Thursday 23 July 2009

Insyirah 2 tahun & Nuha 2 bulan :)

Adik Nuha sekarang dah 2 bulan lebih dan pada Sabtu yang lepas 18 Julai 2009, Ayah dan Ummi bawa adik Nuha ke Birmingham untuk disunatkan oleh Dr. Norli*. Kami pergi bersama adik Sofia dan adik Nana yang turut sama disunatkan.
Untuk tatapan kaum keluarga di Malaysia, di bawah ni disertakan video adik Nuha yang baru mula nak bersembang. Sekarang ni dah boleh ketawa besar bila di"agah" dan semakin rajin nak bersembang (nanti bila-bila Ummi rajin, Ummi ambil gambar video adik bersembang dan ketawa ye). Haa lagi satu, sejak kebelakangan ni, adik sangat suka hisap ibu jarinya terutama bila kelaparan. Ummi cuba nak bagi puting tapi adik Nuha kurang menyukainya.

Insyirah pula sekarang makin aktif dan mula nak berkawan. Tapi bila pergi rumah rakan-rakan Ummi dan Ayah, Insyirah masih memerlukan waktu untuk "panas" sebelum boleh bermain dengan rakan-rakan yang lain. Masih malu-malu dan takut-takut sikit pada awalnya. Hobi barunya melompat-lompat atas katil dan melayan youtube. Lagu alif ba taa, ABC dan macam-macam lagi. Asyik berebut komputer dengan Ummi. Selain tu Insyirah dah pandai nak melaram. Selepas mandi suka suruh Ummi ikat rambutnya. Perkataan yang diketahui juga semakin hari semakin bertambah dan dah mula boleh buat ayat yang mengandungi 3 perkataan. Tapi bahasanya sendiri (tak tahu bahasa apa, hehehe) masih ada yang sukar untuk difahami :). Bila nak tidur pula mula merengek-rengek nak dipeluk (mengalahkan adik Nuha).

Hobi baru Insyirah
Oleh kerana adik Nuha asyik menghisap ibu jarinya, Ummi cuba nak ajar adik pakai puting. Malangnya adik tak suka tapi Insyirah cuba mengajarnya tanpa berputus asa (ke memaksa, hehehe). Layan jer lah video di bawah ni. Aksi kakak Insyirah dan adik Nuha :)
Sekian.

9 comments:

kak cahaya said...

hahaha...fed up la bagi adik Nuha ni..dia tamo la ummi...payah sangat kakak je la yang isap..hehehe

Eriem said...

dah besar dh adik nuha..lama xjumpa..rindu ar kat insyirah n nuha...insyirh dah pandai bgaya..dah besar dah anak dara ummi!!

teratakmuslaily said...

pandai sungguh si syirah melayan adiknya.. mcm dah dewasa sangat dah... hehehe... cam kakak nani gak la, dapat adik je, terus matured!!... iiiiiiii comeynya si nuha nie!...

shuzana said...

perangai nuha..sebijik mcm aqila..refused ngan puting.pastu..kalau lapar or lambat bg bf plak..mulalah tunjuk perasaan..masukkan kesemua jari dlm mulut..hihi

sya said...

haha..lawakla insyirah sumbat puting kat adik dia..:) kak ana doc kat birm tu malay ke?

Umi Kalthum Ngah said...

Assalamualaikum warahmatullah,

Puan sudah punya dua anak perempuan comel!

Kebetulan, nama kedua-duanya adalah nama cucu sulung saya iaitu Nuha Insyirah...Sabtu 8.8.09 genap 4 tahun..

Sempitnya dunia, ya?

Oh! Nuha Insyirah sudah punya adik lelaki - Ameer Ihsan, lahir 7.7.09.

Semoga bergembira dengan anak-anak kecil, penyejuk mata, penyambung cita-cita...Amin...

Wasalam...

Nihlah Insyirah said...

Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh :)

Terima kasih buat Dr Ummi yang sudi ziarah ke blog kami dan juga mendoakan kesejahteraan puteri-puteri kami ini.

Kebetulan pula kan kombinasi nama puteri-puteri kami ini sama dengan nama puteri sulung Dr Ummi :) Tiba-tiba terus teringat buku Dr Ummi bertajuk "Dafodil untuk Insyirah".. teringin untuk membacanya, mungkin nanti bila balik Malaysia boleh kami beli satu naskah :)

Salam dari kami sekeluarga di Nottingham

Nuha said...
This comment has been removed by the author.
Nuha said...

Assalamualaikum kak...Nama sy Nuha sama mcm nama anak akak..sy dah 22 yrs old,x sangka jumpa nama org yg sama dgn sy...sronoknyer..Kirim salam sy pd anak Nuha ye..:-)