Setelah 2 bulan lebih pulang ke Malaysia, kami jarang-jarang sekali menonton TV disebabkan oleh masa yang sangat terhad. Tambahan pula tiada TV di rumah buat masa ini. Jika mahu menonton rancangan di TV, kami hanya menontonnya secara online di komputer. Alhamdulillah, kami tidak merasa kekurangan sesuatu walaupun ada yang mengatakan bahawa macam tidak kena jer tiada TV di rumah pada zaman yang serba canggih ini, hehehe :D
Anak-anak pun tidak kisah dengan ketiadaan TV di rumah walaupun semasa di UK mereka menonton TV sepanjang masa. Cuma tiba-tiba hari ini Insyirah menyuarakan hasratnya menyuruh Umminya membelikannya TV :)
Insyirah: Ummi, boleh Ummi bayar TV? (baca bayar=beli)
Ummi: Kenapa?
Insyirah: Rumah Hana ada TV (rumah kawan baiknya :)
Ummi: Insyirah nak tengok apa kat TV?
Insyirah: Insyirah nak tengok Mister Maker.
Ummi: Alaa kalau Mister Maker tu tengok kat komputer pun boleh.
Insyirah: Taknak. Insyirah taknak tekan-tekan, stop-stop. Insyirah nak duduk tengok ja.
Ummi: Hahaha. Yelah kan, kalau di komputer bila tengok di youtube, bila habis kena tekan sendiri kalau nak tengok lagi. Kalau di TV senang jer, on sekali pastu boleh tengok cerita bersambung-sambung , tapi ada ke Mister Maker kat TV kakak? :D
Hmm, tataulah sama ada kami mahu membeli TV atau tidak kerana jika dilihat keadaan sekarang, bila masanya nak tengok TV pun tatau :D Tapi kesian pula pada anak-anak dan juga jika ada tetamu yang datang bertandang ke rumah kami. Mesti tak best sebab rumah kami tiada TV, hehehe. Buat masa ini kami rasa selesa dengan ketiadaan TV kerana rasa tidak terikat dengan sesuatu rancangan jika merancang hendak ke mana-mana. Kalau tak dulu tengah syok jalan-jalan kena balik rumah cepat sebab rancangan kegemaran dah nak mula, hehehe. Tambahan, takut anak-anak menonton TV secara berlebihan sebab nak kawal masa mereka mengadap komputer sekarang ini pun agak mencabar. Inikan pula bila ditambah gadjet baru. Harus dengan Umminya sekali terjebak melepek depan TV 24 jam :D
Apa pun TV ini PERLU atau tidak ya??
5 comments:
pd akak not necessary.. tp mcm ana ckp gak la..ada time2 yg budak2 nk tgk tv lepas seharian kt sekolah..akak sndr tgk tv beriya2 masa dlm pantang ritu je..time tu mmg segala cerita akak tgk..tp sejak dah masuk keje balik ni mmg jarang2 sgt tgk tv..astro pun bayar utk budak2 tgk time2 cuti je..agak tak berbaloi gak la sbnrnyer..
mm tak perlu sebenarnya utk diri sendiri..tp perlu pada waktu2 tertentu sbb:-
1. bila tamu dtg atau sedara mara..mrk akan komplen, boring tak de tv sbb mrk terbiasa dgn tv.
2. bila cuti2 umum/atau panjang, terasa pulak nak tgk berita ke live sukan ke
tapi bahayanya bila ada tv, bukan pekara2 diatas aja yg selesai, kita akan dpt mslh baru sbb anak2 dok mengadap tv aje, ngan mak bpk sekali plak tu hehe
akak dulu mmg tak bli tv , tp bila dah bli ltk kat atas utk elak anak2 dan diri sendiri tgk..tp bila makin ramai sedara yg komplen ssh tak de tv kat bwh, akhirnya mengalah jgua sbb kesian mrk bila dtg 2-3 mlm, melangok je sbb mls nk naik atas.
tapi sebenarnya bule je ada tv asalkan pemantauannya betul, kene terangkan pd anak2 kenapa ana buat undang2 tu...kalo tak bagi tgk saja2 nnt mrk memberontak, tp kalo disertakan sbb iAllah mrk akan redha
hmm, tv without astro or cable channels ok kot..
for me biar tv with astro tapi langgan package education. letak password pada channel yg membahayakan fikiran anak2.. bukak channel cartoon/ yg boleh bg ilmu je pada anak2.
thanks for all comments. Ada macam-macam komen; 1. tak perlu tv, 2. tak perlu untuk diri sendiri tapi perlu untuk keadaan lain 3)tv perlu if without astro 4) perlu with astro.
Bagi kami mungkin ianya perlu suatu hari nanti setelah semua keutamaan yang lain disetelkan terlebih dahulu. Masih boleh bersabar tanpa tv buat masa ini, hehehe:)
Post a Comment