Saturday, 18 October 2008

Tagged raya

Dah lama tak update blog ni.. ni tuan rumah datang nak bersihkkan sawang dan sapu-sapu sampah sikit :D maklumlah, musim raya ni, asyik dok makan saja, mana sempat nak "happdett" blog ni. Walaupun di perantauan, Raya kat UK ni, especially Notts, tetap meriah sambutannya dengan cara tersendiri.

Kat sini, tuan punya bersama blog ni @ Paklah @ Aziz @ Lah Ziz nak jawab laa tag dari sahabatnyaa yang dirinduii itu (hehehhe). Walaupun si Mizwar mengatakan yang sahabat dia dah semakin renggang @ jauh di mata atau apa-apa lagi yang sewaktu dengannya, tetapi sebenarnya kami di sini sentiasa mengingati rakan-rakan semua. Jauh di mata, dekat di hati. Kalau tak percaya cuba tengok kat blog hangpa semua (cth blog Mizwar, Riena, Maei dll), mesti hangpa boleh nampak pelawat dari Nottingham kan ;)

Sebenarnya dah lama tauu yg kena tagged, tp tak sempat nak tulis disebabkan ada keja yang nak disiapkan utk meeting mingguan. Ingtkan lepas meeting nak buat, tapi banyak pula masalah yang muncul lepas meeting tu. Ni aku cuba jawab sebaik mungkin (macam nak jawab exam laa plak:D )

Berapa pasang baju raya anda taun ni dan kaler apekah?
Walaupun berjauhan diperantauan, kami tetap dapat baju raya, istimewa dari Nenek Insyirah di Johor. Warna baju lebih kurang coklat laa warnanya. Insyirah sepasang, Umminya 3 pasang dan Ayahnya pula sepasang.

Apakah makanan raya tradisional kegemaran anda?
Bagi aku (Paklah Aziz), sebenarnya, tadaklaa sangat sesuatu hidangan yang betul-betul jadi kegemaran. Cumanya, masa raya khasnya di utara tanah air, masa ni laa dapat merasa ketupat palas dan berbagai jenis rendang. Selain itu, teringat pula lemang yang dijual di tepi jalan dan dodol yang hitam pekat tu... sedap sedappp.. heheh.. yang tu susah laa nak dapat kat Nottingham ni masa raya.
Bagi Ummi Insyirah, (aku rasa jer ni) mesti dia teringat masakan mak nya di kampung. Selalunya orang Bugis bila raya, akan ada hidangan khas raya iaitu burasak, pakloh, lepat dan lain-lain. Nama pun dah special, mungkin hangpa semua tak pernah rasa kot makanan tu. In short, burasak & pakloh tu ala-ala ketupat juga laa versi orang Bugis.

Apakah biskut raya kegemaran anda?
Bab-bab biskut atau roti ni aku belasah sajaa apa yang sedappp.. sonangg citoo.. :D
Semenjak dari kecik lagi, makanan aku sekeluarga banyak tertumpu kat nasi. Maklumllah keluarga petanii.. Bangun pagi makan nasi, tengah hari makan nasi, malam pun makan nasi. Kadang-kadang saja makan mi, bihun, kuih, roti, biskut etc. Masa raya pun adalaa buat biskut raya sikit-sikit, tapi tak banyak.
Tapi secara ringkas, aku lebih suka biskut moden sebab lebih sedap dan bermacam rasa adaa.

Bape banyak duit raya anda dapat & spend untuk bagi kat bebudak?
Mestilah jawapannya tak dapat duit raya sekupang pun,, dah besaqqqq. Bagi kat budak pun tadak, sebab kat UK ni kebiasaanya budak-budak tak dapat duit raya. So aku pun tak bagi.. hehehehe.

Apakah aktiviti malam raya korang?
Di Nottingham ni, kaum lelaki akan ber"takbir raya" berkumpulan dari rumah ke rumah. Kali ni dah dua kali aku beraya puasa kat Nottingham tapi kedua-duanya aku tak join program takbir raya ni. Niat di hati nak pergi, tapi aku kena jaga anak aku kat rumah sebab isteri nak memasak. Maklumlah terkejut dapat tauu yang esoknya dah raya.. tak expect langsung nak raya pada siangnya. Jadi, takbir di rumah pun boleh juga :) yang penting banyakkan takbir sahaja.

Who to tag?
Rasa-rasa tadak orang kot yang nak di tag (sama macam Rina juga, kalau sesapa yg ada tag lagi boleh laa tag aku, InsyaAllah akan dijawab dihujung minggu;) ). Tapi kalau sesiapa yang terbaca ni dan sudi nak buat "tag" ni silakanlah.. At least kawan-kawan lain boleh tahuu aktiviti kita semua pada hari raya yang lepas :)

Salam 18 Syawal 1429H

Tuesday, 30 September 2008

Esok hari raya.. esok hari raya :D

Alamakkk.. esok (Selasa, 29 September 2008).. sekarang pukul 8.00 pm kat UK ni, hari Isnin.

Apa-apa pun...

SELAMAT HARI RAYA.. MAAF ZAHIR BATIN buat semua sanak saudara dan sahabat handai yang mengenali kami sekeluarga :)

Thursday, 25 September 2008

Setahun berlalu . . .

Detik 5.30 am (lebih kurang kot :D), 25 September 2007, Insyirah telah selamat tiba bersama Ummi dan Ayah di Heathrow Airport dengan selamat. Perjalanan yang mengambil masa kira-kira 13 jam dari KLIA diisi dengan tidur nyenyak sepanjang perjalanan di dalam basin khas untuk Insyirah, hanya sekali sekala terbangun untuk mengisi perut yang kelaparan. Sesudah melepasi pemeriksaan imigresen, kami sekeluarga bergegas mencari bas untuk ke Nottingham. Menjelang Maghrib barulah kami sekeluarga tiba di stesen bas Broadmash sambil dijemput oleh "host" kami untuk ke destinasi terakhir pada hari tersebut di Caulton Street. Begitulah serba sedikit detik kehidupan Insyirah sekeluarga setahun yang lalu.

Sabar menunggu bas di sini dari 7am hingga ke 3pm.

Setahun berlalu pergi, kami sekeluarga masih di sini mengejar matlamat yang dicitakan serta harapan pihak penaja untuk melihat hasilnya suatu hari nanti. Perjalanan masih jauh dan pastinya akan ada lorong-lorong berliku yang perlu dihadapi. Doakan kami berjaya, semoga hasilnya nanti berbuah ranum dan dinikmati bersama.

Salam 25 Ramadhan.

Saturday, 20 September 2008

Suami & Isteri: Belajar sepenuh masa

Hari ini dah tiba hari ke-20 umat Islam berpuasa di bumi British. Alhamdulillah, Ummi dan Ayah setakat ini telah pun berpuasa sepenuhnya walaupun dari segi ibadat yang lain masih agak kurang baik "performace" nya :).

Setelah selesai menghantar disertasi projek MSc pada hari ISnin yang lepas (lambat setengah jam, kena potong markah sikit, huhuhu), InsyaAllah selepas ini Ummi akan lebih berikan perhatian kepada Insyirah disebabkan buat masa ini,Ummi akan bercuti sambil menemani Ayah untuk menyiapkan PhD nya yang masih terkontang-kanting tu. Harap-harap Ayah janganlah malas bekerja nanti yaa, kerja rajin-rajin , InsyaAllah nanti boleh habis ikut tempohnya dan pulang ke tanahair yang dicintai :)

Beberapa hari lagi juga, akan genaplah tempoh setahun kami meninggalkan kampung halaman untuk bermukim seketika di bumi Nottingham ini. Sepanjang tempoh setahun ini, bermacam perkara juga yang kami tempuhi di Nottingham ini. Teringat pula kisah ketika mula-mula di"soal siasat" oleh majikan Ummi semasa temuduga ASHES, antara soalan yang ditanya ialah "bagaimana kamu nak uruskan anak nanti sebab kedua-duanya (suami dan isteri) belajar pada masa yang sama. Yuran nursery mahal di UK". Ummi jawablah "Saya dah survey2, kebiasaannya rakan-rakan di UK akan bergilir untuk menjaga anak mereka ataupun menghantar anak mereka kepada rakan Malaysia yang lain untuk dijaga". pada masa tersebut, Insyirah masih dalam perut Ummi lagi.

Di sini, Insyirah rasa bagus juga kalau dikongsikan berberapa cara yang kebiasaannya diambil oleh pasangan yang senasib dengan kami, untuk menguruskan hal penjagaan anak-anak yang masih kecil khususnya anak-anak di bawah umur 2 tahun.

1. Menjaga anak secara bergilir-gilir
Kaedah ini merupakan kaedah pertama yang diambil oleh kami sekeluarga di sini. Pelan asalnya, bila Ummi ada kelas, Ayah akan jaga Insyirah kat rumah sambil baca apa yang patut (tapi tak baca sangat pun, hehehe). ayah akan pergi ke universiti bila ada ruang kosong pada jadual ummi. Nasib baiklaa supervisor ayah ini boleh faham keadaan kami sekeluarga. Kaedah ini memerlukan disiplin waktu yang ketat dan amatlah tidak sesuai untuk pelajar PhD yang perlu menjalankan eksperimen di makmal. Ia juga adalah kaedah yang kurang sesuai (tidak sesuai kot) buat pasangan yang kedua-duanya mengambil MSc (taught course) disebabkan kekangan jadual waktu dan juga bebanan tugasan yang akan diterima, ditambah lagi tekanan di minggu peperiksaan.

2. Hantar anak ke nursery
Di Malaysia, menghantar anak ke nursery merupakan perkara lumrah bagi pasangan yang kedua-duanya bekerja. Di UK, kos penjagaan anak amat tinggi, kebiasaannya £600 - £700 (sekitar RM4000) di Nottingham, jika diambil kira dengan jumlah elaun bulanan yang diterima. Alhamdulillah, Ummi berjaya untuk menempatkan Insyirah di nursery universiti dan mendapat harga pelajar iaitu sekitar £410 sebulan, disokong pula dengan bantuan "student services" di universiti kami iaitu sebanyak £100 sebulan, jadi dapatlah kami tampung kos nursery Insyirah dengan kerja part-time ayah (pendapatan lebih kurang £280 sebulan masa tu).

3. Minta bantuan rakan-rakan Malaysia untuk menjaga anak
Kaedah ini bergantung kepada kawasan belajar pasangan tersebut. Syukur di Nottingham ini, ada yang sudi untuk menjaga anak-anak pasangan yang kedua-duanya belajar (mungkin dalam kejayaan kita nanti, tercatat jasa rakan-rakan yang sedia membantu walaupun bayarannya rendah berbanding bayaran "menonyoh lantai" untuk sejam).

4. Bawa pembantu (maid) tetap dari Malaysia
Kaedah ini memerlukan modal awal yang agak besar iaitu dengan menyediakan wang simpanan yang agak besar dalam akaun peribadi (mungkin boleh buat pinjaman dahulu) untuk membolehkan visa pembantu (biasanya pembantu Indonesia) diluluskan. Proses permohonan agak ketat dan rasanya sekarang ni lagilah ketat kot.

5. Bawa keluarga atau pembantu dari Malaysia untuk tempoh 6 bulan
Rasanya ini merupakan cara yang paling praktikal dan juga "jimat kos". Cumanya ianya memerlukan ahli keluarga atau sesiapa yang sudi untuk membantu menjaga anak-anak dengan menggunakan visa pelawat (6 bulan). Terdengar juga cerita di luar Nottingham di mana ahli keluarga/pembantu tinggal lebih dari 6 bulan :D

Buat masa sekarang, ini sahaja yang Insyirah tahu berkenaan hal penjagaan anak-anak bagi pasangan yang kedua-duanya belajar. Semoga entry kali ini bermanfaat untuk pasangan suami isteri yang bercadang untuk menyambung pelajaran khususnya di UK.

Salam 10 Malam Terakhir Ramadhan

Tuesday, 16 September 2008

MERDEKA... MERDEKA... MERDEKA !!!

Insyirah baru sampai rumah.. sekarang baru pukul 18:06 kat UK.. (15 September 2008.. kat Malaysia dah 16 September 2008.. apa khabar negaraku sekarang agaknya yaa di ambang tarikh yg diheboh-hebohkan sejak kebelakangan ini)... Ummi dah hantar dissertation project MSc, so skrg Ummi dah boleh tumpukan perhatian kat Insyirah.. yeyyyy...

(bersambung kemudian :) ...... )