Saturday 12 December 2009

Jodoh pertemuan, ajal maut di tanganNYA

Sempena cuti persekolahan ini, ramai di kalangan rakan-rakan Ummi dan Ayah yang melangsungkan perkahwinan.  Antara rakan-rakan ayah yang melangsungkan perkahwinan ialah Ismail "Kyzer" Rafiq, Cikgu Men, Inspektor Faiz "Mata" & Amet.  Tak lupa juga rakan-rakan Ummi iaitu Su, Burn dll.  Di kesempatan ini, dari jauh kami sekeluarga ingin mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU buat anda semua.  Semoga alam berkeluarga yang bakal ditempuhi membawa kebahagiaan dan rahmat buat kehidupan anda.

Di kesempatan ini juga, kami ingin mengucapkan TAKZIAH buat keluarga almarhum Mohd Ariff Abdul Kadir, bekas pelajar kejuruteraan University of Nottingham, yang terlibat dalam kemalangan di Perlis semasa perjalanan pulang dari majlis akad nikah beliau di Anak Bukit, Kedah.  Berita kemalangan tersebut menjadi berita utama di seluruh Malaysia semalam dan hari ini.  Semoga Allah merahmati Arif, ibu bapanya dan rakan beliau yang terlibat sama dalam kemalangan dan menempatkan mereka di kalangan orang soleh seperti Hanzalah yang syahid selepas diijabkabulkan.

p/s: lagi gambar tragedi di web persendirian ini.  Semoga memberi peringatan buat kita semua.

2 comments:

shuzana said...

salam ana..wife arwah ariff ni plak, kawan kepada kawan kak shu..kesian kan..semoga beliau tabah dgn dugaan ni..al-fatihah tu arwah ariff sekeluarga..

Nihlah Insyirah said...

salam kak shu...aah kak,kesian sgt..ana pun menitis air mata dengar berita ni..tak dapat bygkan kesedihan wife arwah..berat lagi mata memandang, berat lagi bahu yang memikul...semoga wife arwah tabah dgn dugaan yang dihadapi ni...