Friday 29 January 2010

Visa Nuha

Khamis lepas, 21 Januari 2010 Insyirah sekeluarga ke Sheffield (UK Border Agency) untuk membuat visa adik Nuha. Temu janji jam 11.15 pagi dan perlu sampai 30 minit awal untuk melepasi bahagian keselamatan. Kami bertolak dari rumah lebih kurang jam 9.30pagi dan mengambil masa sejam untuk sampai ke Sheffield. Walaubagaimanapun kami sampai lewat kerana sesat di bandar Sheffield (En. TomTom pening). Nasib baik pihak keselamatan masih membenarkan kami masuk juga. Peraturan agak ketat untuk memasuki bangunan UKBA ni. Jacket, tali pinggang kena tanggalkan dulu dan badan perlu discan bagi memastikan tiada barang yang merbahaya dibawa. Kamera juga tidak dibenarkan dibawa masuk.
Kami masuk jam 11.15pagi dan diberi giliran no 47, tapi jam 1petang baru tiba giliran kami. Ingatkan dah buat temujanji 11.15pagi, dapat jumpa terus. Rupanya kena menunggu juga. Segala dokumen kami dah sediakan berdasarkan khidmat nasihat International Office(IO), University of Notingham (2 hari sebelum, Ayah dah pergi semak semua dokumen dengan penasihat di IO dan semuanya lengkap). Bila disemak oleh pekerja di UKBA juga semua dokumen lengkap dan borang yang digunakan juga tiada masalah dan perlu ke kaunter seterusnya bagi urusan pembayaran sebanyak £665. (Kami guna borang FLR(O), yang diberikan oleh penasihat di IO kerana visa Ayah version lama).
Gambar visa Nuha bagi borang FLR(O).
(Gambar yang diedit sendiri dan di print di ASDA £0.40, murahkan RM2.40 untuk 8keping gambar)
Selesai urusan pembayaran, kami perlu menunggu sebentar untuk borang kami diproses. Tiba-tiba kami dipanggil semula dan Ayah disoal siasat pelbagai soalan. Antaranya; Anak awak berapa bulan? Kenapa lambat buat visa? Awak kerja apa? Bagaimana awak nak sara 2 orang anak dengan tidak bekerja? Huh,macam-macam lagilah soalan. Paling kecewa bila dia cakap borang yang awak guna salah dan anak awak perlu buat Biometric juga. Haah??? Dia bagi borang baru dan suruh isi balik, borang FLR(O) dah tak digunapakai. Tertekan sangat masa tu, dahlah borang tebal berjuta-juta helaian (40+ muka surat) dan kami juga dah buat pembayaran. Kenapa masa kaunter 1 tu periksa dokumen kami dia kata semua lengkap? Kenapa tak cakap kami guna borang yang salah? So, takyah lah kami pergi ke kaunter seterusnya untuk bayar! Masa ni hati memang berdebar-debar takut permohonan ditolak. Tambahan pula kami memang tak sediakan pun dokumen yang diperlukan untuk borang baru ni. Kami berdoa harap Allah lembutkan hati orang yang uruskan borang kami agar meluluskan permohonan visa Nuha ni. Ummi siap bernazar untuk puasa sehari jika visa Nuha diluluskan. Dalam Ayah sibuk mengisi borang, Ummi bawa Nuha untuk mengambil gambar (Biometric). Alhamdulillah Nuha tak meragam. Hanya sekali klik, gambarnya berjaya diambil.
Pendekkan cerita, Ayah siap isi borang dan hantar semula untuk disemak dan memberitahu bahawa kami memang tak sediakan dokumen sokongan untuk borang ni. Dalam jam 3 petang, segala urusan selesai dengan jayanya. Alhamdulillah. Kad visa Nuha akan dipos ke rumah dalam masa 7 hari (hmm, ingatkan dapat terus). Visa yang baru ni tidak lagi dicop dalam passport seperti yang lepas-lepas. Dia guna kadlah pula.

Semalam, 28 Januari 2010, kad visa Nuha sampai. Lorr nama salah eja lah pula. Tertinggal 2 huruf, I dan Z pada nama Ayah. Ummi telefon pihak UKBA beritahu dan diorang suruh pos balik kat diorang kad, cover letter dan passport sekali. Dia kata nama panjang sangat. Yelah dah tahu panjang, semaklah betul-betul! Bila Ummi tanya berapa lama proses yang diambil untuk dapat balik kadnya, dia kata lebih kurang 2-3 minggu selepas diorang terima balik kad yang salah eja dan passport. Hmm, bayar mahal-mahal pun lama gak ker. Dahlah lebih £200 dari harga yang guna pos. Nasib baik kami bukan nak keluar dari UK dalam masa terdekat ni. Kalau tak memang tak sempatlah. Kalau buat visa guna pos, kes Nuha ni £465 jer tapi ambil masa 8 - 13 minggu. Disebabkan takut tak sempat siap dan taknak ambil risiko, tu yang kami buat terus di Sheffield. Ingatkan boleh dapat terus, rupanya...

Sabar jer lah. Mesti ada hikmah disebaliknya. Wallahua'lam.

Bulan Oktober ni nak perbaharui visa lagi, haihhh duit lagi... Dahlah takleh claim macam Universiti lain, huhuhu.

Wednesday 27 January 2010

Boxing Day 2009

Pada mulanya Insyirah sekeluarga tiada perancangan untuk keluar dari Nottingham semasa Boxing Day. Tiba-tiba malam 24 Disember 2009 tu, Ayah menerima panggilan telefon dari Ayah Eriem menyatakan bahawa ada Travelodge kosong yang telah ditempah (check-in 25 Disember dan check-out 27 Disember) di Hull dan menanyakan kepada kami sama ada nak atau tidak. Ayah bersetuju dengan tawaran tersebut dan keesokannya Ummi agak kelam kabut menyediakan makanan dan mengemaskan pakaian kerana pada malamnya tidak sempat berbuat apa-apa (ada mesyuarat bersama keluarga lain yang diadakan di rumah Insyirah sehinggam jam 3pagi). Pada awalnya nak bertolak jam 10.30pagi bersama keluarga Eriem, tetapi hajat tak kesampaian. Akhirnya kami bertolak lebih kurang jam 3.30petang dari rumah tetapi keluar dari Notts hampir jam 4.30 petang setelah puas bepusing-pusing mencari stesen minyak berhampiran (Hari Krismas banyak stesen yang tutup) untuk mengisi minyak kereta yang hampir kering. Kami sampai di Travelodge Hull lebih kurang jam 6 petang dan kebetulan keluarga Adeela juga telah berada di sana. Setelah berehat-rehat sebentar, kami ke bilik Adeela untuk makan malam bersama.
Menu kami sepanjang 2 hari, sambal kering ikan bilis dan kacang, telur yang dah siap direbus dirumah dan timun. Ummi hanya perlu memasak nasi sahaja di Travelodge. Ini merupakan pengalaman kami yang pertama menginap di Travelodge. Terima kasih banyak-banyak kepada keluarga Eriem.
Keesokannya, 26 Disember, pagi-pagi lagi kami bergegas ke Next di Hull Kingston Retail Park. Sampai di Next lebih kurang 7.15pagi dan shopping baju Insyirah dan Nuha. Ayah dah tolong beratur siap-siap di kaunter pembayaran. So cepat sikit. Kul 8.15pagi kami bergegas ke York Designer Outlet untuk sambung membeli belah lagi. Kami tiba di York 9.30pagi. Ramai rakan-rakan dari Nottingham ditemui di sini. Seronok sikit shopping di sini sebab "indoor" berbanding DO yang lain. Tapi disebabkan Ummi kurang sihat hari tu, kami pulang agak awal ke Travelodge dan tak sempat masuk semua kedai. Setelah berehat-rehat, kami menuju ke bandar Hull ke rumah mak saudara Ayah untuk memenuhi jemputan makan malam. Keesokannya, selepas check-out kami menuju ke The Deep bersama rakan-rakan Notts yang lain, dan kemudian pulang ke Nottingham :).
The Deep, Hull