Bila sampai di bangunan KPT, receptionist cakap yang bahagian biasiswa terletak di Menara PJH dan dia bagi alamat tempat tu. Menara PJH tu kat Presint 2 la, kami tak biasa la dengan Putrajaya ni, jadi terpinga-pinga dan terfikir-fikir kat mana Presint 2 tu. Kemudian ummi tanya "kat mana Menara PJH tu", yang lawaknya receptionist tu cakap "kat Menara PJH laa" ,, apa punya jawapan daa, lebih baik cakap kat Malaysia jer lagi senang. Kemudian telefon Pn Naimah dan dia cakap Menara PJH tu terletak satu jalan dengan "Palace of Justice". Kan senang kalau cakap gitu, boleh la kami cari dengan jayanya.
Insyirah dan Ummi di depan Menara PJH
Menara PJH tu dari Masjid Putrajaya dah boleh nampak, senang jer nak cari sebenarnya. Ayah letak kereta di sebelah bangunan dan kena caj bila keluar. Sebelum masuk ke Menara PJH tu, ayah bertanyakan pengawal disitu ttg alamat yang diberi samada betul ker tidak. Dan lawak keduanya berlaku "Adik, kat sini ada dua Menara PJH, satu dekat Presint 1 dan satu lagi dekat Presint 2. Sini Presint 1". Alamak, takkan silap lagi, kereta dah masuk parking dan malas nak cari parking lagi sbb kena bayar. Kemudian Pakcik tu suruh kami tanyakan receptionist kat dalam. Then, mmg betul la tmpt yg dituju, disitu mmg Presint2, Presint1 dekat Alamanda. Apaa laa PakGad tu, kerja situ pun tatau alamat tempat kerja sendiri. Macam mana nak jaga keselamatan orang lain kalau mcm ni.
Selepas ambil surat dari Pn Naimah, kami pergi sembahyang di Masjid Putrajaya. Kemudian terus balik semula ke Pulau Pinang. Kami juga singgah di Restoran Jejambat Sg Buloh utk "pekena" Sate Kajang Samuri buat kali terakhir sebelum pergi ke UK. Perjalanan harini agak baik dan Insyirah tiba di rumah pada pukul 11.30 malam. OK, tidur dulu ya, esok ada banyak kerja lagi, wassalam.
3 comments:
isshhh...sian insyirah tuh..mesti dah penat...kan senang kalau tinggal kat pengeli jer hari tuh..hehehe..tak yah nak usung dia selalu..mak ngah nak p jumpa pun senang..ahaks ;)
ana, nanti ana n husband sesama sambung terus ke? 2-2 kat UoN ke?
Post a Comment