Friday 18 March 2011

Insyirah & Red Nose Day

Sudah 3 tahun lebih tinggal di UK ni, tapi baru tahu kewujudan "Red Nose Day" ni :D Itu pun dapat tahu daripada pihak nursery Insyirah yang memberikan surat kepada ibu bapa yang menyatakan bahawa Red Nose Day pada hari Jumaat, 18 Mac 2011. Apa lah agaknya "Hari Hidung Merah" ni ek? Ummi pun google lah. Rupa-rupanya Hari Hidung Merah ni direka untuk mengutip derma untuk rakyat UK dan Afrika yang memerlukan dengan cara membuat sesuatu yang kelakar. Katanya, "Do something funny for money". Pihak sekolah ada menjual "hidung badut" bagi tujuan kutipan derma. Ada 3 jenis hidung badut dan Ayah Insyirah pilih yang jenis ni. Harganya £1 sebiji untuk setiap murid.
Hidung badut untuk "Hari Hidung Merah". 
Ummi: Kenapa Ayah pilih yang "pirate" ni.? Tak sesuailah dengan Insyirah.
Ayah: Lorr, mana nak tahu. Ayah ingatkan itu coklat. Siap tanya kat cikgu Insyirah lagi. "Is it suitable for vegetarian?"  hahaha. Ummi rasa macam nak gelak guling-guling je. Mesti ckigu tu pun confuse agaknya. Yelah sekali imbas nengok hidung ni memang macam coklat bila dipandang dari jauh, lagi-lagi siap berbungkus elok dengan plastik. Memang macam coklat rupanya:D
Insyirah in red for Red Nose Day

Ummi fikir nak pakaikan apalah agaknya Insyirah nanti bagi kelihatan kelakar. Tapi Insyirah taknak. Dia taknak pakai yang kelakar. Dia nak pakai ala-ala "princess" juga.  Kiranya pakai baju yang mana ada je lah. Kebetulan semuanya merah. Tambah dengan hidung badut tu, nampak kelakarlah juga. Tapi Insyirah simpan dalam poket coat dia jer, tak pakai pun kat hidung dia. Cuma kat nursery, cikgu dia warnakan semua hidung murid dia warna merah, hehehe. Apa-apa je lah kan:)

Kami terfikir, orang putih ni ada-ada je idea dia untuk menjana ekonomi diorang. Yelah, walaupun hari hidung merah ini tujuannya untuk kebajikan, tak boleh ke kutip derma semata-mata? Tak payahlah nak jual apa-apa untuk kutip derma. Tak tahulah berapa daripada £1 tu yang didermakan. Mesti kena tolak dengan kos penghasilan hidung badut tu? Syarikat yang mengeluarkan hidung badut untuk ke semua sekolah mesti untung besar kan :)  Atau mungkin tak ditolak dan semuanya didermakan? Wallahualam. Tapi kenapa yer seorang pelajar hanya boleh beli sebiji jer? Sebenarnya kami tak kisah je aktiviti diorang ni selagi tak melanggar kefahaman kami, cuma terfikir diorang ni ada jer idea macam-macam. Lepas ni hari Easter pula. Apa pun dengan membuat kelakar boleh membuat orang tertawa dan boleh menghilangkan stress. Bila hilang stress bagus juga untuk kesihatan, tak gitu ;) 

2 comments:

kak cahaya said...

adoohai...aku yg baca ni pon guling2 gak tawa na....memula tu pelik gak camne ko leh tak tau red nose day ni sbb dah lama kan dok UK..tp teringat plak anak2 ko kecik2 lg..patut ler ko tak tau...
hai laa...camne la ah jiz ingat mende tu coklat...mesti cikgu tu ingat ahjiz sakit mental sbb bli red nose pon nk yg vege...haha....ahjiz...ahjiz...

Nihlah Insyirah said...

aah kak, ana baru tau, tu pun sebab insyirah dah masuk sekolah. kalau tak sampai bila pun tatau kot.hehehe.

ana rasa cikgu tu mesti ingat aziz buat joke kot kak, sbb aziz kata cikgu tu pun jawab "yes" bila dia tanya suitable for vege ke tak? hahaha..nasib baik hari tu semua orang nak buat something funny.. kalau tak mesti dia ingat sakit apa lah budakni agaknya:D