Saturday 13 December 2008

Winter Graduation Day 2008

Alhamdulillah, hari Jumaat 12 Disember 2008 merupakan hari konvokesyen Ummi. Insyirah dan ayah turut hadir ke dalam dewan graduasi yang berlangsung di dewan utama, Sports Centre, University of Nottingham. Tepat jam 9.00 pg kami bergegas keluar dari rumah menuju ke dewan utama kerana Ummi perlu mendaftar sebelum 10.15 pg dan mengambil jubah. Kami juga dikehendaki masuk ke dewan sebelum 10.30 pg kerana majlis akan bermula pada jam 11.00 pg. Majlis berlangsung selama sejam dari 11 - 12 tgh hari (nasib baik Insyirah tak nangis dalam dewan :)...Setelah selesai, kami bergambar dengan rakan-rakan yang dah menunggu di luar dewan dan kemudian pergi ke jamuan yang disediakan oleh pihak Universiti di bangunan East Midlands Conference Centre. Selain jamuan, pelbagai cenderahati di jual untuk dijadikan kenangan. Ummi sempat membeli 3 keping gambar, dvd, frame & T-shirt yang ada tertera nama Ummi (banyak gak lah belanja hari tu, huhuhu). Apa pun, layan je lah beberapa keping gambar semasa hari konvokesyen Ummi. Tahniah Ummi!!!



Ummi di atas pentas utama bersalam dengan Pro-Vice-Chancellor
Ramai kawan-kawan Ummi yang turut hadir memeriahkan suasana. Antaranya Auntie Shahnaz, Auntie Wan, Auntie Azah, Auntie Shadia, Auntie Zaza dan Kakak Adeela. Terima kasih kepada semua yang sudi hadir ke konvo Ummi. Ummi sangat terharu di atas kehadiran semua.

Ummi bersama rakan-rakan yang turut hadir memeriahkan suasana

Akhir kata, terima kasih kepada semua yang terlibat dalam mendoakan kejayaan Ummi di sini. Untuk melihat gambar selebihnya, bolehlah melawat azihana.fotopages.com.


Wasalam




6 comments:

Anonymous said...

tahniah ana.. wah windunye kat insyirah..

RieNa said...

terbit rasa bangga tgk sahabat sendiri convo di tmpat org.

tumpang gembira bg pihak ana dan pak lah.

Unknown said...

salam kak ana..lame sangat xmasuk jenguk blog ni..dah byk update..ehehe..anyway..Tahniah ! Seronok kan bila dah grad, kali ke dua plak tu, nanti masuk plak kali ke tiga ya..eh, Insyirah nak dpt adik ye? ehehe, tahniah yg kedua..semoga kak ana ngan paklah bahagia ke akhir hayat..amin

Anonymous said...

Congrates Ummi Insyirah!!! Bestnyaaa dah grad. Semoga menjadi contoh pada Insyirah..

Its me said...

tahniah dan selamat tahun baru 2009

MizWaR_SuLHaFaT said...

Tahniah ana.. sorry lmbt wish... huhu.. bila nk balik Msia??