Semenjak seminggu yang lalu, berita di UK menggambarkan yang cuaca di minggu ini bakal sejuk dan merupakan yang
tersejuk sejak 13 tahun yang lepas.
Mulanya, salji dijangka turun dengan lebat pada hari Ahad, 1/2/2009. Ada dikalangan warga Malaysia Notts yang berkunjung ke tempat tertentu bersama keluarga dengan harapan salji turun lebat di sana. Insyirah sekeluarga pun mulanya ingin turut serta tetapi keletihan berjalan sehari sebelumnya menghalang niat kami untuk turut serta bersama rakan-rakan yang lain. Pada sebelah petang di hari tersebut, Insyirah hanya menghabiskan masa di kedai "Moth*rcare" bersama ummi dan ayah. Salji pun dah mula turun sedikit demi sedikit. Bila kami balik ke rumah, banyak kereta telah disaluti dengan salji nipis.
Salji terus menghujani Nottingham sehinggalah malam. Bila kami keluar rumah... "waaa" (macam selalu Insyirah sebut).. jalan depan rumah dah memutih... hehehe.. pertama kali kami rasa macam ni kat Nottingham. Selalunya "ciputt" saja salji yang turun dan sekejap sahaja terus cair.
Pada hari Isnin sesudah solat subuh, keadaan sekitar rumah semakin memutih dan salji juga terus turun perlahan-lahan. Ummi dan Ayah ambil kesempatan untuk bergambar sekeping dua sebelum Insyirah bangun tidur (takut-takut salji cair di siang hari macam kebiasaan).

Sangkaan kami meleset, rupanya salji terus turun dengan lebat pada siangnya. Pada masa ini, Ayah berada di Universiti. Hanya Insyirah dan Ummi yang bersuka ria di belakang rumah. Insyirah dapat juga merasa baju yang dah lama dibeli di e-B*y.
Pada sebelah petangnya, kami turut serta dengan keluarga Auntie Cahaya bermain salji di Wollaton Park. Di sini Insyirah kongsikan sedikit gambar kami buat tatapan keluarga dan rakan-rakan di Malaysia. Suatu hari nanti, Insyirah nak main hujan pula kat Malaysia :)
Selepas ayah balik dari Universiti, kami sekeluarga pergi ke Wollaton park.
Insyirah pelik lantai belakang rumah semuanya warna putih. Insyirah tak nak pijak lantai tu, takut jatuhh...:)