Sejak sebelum puasa lagi sibuk nak menyiapkan report untuk lembaga akreditasi kejuruteraan. Hari jumaat, 2 hari sebelum raya baru dapat hantar ke pejabat pengarah untuk semakan sebelum dihantar ke lembaga akreditasi.Persiapan raya memang tiada, cuma sempat belikan baju raya siap seisi keluarga. Kuih raya pun tiada. Saya tidak pernah rasa sesibuk ini sejak mula bekerja di U*M 2005 yang lalu. FB pun jarang-jarang dibuka, apatah lagi nak update blog di sini. Banyak cerita yang berlaku namun...selalunya en hubby yang tolong jadi reporter update cerita ceriti :)
Kami raya di penang kali ini, dan raya ke-3 baru bertolak balik ke johor.Selepas cuti raya masih sibuk dengan report tersebut, lagi-lagi setelah menerima komen dan cadangan dari pejabat pengarah.Rasa seksa jiwa raga menulis report ini disebabkan kekurangan info tentang hal ehwal pusat pengajian yang berlaku sejak dari beberapa tahun yang lalu. Maklumlah tak sampai setahun lagi mula bekerja di sini. Nasib baik ada bantuan dari beberapa pensyarah lain, juga sokongan padu suami. Ringan sikit beban.
Akhirnya, kami berjaya menyiapkannya dan menghantarnya pada Jumaat lalu,alhamdulillah.Lega sangat.Boleh tidur lena sikit.Harini cuti sebab nak uruskan hal-hal rumah yang terbengkalai akibat fokus diberikan untuk report.
Lepasni nak kumpulkan kesemua "evidences" semasa lawatan panel nanti. Mungkin awal tahun depan. Semoga segalanya berjalan lancar hendaknya. Yang rasa penat sangat ini sebab nak kena uruskan 3 program sekaligus, report pun macam itu uga, 3 report untuk kej mekanik, kej pembuatan & kej aeroangkasa. Ramai rakan-rakan sekerja yang nasihat untuk sambung PhD sahaja daripada buat kerja-kerja pentadbiran universiti itu. "Kalau kamu jadi lecturer, tentu dah banyak paper dah kamu tulis dengan gaya kamu buat kerja macam ini". Oh, tidak semudah itu Dr. Biarlah masa yang menentukan. Allah lebih mengetahui segalanya.
Rindu kehidupan di UK yang santai dan tenang sebagai surirumah.
p/s: rumah macam tongkang pecah, barang mainan anak-anak bertebaran di atas lantai, timbunan kain baju perlu dilipat sangat menyakitkan mata, huhuhu. Dok kemas-kemas baju terjumpa baju baby yang masih elok dan cantik. Sayang sangat. Haruskah disimpan untuk bakal anak yang tidak tentu ada atau tidak atau dijualkan sahaja?. Boleh belikan budak-budak ini baju baru lain. Sama juga dengan mainan, rasa macam nak let go sebahagiannya. Hmmm....

No comments:
Post a Comment