Tuesday 18 January 2011

Contraception - Implanon

Di atas nasihat doktor selepas melahirkan Ahmad Mujahid yang menyarankan kami agar berfikir semasak-masaknya sebelum mengandung lagi, kami telah memutuskan untuk menggunakan implant sebagai kaedah perancangan keluarga kali ini. Sangat mudah urusan untuk memasang implant di UK. Tidak sampai sejam, semuanya selesai. Selepas membawa Ahmad Mujahid ke klinik bayi di Mary Potter, kami terus membuat temujanji untuk memasang implant dan kebetulan tidak ramai orang ketika itu, implant dapat dipasang terus di lengan Ummi. Yang paling penting ianya PERCUMA , alhamdulillah :) Implant ini berfungsi selama 3 tahun. Oleh itu, Umminya implant ini perlu dikeluarkan pada atau sebelum 18 Januari 2014.


Apa itu Implant?
Implant ialah rod fleksibel kecil sebesar 40mm panjang x 2mm lebar (macam klip rambut) yang dimasukkan ke dalam kulit di bawah lengan atas yang menghasilkan hormon progestogen (sama dengan hormon progestron yang dihasilkan oleh wanita di ovarinya). 

Apakah fungsi Implant?
Implant ini berfungsi untuk memberhentikan ovari daripada mengeluarkan telur pada setiap bulan (ovulation). Selain itu, ia juga menebalkan mucus cervix untuk menghalang sperma daripada bertemu telur jika dihasilkan ovari dan menipiskan dinding rahim bagi mengelakkannya menerima telur yang telah disenyawakan.

Ada banyak kaedah perancangan keluarga seperti IUD, kondom, pil dan lain-lain tetapi kami memilih Implant berdasarkan pengalaman rakan-rakan yang telah menggunakannya. Implant juga selamat digunakan bagi wanita yang menyusukan bayi sepenuhnya :) Harap-harap Implant ini efektiflah buat kami. Kami hanya merancang, tapi kami menerima segala ketentuanNya. Sebaik-baik perancang ialah Allah SWT.

Hmm, sebelum ni kami faham kalau menyusu bayi sepenuhnya dapat menjarakkan umur anak. Namun Ummi mengandungkan Nuha ketika menyusu Insyirah. Begitu juga ketika menyusu Nuha sepenuhnya, Ummi dianugerahkan Ahmad :) Lagi sebulan Nuha nak lahir, Insyirah terpaksa minum susu segar dalam botol ketika usianya setahun 10 bulan. Walaubagaimanapun Nuha terpaksa diberhentikan awal ketika usia kandungan baru mencecah 3 bulan lebih dan Nuha berusia setahun sebulan. Itu pun sebab Ummi tak larat nak menyusukan Nuha ketika mengandungkan Ahmad. Tapi bila Ahmad Mujahid lahir, Nuha minum susu Ummi  (EBM) balik dari botol sebab Ahmad Mujahid dah pandai breastfeed dan EBM yang dibekukan terlalu banyak :D

Rupa-rupanya kaedah penyusuan sepenuhnya ini hanya efektif dalam jangka masa 6 bulan pertama. InsyaAllah dalam jangka masa 6 bulan pertama, ibu-ibu tidak akan mengandung jika menyusu bayi sepenuhnya. Selepas itu, cara ini tidak begitu berkesan. (info dapat dari nurse yang pasangkan implant). Namun apa pun boleh terjadi dengan kehendak Allah SWT. Wallahualam.

Nota kaki: Nurse timbang berat badan sebab nak monitor ada pertambahan berat badan atau tidak kesan daripada memakai implant. Berat terkini 68kg. MasyaAllah beratnya!! Nak kena kurangkan 18kg untuk dapat balik berat asal, fuhhh byknya, huhuhuu.

2 comments:

Kisah Qaseh said...

wahh... dah nk balik malaysia... bila tu ? congrates for you and your husband..... tak sangka... ramai antara kawan aku yg berjaya sampai ke tahap PHD.... only me je yg stay keje je...

yg pasal implant tu... almost all my fren kat sini memang suggest kaedah tu... katanyer.. 99% effektif... tapi kat malaysia kena bayar... even ambik dgn government hosp. pun ada charge dia...

anyway.. tahniah sekali lagi...

Nihlah Insyirah said...

paling awal balik bln 7, paling lambat bln 9 insyaAllah. bergantung pada paklah habis study dia bila. ana pun tak buat phd farah, tomankan paklah jer:D

kalau kat malaysia nak pasang and nak buka implant tu kena charge berapa yer farah?

tahniah for your newborn k..tak tahu pun tapi td BW ke blog farah, ternampak gambar baby baru dlm blog..dah seploh hari tupanya bersalin:D