Wednesday 27 January 2010

Boxing Day 2009

Pada mulanya Insyirah sekeluarga tiada perancangan untuk keluar dari Nottingham semasa Boxing Day. Tiba-tiba malam 24 Disember 2009 tu, Ayah menerima panggilan telefon dari Ayah Eriem menyatakan bahawa ada Travelodge kosong yang telah ditempah (check-in 25 Disember dan check-out 27 Disember) di Hull dan menanyakan kepada kami sama ada nak atau tidak. Ayah bersetuju dengan tawaran tersebut dan keesokannya Ummi agak kelam kabut menyediakan makanan dan mengemaskan pakaian kerana pada malamnya tidak sempat berbuat apa-apa (ada mesyuarat bersama keluarga lain yang diadakan di rumah Insyirah sehinggam jam 3pagi). Pada awalnya nak bertolak jam 10.30pagi bersama keluarga Eriem, tetapi hajat tak kesampaian. Akhirnya kami bertolak lebih kurang jam 3.30petang dari rumah tetapi keluar dari Notts hampir jam 4.30 petang setelah puas bepusing-pusing mencari stesen minyak berhampiran (Hari Krismas banyak stesen yang tutup) untuk mengisi minyak kereta yang hampir kering. Kami sampai di Travelodge Hull lebih kurang jam 6 petang dan kebetulan keluarga Adeela juga telah berada di sana. Setelah berehat-rehat sebentar, kami ke bilik Adeela untuk makan malam bersama.
Menu kami sepanjang 2 hari, sambal kering ikan bilis dan kacang, telur yang dah siap direbus dirumah dan timun. Ummi hanya perlu memasak nasi sahaja di Travelodge. Ini merupakan pengalaman kami yang pertama menginap di Travelodge. Terima kasih banyak-banyak kepada keluarga Eriem.
Keesokannya, 26 Disember, pagi-pagi lagi kami bergegas ke Next di Hull Kingston Retail Park. Sampai di Next lebih kurang 7.15pagi dan shopping baju Insyirah dan Nuha. Ayah dah tolong beratur siap-siap di kaunter pembayaran. So cepat sikit. Kul 8.15pagi kami bergegas ke York Designer Outlet untuk sambung membeli belah lagi. Kami tiba di York 9.30pagi. Ramai rakan-rakan dari Nottingham ditemui di sini. Seronok sikit shopping di sini sebab "indoor" berbanding DO yang lain. Tapi disebabkan Ummi kurang sihat hari tu, kami pulang agak awal ke Travelodge dan tak sempat masuk semua kedai. Setelah berehat-rehat, kami menuju ke bandar Hull ke rumah mak saudara Ayah untuk memenuhi jemputan makan malam. Keesokannya, selepas check-out kami menuju ke The Deep bersama rakan-rakan Notts yang lain, dan kemudian pulang ke Nottingham :).
The Deep, Hull

No comments: