Friday, 8 May 2009

Lawatan oleh Paediatric Nurse

Hari ni, Jumaat 8 Mei 2009 rumah Insyirah dilawat oleh Paediatric Nurse dari Mary Po**er Centre. Lawatan ini telah dimaklumkan terlebih dahulu melalui surat dari mereka. Tujuannya adalah untuk memberi taklimat kepada ibubapa tentang peralatan yang digunakan bagi memastikan keselamatan bayi dan kanak-kanak. Mereka ni sebenarnya sedang menjalankan "pilot scheme" yang mana fokus utamanya adalah untuk mengurangkan jumlah kecederaan yang boleh dielakkan dikalangan bayi-bayi dan kanak-kanak di Nottingham.

Kami tak pasti bagaimana mereka memilih rumah untuk dilawat bagi memberikan informasi ini. Yelah, bandar Nottingham ni bukannya kecil untuk mereka pergi dari satu rumah ke satu rumah kan?... Dan macam mana pula rumah Insyirah ni terpilih? Hehehe. Rasa-rasa Insyirahlah ini mungkin berikutan dari insiden Insyirah jatuh tangga awal bulan lepas :) Sebabnya masa Nurse ni nengok Insyirah, dia kata "Ooh, ini ke Nihlah yang jatuh tangga haritu? Macam mana dia sekarang?" (selepas diterjemah).... Dalam hati Ummi, bagus betul sistem pengrekodan diorang ni. Sebabnya selepas Insyirah jatuh tu, Ummi bawa Insyirah ke bahagian kecemasan di Quee*s Medical Ce*tre (QMC), bukannya ke M*ry Potter Clinic. Tambahan lagi, kami dapati Nurse ini telah menganalisa terlebih dahulu data penghuni rumah yang ingin mereka lawati sebelum mereka hadir. Buktinya, tanpa diberitahu oleh Ummi, Nurse ini sedia maklum akan keadaan Ummi Insyirah yang hanya menunggu hari untuk bersalin (EDD: Jumaat depan 15 Mei 2009:)
"Avoidaible Injury Packs" yang berisi "baby changing mat", "baby bath thermometer", "carbon monoxide detector", "baby safety pack" dan senarai telefon agensi-agensi penting.

Apa pun, terima kasih di atas keprihatinan dan info yang diberikan dan kami amat menghargainya. Begitu juga dengan "Avoidable Injury Packs" yang diberikan secara percuma. Terima kasih banyak-banyak :)

2 comments:

Anonymous said...

salam, ana.
Insyarah dah nak dapat baby, yer. Parents ana dah sampai Nitts blom? Masa balik Mesia dulu abah fauzi cakap ayah ana nak ke sana.

Take, care.

Nihlah Insyirah said...

Salam Ina sekeluarga,
Sekarang ni sedang menghitung hari jer Ina:)..InsyaAllah parents ana sampai esok petang kat heathrow..Ina sekeluarga apa khabar?