Friday 8 October 2010

Ultrasound sessi ke-5

Hari ini, 8 Oktober 2010 Ummi menghadiri temujanji di QMC pada jam 10.30 pagi. Selain pemeriksaan biasa, kali ini Doktor lebih fokus pada keadaan jantung bayi (Doppler Ultrasound). Di dalam hati, Ummi menjangkakan perkara negatif berlaku pada jantung bayi kerana Doktor mengambil masa agak lama memeriksa keadaan jantung bayi. Namun hati cuba menidakkannya dan setelah selesai akhirnya Doktor mengatakan bahawa jantung bayi normal. Alhamdulillah. Saiz exomphalus setakat ini ialah 3.6 cm dan kali ini Doktor menyatakan hanya mengandungi hati sahaja.  Setakat ini, tiada masalah lain yang dapat dikenalpasti pada bayi. Semoga semuanya baik-baik sahaja hendaknya. Selain ultrasound, Ummi perlu diambil darah untuk melihat paras hemoglobin dan keputusannya 10.6. Agak rendah dan perlu mengambil "iron tablet". Padanlah Ummi mudah penat dan nak pitam.

Oh ye, kali ini juga Doktor fokus pada wajah bayi dan "print" kan untuk kami. 
Inilah wajah hero kami insyaAllah di usia 28 minggu + 5 hari. Doktor tu kata wajahnya mirip muka ayahnya. Ye ke?? Apa pun Ummi tak kisah, yang penting anak kami ini sihat dan normal seperti kanak-kanak lain dan membesar menjadi anak yang soleh penyejuk hati kami sekeluarga.

Temujanji seterusnya pada 5 November 2010, jam 10 pagi. Wasalam.

7 comments:

MizWaR_SuLHaFaT said...

moga Allah permudahkn semua urusan & semuanya selamat... Ameen..

nizzafazlis said...

salam ana tahniah seronok insyirah n nuha dapat baby boy... nampaknya kak niza kena pregnant lagik la lepas ni nk dpt baby boy hehe... semoga selamat semuanya sampai bersalin aminnn...

Zuliana said...

semoga tabah menghadapi segala ujian..kami mendoakan semoga semua urusan berjalan dgn lancar..

Nihlah Insyirah said...

en mizwar:thanks atas doa.amin

kak niza:insyaAllah lepas ni turn akak plak:)..oh ye lupa nak tanya akak, akak jadi ke beli double pushchair yg akak tanya aritu?

kak lia:tq kak, amin. oh ada blog gak ek, nanti ana masukkan link dlm bloglist ana k:)

zafwah said...

insyaallah moga diselamatkan sumenyer..dikuatkn iman dgn semangat ana n ajis..slm rindu tuk syirah n nuha ye...

Nihlah Insyirah said...

mekasih kak farah...salam rindu utk haziq dan hadif juga, sonoklah dia dok dengan maktoknya:)

nizzafazlis said...

knza ada pesan kat abg ipar insyaallah taun depan la rasa dpt sekali masa diorg balik mesia.