Hari ni 16 Jun 2009, Adik Nuha berusia sebulan (lebih tepat lagi 33 hari). Hari ini juga pertama kalinya adik Nuha dibawa ke Baby Clinic di Mary Potter. Alhamdulillah, berat terkini adik ialah 4.08 kg, naik sebanyak 1.28 kg berbanding berat 2.8 kg ketika dilahirkan. Rambut adik juga tumbuh dengan jayanya selepas dibotakkan pada hari ke-7. Menurut Ummi dan ayah, pertumbuhan rambut adik Nuha cepat berbanding dengan Insyirah tetapi sedikit kasar, tak sama dengan rambut Insyirah yang halus.
Selain adik Nuha, Insyirah juga ditimbang dan berat terkininya ialah 9.02kg. Panjang lebar ayah disyarahankan oleh Nurse mengenai diet seimbang Insyirah kerana kenaikan berat yg sedikit. Selepas Ummi bersalin, makan Insyirah tak menentu. Insyirah lebih banyak minum susu berbanding makanan berat seperti nasi etc. InsyaAllah lepas ni Insyirah akan makan makanan yang seimbang. Takut karang adik Nuha lebih berat dari Insyirah pula :)
3 comments:
Anaa.. cepatnya Nuha dah besar.. bestnyaaa... geram tull tgk dia tido.. nyenyak sungguh..
hr tu Ana bersalin normal ker? Niza ni risau lak sbb baby breech. doc kata kalau lg 2 minggu x pusing kena admit hospital dah.
makin bulat nuha skrg ek..aqila tak cukur rambut lg..x sape berani nak buat..hehe..aqila skrg ni..kena dry skin..kesian dia..
niza: aritu ana bersalin normal..(tapi ana ambil epidural:)..niza jangan risau2 k..insyaAllah semuanya selamat...due bila ek?
kak shu: sian aqila..hope kulit dia cepat sembuh..wow akak cepatnya slim..jelesnya:)
Post a Comment