Thursday 20 November 2008

Misi selesai!!!

Alhamdulillah, setelah bertungkus-lumus selama setahun, mengharungi segala cabaran (seperti yang dicoretkan dalam "entry" yang lepas-lepas), akhirnya Ummi berjaya menamatkan pengajian MSc nya dan layak untuk menghadiri konvokesyen pada 12 Disember 2008 ini. Pada 17 November 2008 yang lepas, keputusan penuh MSc Ummi diumumkan di portal Universiti. Walaupun keputusan yang diperolehi hanyalah "MSc Pass with MERIT", kami berasa sangat gembira dengan keputusan yang diperolehi (Alhamdulillah, Ummi tidak perlu mengulangi mana-mana subjek).

Di Universiti of Nottingham ini, keputusan dikategorikan kepada 3 peringkat:
  1. MSc pass with Distinction - dianugerahkan kepada pelajar yang memperolehi markah keseluruhan 70% ke atas
  2. MSc pass with Merit - dianugerahkan kepada pelajar yang memperolehi markah keseluruhan 60% -69%
  3. MSc pass - dianugerahkan kepada pelajar yang memperolehi markah keseluruhan 50% - 59%

Markah 50% dan ke bawah dikategorikan sebagai gagal dan tidak layak untuk menerima ijazah. Pelajar hendaklah mengulangi mana-mana subjek bagi membaiki markah keseluruhan mereka untuk berijazah.
Keputusan MSc Ummi diabadikan dalam blog ini untuk kenangan di masa hadapan dan tatapan keluarga di Malaysia:) Terima kasih di atas doa kalian semua. Semoga ilmu yang diperolehi sepanjang pengajian Ummi di sini diberkati olehNya dan dapat disebarkan kepada pelajar-pelajar Ummi kelak, insyaAllah.
Majlis konvokesyen di sini berlangsung selama 3 hari bermula dari 10-12 Disember 2008 dan mempunyai 6 sessi (pagi dan petang). Berbeza dengan majlis konvokesyen di Malaysia, di sini Ummi perlu menguruskan sendiri urusan persiapan untuk majlis tersebut (Winter Graduation Ceremony) di mana Ummi perlu membeli tiket untuk tetamu yang bakal hadir dan menyewa jubah (gown) daripada agensi yang telah ditetapkan oleh Universiti.
Agensi Ed* and Rav*nscroft(* = huruf e) telah dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan urusan sewaan/jualbeli jubah dan Ummi telah membuat tempahan melalui online dengan memberikan saiz kepala, dada dan tinggi. Kos keseluruhan yang dikenakan berjumlah £42 (tidak termasuk tambahan waktu sewaan). Jubah, mortarboard boleh diambil pada pagi sebelum majlis bermula (9-10.30 pagi), agak berbeza dengan di Malaysia di mana ianya boleh diambil beberapa hari awal sebelum majlis berlangsung. Ummi juga telah membeli tiket untuk ayah sebanyak £20 (setiap tetamu). Insyirah pun ada "complimentary ticket" juga (duduk atas riba ayah), tapi Ayah dan Ummi tak pasti lagi nak bawa Insyirah masuk atau nak hantar Insyirah ke Nursery (bergantung kepada kekosongan Nursery). Ayah dan Ummi takut Insyirah menangis dalam dewan ketika majlis berlangsung walaupun majlis rasmi hanya sejam.


Kos sewa jubah :)

Ini pula gambar kenangan bersama rakan sekelas Ummi beserta pensyarah dan rakan-rakan dari kursus lain di bawah Fakulti kejuruteraan (Ummi duduk nombor 3 dari kiri)

Wasalam.

2 comments:

Anonymous said...

Congratulations from us. Every hard work really does pay off. We wish happy convocation for Ana and family. Kem regards to hubby and cutie Insyirah.

-Niza, Azizul and Farrel-

Nihlah Insyirah said...

Thanks a lot niza. nanti dtg UK, bolehlaa kita berjumpa ye...good luck!!