Khamis lepas, 21 Januari 2010 Insyirah sekeluarga ke Sheffield (UK Border Agency) untuk membuat visa adik Nuha. Temu janji jam 11.15 pagi dan perlu sampai 30 minit awal untuk melepasi bahagian keselamatan. Kami bertolak dari rumah lebih kurang jam 9.30pagi dan mengambil masa sejam untuk sampai ke Sheffield. Walaubagaimanapun kami sampai lewat kerana sesat di bandar Sheffield (En. TomTom pening). Nasib baik pihak keselamatan masih membenarkan kami masuk juga. Peraturan agak ketat untuk memasuki bangunan UKBA ni. Jacket, tali pinggang kena tanggalkan dulu dan badan perlu discan bagi memastikan tiada barang yang merbahaya dibawa. Kamera juga tidak dibenarkan dibawa masuk.
Kami masuk jam 11.15pagi dan diberi giliran no 47, tapi jam 1petang baru tiba giliran kami. Ingatkan dah buat temujanji 11.15pagi, dapat jumpa terus. Rupanya kena menunggu juga. Segala dokumen kami dah sediakan berdasarkan khidmat nasihat International Office(IO), University of Notingham (2 hari sebelum, Ayah dah pergi semak semua dokumen dengan penasihat di IO dan semuanya lengkap). Bila disemak oleh pekerja di UKBA juga semua dokumen lengkap dan borang yang digunakan juga tiada masalah dan perlu ke kaunter seterusnya bagi urusan pembayaran sebanyak £665. (Kami guna borang FLR(O), yang diberikan oleh penasihat di IO kerana visa Ayah version lama).
(Gambar yang diedit sendiri dan di print di ASDA £0.40, murahkan RM2.40 untuk 8keping gambar)
Selesai urusan pembayaran, kami perlu menunggu sebentar untuk borang kami diproses. Tiba-tiba kami dipanggil semula dan Ayah disoal siasat pelbagai soalan. Antaranya; Anak awak berapa bulan? Kenapa lambat buat visa? Awak kerja apa? Bagaimana awak nak sara 2 orang anak dengan tidak bekerja? Huh,macam-macam lagilah soalan. Paling kecewa bila dia cakap borang yang awak guna salah dan anak awak perlu buat Biometric juga. Haah??? Dia bagi borang baru dan suruh isi balik, borang FLR(O) dah tak digunapakai. Tertekan sangat masa tu, dahlah borang tebal berjuta-juta helaian (40+ muka surat) dan kami juga dah buat pembayaran. Kenapa masa kaunter 1 tu periksa dokumen kami dia kata semua lengkap? Kenapa tak cakap kami guna borang yang salah? So, takyah lah kami pergi ke kaunter seterusnya untuk bayar! Masa ni hati memang berdebar-debar takut permohonan ditolak. Tambahan pula kami memang tak sediakan pun dokumen yang diperlukan untuk borang baru ni. Kami berdoa harap Allah lembutkan hati orang yang uruskan borang kami agar meluluskan permohonan visa Nuha ni. Ummi siap bernazar untuk puasa sehari jika visa Nuha diluluskan. Dalam Ayah sibuk mengisi borang, Ummi bawa Nuha untuk mengambil gambar (Biometric). Alhamdulillah Nuha tak meragam. Hanya sekali klik, gambarnya berjaya diambil.


Sabar jer lah. Mesti ada hikmah disebaliknya. Wallahua'lam.
Bulan Oktober ni nak perbaharui visa lagi, haihhh duit lagi... Dahlah takleh claim macam Universiti lain, huhuhu.