Wednesday, 6 May 2009

Kenangan Musim Bunga 2009

Ini atas permintaan Acu dan keluarga di Malaysia yang nak lihat gambar Ummi & Ayah. Katanya asyik-asyik gambar Insyirah jer, gambar mak ayahnya mana, hehehe. Maka ini kami letaklah beberapa keping :) Gambar ni diambil ketika musim bunga dan kandungan Ummi Insyirah berusia 36 minggu.

Kami di taman University of Nottingham

Kandungan Ummi Insyirah 36 minggu

Insyirah 22 bulan
Kepada mak long, ini gambar tambahan "close up" perut Ummi beserta model cilik yang dah tertidur. Ok tak?Huhuhu :)

Monday, 4 May 2009

Sejarah Nama 1

28 tahun yang lalu, Encik Mad dan Puan Leha telah dikhabarkan dengan kehadiran bakal ahli keluarga yang baru setelah lebih kurang 11 tahun puteri bongsu mereka dibesarkan. Mereka sekeluarga tinggal di sebuah kampung yang hampir keseluruhan penduduknya bertani untuk menyara kehidupan.

Ketika proses mengandungkan anaknya yang ke-6 ini, Puan Leha seringkali teringatkan gurunya, iaitu Ustaz Abdullah, yang mengajar beliau di sekolah agama, juga merupakan seorang guru yang terkenal di kawasan berkenaan. Atas dasar terhutang budi dengan ilmu yang dicurahkan oleh gurunya itu dan rasa hormat yang tinggi terhadap gurunya, Puan Leha berhasrat untuk menamakan bakal cahaya matanya nanti dengan nama Abdullah. Mudah-mudahan anaknya nanti itu akan menjadi orang yang berguna kepada masyarakat seperti bekas gurunya itu.

Pada tahun itu juga, Encik Mad telah berjaya mencukupkan simpanan untuk menunaikan haji ke Mekah, hasil usaha memerah keringat di sawah padi sambil dibantu anaknya yang sulung iaitu Encik Mi. Alhamdulillah, usaha berbudi kepada tanah tidak pernah memutuskan rezeki untuk keluarganya. Yaa, walaupun hasilnya tidak begitu banyak pada permulaan, tetapi sikit-sikit lama-lama jadi bukit kan?!! Encik Mad pernah menulis di buku catatannya yang berbunyi "biar tidak bergaya, asalkan tidak papa". Mungkin dengan semangat inilah beliau melalui dan membina kehidupannya yang serba sederhana dan mengumpul wang untuk menunaikan hajatnya ke Mekah ini.

Tetapi ada satu perkara yang merisaukan mereka berdua iaitu kandungan Puan Leha akan "cukup bulan" pada musim haji berkenaan. Menurut peraturan, bakal jemaah haji yang sarat mengandung tidak akan dibenarkan untuk meneruskan hajat mereka. Alhamdulillah, mungkin telah ditakdirkan Ilahi, Encik Mad dan Puan Leha telah melepasi saringan ujian kesihatan tersebut seterusnya berangkat ke tanah suci buat pertama kalinya bagi menyahut "panggilan Baitullah".

Ketika di Mekah, Puan Leha berada dalam keadaan sihat dan boleh melaksanakan amal ibadat dengan baik walaupun ketika itu beliau sarat mengandung. Setiap waktu solat, Puan Leha bersama suaminya akan ke Masjidil Haram dengan melalui pintu Baabul Malikul Aziz. Uniknya, masjid ini mempunyai banyak pintu dan setiap pintu diberi nama tertentu, contohnya pintu yang dilalui Encik Mad dan Puan Leha ini adalah bersempena dengan nama raja Saudi pada ketika itu. Dipendekkan cerita, mereka berdua telah selamat menjalani ibadah haji dan seterusnya pulang ke Malaysia.

Setelah pulang ke Malaysia, Puan Leha telah selamat melahirkan puteranya yang ke-4 di Hospital Butterworth. Dipercayai, Puan Leha telah mengandungkan anaknya lebih daripada 9 bulan. Sebagai tanda ingatan terhadap ibadah haji yang lepas, Encik Mad dan Puan Leha turut menyematkan nama pintu yang dilalui mereka berdua pada nama anakandanya itu. Lalu didaftarlah dengan nama, *bdull*h *ziz bin S**d (*=a).

Sunday, 3 May 2009

Riadah keluarga di usia 38+ minggu

Semalam, sekali lagi NMC menganjurkan aktiviti riadah untuk seisi keluarga Malaysia di Nottingham. Jika tahun-tahun terdahulu ia dikenali sebagai Sukan Musim Sejuk, tahun ini nama Sukan Musim Bunga (SMB) telah dipilih bersempena dengan musim bunga di UK ini.
Ini atas permintaan keluarga di Malaysia yang nak nengok gambar Ummi dan Ayah. (nanti Insyirah masukkan gambar Ummi yang lain di next entry ye, tunggu :)
Pada tahun lepas kami kumpulan ISWARA (hijau), kali ni pula kami kumpulan GASING (biru). Tahun ni ada 5 kumpulan kesemuanya, guli, congkak, gasing, ting-ting dan wau. Johan jatuh kepada kumpulan ting-ting manakala kumpulan gasing hanya berjaya mendapat tempat ketiga. Setiap kumpulan menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dan memberikan saingan yan sengit. Tahniah diucapkan kepada semua terutamanya kepada pihak penganjur yang bertungkus lumus menguruskan Sukan Musim Bunga 2009 ini.

bersama ahli kumpulan

Carta markah keseluruhan (Tahniah ting-ting)
bersama kawan-kawan Ummi

HAKA gasing (copy from Kak Syaimak)
Alhamdulillah, setelah selesai beriadah & bersuka ria, Sabtu ni kumpulan gasing akan meraikannya dengan jamuan roti canai (Karnival menebar Roti Canai) yang akan ditebar oleh penebar "pro" notts, abg Ady. Harap-harap Ummi Insyirah tak bersalin lagilah hendaknya, hehehe :)

Thursday, 30 April 2009

Insyirah pindah rumah

Alhamdulillah, dah sebulan Insyirah pindah ke rumah sewa yang baru. Kedudukan rumah sewa baru tak jauh pun dari yang lama, lebih kurang 200 meter jer :)

Gambaran rumah sewa lama - bahagian luar rumah, hadapan dan belakang :)

Kenangan di rumah sewa lama "ALI" :)

Kami terima kunci rumah sewa baru pada 20 Mac 2009 dan kosongkan rumah lama bermula 1 April 2009. Kami pindahkan barang sedikit-sedikit dengan guna kereta sendiri dan barang yang besar seperti almari dan TV pinjam kereta auntie Sha untuk memindahkannya. Agak letih juga bila berpindah rumah ni dan harap-harap tak berpindah lagi lah lepas ni :) Walaupun kami dah mengosongkan rumah sewa lama pada 1 April, kunci rumah tersebut masih kami pegang sehingga hari Rabu lepas, 29 April 2009 sehingga tuan rumah lama kami tu balik dari kampung halamannya. Yang seronoknya mereka pulangkan kembali deposit rumah. Alhamdulillah rezeki :) Ingatkan bila kami tak mematuhi kontrak perjanjian (kontrak rumah hingga October 2009), deposit kami tak dipulangkan semula.
Di rumah sewa lama ni banyak kenangan dan kami selesa dan sukakannya terutama kawasan backyard. Tambahan pula dapat jiran yang baik hati. Sayang rasanya nak pindah. Pastinya Insyirah akan rindu pada kakak-kakak. Tapi memandangkan tak tahan dengan masalah kulat bila tiba musim sejuk, kami ambil keputusan untuk berpindah. Kalau boleh nak cari rumah yang agak murah sewanya dan besar sedikit. Alhamdulillah kami berjumpa dengan rumah yang murah £25 daripada harga sewa rumah sebelumnya dan agak besar sedikit. Insyirah pun seronok bermain-main dengan keadaan rumah yang agak lapang.
Semoga rumah sewa baru ni takde masalah lah hendaknya, amin.