Monday 25 February 2008

Notts, 24 Februari 2008 - Sukan Musim Sejuk 2008

Nottingham, United Kingdom, 24 Februari 2008 - Nottingham Malaysian Community (NMC) sekali lagi mengadakan aktiviti buat semua warga pelajar sarjana dari Malaysia di mana kali ni sukan rakyat telah dijadikan aktivitinya yang dikenali sebagai Sukan Musim Sejuk 2008. Ini merupakan penganjuran SMS kali kedua yang dilaksanakan oleh pihak NMC.

Insyirah sekeluarga turut sama menyertai SMS 2008 ini dengan menyertai pasukan Iswara untuk bertanding dengan pasukan lain seperti Perdana, Satria, Wira dan Waja. Sebenarnya kumpulan kami ni ialah gabungan antara pasukan Iswara dan Persona. Gabungan ini berlaku disebabkan banyak ahli Persona yang tidak dapat melibatkan diri pada SMS ini disebabkan masalah tertentu. CEO kumpulan Insyirah ialah Dr Basri yang akan pulang ke Malaysia Selasa ini (dia balik sorang dulu untuk lapor diri di UUM, kemudian datang semula ke Notts nanti untuk membawa keluarganya pulang bersama).

Sebelum SMS berlangsung, setiap ahli kumpulan telah diagihkan tugas masing-masing untuk memasak beberapa juadah untuk dikongsi bersama nanti. Ummi ditugaskan untuk memasak ayam masak merah dan nasi putih :), hehehe, pertama kali masak ayam merah sendirian, jadi terpaksalaa merujuk kitab-kitabnya di alam maya :D.

Pada hari Kejohanan (cewahh) berlangsung, kumpulan Iswara mengenakan pakaian serba hitam. Ummi telah mengambil bahagian dalam acara pancing botol dan badminton (masukkan bulu tangkis dalam kotak), manakala Ayah turut menyertai acara lari bawa bola ping pong, jalan 3 karpet (tiada bata jadi guna karpet saja laa) dan lari 3 kaki. Persaingan merebut johan keseluruhan berlangsung sengit sehingga pusingan terakhir di mana Iswara (walaupun CC enjin kecil saja) memberi cabaran hebat kepada kumpulan lain terutamanya kumpulan Perdana (CC enjin besar dari Iswara ni). Walaubagaimanapun, kumpulan Iswara hanya berjaya menjadi naib johan keseluruhan kali ini (Johan - kumpulan Perdana, tapi beza markah 8 saja kot)

Akhir kata, majlis ini berjaya mengeratkan hubungan sesama ahli NMC walaupun ianya sekadar permainan rakyat. "Yang penting kita semua ENJOYYYY!!! "

(gambar Insyirah di SMS 2008 akan menyusul kemudian, GOOD NIGHT! )

No comments: