Monday, 1 September 2008
Tuesday, 26 August 2008
Sekitar usia 13 bulan
31 Ogos 2008, genaplah 5 bulan Insyirah berada di University Day Nursery, University of Nottingham, UK. Pada mulanya agak sukar untuk Insyirah membiasakan diri tinggal di Nursery sepanjang Ummi dan Ayah belajar. Setiap hari bila Ummi nak tinggal Insyirah di Nursery pastinya Insyirah akan menangis, begitu juga ketika Ummi sampai untuk mengambil Insyirah balik. Tapi nangis bila nampak Ummi jer, bila tak nampak Ummi, Insyirah ok jer tak nangis. Sajer jer tu protes sket:) Bermula minggu lepas, tiada lagi air mata yang keluar bila Ummi nak tinggal Insyirah di Nursery. Malah Insyirah seronok nak tinggal, tak sabar-sabar nak main dengan kawan-kawan.
Aktiviti Insyirah di Nursery dan hasil lukisannya:)
Pada kebiasaannya Ummi dan Ayah hantar Insyirah dari 8.30 pg hingga 5.30 ptg. Tapi kadang-kadang hantar lambat sikit dan ambil awal. Bergantung kepada tahap kesibukan Ummi dan Ayah. Bermacam-macam aktiviti Insyirah di Nursery sama ada "indoor" atau pun "outdoor". Yang pastinya sekarang Insyirah sangat suka melukis, pantang dapat pen dan kertas. Nengoklah aksi Insyirah di bawah ni:)
Insyirah gembira melukis (lukisan abstrak gitu, hehehe)Minggu ni best sebab Insyirah cuti 4 hari, dari Sabtu sampai Selasa. Sebabnya Isnin, 25 Ogos "bank holiday" dan 26 Ogos pula pihak nursery ada "In house training" di Nursery. Duduk rumah dengan Ummi dan Ayah memang best. Layanlah video Insyirah yang sangat gembira bermain dengan Ummi dan Ayah di rumah (baru belajar upload video ni, hehehe).
Friday, 8 August 2008
080808
Hari ini tarikh yg agak sempoi utk diingati. Mesti ramai yang ingin melangsungkan perkahwinan pada hari ni, pastu kalau nak bagi dahsyatt lagi, letak pula hantaran RM8888.88.. huishh.. terasa pening pula dengan no. 8 ni.. selamaitt
Thursday, 31 July 2008
Monday, 28 July 2008
Camping Oxford
18 Julai hingga 20 Julai 2008 yang lepas, insyirah berkhemah sekali lagi. Kali ini bertempat di Hardwick park, Oxford.

Subscribe to:
Posts (Atom)
