Sunday, 28 June 2009
Saturday, 27 June 2009
Insyirah 2 tahun
Sabtu, 27 Jun 2009 genaplah usia Insyirah 2 tahun. Tiada sambutan istimewa yang dibuat kerana Insyirah sekeluarga masih berada di London. Lebih kurang jam 6 petang tadi barulah Insyirah sekeluarga sampai di rumah. Masing-masing keletihan yang teramat (mungkin disebabkan cuaca yang sangat panas sepanjang berada di London, http://uk.news.yahoo.com/21/20090628/tuk-weathermen-issue-temperature-alert-6323e80.html).
Sepetang di Taman Ros, London (sekarang ni sangat susah nak ambil gambar Insyirah, malu-malu nak nengok kamera...terpaksa ambil gambar candid jer)Ummi dan Ayah doakan semoga Insyirah membesar dengan sihat, bahagia hidup di dunia dan cemerlang di akhirat. Semoga Insyirah menjadi kakak yang baik, contoh kepada adik-adik dan penyejuk hati Ummi dan Ayah. Selamat Hari Lahir Nihlah Insyirah.
Friday, 26 June 2009
Nuha buat passport
Alhamdulillah, pendaftaran kelahiran dan proses membuat passport adik Nuha berjalan dengan lancar. Gambar yang Ummi ambil sendiri juga diterima pakai oleh pihak mereka.
Bagi sesiapa yang ingin mendaftar kelahiran dan membuat passport anak di High Commision of Malaysia, di sini dikongsikan apa dokumen-dokumen yang perlu dibawa.
Untuk tujuan pendaftaran anak (sila bawa original dan 2 salinan):
- Passport ibu dan bapa (muka surat 1, 2 and 3)
- Kad pengenalan ibu dan bapa
- Sijil Nikah
- Sijil kelahiran ibu dan bapa
- Sijil kelahiran anak
- 2 gambar anak berukuran passport (latar belakang biru)
Maklumat lanjut sila layari http://www.jimlondon.net/page28-7.htm
Untuk membuat passport pula, dokumen yang perlu dibawa sama seperti bagi tujuan pendaftaran kelahiran, yang berbeza hanya memerlukan 1 salinan sahaja. Maklumat lanjut sila layari http://www.jimlondon.net/page20.htm
Sekian.
Wednesday, 24 June 2009
Nuha Rumaisa @ 40 hari
Hari ini, Rabu 24 Jun 2009 bersamaan dengan 1 Rejab genaplah usia Nuha 40 hari. Esok 25 Jun 2009, Insyirah sekeluarga nak pergi London bawa Atuk dan Nenek jalan-jalan sekitar London. Alang-alang dah sampai ke London, Ummi dan Ayah juga mengambil keputusan untuk buatkan passport adik Nuha sekali. Bagi menjimatkan kos gambar adik Nuha, Ummi mengambil sendiri gambar adik dan "print" sendiri di rumah. Susah juga nak dapatkan posisi yang paling sesuai. Setelah banyak kali di ambil, akhirnya dapatlah gambar yang paling sesuai di mana kedudukan mukanya tegak menghadap ke hadapan (walaupun riak muka nak menangis, huhuhu).


Susahnya nak dapatkan posisi yang paling sesuai..berapa banyak kali "snap" daa... hehehe
Akhirnya berjaya juga mendapatkan posisi yang paling cun :)
p/s: Harap-harap gambar ni diterima lah hendaknya.
Sunday, 21 June 2009
Jalan-jalan lagiii :)
Untuk tatapan kaum keluarga di Malaysia, ini serba sedikit aktiviti Atuk & Nenek di sini. Tak larat nak tulis panjang-panjang, gambar menceritakan segalanya k :)...(nanti kalau rajin, Ummi Insyirah update fotopages untuk lebih banyak gambar..hehehe)
21/6 petang - Atuk & Ayah pergi dengar ceramah "Road to Palestine" oleh Ustaz Mazlee. Kemudian, kami buat makan-makan sikit sempena "Hari Bapa", sotong goreng, tomyam seafood, ikan sambal & air sirap laici.
18/06 - Safari Birmingham
15/6 - Diziarahi orang kampung Pengeli, Fauzi anak Pakcik Husin
11/6 - Bergambar di tasik universiti
Subscribe to:
Posts (Atom)
