Sunday, 19 February 2012

Bila Ummi bekerja

Lama sudah blog ini tidak berupdate sejak bertukar status dari surirumah kepada suri yang berkerjaya:) Terus terang saya katakan yang saya kelam kabut menguruskan rumahtangga dengan 3 orang anak dan tugas baru saya di U*M. Saya letih bila diberikan kerja di saat akhir dan perlu disempurnakan dalam jangka masa pendek.

Kadang-kadang saya perlu datang kembali ke pejabat bersama suami dan anak-anak selepas waktu maghrib untuk menyiapkan kerja yang perlu dihantar segera. Sebelum ini, saya "stay back" terus sampai maghrib dan suami yang ambil anak-anak di nursery dan bawa datang ke pejabat. Tetapi setelah dibincangkan balik kaedah ini, saya perlu selesaikan hal anak-anak terlebih dahulu (bagi makan, mandi, solat etc.) dan kemudian datang kembali selepas maghrib bersama-sama suami dan anak-anak.

Insyirah sudah pandai komen melihat kesibukan Umminya. Pernah suatu hari Umminya mengambilnya dari Tadika, Insyirah bertanyakan "Ummi kerja dah habis? Kenapa Ummi balik awal harini? huhuhu. Ada suatu hari dia demam, dia kata "Insyirah demamni sebab Ummi busy. Semalam Ayah amik Insyirah, hujan, Ayah tak pakai payung macam Ummi. Haa kan insyirah dah demam ni" Macam-macam lagi komennya yang menghibakan hati Umminya. Kalau dia nengok balik gambar-gambar lama masa di UK, lagilah banyak komen keluar. "Insyirah suka Ummi duduk rumah, tak suka Ummi kerja. Ummi boleh masak macam-macam. Insyirah suka Ummi masak. Insyirah tak suka makan kat kedai".  Semakin besar Insyirah dan semakin pandai bercakap. Paling terkejut minggu lepas masa dia demam panas (kalau penat sangat siangnya mesti malam demam). Insyirah kalau demam panas, memang mulut bising merengek macam-macam i.e tangan sakit, kaki penat, tekak sakit, tak larat jalan dll. Pastu disuruhnya Umminya dukung sebab kaki tak larat jalan dari dapur ke bilik tidur di tingkat atas. Boleh keluar dari mulut mongel tu masa dukung "nanti kalau Insyirah mati, Ummi dah tak boleh dukung Insyirah" terkejut Umminya dengar dan terus bertanya kat mana dia belajar cakap macam tu. Insyirah jawab, "ya lah sama macam kita balik rumah nenek haritu. Ayah Atuk mati" huhuhu.

Alangkah indahnya jika Ummi boleh menjadi surirumah semula :)

Entry ini sudah lama ditulis tapi tak siap-siap untuk publish. Banyak lagi draft entry yang masih belum dipublish, hehehhe. Banyak benda nak dicoretkan namun masa berlalu terlalu pantas.

4 comments:

kak cahaya said...

inilah yg dinamakan hidup... kadg2 kita perlu berkorban utk mendptkan sesuatu yg lain.. tp anak2 ini terlalu kecil utk memahami. Mereka merasa diri terabai memandangkan ummi pernah melayan mrk sepenuh masa. Ana kene bersabar dan bijak mengurus masa. masa sedikit yg ada mesti dimanfaatkan dgn kualiti. Sentiasa berdamping dan share maklumat dgn anak2. Bila mrk makin membesar mereka akan sedikit demi sedikit memahami makna tuntutan hidup. Sentiasa luahkan knp perubahan ini terjadi.

areT said...

setuju dgn pendapat diatas

Anonymous said...

Ana,

Memang itu dilema ibu bekerja... kalaulah ada duit sejuta....?????


K.Nas

Nihlah Insyirah said...

Terima kasih kak yati, kak ati dan kak Nas :)

Kalaulah ada duit sejuta, bestnya...beli rumah cash, hahaha...tapi still kena kerja lagi sbb duit sejuta dah habis beli rumah dgn bayar hutang :D