Friday, 26 June 2009

Nuha buat passport

Alhamdulillah, pendaftaran kelahiran dan proses membuat passport adik Nuha berjalan dengan lancar. Gambar yang Ummi ambil sendiri juga diterima pakai oleh pihak mereka.
Sepagian di High Commision of Malaysia, London ;)

Bagi sesiapa yang ingin mendaftar kelahiran dan membuat passport anak di High Commision of Malaysia, di sini dikongsikan apa dokumen-dokumen yang perlu dibawa.

Untuk tujuan pendaftaran anak (sila bawa original dan 2 salinan):
  • Passport ibu dan bapa (muka surat 1, 2 and 3)
  • Kad pengenalan ibu dan bapa
  • Sijil Nikah
  • Sijil kelahiran ibu dan bapa
  • Sijil kelahiran anak
  • 2 gambar anak berukuran passport (latar belakang biru)
Maklumat lanjut sila layari http://www.jimlondon.net/page28-7.htm

Untuk membuat passport pula, dokumen yang perlu dibawa sama seperti bagi tujuan pendaftaran kelahiran, yang berbeza hanya memerlukan 1 salinan sahaja. Maklumat lanjut sila layari http://www.jimlondon.net/page20.htm

Sekian.

2 comments:

niza said...

Wahh.. Nuha dah ade passport. Berapa lama ek siap passport Nuha? Kiteorg kena buat cepat sbb ingat bln 8 ni nak balik Mesia jap. Risau kalau amek masa lama nk siap passport.

Niza due 21 Julai ni. Alhamdulillah baby dah tak breech. Hrpnya baby duk bwh sampai nk bersalin la.. risau kalau dia pusing balik. Berdebar2 gak ni, niza plan pun nak amik epidural sbb masa Farrel dulu niza amek epidural.

Nihlah Insyirah said...

niza kejap jer buat passport tu..nuha nya sehari dah siap..petang tu gak bleh ambil...ana doakan semoga niza dipermduahkan untuk bersalin...