Hari Isnin dan Selasa 9-10 April 2012, Ummi dan Ayah dikehendaki menghadiri bengkel di AKEPT dan Klana Resort. Kami check-in di hotel Klana Resort, Seremban (hotel pertama sejak balik dari UK) pada hari Ahad. Kiranya wishlist Nuha tercapai secara tidak langsung, alhamdulillah. Kebetulan Atuk dan Nenek ada di Seremban dari hari Sabtu untuk menghantar saudara mara yang bakal berangkat ke Mekah untuk menunaikan umrah pada hari Isnin pagitu. Seawal jam 5 pagi lagi kami sudah bergerak ke KLIA dan Ayah Ummi meninggalkan kami kepada Atuk dan Nenek. Kemudian Ummi dan Ayah bergegas ke AKEPT. Kami bersama Atuk dan Nenek berehat seharian di rumah Kakak Auni dan Abang Hazim sementara menunggu Ummi dan Ayah habis bengkel di AKEPT. Terima kasih kepada Kakak Auni dan Abang Hazim sekeluarga. Oh ya, masa ini Ahmad sudah mula demam dan muntah, huhuhu.
Malam tu kami check-in kan bilik Atuk dan Nenek, bersebelahan dengan bilik kami di Klana Resort. Alhamdulillah kami mudah nak mengakses bilik atuk nenek dengan pintu tengah yang bersambung. Hari Selasa, kami hanya duduk di bilik hotel sahaja sambil menunggu Ummi dan Ayah habis bengkel di hotel itu juga. Petang itu cuaca cerah, kami pergi mandi kolam. Best sangat :)
Kami checkout hotel jam 10.30 pagi dan terus ke Kolej Tunku Kurshiah (sekolah lama Mak Ngah) 5 minit dari hotel, membawa Atuk dan Nenek mengimbas kenangan lalu :) Kemudian kami berpecah ke Utara dan Atuk dan Nenek ke Selatan. Kami singgah sebentar di Nilai 3 buat pertama kalinya :) Terima kasih kepada Ummi dan Ayah yang sudi membawa kami bersama dan terima kasih juga buat Atuk dan Nenek yang sudi menjaga kami sepanjang ketiadaan Ummi dan Ayah.
Nuha kata dia nak pergi hotel lagi dengan Atuk dan Nenek :)
1 comment:
mata namapk bb ahamad yg comel tu je :)
Post a Comment