Saturday 20 September 2008

Suami & Isteri: Belajar sepenuh masa

Hari ini dah tiba hari ke-20 umat Islam berpuasa di bumi British. Alhamdulillah, Ummi dan Ayah setakat ini telah pun berpuasa sepenuhnya walaupun dari segi ibadat yang lain masih agak kurang baik "performace" nya :).

Setelah selesai menghantar disertasi projek MSc pada hari ISnin yang lepas (lambat setengah jam, kena potong markah sikit, huhuhu), InsyaAllah selepas ini Ummi akan lebih berikan perhatian kepada Insyirah disebabkan buat masa ini,Ummi akan bercuti sambil menemani Ayah untuk menyiapkan PhD nya yang masih terkontang-kanting tu. Harap-harap Ayah janganlah malas bekerja nanti yaa, kerja rajin-rajin , InsyaAllah nanti boleh habis ikut tempohnya dan pulang ke tanahair yang dicintai :)

Beberapa hari lagi juga, akan genaplah tempoh setahun kami meninggalkan kampung halaman untuk bermukim seketika di bumi Nottingham ini. Sepanjang tempoh setahun ini, bermacam perkara juga yang kami tempuhi di Nottingham ini. Teringat pula kisah ketika mula-mula di"soal siasat" oleh majikan Ummi semasa temuduga ASHES, antara soalan yang ditanya ialah "bagaimana kamu nak uruskan anak nanti sebab kedua-duanya (suami dan isteri) belajar pada masa yang sama. Yuran nursery mahal di UK". Ummi jawablah "Saya dah survey2, kebiasaannya rakan-rakan di UK akan bergilir untuk menjaga anak mereka ataupun menghantar anak mereka kepada rakan Malaysia yang lain untuk dijaga". pada masa tersebut, Insyirah masih dalam perut Ummi lagi.

Di sini, Insyirah rasa bagus juga kalau dikongsikan berberapa cara yang kebiasaannya diambil oleh pasangan yang senasib dengan kami, untuk menguruskan hal penjagaan anak-anak yang masih kecil khususnya anak-anak di bawah umur 2 tahun.

1. Menjaga anak secara bergilir-gilir
Kaedah ini merupakan kaedah pertama yang diambil oleh kami sekeluarga di sini. Pelan asalnya, bila Ummi ada kelas, Ayah akan jaga Insyirah kat rumah sambil baca apa yang patut (tapi tak baca sangat pun, hehehe). ayah akan pergi ke universiti bila ada ruang kosong pada jadual ummi. Nasib baiklaa supervisor ayah ini boleh faham keadaan kami sekeluarga. Kaedah ini memerlukan disiplin waktu yang ketat dan amatlah tidak sesuai untuk pelajar PhD yang perlu menjalankan eksperimen di makmal. Ia juga adalah kaedah yang kurang sesuai (tidak sesuai kot) buat pasangan yang kedua-duanya mengambil MSc (taught course) disebabkan kekangan jadual waktu dan juga bebanan tugasan yang akan diterima, ditambah lagi tekanan di minggu peperiksaan.

2. Hantar anak ke nursery
Di Malaysia, menghantar anak ke nursery merupakan perkara lumrah bagi pasangan yang kedua-duanya bekerja. Di UK, kos penjagaan anak amat tinggi, kebiasaannya £600 - £700 (sekitar RM4000) di Nottingham, jika diambil kira dengan jumlah elaun bulanan yang diterima. Alhamdulillah, Ummi berjaya untuk menempatkan Insyirah di nursery universiti dan mendapat harga pelajar iaitu sekitar £410 sebulan, disokong pula dengan bantuan "student services" di universiti kami iaitu sebanyak £100 sebulan, jadi dapatlah kami tampung kos nursery Insyirah dengan kerja part-time ayah (pendapatan lebih kurang £280 sebulan masa tu).

3. Minta bantuan rakan-rakan Malaysia untuk menjaga anak
Kaedah ini bergantung kepada kawasan belajar pasangan tersebut. Syukur di Nottingham ini, ada yang sudi untuk menjaga anak-anak pasangan yang kedua-duanya belajar (mungkin dalam kejayaan kita nanti, tercatat jasa rakan-rakan yang sedia membantu walaupun bayarannya rendah berbanding bayaran "menonyoh lantai" untuk sejam).

4. Bawa pembantu (maid) tetap dari Malaysia
Kaedah ini memerlukan modal awal yang agak besar iaitu dengan menyediakan wang simpanan yang agak besar dalam akaun peribadi (mungkin boleh buat pinjaman dahulu) untuk membolehkan visa pembantu (biasanya pembantu Indonesia) diluluskan. Proses permohonan agak ketat dan rasanya sekarang ni lagilah ketat kot.

5. Bawa keluarga atau pembantu dari Malaysia untuk tempoh 6 bulan
Rasanya ini merupakan cara yang paling praktikal dan juga "jimat kos". Cumanya ianya memerlukan ahli keluarga atau sesiapa yang sudi untuk membantu menjaga anak-anak dengan menggunakan visa pelawat (6 bulan). Terdengar juga cerita di luar Nottingham di mana ahli keluarga/pembantu tinggal lebih dari 6 bulan :D

Buat masa sekarang, ini sahaja yang Insyirah tahu berkenaan hal penjagaan anak-anak bagi pasangan yang kedua-duanya belajar. Semoga entry kali ini bermanfaat untuk pasangan suami isteri yang bercadang untuk menyambung pelajaran khususnya di UK.

Salam 10 Malam Terakhir Ramadhan

14 comments:

ummsaal said...

salam ana. tahniah dah habis master. mmg tabik spring kat husband n wife yg dua2 belajar n ada anak. selamat berpuasa. take care. wassalam

Nihlah Insyirah said...

hai Kak Bella, setiap orang ada susah masing2.. kami ni kira tak susah sgt lagi ni, org yg lagi susah. Terbayang ibu tunggal yg sendirian menguruskan anak2 sambil belajar di UK ni, lagi mencabar.

A Journey To Remember said...

Ana.. congrates!! X sgka kan kejap jer dh abis master. Respectla ana dpt urus Insyirah n dlm masa yg sama sibuk study.

Bila Ana start phD? Ana smbg dkt univ yg sama ke?

Sgt berguna informasi Ana ni. Tertanya2 jugak mcmana nk urus hal anak kalau both wife n husband study. Risau jgk fikir kalau nxt year niza n azizul study, sape nk tgkkan Farrel. Mujur nxt year mama niza pencen, blhla kot ikut cara no 4 tuh buat sementara waktu. University yg lain pun sama ke? ade nursery sendiri n dpt 'student services'?

Nihlah Insyirah said...

Niza..

Student support tu depend kat university yg kita belajar, nasib baik kat U.Nottingham ni dia ada macam dana untuk bantu student yg ada anak2.. boleh laa bantu sikit :)

Nihlah Insyirah said...

Niza, lupa nak jwb..ana cuti dulu..tak sambung Phd terus:)..tak larat..tunggu husband habis dulu..lagi pun ana tengah penin2 and loya2 ni;)doakanlah semuanya selamat ek.

Anonymous said...

oo... okayla tuh cuti dulu.. rehat2 dulu. pening2 n loya2?? naper?? Insyirah nk dpt adik ker? wah.. meriah la nanti. ape2 semoga semuanya selamat n yg terbaik buat ana sefamily.

Nihlah Insyirah said...

niza..insyaAllah Insyirah nk dapat adik..ni baru 6 minggu

Anonymous said...

tahniah ana, semoga sumenya selamat dan dipermudahkan. insyirah umur baper ye?

M4M4 MY4 said...

menyerah diri kepada Allah dan tawakal kepadanya dalam menghadapi suatu kepentingan, kesukaran, teguh hati ketika di timpa kesusahan dengan jiwa yg tenang dah hati yg tabah..

berat mata memandang berat lagi bahu memikul.. akhirnye ana dah harunginya lepas nie relaks laa sikit kan.. tahniah yer coz bakal dapat baby baru.. doakan akak lak yer..

Nihlah Insyirah said...

tq niza, 27 September ni Insyirah cukup 15 months:)

tq mama mya..insyaAllah lepas ni turn akak plak:)

Anonymous said...

wah wah waah..bagus tips ummi insyirah ni kasi...nno brp eriem nak pilih ek klu ayah nak study nnt??huhuhu...

Congratz skali lg Insyirah dah nak dpt adik...take care ye ummi insyirah, jgn 'renyah2' sgt :p

Nihlah Insyirah said...

hehehe..bila ayah eriem nak sambung tu??thanks ibu eriem..laa ni sumer kije di rumah ayah insyirah yg buat..ummi rehat jer..sian ayah insyirah...

ummsaal said...

ooo nak tambah ahli lagi...congrats!
bestnya.

Nihlah Insyirah said...

thanks kak bella:)