Saturday 29 January 2011

Ahmad buat passport

2 tahun yang lepas, 26 Jun 2009 kami pergi ke High Commission of Malaysia, London untuk membuat passport Nuha dan mendaftar kelahirannya (http://azihana.blogspot.com/2009/06/nuha-buat-passport.html). Tahun ini, 28 Januari 2011, sekali lagi kami pergi ke High Commission of Malaysia bagi tujuan yang sama untuk membuat passport dan mendaftar kelahiran Ahmad Mujahid (Ahmad berusia 52 hari). Kali ini urusan berjalan lancar dan cepat siap berbanding Nuha dahulu, namun urusan mengambil passport yang dah siap masih sama iaitu hanya boleh diambil pada jam 3.00 - 4.00 petang. Pendaftaran dan penghantaran borang permohonan dari jam 9 - 12 tengah hari. Kami sampai di Malaysian High Commission London lebih kurang 10.30 pagi dan selesai dalam 11.30 pagi. Kami tunggu sehingga waktu zohor masuk dalam jam 12.20 tengah hari dan sembahyang di surau yang disediakan.

Bagi sesiapa yang ingin mendaftar kelahiran dan membuat passport anak di High Commision of Malaysia, di sini dikongsikan apa dokumen-dokumen yang perlu dibawa. Syarat-syarat untuk membuat passport dan mendaftar kelahiran anak masih sama seperti 2 tahun lepas, bezanya cuma kali ini mereka perlukan salinan visa ibu bapa sekali.





Untuk tujuan pendaftaran kelahiran anak (sila bawa original dan 2 salinan):
  • Passport dan visa ibu dan bapa
  • Kad pengenalan ibu dan bapa
  • Sijil Nikah
  • Sijil kelahiran ibu dan bapa
  • Sijil kelahiran anak
  • 2 gambar anak berukuran passport (latar belakang biru) :seperti biasa, gambar kami edit dan print sendiri sahaja. Kalau nak ambil dia High Commission London pun boleh, tapi bayarannya £5. Kalau buat sendiri jimat sikit, hanya perlu kos print di Asda 20 pence, nanti share next entry cara-caranya.
  • Bayaran £6
Maklumat lanjut sila layari link http://www.jimlondon.net/kon-birth.html
Untuk membuat passport pula, dokumen yang perlu dibawa sama seperti bagi tujuan pendaftaran kelahiran, yang berbeza hanya memerlukan 1 salinan sahaja dan bayaran yang dikenakan £25 . Maklumat lanjut sila layari http://www.jimlondon.net/ppt_apply.html



Sementara menanti untuk mengambil passport pada jam 3.00 petang, kami bergerak ke National History Museum dahulu membawa Atuk dan Nenek melihat pameran-pameran yang ada. Di muzium ini terdapat 3 bahagian, natural, sains dan arts. Terdapat pelbagai jenis dinasour, serangga, burung-burung dll. Muzium ini sangat besar dan menarik. Cuma tak larat nak jalan kesetiap pelusuk. Yang paling penting masuk percuma :) Kami berlegar-legar memerhati pameran di dalam muzium, Ayah patah balik ke Malaysian High Commission untuk mengambil passport yang dah siap. Kami hanya menanti di dalam muzium. Tak larat nak jalan di luar dengan cuaca yang agak sejuk. Alhamdulillah misi membuat passport Ahmad Mujahid selesai dengan jayanya. Selesai melawat muzium, kami pun pulang ke travelodge (hotel) berdekatan dengan Wembley Stadium (ala-ala Stadium Negara di Bukit Jalil la:)

Esoknya, selepas checked out hotel, kami singgah sebentar bergambar di hadapan Wembley stadium. Pak guard hanya berikan masa 10 minit untuk kami bergambar di hadapan stadium dan pergi ke kedai souvenir untuk mengelakkan daripada dikenakan cas parking sebanyak £18 per kereta (mahalnya!!). Kami tak pergi pun kedai souvenir tu sebab tak tahu di mana. Nanti tercari-cari mana letaknya kedai tu terlebih pula masa yang diberikan pak guard. Tak pasal-pasal kena bayar parking pula nanti. Dalam perjalanan balik ke Nottingham, kami singgah di Bicester village, tempat shopping barang-barang branded. Sajer cuci-cuci mata bawa Atuk Nenek ke tempat yang orang Malaysia suka datang shopping terutamanya masa boxing day.

No comments: