Hari ini, 5 Mac 2008, Insyirah sekeluarga nak berkunjung ke Birmingham buat kali keduanya, untuk saksikan Kejohanan Terbuka Badminton All England. Kali pertama ialah pada Mac tahun lepas juga di mana kami sekeluarga telah pergi ke Cadbury World bersama rombongan Cahaya. Khabarnya All England kali ini merupakan yang terakhir diadakan di National Indoor Arena (NIA), Birmingham sebelum venue kejohanan berpindah ke London pada tahun depan (tapi tahun lepas pun dah cakap macam ni juga). Jadi Insyirah ambil kesempatan untuk ke kejohanan kali ini disebabkan jarak Birmingham yang hanya lebih kurang sejam perjalanan dari Nottingham.
Gambar di hadapan dan di dalam NIA (yang di dalam dewan tu kami curi-curi tangkap waktu kejohanan berhenti rehat)
Tiket masuk telah dibeli awal beberapa minggu yang lepas oleh wakil NMC. Ummi dan Ayah hanya perlu bayar £7 untuk harga pelajar manakala Insyirah pun beli tiket juga, £6 saja, walaupun mulanya ingatkan nak masuk percuma saja tetapi beli juga untuk berjaga-jaga takut tak dibenarkan masuk pula nanti.
Kami sekeluarga bertolak seawal jam 8.40 pagi dan tiba agak lewat di NIA lebih kurang 10.30 pagi disebabkan kesesakan lalu lintas dan tersesat jalan :D Mengikut jadual, Lee Chong Wei akan main pada pukul 10.20 pagi, jadi kami pun bergegas masuk ke dalam dewan. Sempat juga tengok Chong Wei main di set kedua. Kami sekeluarga duduk bersama ketua sorak NMC, uncle Midon, dan rakan-rakan Malaysia yang lain yang telah sampai terlebih awal dari kami. Setelah Chong Wei habis beraksi, barulah rombongan Auntie Eija dan rakan-rakan lain sampai.
Insyirah tak meragam sangat sepanjang berada di dalam dewan walaupun sebenarnya Insyirah tak sihat sangat, ada selsema sikit. Ummi pun tak sihat, dah batuk-batuk sejak 2 minggu yang lepas. Ini merupakan pengalaman pertama bagi kami sekeluarga menonton kejohanan badminton peringkat antarabangsa secara langsung. Perasaan memang teruja melihat cara permainan pemain bertaraf dunia ini. Mata pun dah naik juling :D sebab letih menonton permainan di 3 gelanggang yang terdapat dalam dewan tersebut. Terasa ingin juga bergambar di dalam dewan semasa permainan tetapi ia tidak dibenarkan, takut mengganggu pemain di gelanggang, huhuhu.
Selepas Chong Wei, ada lagi pemain Malaysia yang turun beraksi tetapi kami sekeluarga dan rakan-rakan yang lain menanti perlawanan beregu Zakri-Fairuz. Permainan pasangan ini agak gugup di permulaan set sehingga ketinggalan agak jauh di set pertama, tetapi persembahan mereka semakin mengancam dan mendebarkan di penghujung set sehinggalah membawa ke "deuce" 20-20. Penyokong Malaysia pun dah gembira dengan persembahan mereka dan berharap persembahan dapat diteruskan di set kedua. Malangnya pemain lawan telah tercedera ketika Malaysia mengutip mata 21. Agak ngeri juga melihat keadaan pemain tersebut sampai terjerit-jerit menahan sakit ketika cuba dirawat pegawai perubatan di gelanggang. Pemain tersebut tidak dapat meneruskan permainan dan Malaysia mendapat kemenagan percuma. Walaupun menang, kami agak kecewa kerana mengharapkan permainan yang lebih lama (huhuh.. kecewa betul, main lama-lama sikit baru berbaloi tengok :D).
Sesudah perlawanan terbabit, kami dan rakan-rakan lain keluar dewan untuk berehat (makan, solat dan lain-lain) sambil membeli belah barang-barang yang dijual diluar dewan. Ummi beli kasut dan Ayah beli raket dan beg badminton, manakala Insyirah hanya sibuk ber"posing" bergambar (sambil menunggu ayah membeli) sampai 'orang putih' yang lalu lalang menegur Insyirah :D hehehehe.
Insyirah sibuk ber"posing" di luar dewan sambil menunggu ayah membeli raket
Sebelah petangnya, kami sekeluarga telah penat dan tak berapa menumpukan sangat perhatian pada perlawanan di gelanggang, mungkin disebabkan selsema dan batuk-batuk yang dialami. Bila orang ramai tepuk, kami pun tepuk juga,, hehehe,, dan Insyirah pun kadang-kadang bertepuk juga. Insyirah juga dah pandai meniru gaya orang memegang raket sambil menghayun tangan (mulanya Ummi ingatkan Insyirah nak menumbuk Ummi), mungkin kesan seharian menonton kejohanan All England 2009 ini.
Kami sekeluarga pulang terlebih dahulu ke Nottingham pada pukul 10.40 malam dan tiba di rumah sekitar jam 12 tengah malam. Kami letih sangat dan terus zassssstt,,,,,,,,,,, z z z z z
3 comments:
tue date ada error ckit tue :) waa best nye nengok badminton
re = berat cik mya yer? cik mya nie susah nak naik berat dia rasa2 akak x sampai 10 kg lagi.. insyirah dah berapa kg? kalau nengok dalam n3 ada toncet2 tue kan, sume tue toncet dari nursery.. kalau kat umah dia bukak toncet tue kalau pi jalan x peduli dah rambut dia :)
amboii bersemangat betol kakAna n Paklah p tgk malaysian team ;)
kakAna pregnant anak kedua kan skrg ni? dah berapa bulan? bestnya kakAna....tgcare yer...
bb: sajer jer gi nengok malaysian team coz tak jauh sgt dari tempat kami:) akak skang dah 8 bulan insyaAllah..bb pun take care tau..semoga semuanya selamat k..
Post a Comment