan. Mesti kena tolak dengan kos penghasilan hidung badut tu? Syarikat yang mengeluarkan hidung badut untuk ke semua sekolah mesti untung besar kan :)  Atau mungkin tak ditolak dan semuanya didermakan? Wallahualam. Tapi kenapa yer seorang pelajar hanya boleh beli sebiji jer? Sebenarnya kami tak kisah je aktiviti diorang ni selagi tak melanggar kefahaman kami, cuma terfikir diorang ni ada jer idea macam-macam. Lepas ni hari Easter pula. Apa pun dengan membuat kelakar boleh membuat orang tertawa dan boleh menghilangkan stress. Bila hilang stress bagus juga untuk kesihatan, tak gitu ;) 

Saturday, 12 March 2011

Babai Atuk & Nenek

Setelah 3 bulan Atuk dan Nenek tinggal bersama kami di UK ini, akhirnya masanya tiba jua untuk mereka pulang ke Malaysia. Penerbangan mereka pada 12 Mac 2011, jam 5 petang di Stansted Airport. Kali ini hanya Ayah sahaja yang menghantar mereka ke airport sebab tak muat kereta kalau kami semua ikut. 
Kami di hadapan rumah merah sebelum bertolak ke airport(Insyirah cakap "this is our red house" :)

berlatar belakangkan masjid karimia. Setiap waktu solat, Atuk akan pergi masjid untuk menunaikan solat fardhu. Siap kadang kena azan lagi. Yang lawaknya diorang siap rakam suara atuk azan :)

Dah sampai Stansted airport dan dah check-in beg. Alhamdulillah semuanya lepas, total 48kg:).
Lepas diorang masuk balai berlepas, Ayah pun bertolak balik rumah. Alhamdulillah jam 6.15 petang ayah tiba Nottingham dengan selamatnya:) 

Pesawat yang Atuk dan nenek naik kali ini tak ramai sangat orang. Banyak tempat duduk kosong. Pesawat pun sampai awal dari jangkaan di LCCT. Agaknya sebab pesawat ringan kot, tu sampai awal, hehehe. Sepatutnya sampai jam 2 petang ikut jangkaan, tapi jam 1.30 petang dah sampai. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. 

Terima kasih banyak Mak Abah sebab sudi tinggal dengan kitorang selama 3 bulan. Sian diorang tinggalkan rumah lama-lama. 

Sunday, 12 December 2010

Nikmat kehidupan

Alhamdulillah, Allah masih kurniakan nikmat kehidupan untuk diri ini merasainya lagi. Masih terbayang saat untuk melahirkan Ahmad Mujahid ke muka bumi Allah ini. Ketika itu terbayang mungkin Allah makbulkan permintaan Ana diawal kandungan ketika diberitahu oleh doktor tentang masalah yang menimpa kandungan ketika itu agar diri dapat menggantikan tempatnya bagi mengurangkan beban kesakitan yang bakal dilaluinya. Tidak sanggup rasanya untuk membiarkan anak dalam kandungan ini menghadapi segalanya seorang diri, perlu dibedah sejurus selepas kelahirannya. Ditambah lagi setelah lihat video-video di youtube yang berkaitan dengan masalah anakku itu. http://www.youtube.com/watch?v=0C7QAWCan6c . EXOMPHALOS @ OMPHALOCELE. Ketika itu pun Doktor menyatakan kandunganku mempunyai moderate to large exomphalos size yang menyebabkan pembedahannya lebih rumit berbanding small exomphalos. Diri ini terbayang mampukah tubuh kecil itu menanggungnya. Namun, doa itu tidak lama setelah encik suami berpesan supaya berbaik sangka pada Allah dan jangan terlalu pentingkan diri sendiri dengan hanya menginginkan yang baik-baik sahaja buat diri dan keluarga. Mungkin ini yang terbaik buat kita walaupun merasakan masalah itu agak berat, tapi itu mungkin adalah yang terbaik dari Allah. Lalu, doaku pohon agar Allah memudahkan segala urusan kami dan berilah yang terbaik buat diri dan keluarga. Sejak itu, diri ini pasrah dan redha dengan ketentuanNya. Tiada lagi air mata bila berbicara tentang masalah yang menimpa kandungan dan diri seakan kuat dan dapat menerima segalanya. Alangkah indahnya jika semuanya kita kembalikan pada Allah. Tak dinafikan pada awalnya diri ini asyik berendamkan air mata mengenangkan nasib anak yang dikandung. Alhamdulillah ianya tidak berlarutan, akhirnya Ana berjaya menerima hakikat sebenar.


Kali ini sekali lagi Ana ditakdirkan untuk melahirkan anak secara pembedahan, emergency ceasearian bagi menyelamatkannya. Air ketuban sudah mula keluar sejak dari pagi 7 Disember 2010 dan kami ke hospital (Antenatal Triage), pada jam 11 pagi. Midwife dan Doktor melakukan pemeriksaan dan  terus ditahan diwad B26, Green bay. Walaupun air ketuban sudah keluar, namun masih tiada rasa sakit lagi. Sekiranya masih tak merasa sakit, Doktor terpaksa melakukan pembedahan keesokan paginya. Suami dan anak-anak tercinta setia menunggu Umminya diwad sehingga habis waktu melawat, jam 9 malam. Riuh rendah dibuatnya wad dengan suara Insyirah dan Nuha, nasib baik ada bilik untuk keluarga beristirehat :)


Walaubagaimanapun, lebih kurang jam 10 malam, tiba-tiba badan menggigil kesejukan, badan rasa seram sejuk. Langsung tak boleh nak bangun dari katil. Suhu badan dan tekanan darah naik mendadak. Denyutan jantung bayi dalam kandungan pula semakin lemah. Lalu, diriku ditolak ke bilik bersalin. Tak lama kemudian mereka memutuskan untuk melakukan pembedahan bagi menyelamatkan bayi dalam kandungan yang semakin lemah. Mereka menyuruhku untuk menelefon suami menyatakan yang diri akan dibedah. Di UK, suami dibenarkan masuk ke dalam bilik bersalin sama ada bersalin secara normal ataupun melalui pembedahan. Bagaimanapun Allah tidak mengizinkan suamiku untuk bersama-sama berada di dalam bilik pembedahan kerana anak-anak sudah tidur di rumah dan tidak sampai hati nak mengejutkan mereka. Ana terbesalin 3 minggu awal daripada jangkaan sepatutnya yang jatuh pada hari boxing day, 26 Disember 2010.


Lebih kurang jam 1 pagi, 8 Disember 2010, Ana masuk ke bilik pembedahan. Kali ini Ana masih mampu berjalan ke bilik pembedahan sebab masih tiada rasa "contraction" berbeza ketika melahirkan Insyirah dahulu. Walaupun tiada suami disisi, ramai Midwife dan doktor yang menemaniku dan memberikan sokongan. Seronok melihat semua tenaga kerja dalam bilik pembedahan terdiri daripada golongan Hawa. Midwife siap menawarkan diri untuk mengambil gambarku dan bayi. Anasthetic menyuntik ubat bius di tulang belakang bagi membius separuh badan, dari perut ke hujung kaki. Setelah semua persiapan pembedahan selesai dan badanku telah ditutup sepenuhnya (kecuali bahagian perut yang ingin dibedah), barulah dua orang doktor masuk ke bilik pembedahan, doktor lelaki dan perempuan. Kemudian doktor dan nurse dari Neonatal Intensive Care Unit (NICU) juga masuk untuk menyambut kelahiran bayi.


Doktor tak mempunyai masalah untuk mengeluarkan bayi dan uri. Ahmad Mujahid berjaya dikeluarkan tepat jam 1:25 pagi dan diikuti dengan uri tidak lama setelah pembedahan dijalankan. Namun doktor mempunyai masalah untuk memberhentikan pendarahan yang berlaku disebabkan oleh rahimku yang tidak mengecut setelah bayi dan uri dikeluarkan. Bermulalah detik-detik yang mencemaskan bila mana Ana sudah mula terasa sakit dengan apa yang doktor lakukan ke atas perutku. Badan siap terangkat-angkat menahan kesakitan. Dada pula terasa sempit dan sukar untuk bernafas. Akhirnya Ana diberikan bantuan pernafasan dan doktor meminta persetujuanku untuk memberikan bius sepenuhnya (general anasthetic) kepadaku. Mulanya Ana menolak dan cuba untuk bertahan kerana risau takut-takut tak bangun balik jika dibius penuh (gara-gara banyak nengok tv la ni;). Namun akhirnya diri ini pasrah dan redha akan segala-galanya. Siap mengucap bagai sebab memang terasa diri tak boleh nak bertahan dan ditambah dengan sesak dada tak boleh bernafas. Terbayang-bayang wajah suami, anak-anak dengan mak abah dan sekiranya Allah menjemputku kembali, apalah nasib ku di SANA. Sebelum ditidurkan doktor juga meminta izinku untuk membuang rahimku sekiranya mereka tidak dapat memberhentikan pendarahanku. Aku mengizinkannya jika itu yang terbaik buat diriku.


Lebih kurang jam 3.30 pagi, diri dah mula sedar tapi masih mamai-mamai (menurut suamiku siap cakap omputih dengan dia lagi, seyes memang tak ingat langsung masa ni :D). Kali ini Ana dah dipindahkan ke High Dependency Unit dan suami dah ada kat sebelah. Terima kasih banyak pada Lee dan Eija yang sanggup datang tidur di rumah menemani Insyirah dan Nuha. Sebanyak 4 beg darah dimasukkan ke dalam badan bagi menggantikan 2.5liter darah yang hilang semasa pembedahan. Sedar-sedar, soalan pertama yang terpacul keluar bertanyakan tentang rahimku sama ada masih ada atau tidak. Alhamdulillah, dengan izin Allah rahimku masih ada. Doktor berjaya memberhentikan pendarahan dengan cara mengikat/menjahit rahimku bagi mengecutkannya ke keadaan asal. Dalam ayat perubatan dipanggil "compression suture". Sepanjang di HDU, Ana terpaksa mengambil morphin dan ubat penahan sakit lain bagi mengurangkan sakit "contraction". Masa ni terasa macam belum bersalin pula, sebab baru rasa "contraction" dan perut pun masih buncit ditambah tiada bayi di sebelah katil seperti kebiasaan.


Sepanjang pagi tu doktor, consultant, midwife kerap datang memeriksa rahimku sama ada mengecut atau tidak. Rasa sakit sangat bila mereka menekan-nekan perutku untuk memastikan tiada lagi pendarahan di dalam rahim. Oh ye, selain dari catherer (beg air kencing) yang disambung, drain (beg darah) juga disambung bagi menempatkan lebihan darah yang keluar dari rahim. Asyik berharap cepatlah kedua-dua beg ini dibuka sebab tak sabar nak turun dari katil dan ziarah Ahmad Mujahid di NICU. Seharian duduk di HDU dengan dijaga oleh seorang midwife sepenuh masa mengikut shif kerja. Terima kasih pada semua midwife yang sangat baik dan sabar menjagaku.


Esoknya, Khamis 9 Disember 2010, alhamdulillah lepas pemeriksaan doktor pagi tu, mereka menyuruh membuka kedua-dua beg (catherer and drain). Seronok sangat, terus bangun daripada katil dan menuju ke bilik air untuk mandi. Kemudian bersiap-siap dan petang tu juga dibenarkan keluar dari HDU dan dipindahkan ke ward B26, green bay. Dalam perjalanan ke wad B26, singgah sebentar di NICU melawat Ahmad Mujahid di NICU. Malam tu midwife suruh duduk green bay, wad yang berhadapan dengan reception dan menempatkan 4 orang pesakit. Midwife kata esok boleh dapat bilik sendiri. Tak minta pun untuk diberikan bilik sendiri dan dah rasa bersyukur sangat dengan apa yang diberikan. Malam tu juga lebih kurang jam 9 malam, midwife memberikan pam susu elektrik, streliser dan botol susu untuk menggalakkan Ana memerah susu. Pertama kali perahan hanya berjaya mendapatkan 9ml susu. Namun susu semakin bertambah dengan banyaknya setiap kali perahan. Setiap 3 jam boleh dapat hingga 180ml dan kadang lebih dari itu. Alhamdulillah rezeki Ahmad.






Esok, Jumaat 10 Disember 2010, pagi-pagi (7.30pagi) lagi dah disuruh berkemas untuk tukar wad. Kali ini Ana dipindahkan ke bilik Side Room 12 di hujung koridor, bilik seorang yang dilengkapi dengan bilik air, tv dan sinki di tepi katil. Pagi ini juga, Ana diberikan stokin ketat untuk mengelakkan blood clot. Bilik ini agak besar dan masa malam pertama duduk bilik tu agak menyeramkan sebab besar sangat, hehehe. Lama-lama ok dah. Alhamdulillah kerana dipindahkan ke bilik ini kerana senang sikit Nuha dan Insyirah nak bermain-main, lepak-lepak. Petang tu Ummi terpaksa menjaga Nuha dibilik kerana En suami nak berjumpa dengan supervisornya sekejap untuk mengambil balik pembetulan conference paper. Tak sangka boleh terbesalin awal sebab masa ini En suami sangat sibuk dengan kerja-kerja PhD nya. Deadline paper yang perlu dihantar untuk conference tu pada 15 Disember 2010. Hari ini Ana berasa sihat daripada hari sebelumnya dan sangat bertenaga ulang-alik dari wad ke NICU untuk melawat Ahmad Mujahid.


11 Disember 2010,  Sabtu, Hari ini kesihatan agak kurang memuaskan berbanding hari sebelumnya. Suhu badan tetiba naik dan Ana tak boleh turun dari katil pagi tu sebab sangat takde kudrat. Alhamdulillah ada staff yang masuk ke bilik untuk menggantikan jug air masak dan Ana memintanya mencapaikan buzzer dikepala katil untuk Ana memanggil midwife. Midwife datang dan memberikan paracetamol dan periksa suhu badan, tekanan darah dan denyutan jantung. Alhamdulillah selepas makan paracetamol baru boleh gagahkan diri untuk bangun dari katil untuk ambil sarapan pagi. Hari ini Ana hanya berehat dalam bilik sahaja sebab terasa diri seakan nak bentan pula. Mungkin sebab hari sebelumnya Ana sangat aktif berjalan ke hulu ke hilir macam tak bersalin :D  


12 Disember 2010, Ahad - Kesihatanku semakin pulih walaupun kadang-kadang terasa pening-pening. En suami dan rakannya pergi ke lapangan terbang Stansted, London untuk mengambil Mak dan Abah yang baru sampai dari Malaysia. Alhamdulillah perjalanan mereka ke sini lancar. Mereka sampai ke Nottingham dalam jam 12 tengah malam. Rutin harian seperti biasa, midwife periksa suhu badan, tekanan darah dan denyutan jantung setiap 8 jam, perah susu setiap 3 jam (tapi bila malam kadang terlajak tidur lepas 6, 7 jam baru perah susu:D) perah lambat sikit dari 3 jam tu yang dapat berbotol-botol sekali perah, sampai 8 botol :D. Sepanjang waktu melawat akan ditemani dengan anak-anak dan suami sehingga habis waktu melawat jam 9 malam, cuma hari ini mereka balik awal 3.30 petang sebab En suami nak ke lapangan terbang. Anak-anak dihantar ke rumah rakan. Bab makan pula, sepanjang duduk dihospital, alhamdulillah ada rakan-rakan yang bergilir-gilir memasak untuk meringankan beban kami sekeluarga. Bantuan rakan-rakan SANGAT membantu memudahkan kerja-kerja suami semasa Ana di hospital. Semoga Allah memurahkan REZEKI rakan-rakan semua. Hanya doa daripada Ana sekeluarga yang mampu Ana berikan buat masa sekarang. 


13 Disember 2010, Isnin hari ke-6 berpantang, staples diperut Ana dibuka oleh ketua midwife. Sepatutnya staples ini dibuka pada hari ke-5 selepas bersalin tapi Ana terlambat sehari. Patutlah rasa tak selesa jer kat perut ni bila nak bergerak-gerak. Rasa pedih kat perut bila bergerak sebab stapler tu berlaga-laga dengan kulit perut. Nak batuk, ketawa dan berjalan pun seksa. Kena pegang perut tu betul-betul kalau nak batuk ke ketawa. Malah berjalan pun terpaksa pegang perut betul-betul. Bila stapler tu dah dibuka, rasa selesa sangat. Hilang dah rasa sakit nak batuk, ketawa atau berjalan. Alhamdulillah. Hari ini mendapat tetamu yang amat istimewa :D Mak dan Abah datang melawatku di hospital. Gembira tak terkira. Alhamdulillah, selepas kedatangan Mak Abah ni, mudah sikit urusan En Suami. Tak payahlah nak membawa Insyirah dan Nuha ke sana ke mari.


14 Disember 2010, Selasa, Ana dah di discharge dari pemerhatian doktor sebab kesihatan dah semakin pulih. Doktor tak perlu datang setiap pagi untuk memeriksa keadaanku. Sekali lagi ditukar bilik ke Room 4, bahagian kediaman ibubapa yang menunggu anak di NICU. Bilik ini kecil sedikit berbanding bilik sebelumnya yang sangat luas namun dilengkapi dengan almari baju, bilik air, tv dan sinki. Ubat tahan sakit pun diberikan sepapan-sepapan dan makan bila perlu. Tak perlu midwife datang setiap 4 jam untuk memberikan ubat tahan sakit sebab Ana tak berada di bilik sepenuh masa, masa banyak dihabiskan di NICU. Namun, midwife masih datang ke bilik setiap 8 jam bagi memeriksa suhu badan, tekanan darah dan denyutan jantung. Alhamdulillah sepanjang berada dihospital, mereka menjagaku sepenuhnya.


15 - 18 Disember 2010 - Masih duduk di wad B26, room 4 dan rutin seperti biasa. Lebih kurang jam 1 tengah hari, nurse memberitahu yang Ahmad Mujahid akan dipindahkan dari NICU ke wad C29. Ana terlompat dari katil bila mendengar khabar yang amat menggembirakan. Alhamdulillah jam 6 petang 18 Disember tu, Ana juga dipindahkan ke wad C29 untuk bersama-sama dengan Ahmad Mujahid.


21 Disember 2010 - Selepas 4 hari tinggal di wad C29 (bersamaan dengan 15 hari dihospital), akhirnya kami dibenarkan pulang pada petang itu. Alhamdulillah. Bawah ini laporan daripada pihak hospital sebelum dibenarkan pulang ke rumah.

Friday, 3 December 2010

Snow 2010

Jumaat 9.30 pagi, 3 Disember 2010, suhu mencecah sampai -7 darjah celcius di Nottingham. Di bawah takat beku ni, sangat sejuk! Tadi Ayah pergi hantar Insyirah ke sekolah sebab dah 2 hari tak pergi sekolah akibat dari snow yang lebat dan Insyirah kurang sihat. Lupa pula nak cek online sama ada sekolah buka atau tutup. Sampai-sampai di sekolah, senyap sunyi jer sekolah dan ada orang jaga depan pintu pagar menyatakan sekolah tutup hari ni. Hehehe. Patah balik rumah semula, nasib baik sekolah dekat jer :D. Kemudian Ayah bersiap-siap nak pergi Universiti pula. Tunggu-tunggu bas, takde pun bas lalu seperti kebiasaannya. Akhirnya Ayah ambil kunci kereta, pergi naik kereta jer :)

Musim sejuk kali ini, snow turun agak awal di Nottingham bermula dari pagi Sabtu, 27 Nov 2010 yang lepas. Bangun-bangun pagi nengok kat luar rumah dah dipenuhi salji tapi tak berapa tebal. Insyirah seronok sangat dan nak keluar main snow di subuh hari. Ummi malas nak keluar. Ayah bawa Nuha dan Insyirah ke luar rumah ambil gambar sementara Ummi duduk dalam rumah jer :D 

Insyirah dan Nuha bersama Ayah (photographer) di luar rumah, 7 pagi :D

Insyirah masih tak puas bermain snow di luar, diajaknya Ayah lagi. Kali ini (lebih kurang 8 pagi) hanya Insyirah dan Ayah jer berposing kat luar rumah (Ayah siap bawa tripod tu:D), hehehe. Nuha dan Ummi duduk dalam rumah jer :D

29 dan 30 Nov 2010, Insyirah ke sekolah seperti biasa. Selalu Ayah yang hantar, tapi 30 Nov tu hari Selasa seperti kebiasaan Ayah ada temujanji dengan supervisor setiap 10pg. Maka Ummi terpaksa hantar Insyirah ke sekolah pagi tu sebab Insyirah berkeras nak ke sekolah juga (suka lah tu sebab snow tengah turun lebat). Keesokannya bila Ayah nak hantar ke sekolah, Insyirah taknak pergi pula sebab memang masa tu dia tak berapa sihat pun. Tapi Ummi tahu, dia nak tuntut janji dengan Ayah dia lah tu nak bawa dia gi main snow. Kalau Ayah takde nak jer pergi sekolah sebab tahu Umminya memang malas nak melayan, hehehe:D

Ni masa nak keluar rumah amik Insyirah balik sekolah. Snow turun dengan lebatnya. 

01 Disember 2010, Rabu, Insyirah tak pergi sekolah dan kebetulan Uncle Lee mesej ajak gi Wollaton Park main snow. Masa tu Ummi tengah goreng karipap sardin. Terus siap-siapkan bekal dengan air panas nak gi main snow, hehehe. Insyirah mula-mula seronok sangat tapi bila sampai Wollaton Park jer, dia menangis kesejukan. Terpaksa balik rumah semula tambah ketebalan baju dan tukar kasut yang lebih sesuai. Sanggup tu patah balik rumah semula, hehehe. Yelah kan dah alang-alang Ayah dah tak pergi Universiti haritu sebab petang tu Ummi ada temujanji dengan Midwife. Alhamdulillah, lepas patah balik semula tu, Insyirah seronok sangat main snow.

Ni bergambar sesampai di Wollaton Park. Insyirah menangis-nangis pula minta didukung sebab tak tahan kesejukan. Sebelum tu, dia yang seronok nak gi main snow. Nuha rileks jer atas stroller tu. Lepas ni kitorang balik rumah semula tambah ketebalan baju :D

Gambar ni selepas di tambah ketebalan baju dan tukar kasut, baru lah seronok tak kira si Insyirah. Masa ni Nuha sedang tidur lena dalam stroller.


Insyirah seronok sangat berbanding mula-mula sampai tadi. Nuha pula tengah tidur lena dalam stroller :)

Nuha selepas bangun dari tidur :D

Bukan setakat Insyirah jer yang seronok main, Umminya pun sama, huhuhu. Ummi Insyirah bermain sledge ketika kandungan berusia 36 minggu. Permainan ini sangat tidak digalakkan untuk ibu-ibu yang tengah mengandung yer. Tapi memandangkan ini musim sejuk terakhir kami di sini (insyaAllah)...redah jerlaa :D

Alhamdulillah, Allah bagi nikmat sekali lagi merasai salji di bumi Nottingham ini. Bukannya senang nak turun salji di tempat kami ini walaupun suhu sejuk bukan main. Alang-alang dah sejuk tu kan, baik turun salji sekali. Apa pun segalanya atas kehendak Allah. Seronok bila salji turun tapi bila berterusan naik risau dibuatnya sebab sistem pengangkutan terjejas, sekolah terpaksa ditutup, keadaan jalan licin dll. Harap-harap janganlah lapangan terbang ditutup minggu depan sebab Mak dan Abah nak sampai minggu depan. Semoga Allah permudahkan perjalanan mereka ke UK minggu depan.

Dan kami juga berharap agar musim sejuk ini yang terakhir bagi kami di UK. Doakan kami agar dapat menamatkan perjuangan kami di sini dengan jayanya dan kembali ke tanah air tercinta. Daripada bertiga (Insyirah baru berusia 3 bulan ketika itu) masa mula-mula sampai di sini, September 2007 dan kini bakal berlima insyaAllah. Terasa pantasnya masa berlalu. Sudah tiba masanya untuk kami pulang berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara:) Semoga Allah permudahkan urusan kami di sini.